Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan


tentang kepentingan menjaga kesihatan. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunajak ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Meskipun anda
mempunyai duit yang banyak, duit bukanlah jaminan kepada kesihatan yang baik. Oleh itu,
menjadi kewajipan setiap individu untuk memastikan amalan penjagaan kesihatan diri
dipraktikkan dengan sebaik-baik mungkin.

Apabila kesihatan diri terjaga, kita mampu melakukan pelbagai aktiviti. Contohnya, bermain bola
sepak dan beriadah bersama-sama dengan anggota keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, kita
dapat belajar dengan selesa kerana mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang
mengajar di dalam kelas. Kesihatan diri yang terjaga juga membolehkan kita berfikir dengan
rasional apabila menghadapi sesuatu perkara. Kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif juga.

Individu yang mengutamakan kesihatan diri dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.
Kewujudan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya pada hari ini amat menggerunkan semua
lapisan masyarakat. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh, sebaliknya perlulah
dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang lebih efektif. Kita disarankan supaya makan
sayur-sayuran dan buah-buahan yang membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin.

Seseorang yang mementingkan kesihatan diri dapat menjimatkan wang juga. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila seseorang menghidap sesuatu penyakit, mereka memerlukan wang
yang banyak untuk berbelanja bagi merawat penyakit tersebut. Sebaliknya, jika kita sihat, wang
yang kita miliki itu dapat digunakan untuk melancong, membuat kebajikan, atau membeli
barang keperluan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai