Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PEMBELAJARAN MASTERI (MODEL HUNTER)

Matapelajaran : Akhlak

Tarikh : 2 Januari 2024

Kelas : Tahun 2 Ibnu Sina

Bilangan pelajar : 36 Orang

Masa : 8.15 – 9.15 pagi (60 minit)

Tajuk : Adab Makan dan Minum

Sub-tajuk : Perbuatan Beradab dan Tidak Beradab Ketika Makan dan Minum

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid mempunyai pengetahuan am terhadap adab makan dan
minum semasa makan bersama keluarga.
2. Murid pernah membaca doa makan.

Hasil pembelajaran : 1. Murid dapat menyebut adab-adab sebelum makan dan minum
dengan baik dan lancar setelah mendapat keterangan daripada guru.
2. Murid dapat membaca doa sebelum makan dan minum dengan
baik dan lancar.
Nilai : Menjaga kebersihan dan berdisiplin
KBKK : Soal jawab dan merumus

Kemahiran Sosial : Melakukan sesuatu mengikut giliran

Aktiviti Pengajaran dan


Fasa-Fasa Pembelajaran Hunter
Pembelajaran
Set Induksi (3 minit) 1. Guru merangsangkan minda pelajar
tentang pelajaran hari ini dengan
menunjukkan video berkaitan adab
makan dan minum. (BBM 1 - video
youtube berkaitan adab makan dan
minum)
2. Guru bertanyakan kepada murid
mengenai isi video dan tajuk yang
akan dipelajari.

3. Guru memberi respon kepada


jawapan murid dan mengaitkan
jawapan pelajar dengan tajuk
yang akan diajar.
Memaklumkan Objektif 4. Guru memaklumkan hasil pembelajaran
Pembelajaran (1 minit) dan kepentingan menguasai pembelajaran
tersebut.

Input Pengajaran (10 minit) 5. Guru membuat penerangan menyeluruh


dengan memaparkan slaid pengajaran
yang menunjukkan gambar-gambar adab
makan dan minum beserta doa sebelum
makan. (BBM 2 - Slaid Powerpoint)

Permodelan (8 minit) 6. Guru membahagikan murid kepada


kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri
daripada 4 orang ahli dalam setiap
kumpulan.
7. Guru mengedarkan dua bahan iaitu
gambar-gambar situasi beradab dan tidak
beradab ketika makan dan minum serta
kertas sticky notes (hijau dan merah).
8. Gambar-gambar tersebut diedarkan
kepada setiap kumpulan. Manakala kertas
sticky notes diberikan kepada semua
murid. (BBM 3 - Sticky notes, Gambar
Situasi)
9. Murid dikehendaki untuk mengamati
gambar-gambar tersebut. Kemudian,
bincang bersama rakan kumpulan untuk
menentukan yang manakah gambar
situasi beradab dan tidak beradab ketika
makan dan minum.

Semak Kefahaman Murid (5 minit) 10. Guru menyemak kefahaman murid


dengan permainan Traffic Light with
Sticky Notes.

11. Guru menayangkan gambar-gambar


situasi tersebut pada skrin paparan.

12. Setiap murid dikehendaki mengangkat


sticky notes berdasarkan gambar:

● Hijau merujuk kepada situasi beradab


ketika makan dan minum.
● Merah merujuk kepada situasi tidak
beradab ketika makan dan minum.

Pantau dan Ubahsuai (5 minit) 13. Murid diberi arahan untuk bersedia
melakukan aktiviti secara berkumpulan
menggunakan lembaran kerja bergambar
yang akan dijalankan.
14. Guru memberi penekanan kepada murid
tentang keperluan untuk saling bertolak
ansur dan bekerjasama dalam kumpulan.

Praktis Terbimbing (15 minit) 15. Murid diminta untuk menggunting dan
menampal gambar-gambar pada lembaran
kerja tersebut pada rajah atau
pengkelasan rumah yang betul
berdasarkan perbincangan dan permainan
sebentar tadi (BBM 4 – Lembaran kerja
bergambar)
16. Guru memantau aktiviti menggunting dan
menampal murid.

Praktis Bertempoh (10 minit) 17. Guru meminta murid memberi


kesimpulan tentang apa yang telah
dipelajari.

18. Guru meminta murid menjawab soalan


taksiran dalam buku latihan secara
individu dalam tempoh 5 minit diikuti
dengan semakan jawapan yang ditulis di
papan putih (BBM 5 – Buku latihan)

Penutup (3 minit) 19. Guru membuat rumusan tentang situasi


adab dan perbuatan yang tidak beradab
sewaktu makan dan minum dan membuat
penekanan berkaitan topik ini yang perlu
dikuasai sebelum berpindah ke subtopik
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai