Anda di halaman 1dari 3

CERPEN: HUTAN

“John! Teh o ais satu” Daniel memesan. Sambil dia menunggu dua
orang kawannya yang belum tiba iaitu Aizat dan Mikail. Mereka
berkawan rapat dari tingkatan 1 sehingga kini.

“Haii !! lama tunggu?” seru Aizat dan Mikail yang baru sahaja muncul di
kedai mamak itu.

“Lama laaa setengah jam kau tau, janji melayu” jeling Daniel.

Walaupun mereka sudah melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi


persahabatan mereka tetap akrab. Bak kata peribahasa bagai isi dengan
kuku.

“Korang cuti sem kan. Apa kata kita buat runion pergi camping nak tak?”
tanya Daniel.

“Bole je lagipun aku tengah free” kata Mikail.


Dan Aizat mengangguk mengatakan setuju sambil memakan mee goreng
yang baru dipesan tadi.

“Kalau macam tu kita pergi minggu depan” ujar Daniel.


~
Mereka berkumpul di hutan itu pada jam 5.00 petang dan mereka
mulai menyusun barang dan memasang khemah. Mereka hanya
bermalam disitu hanya satu hari sahaja.

“Korang aku ada permainan untuk malam ni” kata Daniel.


Dia mengeluarkan satu papan permainan iaitu spirit of the coin. Di
papan tersebut terdapat perkataan ya, tidak, huruf A hingga Z, Digit 0
hingga 9.

“kau serius la nak main game ni tengah-tengah malam,dah lah kita


dekat dalam hutan” kata Aizat.

“jangan risau, kita hanya perlu patuhi peraturan permainan ini sahaja
dan semua benda akan ok” Daniel cuba menenangkan Aizat.
Maka mereka bertiga pun membuat bentuk bulatan.Rasa seram sejuk,
takut, gerun semua ada pada diri Mikail. Air muka Aizat mulai berubah
dan hanya mendiamkan diri sahaja. Daniel mengeluarkan syiling 50 sen
lama yang kini sangat jarang ditemui sejak penghasilannya dihentikan.
Dan menghidupkan sebatang lilin. Lalu mereka semua meletakkan jari
pada syiling berkenaan.

Setelah semua bersedia , Daniel mengeluarkan sekeping kertas


daripada poketnya lalu membaca mentera tersebut. Permainan
bermula.

Mantera mula dibaca oleh Daniel. Belum sempat dia menghabiskan


ayatnya, angin bertiup kencang dari pelbagai arah.Lilin tadi hampir
terpadam. Dan tidak lama kemudian angin berhenti meniup. Mereka
saling berpandangan antara satu sama lain dan beralih kepada jari yang
terletak di atas syiling.

“Siapa nama kau?” soal Daniel

Jari mereka bergerak mengikut syiling. K-A-R-M-I-L-A

“Bera … berapa umur kau ?” Mikail pula bertanya walau suaranya


gugup.

2-6-1.

Setelah 15 minit mereka bermain.

“Spirit of the coin. Aku nak tamatkan permainan” pinta Daniel.

Jari mereka bergerak tanpa arah yang tetap. Hampir 7 saat, akhirnya
berhenti. Tidak.

“ Macam mana ni wey ?” tanye Mikail.

Lilin yang tadi menyala itu mulai malap. Dan terpadam.


Mereka cepat-cepat mencari lampu suluh mereka.

“ARGHHHH!” tiba-tiba Mikail menjerit.Disebabkan panik, jari mereka


terlepas daripada syiling.
Terkejut apabila mereka melihat Aizat berkelakuan pelik dan
menakutkan. Dia menggerakkan kepalanya ke atas, bawah, kiri dan
kanan.Lebih menyeramkan adalah mata putihnya langsung tidak
kelihatan dan mata hitamnya memenuhi bebola mata.

“Aizat, Aizat kau kenapa ni !” jerit Daniel.

“AAAAAHAHAHAHA” helaiannya semakin kuat. Matanya bertukar


menjadi merah, sesekali matanya terhenti, merenung tajam kepada
Daniel, kemudian tersenyum.

“Sekarang ni memang tiada pilihan” Mikail bersuara.

Mikail. Dia mempunya anugerah untuk melihat perkara-perkara ghaib.


Sejak kecil lagi hijabnya sudah terbuka, tetapi tidak sepenuhnya.

“Daniel pegang tangan dia cepat” ujar Mikail.

Mikail memulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Lebih mengejutkan


apabila bacaan Mikail diikutnya sekali oleh Aizat. Mikail dengan muka
yang tenang masih lagi meneruskan bacaannya. Rontaan Aizat semakin
kuat.

Hampir 10 minit juga Mikail membacakan ayat -ayat Al-Quran selain


Ayatul Kursi. Apabila selesai membaca, rontaaan Aizat semakin lemah.
Dan secara tiba-tiba Aizat berlari ke arah kiri hutan. Mikail dan Daniel
kejar dan Mikail terhenti apabila mendengar deringan mesej dari telefon
pintarnya dan membaca ..

Aizat 5.21 pm
Wey korang aku tak dapat datang, ada urusan kat kampung
[reply]

Mikail dan Daniel saling berpandangan …

Anda mungkin juga menyukai