Anda di halaman 1dari 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340504016

Analisis Pemahaman Golongan Antihadis Di Malaysia Terhadap Hadith

Conference Paper · April 2020

CITATIONS READS

0 16,630

4 authors:

Rosni Wazir Abdul mukti Baharudin


International Islamic University College Selangor International Islamic University College Selangor
102 PUBLICATIONS 122 CITATIONS 7 PUBLICATIONS 4 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Zaidul Amin Ahmad Mohd norzi Nasir


International Islamic University College Selangor International Islamic University College Selangor
3 PUBLICATIONS 0 CITATIONS 50 PUBLICATIONS 24 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Rosni Wazir on 08 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA TERHADAP
HADITH

Rosni binti Wazir , Abdul Mukti bin Baharudin, Zaidul Amin Suffian bin Ahmad, Mohd Norzi bin
Nasir, Nor Asyikin binti Hasan Adali.

Akademi Islam,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

rosni@kuis.edu.my

Abstrak

Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula bertapak sejak
zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba menafikan autoriti hadis sebagai
sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran. Justeru mereka menyeru seluruh umat Islam
agar berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak hadis. Bagi mereka
tiada tempat untuk hadis dalam Islam, malah peranannya sebagai penghurai dan penjelas kepada al-
Quran ditolak sementah-mentahnya. Hadis tiada nilai, ia hanyalah sekadar kata-kata yang direka oleh
orang lampau, tidak signifikan, malah menjadi punca porak peranda dan kejumudan umat Islam.
Penulisan ini akan menganalisis sejauhmana pemahaman dan penafsiran yang dibuat oleh golongan
antihadis di Malaysia terhadap hadis, khususnya yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad.

PENDAHULUAN

Pertembungan antara hak dan batil tidak dapat dielakkan. Malah di mana ada kebenaran, di
situlah adanya kebatilan. Dalam usaha menghapuskan agama Islam dan menghancurkan umat
Islam, pihak musuh sentiasa berusaha dengan pelbagai cara. Mereka tidak pernah kenal erti
penat dan jemu, malah mereka sanggup bersatu menentang Islam sekalipun mempunyai
fahaman dan agama yang berbeza. Selain serangan dari luar dengan menggunakan kekuatan
fizikal dan persenjataan yang canggih, mereka juga cuba membuat serangan dari dalam
dengan menimbulkan keraguan terhadap akidah.1

Permulaannya, musuh-musuh Islam menjadikan al-Quran sebagai subjek penyelewengan dan


pemalsuan mereka bagi memesongkan akidah umat Islam. Ternyata, usaha mereka hanyalah
sia-sia kerana al-Quran telah dijamin oleh Allah s.w.t. sendiri tentang pemeliharaan
kesuciannya daripada sebarang bentuk penyelewengan dan pemalsuan. Mereka sama sekali
gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan terhadap al-Quran. Lantaran itu, mereka beralih
kepada sumber kedua syariat Islam iaitu hadis. Melalui hadis, mereka mendapati banyak

1
Mohd. Muhiden Abd Rahman. 2007. Pandangan Orientalis Terhadap Hadis dan Jawapannya dari Perspektif
Islam. Dlm Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hlm. 125.
ruang yang boleh dipergunakan untuk menimbulkan keraguan, kekeliruan, dan pertikaian.
Maka, mereka membuat kajian khusus dan kritikal terhadap hadis semata-mata bagi
menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam disebabkan kedengkian mereka yang begitu
mendalam terhadap Islam.

DEFINISI GERAKAN ANTIHADIS

Gerakan antihadis dalam bahasa Arab di panggil munkir al-sunnah. Penjelasan berhubung
dengan definisi ini akan dimulakan dengan pendefinisian gerakan, anti dan munkir dari segi
bahasa. Kemudian diikuti dengan penjelasan definisi hadis dan sunnah dari segi bahasa dan
istilah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), gerakan ialah suatu usaha atau
kegiatan2 dan anti pula ialah awalan yang bermaksud melawan, membantahi, menentang,
dan tidak menyetujui.3

Munkir pula ialah isim facil (kata pembuat) daripada perkataan ) ‫( أنكر نككر كنكر‬ . Dalam
Lisan al-cArab, maksud perkataan ingkar adalah sama dengan juhd iaitu mengingkari dalam
keadaan ia tahu4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), ingkar mempunyai tiga
maksud, pertama; tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal dan mungkir,
kedua; enggan, tidak menurut dan tidak mahu dan ketiga; penafian, penyangkalan dan perihal
memungkiri.

Hadis dari segi bahasa ialah baru atau khabar. 5 Manakala, sunnah ialah jalan. Sunnah juga
ialah sirah dan jalan biasa sama ada baik atau buruk. Dari segi istilah hadis pula, hadis ialah
segala yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan,
pengakuan, atau sifat tubuh badan (jasmani) atau akhlak (rohani), atau sesuatu yang
disandarkan kepada sahabat atau tabiin daripada perkataan atau perbuatan.6 Manakala sunnah
menurut Imam al-Nawawi (t.th) ialah hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Nabi
Muhammad s.a.w.. Hadis dan sunnah adalah sama takrifnya dari segi istilah di sisi
kebanyakan ulama hadis terutamanya ulama mutakhir (Baha al-Din, 1999).

Bagi pemikir-pemikir orientalis, mereka telah meluaskan takrif sunnah dengan memasukkan
amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Arab di zaman baginda s.a.w. Takrif yang
dikemukakan oleh mereka ialah: Himpunan ketetapan Nabi s.a.w. dan adat istiadat lama
(bangsa Arab) (Mohammad, 1977). Menurut John Burton (1994): “Hadis is meant the
massive literature of the tradition of the Islamic community compiled from thousands of
individual brief narratives, each of which is referred to individually also as Hadis”.

2
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 462.
3
Ibid. Hlm 67.
4
Ibn Manzur. T.th. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Sader. Hlm. 352.
5
al-Fairuzabadi. 1987. Al-Qamus al-Muhit. Dar al-Jaili. Hlm. 170.
6
Syed Abdul Majid Ghouri. 2012. Kamus Istilah Hadis. Selangor: Darul Syakir Enterprise. Hlm. 208.
Berdasarkan kepada takrif dari segi bahasa dan juga istilah terhadap frasa gerakan antihadis
dan munkir al-sunnah sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa gerakan antihadis atau
munkir al-sunnah ialah suatu usaha atau kegiatan yang menolak sunnah sama ada secara
keseluruhan atau sebahagian daripada menjadi sumber hukum dan rujukan. Bagi mereka yang
berada dalam gerakan ini, sunnah secara keseluruhannya atau sebahagiannya adalah bukan
hujah dan memadai bagi mereka berhujah dengan al-Quran.

Justeru, individu atau kumpulan yang terlibat dalam usaha atau kegiatan menolak hadis
sebagai rujukan sama ada menolak secara keseluruhan hadis atau sebahagian daripadanya
adalah termasuk di dalam takrifan ini. Mereka semua adalah penggerak kepada gerakan
antihadis yang menyimpang dan sesat daripada landasan kebenaran Islam.

SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN GOLONGAN ANTIHADIS

Menelusuri sejarah kemunculan dan perkembangan golongan antihadis, memperlihatkan dua


pecahan zaman iaitu zaman lampau dan zaman moden.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau dalam
kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran baginda s.a.w. serta melemparkan
tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah dikategorikan sebagai
antihadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman terhadap ajaran Islam itu
sendiri.7

Semasa zaman sahabat r.a., terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang cuba
mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk kepada al-
Quran sahaja. Beliau telah membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah bin Umar r.a.
Namun, Ibnu Umar r.a. telah mengingatkan beliau supaya menerima dan melaksanakan
segala yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu. Sungguhpun begitu, perkara
tersebut hanyalah dalam ruang lingkup pandangan peribadi seseorang dan tidaklah
berkembang menjadi kumpulan atau gerakan.8

Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat seorang yang
meminta agar beliau tidak mengajarkan hadis, namun memadailah dengan hanya
mengajarkan al-Quran sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh
membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya
kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan
Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab, "Terima
kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi seorang ahli fikah.

7
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai Islam-
Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 2.
8
Ibid. Hlm. 2.
Seterusnya, Imam al-Syafi’i dalam kitabnya al-‘Umm menyatakan bahawa golongan yang
menolak hadis ini telah muncul secara berkelompok pada penghujung abad ke 2 atau abad ke
3 Hijrah. Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan terhadap hadis yang
bersifat bukan mutawatir seperti hadis Ahad dan mereka yang mendakwa bahawa hadis
bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan dianggap sebagai hukum yang
terpisah daripada al-Quran.9

Pada zaman berkenaan, orang yang mula-mula berdebat dengan golongan antihadis tersebut
ialah Imam al-Syafi’i. Beliau telah berjaya mematahkan idea-idea palsu yang dikemukakan
oleh golongan antihadis sehingga mereka kembali bersetuju dengan hujah-hujah beliau
seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w..

Selepas kurun ke 11 Hijrah, fahaman ini muncul semula dan dipelopori oleh segolongan
orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama turut berlaku di Mesir
pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905M). Hal ini muncul ekoran rancaknya
keraguan yang ditimbulkan oleh penjajah Barat di hati sebahagian umat Islam ketika
imperalisme berlaku. Objektif utamanya adalah untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam
yang ketika itu berada dalam keadaan lemah.

Bertitik tolak daripada itu, Taufiq Sidqi telah menulis dua makalah di dalam majalah al-
Manar edisi 7 dan 12 yang bertajuk “Ajaran Islam ialah al-Quran Sahaja”. Beliau telah
mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran sahaja dengan motif agar pembaca tidak
berpegang kepada hadis. Kemudian, pada tahun 1929, muncul Ahmad Amin dengan bukunya
Fajr al-Islam dan Dhuha al-Islam yang merendah-rendahkan martabat hadis serta
mencampur adukkan antara hak dan batil mengenai hadis. 10

Perihal tentang keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan juga oleh seorang yang
bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk Tarikh al-Sunnah pada tahun
1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis tiada
ada asasnya bahkan boleh diragui kerana terdapat padanya unsur- unsur pemalsuan hadis.11

Terdapat di kalangan cendekiawan Islam yang menuntut di Eropah yang telah terpengaruh
dengan ajaran antihadis ini. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang berkelulusan biokimia
dari Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir telah memperkenalkan kod 19 yang merupakan
satu penyelewengan besar dalam pentafsiran al-Quran. Beliau turut menyatakan bahawa
terdapat penambahan kepada al-Quran pada surah al-Taubah iaitu pada dua ayat yang

9
Irsyadunnas. 2003. Inkar al-Sunnah; Sejarah Kemunculan dan Perkembangannya. Jurnal Studi Ilmu-ilmu al-
Quran dan Hadis. Vol. 4. Hlm. 87.
10
Dasman Yahya Ma’ali. 2014. As-Sunnah An Nabawiyah Antara Pendukung dan Pengingkarnya. Jurnal
Usuluddin. Vol. XXII. No.2. Hlm. 193.
11
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai Islam-
Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 3.
terakhir. Hal ini kerana menurutnya ayat-ayat tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod
19 itu.12

Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan ciptaan Iblis.
Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis. Pendapat-
pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat dilihat melalui buku-buku
tulisannya seperti Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious Alphabets, The
Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final Scripture, Qur'an: Visual
Presentation of the Miracle, Qur'an, Hadith and Islam dan Qur'an: The Final Testament.13

KEMUNCULAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, gerakan antihadis telah dipelopori oleh Kassim Ahmad, seorang
pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya seperti
Othman Ali melalui karya ‘Bacaan’, Idris Abdul Rahman melalui penulisan ‘Pendedahan
Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam al-Quran’, dan Abdul Manan Harun
mula mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba menarik perhatian umat
Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan
al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal.14

Kassim Ahmad sebagai penggerak utama dipercayai telah terpengaruh dengan ajaran Dr
Rashad Khalifa, seorang pakar dalam bidang Plant-Biochemistry kelahiran Mesir yang
menetap di Amerika Syarikat. Kassim Ahmad juga telah menubuhkan persatuan Jemaah al-
Quran Malaysia (JAM) pada 11 Jun 1995 yang kemudiannya diikuti dengan penubuhan
Persatuan Falsafah Malaysia setelah JAM ini gagal didaftarkan kerana tidak mendapat
kebenaran daripada pihak kerajaan Malaysia.15

Pada peringkat awal, penganut JAM ini memang diberi ruang yang luas untuk menyebarkan
fahaman ini dalam media massa di Malaysia, khususnya akhbar media perdana. Contohnya,
Syed Akbar Ali (ahli jawatankuasa pusat JAM) telah diberi ruang (kolum) khusus dalam
akhbar Berita Minggu. Ia mempergunakan kolum ini untuk menyebarkan fahaman dan idea
yang dibawa oleh JAM. Namun begitu, apabila mendapat tentangan daripada pelbagai NGO
Islam, maka kolum ini kemudiannya ditutup.16

Idea tersebut kemudiannya dikembangkan oleh Kassim Ahmad menerusi penulisan artikel
yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-ahli Hadis” di dalam ruangan “Berani Kerana Benar”

12
Ibid. Hlm. 3-4.
13
Ibid. Hlm. 4.
14
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai Islam-
Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 4
15
Rahimin Affandi et al. Pengaruh Orientalism dalam Gerakan Anti Hadis di Malaysia: Analisis Kritikal. Dlm
Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD). Hlm. 70.
16
Ibid. Hlm. 70-71.
dalam akhbar Watan. Bermula bulan September 1985, Kassim Ahmad telah memperlihatkan
peningkatan gerakannya dengan penganjuran Majlis Diskusi mengenai “Teori Hadis” di
Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau
Pinang dan juga di rumah beliau di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang
dihadiri oleh beberapa orang kenalannya daripada ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia
(PSRM). Penyebaran ajaran sesat Kassim Ahmad telah disedari dan dikecam hebat oleh para
ulama Islam dan akhirnya kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang
telah dirancangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.17

Ekoran daripada kecaman dan kritikan ulama tersebut serta tindakan kerajaan membatalkan
siri ceramahnya, maka pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku
bertajuk “Hadis Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Penulisan buku
tersebut telah membangkitkan kemarahan dan menjadi suatu kontroversi yang meluas di
kalangan umat Islam kerana antara lain buku tersebut mendokong fahaman penolakan hadis
secara total sebagai salah satu sumber hukum Islam. Buku tersebut kemudiannya telah
diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.18

Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan
umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk “Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik” terbitan Media Intelek dengan mesej yang sama iaitu menolak hadis secara total.
Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku tersebut melalui Warta Kerajaan.19

Kassim Ahmad sebenarnya mendapat dokongan daripada beberapa public figure di Malaysia
yang memang terpengaruh dengan idealisma sosialism iaitu fahaman yang menentang
dominant tradition dalam segenap perkara. Mereka terdiri daripada pelbagai kerjaya (seperti
guru, wartawan, penulis bebas, jurutera, peguam dan sebagainya) yang kononnya ingin
kelainan dan pembaharuan dalam pemikiran Islam di Malaysia. Mereka memang sejak mula
lagi begitu mengagumi Kassim Ahmad kerana mereka berpendapat bahawa Kassim Ahmad
mempunyai pemikiran yang sepuluh tahun lebih terkehadapan berbanding manusia biasa.
Contoh yang kerap diberikan untuk menyokong pendapat mereka ini ialah berkenaan
pandangan Kassim Ahmad yang termuat di dalam kajiannya iaitu tentang kisah pertikaman
Hang Jebat dengan Hang Tuah. Semasa kajian ini dihasilkan pada tahun 1970, semua pihak
menentang pandangan Kassim Ahmad yang menyatakan Hang Jebat berada dipihak yang
benar berbanding Hang Tuah kerana berpegang teguh dengan prinsip ‘raja yang adil
disembah dan raja yang zalim disanggah’. Mengikut pendokong Kassim Ahmad, ternyata
sepuluh tahun kemudiannya apabila timbul isu imuniti raja-raja Melayu, pandangan Kassim
Ahmad ini memang diterima ramai.20

17
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai Islam-
Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 4.
18
Fatwa 4. Golongan Anti Hadith. Dlm Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005). Hlm.
30.
19
Ibid. Hlm. 30-31.
20
Ibid.
Penolakan Kassim Ahmad terhadap hadis daripada menjadi sumber akidah dan perundangan
Islam atas faktor-faktor berikut:

i. Pembukuan kitab-kitab hadis terutama enam buah buku hadis (al-Kutub al-Sittah)
dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200
dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

ii. Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa’
al-Rashidin.

iii. Kewujudan hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti


intelektual, kebekuan dan oportunis politik. 21

Ajaran golongan intelek ini dilihat agak berbeza coraknya berbanding dengan kebanyakan
ajran sesat lain yang berkembang di negara ini. Jika kebanyakan ajaran lain mempraktikkan
amalan tertentu seperti berzikir di tengah kepekatan malam beserta amalan-amalan lain
berbau khurafat sebagai identiti mereka, tidak pula demikian dengan gerakan antihadis.
Penyelewengan mereka ternyata bergaya apabila mereka mengetengahkan suatu
‘penyelewengan profesional’ yang mereka dakwa sebagai ‘pembetulan’ kepada ‘amalan
sesat’ yang diamalkan oleh umat Islam kini. Lebih tepat lagi, ‘sesatnya’ umat Islam kini
(seperti dakwaan mereka) kerana beramal ibadah dengan berpandukan kepada hadis
bukannya berpandukan al-Quran secara mutlak seperti mereka.22

Sejak dari awal kemunculan GAH ini lagi, ia ditentang hebat oleh semua pihak di Malaysia.
Penentangan datang daripada segenap penjuru sama ada pihak berkuasa agama di peringkat
pusat dan di peringkat negeri di seluruh negara telah mengharamkan pergerakan ini beserta
tulisan-tulisan mereka. Pengharaman itu tidak melumpuhkan pergerakan mereka. Mereka
terus bergerak dengan mengadakan usrah, ceramah dan forum untuk anggota-anggota
mereka. Mereka mewujudkan laman-laman web, menulis artikel-artikel di akhbar-akhbar dan
majalah-majalah tempatan untuk mengembangkan fahaman mereka. Pergerakan mereka terus
subur hingga kini. Mereka telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka yang
ke lapan diadakan di Rumah PENA, Kuala Lumpur pada 26 April 2009.23

21
Mohd Al-ikhsan bin Ghazali. Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) kepada Umat Islam di
Malaysia: Kajian Khusus di Lembah Klang. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan
Cabaran Semasa (MUSNAD). Hlm. 50.
22
Fatwa 4. Golongan Anti Hadith. Dlm Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005). Hlm. 31.
23
Mohd Al-ikhsan bin Ghazali. Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) kepada Umat Islam di
Malaysia: Kajian Khusus di Lembah Klang. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan
Cabaran Semasa (MUSNAD).
PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA TERHADAP HADIS

Pengenalan

Al-Quran dan hadis merupakan dua sumber perundangan Islam. Melihat kepada kepentingan
hadis, maka usaha terhadap penjagaan hadis itu sendiri dilihat telah bermula semenjak zaman
sahabat. Periwayatan terhadap hadis dilakukan secara selektif dan amat berhati-hati demi
menjaga keautentikan dan keaslian hadis itu sendiri. Usaha ini diteruskan oleh generasi demi
generasi sehingga kini.

Menurut Kamaruddin Amin, perbincangan mengenai autentik, validity dan reliability


metodologi keaslian hadis adalah perihal yang paling asas dalam kajian hadis. Apabila
metodologi yang digunakan bermasalah, maka semua hasil yang dicapai dari metode tersebut
tidak kuat.24 Keraguan juga datang dari kalangan orientalis mengenai keaslian hadis dan ia
memberikan pengaruh kepada sebahagian sarjana Muslim.

Epistemologi kaum orientalis dengan ciri keraguannya adalah mempersoalkan apakah makna
hadis sebenar? Benarkah hadis itu adalah ucapan verbal nabi, tingkah laku nabi atau persepsi
masyarakat Islam tentang nabi? Apakah buku hadis yang kita warisi dari abad ketiga seperti
Sahih Bukhari dan Muslim, merupakan refleksi sunnah nabi? Pemikiran seperti ini diwakili
oleh Joseph Schacht dan Ignaz Goldziher.

Pemahaman Golongan Antihadis terhadap Hadis

1) Hadis Tidak Mentafsir al-Quran

Kassim Ahmad : “Tengoklah.. tengok kamuslah.. dia bagi semua makna.. ataupun ayat al-
Quran ni dia jelaskan antara satu dengan lain. Bukan hadis menjelaskan al-Quran, itu
kaedah tradisional. Mereka kata hadis menghuraikan al-Quran. Hadis kalau kita ambil pun
sebagai Nabi Muhammad punya cakap.. mana Nabi Muhammad nak tahu apa yang akan
datang.”25

Kata beliau lagi : Sesetengah orang juga mendakwa hadis mentafsirkan Al-Qur'an. Kita tahu
isi kandungan Al-Qur'an itu banyak yang tidak diketahui oleh Nabi Muhammad sendiri,
khasnya tentang kejadian langit dan bumi dan tentang masa depan. Nabi Muhammad
menerima wahyu dari Tuhan dan tanggungjawab beliau ialah menyampaikan wahyu ini
kepada manusia bukan menghuraikannya.26

24
Kamaruddin Amin. 2003. Book Review The Origins of Islamic Jurisprudence Meccan Fiqh before the
Classical School. Dlm. Al-Jami’ah: Journal of Islamic Studies. Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga
Yogyakarta. Hlm. 23.
25
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim Ahmad di
kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
26
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 6 pada 15 April 2007.
Kassim Ahmad memberikan empat ayat al-Quran yang didakwa menolak kefahaman bahawa
hadis mentafsir al-Quran.

a. Tuhan menerangkan bahawa Dialah yang mengajar al-Quran. Ayat al-Quran yang
berbunyi:
ۡ ۡ
)٢ ( ‫ معلَّ مم ٱل ُق ۡ ءم من‬١ ‫حم ُن‬
َٰ َّ‫ٱل‬
Maksudnya:
(Allah) Yang Maha Pengasih. Yang telah mengajar al-Quran.

(Surah al-Rahman: 1-2)

b. Berkaitan dengan ayat mutasyabihat atau ayat kiasan, Tuhan menyatakan bahawa tiada
yang mengetahui tafsirannya kecuali Dia dan mereka yang pakar dalam hal ini. Ayat al-
Quran yang berbunyi:

ِ َّ‫رب َأُمر مت َٰ رِ ََٰ َُّّم م َّممر ٱل‬ ِ ِ‫ك ۡٱلكِ َٰتمب ِم ۡكرُ ء نَٰرُّم ك ۡۡ مك ََٰٰرُّم ه َّرن أُكل ۡٱلك‬ ۡ ِ
‫نن ِي‬‫م‬ ‫رذ‬ ‫م‬
‫م ُُ م‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫م‬َٰ
‫ت‬ ُ ُ ‫م‬ ‫م ُ مم‬ ‫منزمل معلمي م‬ ‫يأم‬ ٓ ‫ُه مو ٱلَّذ‬
‫ۡ ۡ ِ َِّ ر‬ ۡ ۡ ۡ ۡ
َّ ‫قُرلُوِبِِ ۡم مزۡنغ مريمرتَِّعُو من مم تم َٰم مُم ِمكُُ ۡٱبتِغمٓءم ٱل ِفتركم ِرِ مَ ۡٱبتِغمرٓءم مۡ َِنلِ ِرُوَّ مَممر نرمعلم ُرم مَۡنلمٓرُُا كه‬
‫ٱَُ مَٱل ََّٰ َِر ُ و من‬
ۡ ۡ ِ ِ‫ِي ۡٱلعِ ۡل ِم نر ُقولُو من ء مكَّ بُِِو ُكل ِم ۡن ع‬
ِ ‫كد بِّكم ر َمم نم َّذ َّك كَِّهٓ أ َُْلُوْ ٱۡلملم‬
(٧ (‫َٰب‬ ّّ ‫مم‬ ‫م‬
ُ ‫م م‬
Maksudnya:
Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad).
Diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab (al-
Quran) dan yang lain mutsyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya
condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-
cari futnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang
mengetahui takwilmnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya
mendalam berkata: ‘Kami beriman kepadanya (al-Quran), semuanya dari sisi
Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang
berakal.

(Surah Ali ‘Imran: 7)

c. Tuhan memberitahu kita bahawa Dia dan agen-agennya (kata nama “Kami” bagi Tuhan
bermakna Dia dan agen-agennya) akan menghuraikan al-Quran. Termasuk di dalamnya
nabi dan rasul dan mereka yang Tuhan beri hidayah.

ۡ ۡ ‫) كِ َّن عل ۡيركر‬١٦( ‫ه ُت ِ ۡك بُِِو لِسر نك لِتر ۡعَرل بِ ِرُٓو‬


‫) مرَِم قمرمأنَٰمرُُ مربتَِّ ۡق قُر ۡ ءم نمرُُا‬١٧( ‫م معرُُا مَقُر ۡ ءم نمرُُا‬‫مم م م‬ ‫ممم م مم‬ ّ‫م ُم‬
)١٩ (‫) ُُثَّ كِ َّن معلم ۡيركم برميم نمُُا‬١٨(
Maksudnya:
Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al Quran)
karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya .Sesungguhnya Kami yang akan
mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya. Apabila Kami telah
selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian
sesungguhnya Kami yang akan menjelaskannya.

(Surah al-Qiyamah : 16-19)


d. Orang yang diberi kebolehan untuk mentafsir al-Quran ialah mereka yang dipilih dari
hambaNya.

ۡ ۡ ۡ ۡ ۡ َّ ۡ ‫ُُثَّ أ ۡمَ ۡثرك ر ۡٱلكِ َٰتررب ٱلَّر ِرذنن‬


ُُۢ ِ‫ٱي رَممف ۡيركم ِمر ۡرن عِمر ِۡ مُ م َِٰ ركر َُ ۡم سمر ِ لِّكمرف ِسر ِرُو مَِم ركر َُم كمقتم ِ ررد مَِمر كر َُ ۡم مَ ر ب‬ ‫م‬ ‫مم م م‬
ۡ ۡ ۡ ِۚ َّ ‫ت ِبِِ َۡ ِن‬
ِ‫ٱَِ ََٰمل‬ ِ ۡ ِ
ۡ ‫بۡل‬
)٣٢ (ُ‫ك ُه مو ٱل مفض ُل ٱل مكِي‬ ‫م‬ ‫ب مم‬
‫ي‬
َٰ
Maksudnya :
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di
antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri
mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara
mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.

(Surah al-Fathir : 32)

Kesimpulan yang dibuat oleh Kassim Ahmad berdasarkan ayat al-Quran di atas ialah :

i. Tidak logik dan tidak munasabah dakwaan bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
mentafsir al-Quran kerana ilmu dan kefahaman baginda terbatas kepada zaman itu
sahaja.

ii. Fahaman salah ini menyebabkan sebahagian daripada tafsir al-Quran menjadi
kabur dan kacau.

Contoh :
ۡ َّ ۡ
َّ ‫رول مَأ َُِْ ٱۡلم ۡمر ر ِ ِمر ررك ُك ۡم مر رِن تمر َٰكمر رمرزعتُ ۡم ِي م ر ر ۡرٱء مر ر ُ كَُۡ كِ م‬
َِ‫ٱ‬ ِ ‫ٱَ َأ‬
‫مَيعُر رروْ ٱلَّ َُر ر م‬ ِ ِ َّ
‫َٰمَٓيمنرك مَر ر ٱلر ررذ م‬
‫نن ءم ممكُر رٓروْ أمَيعُر رروْ َّم م‬
ۡ ِ‫بَِ َ ۡٱلير ۡوِل ۡٱۡلٓ ِم ِِۚ ََٰمل‬
) ٥٩ (‫ك مم ۡي مَأ ۡمح مس ُن مۡ َِ ًنل‬ ِ ِۡ ۡ ِ
‫م‬ ‫مَٱلَّ َُول كِن ُككتُم ترُؤمكُو من ب َّ م م‬
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil
amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Surah al-Nisa’: ayat 59)

Frasa “taat kepada Rasul” ditafsirkan sebagai berpegang kepada hadis dan sunnah
baginda sedangkan maksud sebenar adalah “taat kepada Allah dan berpegang kepada
kitabNya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

2) Hadis Bukan Sumber Perundangan Islam yang Mutlak

Kassim Ahmad : Hadis ni adalah al-Quran. Nabi tak bawak hadis. Hadis ni orang reka
selepas 20, 30 tahun timbul perpecahan dalam politik, kemudian dia jadi perpecahan dalam
teologi. Dia jadi lebih kurang macam ni lah.. ada satu kampung, kita ambil satu kampung di
Kulim, satu rombongan lima puluh orang dari Kulim ni pergi jumpa Najib. Sembang lah 3
jam. Daripada 50 orang tu.. mungkin 20 orang UMNO, 10 pas, 10 pkr, dan lain-lain tak ada
parti. Ni semua pi, jumpa dengan najib sembang 3 jam. Bila dah balik, orang kampung yang
lain tanya lah, “cuba cerita.. apa yang kamu bincang dengan Najib”. Agak apa nak jadi. A
nanti cakap apa yang dia dengar dan apa yang dia faham, dia tokoh tambah sikit nak bagi
sedap lagi. Ha, macam tu lah.. bukan Nabi yang kata, bukan Najib yang kata.. dia yang kata.
Ha, macam tu lah hadis ni jadi macam ni. Bukan nabi yang kata.. Nabi punya perkataan
ni..al-Quran, ‫َول ك ي‬ ‫ كنُ لقول‬.27

Kassim Ahmad menggariskan 3 pendirian yang jelas tentang hadis :

a. Hadis merupakan kaedah yang digunakan oleh musuh Islam untuk menyelewengkan al-
Quran.

b. Hadis mungkin ditulis pada zaman Nabi tetapi sejarah membuktikan bahawa ia tidak
dibukukan secara rasmi sehingga selepas Imam al-Syafi’i berjaya membuatkan
masyarakat menerima ajarannya bahawa sunnah Nabi adalah sumber hukum yang setaraf
dengan al-Quran.

c. Penggunaan istilah “hadis” dalam al-Quran digunakan dalam dua makna yang berlainan:

Bil. Makna di dalam al-Quran Bentuk


1. al-Quran atau wahyu Tiada hadis lain kecuali al-Quran
“Sesungguhnya ini sebuah bacaan yang mulia. Di
dalam sebuah kitab yang terpelihara. Tiada siapa
yang boleh memahaminya kecuali yang jujur. Sebuah
wahyu daripada Tuhan semesta alam. Apakah hadis
ini yang hendak kamu kesampingkan?”

27
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim Ahmad di
kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
ۡ
‫ ) َّه َيمم كس ر رٓرُُا كَِّه‬٧٨( ‫) ِي كَِٰتم ر ررب َّمككُر ررون‬٧٧ (‫كِنَّر ررُُا لم ُق ر ر ۡ ءم ن مك ر ر ِي‬
ِ ‫ ) أممِ ََٰر مذ ۡٱح ِردن‬٨٠ ( ‫ِّ ۡٱل َٰعلم َِٰر‬ ِ َّ ‫رن‬‫م‬ِ ‫ ) تمك ِزنرل‬٧٩ (‫ۡٱلََٰم ََّ َ من‬
‫م م‬ ‫ّ ّ م م‬ ُ ُ
ۡ
)٨١ (‫أمنتُم كمد ِهكُو من‬

Maksudnya :
Dan (ini) sesungguhnya Al Quran yang sangat mulia.
Dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuzh). Tidak
ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang
disucikan. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam.
Apakah kamu menganggap remeh berita ini (Al
Qur’an)?
(Surah al-Waqi’ah : 77-81).
2. Laporan atau cerita Piagam Madinah, Pidato Perpisahan, Perjanjian
Hudaybiah dan surat-surat Nabi kepada ketua negara.

Bagi beliau, sekiranya seseorang itu mendakwa kembali kepada al-Quran secara sepenuhnya
tetapi dalam masa yang sama menolak hadis-hadis yang bertepatan dengan al-Quran, itu
adalah tidak logik kerana kita tidak boleh menolak sesuatu yang baik. Segala yang baik itu
datangnya dari Allah s.w.t.

Bagi beliau, walaupun hadis “diterima” oleh masyarakat sebagai sumber hukum kedua,
kesahihannya terus dipertikai oleh kaum Muktazilah yang terdiri daripada ahli falsafah dan
sains dari dulu sehinggalah sekarang. Ini bermakna, penerimaan terhadap kesahihan hadis
adalah tidak muktamad sebagaimana al-Quran.

Kassim Ahmad juga menegaskan bahawa “walaupun kita menolak hadis sebagai sumber
hukum yang mutlak, kita tidak menolak hadis sebagai sumber hukum kedua.” Namun begitu
penerimaannya adalah bersyarat, iaitu selagi hadis itu tidak bercanggah dengan al-Quran.

3) Kesahihan Sesebuah Hadis Adalah Diragukan

Memetik kenyataan Kassim Ahmad di dalam buku kontroversinya, Hadis Satu Penilaian
Semula :

a. “Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun
kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad.” 28

28
Kassim Ahmad. 1986. Hadis Satu Penilaian Semula. Petaling Jaya : Media Intelek. Hlm. 18.
b. “Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah
hadith/sunnah.”29

c. “Kebanyakan hadith merupakan ‘omong kosong’ yang menyesatkan manusia dari jalan
Tuhan tanpa pengetahuan.”30

d. “Hadith merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenarannya.
Ia tidak lebih daripada tekaan dan agakan.”31

e. Sebelum hadis-hadis dikumpulkan dan dibukukan secara rasmi, banyak sekali hadis-hadis
telah direka dan disebarkan oleh pelbagai golongan. Apabila hadis-hadis ini dikumpul,
ditapis dan dibukukan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah dan al-
Nasa’i bagi kaum ahl al-Sunnah dan oleh al-Kulani, Ibn Babuwayh, Jaafar Muhammad
al-Tusi dan al-Mustada bagi kaum syiah, barulah kumpulan-kumpulan hadis rasmi wujud,
iaitu setelah Imam al-Syafi’i berjaya menjadikan hadis atau sunnah sebagai sumber
hukum.

f. Hadis-hadis ini dipercayai adalah kata-kata dan perbuatan Nabi, bahkan mereka sendiri
mengakui bahawa kebanyakan hadis ini bertaraf hadis ahad, iaitu mempunyai seorang
periwayat sahaja. Sedangkan mengikut undang-undang Islam, sesuatu perkara itu
mestilah disahkan oleh dua orang saksi sebelum ia dapat diterima dari segi undang-
undang. Ini bermakna, mengikut ahl al-hadis, kebanyakan hadis dalam kumpulan-
kumpulan mereka itu tidak boleh digunakan dari segi undang-undang Islam. Oleh tu
adakah munasabah mereka mengkehendaki umat Islam percaya kepada hadis mereka?

g. Kaedah sejarah saintifik memerlukan sesuatu laporan itu disahkan oleh sumber-sumber
bebas yang lain, sebelum laporan itu diterima sebagai benar. Kebanyakan hadis tersebut
bukan berasal daripada Nabi, tetapi merupakan pendapat pelbagai golongan yang wujud
pada waktu itu.

4) Warisan Nabi Hanyalah al-Quran

Kassim Ahmad : Jadi, kita tak mau nak panjang cerita lah. Balik kepada tadi, perkara saya
tulis hadis ni. Tuhan kata dalam al-Quran, “kebanyakan manusia mengikut berita yang tak
sahih. Berita yang mana yang lebih sahih daripada kitab ini, al-Quran”. Banyak kali saya
bubuh dalam ini.. dalam buku saya ni, saya dah cakap dah. Hadis yang sebenar ni.. yang
inilah, al-Quran sebab dia keluar dari mulut Muhammad.

29
Ibid. Hlm 20.
30
Ibid. Hlm 91.
31
Ibid. Hlm 112.
Saya nak tunjuk kepada saudara, dalam Quran ada 2 ayat yang berbunyi ‫كنرُ لقرول َرول كر ي‬.
ُ‫كنر‬ bahawasanya ini, ‫لقرول َرول كر ي‬ perkataan rasul yang mulia. Ini, perkataan rasul yang
mulia. Quran ini perkataan rasul yang mulia. Perkataan Muhammad sebagai rasul yang
mulia.32

Kassim Ahmad menegaskan bahawa hadis-hadis saling bercanggah antara satu sama lain.
Ada yang menyatakan Nabi meninggalkan satu perkara iaitu Kitab Allah dan ada yang
mengatakan dua, iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Bil. Hadis Riwayat Jabir


1. “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa
Rasulullah berpidato kepada rakyat dan
berkata : “...dan aku telah meninggalkan
kepadamu satu perkara; jika kami berpegang
kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku,
iaitu Kitab Allah. Kamu akan ditanya
tentangku. Jadi apa akan kamu kata? Mereka
menjawab : “Kami akan memperakui bahawa Walaupun laporan tersebut ada
kamu sebenarnya telah menyampaikan dan perbezaan. Ia tetap menyatakan
menyempurnakan perutusan dan memberi bahawa peninggalan Nabi
peringatan.” Riwayat Muslim. Muhammad adalah satu sahaja,
iaitu kitab Allah.
2. “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa
Rasulullah telah berkata dalam Haji terakhir :
“....dan aku telah meninggalkan di antara
kamu satu perkara; jika kamu berpegang
teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat
selepasku ---kitab Allah dan apa yang kamu
dapat daripadaku melalui soalan (hadis).”
Riwayat Muslim.

Hadis riwayat Malik bin Anas


3. Malik bin Anas melaporkan sebuah hadis Namun manusia sekarang berpegang
cacat bahawa Rasulullah berkata : “Aku pada hadis laporan Malik bin Anas
meninggalkan kepadamu dua perkara : yang menyatakan ada dua warisan
selagi kamu berpegang teguh kepadanya, nabi walaupun pelapornya
kamu tidak akan sesat – kitab Allah dan menyifatkan hadis ni sebuah hadis
sunnah Rasul-Nya.” (Muwatta’) yang cacat.

32
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim Ahmad di
kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
Ajaran bahawa Nabi Muhammad meninggalkan dua buah kitab dibantah oleh al-Quran:

Bil. Bantahan dari ayat al-Quran Keterangan


ِ ‫رُّم معلم ر ر ۡري ُك ۡم نِ ۡع مَٰ ر ر‬
‫ر‬ ‫ر‬ ۡ ِ‫ۡٱلير ر ر ۡرول أ ۡمكَٰ ۡل ر ررُّم لم ُك ر ر ۡرم ِۡن ر ررك ُك ۡم َأ ۡم‬
َٰ
ُ ‫م مم‬
1. Ayat ini turun 81 atau 82 hari
ُ ‫م م م‬
ۡ ِۚ ۡ sebelum nabi wafat,
ۡ َ ِ ۡ ِ َٰ ۡ ِ ِ
‫يُّم لم ُك ُرم ٱإَرلم مم ۡنكر م مَٰر ِن ٱضرََُّ ي مص مَٰ مرِ م م‬
‫ري‬ ُ ‫مَمض‬ menunjukkan bahawa Islam
ۡ sudah lengkap pada waktu
( ٣ )‫ٱَم م ُفو َّ ِحيم‬ َّ ‫ُمتم مَ نِف ِِّإُثٖ مِ َّن‬ itu.
Maksudnya :
Pada hari ini telah aku lengkapkan
agamamu untukmu dan sempurnakan
nikmat-Ku bagimu dan telah Kupilih Islam
bagimu sebagai agama.
(Surah al-Ma’idah : 3)
ۡ ۡ ِ ۡ ۡ ِِ ۡ ۡ ۡ
‫رف‬‫ ) مم ر لم ُكررم مكير م‬٣٥ ( ‫أممركمَ معر ُرل ٱل َُٰسررلَٰ م مكرربل ََُٰ ِم م‬
2. Ayat yang menyindir mereka
yang mahukan sebuah kitab
ۡ
‫ كِ َّن‬٣٧ ‫ ) أ ۡمل لم ُك ر ۡرم كَِٰتم ررب ِي ر ِرُ تمد ُ َُ ررو من‬٣٦ (‫م ُۡت ُك َُٰ ررو من‬ lain.

) ٣٨ (‫لم ُك ۡم ِ ِيُ لم مَٰ مَتمَّيَُ من‬


Maksudnya :
Patutkah kami perlakukan orang Muslim
seperti orang berdosa?. Betapakah hal
kamu?. Bagaimana kamu menghukum?.
Adakah kamu sebuah buku lain yang kamu
gunakan, dan memberi kami apa-apa yang
kamu kehendaki?.
(Surah al-Qalam : 35-38)
ِۡۡ ۡ ِ
3. ‫نن مه نرم ۡ ُ ررو من‬ ِ َّ ِ
‫مَكَم ترُترلم ر َٰرع معلم رريَم ءم مَترُكم ر برميَّٰكم ررُّم قم ر مل ٱل ررذ م‬
Mendedahkan keinginan

ۡ ‫رُّم بِقر ۡ ء َن مر ۡ ِري َٰهر مذٓ أ ۡمَ ب ِد ۡلر ِۚرُ قُر‬


mereka yang menginginkan
ِ ‫ن‬
ُ ‫رو‬ ‫ر‬‫ك‬ُ ‫ن‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫رل‬ ّ ُ ِ ‫لِمقرٓء مُ ۡٱتر‬
ٓ ‫م ُ م م‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫م‬ sebuah al-Quran yang lain
َّ ِ ِ ۡ ِ ۡ ۡ
َّ ‫أ ۡمن أُب ِدلمررُا ِمررن تِلق رٓي نرف ِسر‬ atau yang telah diubah.
َّ‫روح َٰٓع ك م‬ ‫ر‬‫ن‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ه‬َّ ‫ك‬ ‫رق‬ ‫ر‬ِ َّ
‫ت‬ ‫م‬‫أ‬ ‫ن‬ ‫ك‬ ‫رٱ‬
‫ُ م ُ م‬ ٓ ‫م ۡ م‬ ُ ّ‫م‬
( ١٥ )‫ِّ نرم ۡوَل مع ِظيم‬ ‫ذ‬ ‫ع‬ ‫ّب‬ ِ ‫ُّم‬ ‫ي‬ۡ ‫كِِن أمم ف كِ ۡن ع‬
‫م‬ ‫م‬ ‫م‬ ّ ‫ّٓ م ُ م م ُ م‬
Maksudnya :
Tetapi apabila dibacakan kepada mereka
ayat-ayat Kami yang nyata, berkatalah
mereka yang tidak mengharapkan
pertemuan dengan Kami, ‘Bawalah sebuah
al-Quran yang lain selain ini atau ubahlah.”
Jawablah, “Aku tidak boleh mengubahnya
mengikut kemahuanku sendiri. Aku hanya
mengikut apa yang diwahyukan kepadaku.
Aku takut pada siksaan pada hari yang
dahsyat, jika aku derhaka kepada Tuhanku.
(Surah Yunus: 15).
ۡ
4. ‫ِّ كِ َّن قمر ر ر ۡروِمٱ َّٱَتمر ر ُذَْ َٰمه ر ر مذ ٱل ُق ر ر ۡ ءم من‬
ِّ ‫رول نَٰمر رم‬
ُ ‫مَقمر ر مل ٱلَّ َُ ر ر‬ Menjelaskan bahawa kitab
ۡ ۡ
yang perlu dipegang oleh
‫ك م معلكم ر لِ ُكر ِّرل نمرِ َّ مع ر ُرد َّٖ ِّم ر مرن‬ ِ
‫ مَمك ر َٰمذل م‬٣٠ ٖ ‫ممَ َُررو‬ orang Islam adalah al-Quran.
‫ۡ ۡ ر‬
٣١ ٖ‫ك مه ِۡيٖ مَنم ِ ي‬ ‫ٱل ََُٰ ِِم م مَمك مف َٰع بِمبِّ م‬
Maksudnya:
Rasul berkata “Tuanku, kaumku telah
membelakangkan Quran ini”. Demikianlah
Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi
musuh dari kalangan penjenayah. Tuanmu
cukup sebagai pembimbing dan pembantu.”
(Surah al-Furqan: 30-31).

Beliau tidak menafikan bahawa :

a. Hadis wujud pada zaman awal lagi yang berupa sahifah iaitu sebelum kumpulan-
kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara rasmi selepas pengisytiharan
Imam al-Syafi’i bahawa hadis/sunnah juga perlu dipegang oleh umat Islam.

b. Malah sejarah membuktikan wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh Nabi
Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-surat baginda
kepada Kristian pada waktu itu.

Namun, bagi umat Islam, kitab panduan utama ialah Quran, bukan Quran dan hadis.
Memetik kata-kata beliau : Malangnya kira-kira 250 tahun setelah Nabi wafat, pereka-pereka
hadis mencipta hadis dan mendakwa nabi Muhammad meninggalkan dua buah buku, iaitu al-
Quran dan Hadis. Ini merupakan tambahan kepada ajaran al-Quran yang sudah pun lengkap
dan sempurna.33

5) Imam Al-Syafi’i adalah Pencipta Doktrin “Sumber Perundangan Islam yang Kedua
ialah Hadis”.

Kassim Ahmad : “Sebab apa..sapa punya dosa ni.. tak lain tidak bukan, Imam al-Syafi’i.
Baca buku dia al-Risalah.. dan saya sebut buku dia dalam ni.. saya sebut dia punya huraian
tentang hadis, hikmah apa semua. Imam al-Syafi’i, dia tokoh Islam yang mula-mula yang
mengatakan umat Islam wajib pegang dua sumber sama. Principle sources, sumber-sumber
33
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 6 pada 15 April 2007.
utama, Quran dan Hadis. Dia hidup 125 tahun selepas nabi wafat. Sebelum daripada tu,
hadis dah ada dah, tapi tak wajib. Dia wajibkan setelah orang menerima doktrin baru yang
telah diperkenalkan oleh Imam al-Syafi’i. Besok nanti Tuhan tanya dia, “wahai Muhammad,
kamu ka yang buat hadis”.. Muhammad jawab, aku tak tahu hadis. Dia tanya Imam al-
Syafi’i, “kamu ka yang wajibkan hadis”.. dia nak lari mana.. dia kena. Saya sudah tulis di
blog saya... hadis is a scandal.. bukan nabi Muhammad cakap. Orang lain cakap dan
disangkutkan kepada Nabi Muhammad sebab nama nabi Muhammad ni besar..”34

Petikan kata-kata beliau dalam “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” : “Tesis-tesis saya
dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan al-Quran selama kira-kira
1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran hadith/sunnah
sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru yang muncul kira-
kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi, dan tidak mempunyai
autoriti dalam al-Quran dan sejarah.”35

Kassim Ahmad menganggap bahawa Imam al-Syafi’i adalah orang yang pertama
mengisytiharkan hadis sebagai sumber hukum yang sama dengan al-Quran. Sebelum itu,
hadis hanya digunakan sebagai teladan atau predent. Oleh kerana itulah tiada pengumpulan
hadis secara rasmi dibuat sebelum rumusan yang dibuat oleh Imam al-Syafi’i.

Kassim Ahmad : “Ya.. dia ada macam-macam saya tahu, saya dah baca semua tu. Boleh
pakai untuk kita kaji hadis. Tapi jangan lupa, yang pilih hadis ni sapa dia. Setelah Imam al-
Syafi’i buat doktrin baru tadi.. hadis dan Quran wajib kepada orang Islam.. dia hidup
setelah 125 tahun nabi Muhammad wafat. Katalah dia buat buku dia dalam umur 40 tahun.
Jadi makna 125 + 40 = 165 tahun. Bila dia cakap macam tu dan orang terima, timbullah
Bukhari, Muslim apa semua yang kutip hadis. Bukhari kutip 600 000 hadis. Ini saya tulis
semua dalam ni. Dia pilih 7 ribu berapa saja. Makna dia tolak 99.9. Dialah orang antihadis
yang pertama dalam dunia, bukan Kassim Ahmad. Faham Tak.”36

Kassim Ahmad juga menganggap bahawa penerimaan hadis setelah 200 tahun kewafatan
Nabi adalah penyelewengan yang besar.

Institusi hadis yang masuk ke dalam masyarakat Islam awal kira-kira 300 tahun setelah Nabi
Muhammad wafat itu penyelewengan besar yang pertama yang dilakukan oleh umat Islam.
Kita lihat gerakan tajdid moden yang bermula dengan Sheikh Muhammad Abduh (m.1905)
gagal membersihkan penyelewengan besar ini. Daki hadis terlalu tebal.37

34
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim Ahmad di
kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
35
Kassim Ahmad. 1992. Hadith Jawapan Kepada Pengkritik. Kuala Lumpur: Media Indah Sdn.Bhd. Hlm. 12.
36
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim Ahmad di
kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
37
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 9 pada 23 April 2011.
6) Hadis-Hadis Di Dalam Sunan Sittah Perlu Dinilai Semula

Kassim Ahmad : “Ada sesetengah yang terang-terang bercanggah dalam Quran. Ada yang
terang-terang selaras dengan Quran.. boleh pakai lah. Ada yang tak berapa terang.. neutral.
Dalam buku merah tu saya sudah sebut semua. Sebab tu saya tak boleh dicop sebagai
antihadis.. saya kritikal. Faham makna kritikal dengan anti. Anti, kita tolak semua. Kritikal
makna semak balik. Ha.. diaorang tak boleh faham punya. Bahasa pun tak boleh faham,
macam mana nak bincang pasal ni.

Kriteria dia yang pertama ialah tak bercangah dengan al-Quran. Kalau bercanggah dengan
al-Quran.. siapa cakap pun.. Imam Shafie ka.. Imam Ghazali ka.. tak boleh pakai. Jangan
kita mendewa-dewakan sarjana termasuklah sarjana ugama. Tuhan dah habaq dah dalam
Quran ni.

Memang apa yang saya seru dulu pada tahun 86, sekarang sedang dibuat oleh kerajaan
Turki. Kerajaan Turki mula semak semula hadis macam saya saya kata.. itu kerajaan Turki.
Yang kedua, Fahad.. Raja Fahad Arab Saudi, dia juga kata semak semula hadis. Tapi dia
mati sebelum dia dapat melakukan apa-apa. Raja Fahad ni mati tahun 1995 saya tak silap.
Satu lagi, Professor Israr, UIA. Dia ni dari India tapi mengajar di UIA. Dia juga buat seruan
yang serupa 2 3 tahun sudah. Sebab apa yang saya cakap memang betul. Ada satu lagi tokoh
dari Arab Saudi nama Sheikh Hasan Farhan al-Maliki. Dia dari Arab Saudi. Dia kutuk
budaya hadis yang mencemarkan agama Islam. Dia kutuk.. makna kata dia cakap macam
saya cakap.” 38

Kassim Ahmad telah menyatakan pendiriannya, atas nama ilmiah dan sikap kritikal agar
hadis-hadis di dalam Sunan Sittah dikaji semula untuk memastikan semua teks hadis yang
terkandung di dalamnya tidak bercanggah dengan al-Quran. Penilaian yang dibuat adalah
berdasarkan kepada pengetahuan dan pemahaman serta ijtihad generasi baru yang semakin
berkembang ilmunya.

Beliau menyebut dalam satu surat yang dihantar kepada Editor Majalah Sun :
Firstly the subject was the necessity for Muslms ti undergo reforms to enable them to live
fruitfully in and to confront the modrrn world. It was not aboit the so-called “meticulous”
methodology of hadis collection by Bukhari and the other famous hadis collectors......Bukhari
himself rejected 99% of what he collected.....in the revered Bukhari collection run directly
contrary to the teachings of the Quran.39

38
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim Ahmad di
kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
39
Surat Kassim Ahmad yang dihantar kepada Editor “The Sun” pada 31 Mac 2006.
Berikut adalah pendirian beliau tentang kategori hadis dan status penerimaannya :

Bil. Kategori Hadis Status


1. Hadis-hadis yang bercanggah dengan al- Tertolak
Quran
2. Hadis-hadis yang selaras dengan al- Dipakai (walaupun pada hakikatnya
Quran hadis-hadis ini mungkin tidak berasal dari
Nabi)
3. Hadis-hadis yang neutral, tidak jelas Rujuk kepada pakar
bercanggah atau tidak jelas selari dengan Rujuk kepada pihak berkuasa
ajaran al-Quran Budibicara sendiri

KESIMPULAN

1. Penggunaan mana-mana istilah, sama ada anti-hadis atau ingkar sunnah adalah sesuai.
2. Menggelarkan golongan ini sebagai “antihadis” atau “ingkar sunnah” adalah tepat kerana
pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad
seperti berikut :
a. Hadis merupakan kaedah yang digunakan oleh musuh Islam untuk
menyelewengkan al-Quran.
b. Kesahihan sesebuah hadis itu sentiasa ada pertikaiannya dan tidak mutlak
sebagaimana al-Quran.
3. Beliau juga mengecil dan merendahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
penyampai risalah yang sekaligus merendahkan kedudukan hadis itu sendiri :
a. Sesuatu yang yang tidak logik sekiranya baginda mentafsir al-Quran kerana
baginda hanya mengetahui sesuatu yang sesuai dan terbatas pada waktu itu sahaja.
b. Tidak sesuai dengan akhlak seorang nabi yang berjuang selama 23 tahun menyeru
kepada agama tauhid yang diajar oleh semua nabi kemudian menyuruh umat
Islam mengucap dua kalimah syahadah yang mengutamakan beliau sendiri
mengatasi nabi-nabi lain.
4. Namun begitu, ada pernyataan yang menggambarkan mereka masih menerima hadis dan
bukan antihadis seperti :
a. Hanya menolak hadis sebagai sumber hukum yang mutlak tetapi menerima hadis
sebagai sumber hukum kedua selagi ia tidak bercanggah dengan al-Quran.
b. Hadis wujud pada zaman awal lagi yang berupa sahifah iaitu sebelum kumpulan-
kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara rasmi selepas
pengisytiharan Imam Syafi’i bahawa hadis/sunnah juga perlu dipegang oleh umat
Islam.
c. Pembuktian sejarah tentang wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh Nabi
Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-surat
baginda kepada Kristian pada waktu itu.
5. Tetapi ia seakan bercanggah dengan pernyataan-pernyataan keras seperti :
a. Hadis atau sunnah nabi adalah ajaran palsu.
b. Hadis atau sunnah Nabi adalah satu kuasa palsu.
c. Kebanyakan hadis adalah omong kosong yang menyesatkan.
d. Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tiada jaminan.
e. Hadis hanyalah satu tekaan dan agakan.
6. Kassim Ahmad tidak menggunakan metode ulama hadith melalui kajian sanad dan
analisa matn, al-takhrij, al-tarjih, al-tawfiq, al-jamc, perbandingan hadis dengan nas al-
Qur’an dan disiplin-disiplin lain.
7. Kriteria penetapan kesahihan suatu hadis melalui metode kritik sanad dan matn oleh para
ulama hadis bukan merupakan metode yang dibina melalui pemikiran peribadi dan
melihat aspek sosio-historis masyarakat setempat semata-mata sebagaimana yang
dilakukan oleh Kassim Ahmad.
8. Gerakan antihadis ini berkongsi idea yang hampir sama dengan golongan ajaran sesat
dan liberal yang mempunyai fahaman dan tafsiran yang salah terhadap ajaran Islam yang
sebenarnya.
9. Golongan ini tidak menolak hadis secara keseluruhannya, tetapi imbangan penolakan
kepada hadis adalah lebih dominan berbanding penerimaan. Mereka bahkan merendah-
rendahkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dan peranan baginda.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai