Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Orang Eropah telah berjaya mencipta sejarah dan mereka berjaya membawa budaya Eropah

ke peringkat yang tinggi. Ini tercetus kerana wujudnya mereka yang diaggap sebagai pemikir

dan mempunyai daya intelektual yang tinggi telah muncul lalu mencipta inovasi. England,

sebuah negara di mana bermulanya revolusi industri. Faktor tersebut tercetus melalui kadar

pertumbuhan penduduk, pembangunan ilmu pengetahuan terutamanya dari sudut teknologi,

peningkatan pengeluaran makanan, industri desa, perubatan dan kehidupan sosial.

Pertembungan di antara kemajuan inovasi di dalam pertanian, kewangan, ciptaan mekanikal,

perdagangan luar negara dan perbandaran telah wujud di mana menjelang kurun ke lapan

belas, England akhirnya telah mencapai tahap tranformasi secara menyeluruh.

TRANSFORMASI / FAKTOR

Transformasi yang boleh dianggap sangat ketara pada ketika itu adalah Revolusi Pertanian

yang telah memberikan impak kepada peningkatan pengeluaran makanan yang secara tidak

langsung memberikan kesan-kesan kepada peningkatan populasi penduduk England. Pada

waktu ini, peningkatan pengeluaran makanan telah meningkat dengan pesat terutamanya di

penghujung kurun ke tujuh belas dan lapan belas. Hasil pengeluaran makanan telah

memberikan satu kesan kepada persediaan makanan untuk populasi penduduk yang dilihat

semakin meningkat. Peningkatan ini telah memberikan impak kepada penyediaan tenaga

buruh yang sememangnya diperlukan untuk pembangunan industri yang pada waktu itu

muncul di kawasan bandar besar. Populasi England pada waktu ini telah meningkat sehingga

1800.

Penciptaan pusingan tanaman yang mempraktikan tanaman yang berbeza serta mengikut

giliran di dalam satu pusingan selama 4 tahun telah dilaksanakan untuk tujuan mengelak

daripada tanah hilang kesuburan dan ini telah menjadikan pemgeluarkan makan semakin

meningkat. Selain daripada itu, selain dari revolusi pertanian, peningkatan populasi juga
dianggap sebagai salah satu faktor kepada menyumbang England ke arah revolusi

perindustrian di mana peningkatan ini telah menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan

luar bandar telah keluar mencari pekerjaan di bandar-bandar besar dan secara tidak langsung

telah meningkatkan permintaan dan keperluan ke atas barangan seperti pakaian.

Tidak dinafikan, setelah peningkatan populasi terjadi, ianya telah mempengaruhi kadar

peningkatan mengenai permintaan makanan dan perumahan. Peningkatan populasi ini telah

dianggap sebagai satu impak yang cukup besar untuk memastikan Revolusi Perindustrian

tercetus melalui beberapa kategori. Antaranya telah memberikan sumber tenaga buruh yang

murah dan banyak, peningkatan kepada pelaburan dalam industri dan pertanian disebabkan

pertambahan ke atas permintaan barangan serta perkhidmatan dan pergerakan penduduk yang

berpindah ke bandar yang menyebabkan penambahbaikan atau menaiktaraf serta pembinaan

perkhidmatan seperti membina terusan. Tidak dinafikan, kadar kelahiran yang tinggi dalam

kalangan masyarakat dan dalam masa yang sama kadar kematian pula menurun disebabkan

diet pemakan yang baik telah dicapai dalam Revolusi Pertanian telah menyumbang kepada

Revolusi Perindustrian.

Pengurusan serta inovasi kewangan yang telah mewujudkan bank, pasaran saham dan juga

syarikat bekerjasama telah memberikan satu suntikan dalam menggalakkan penduduk untuk

menceburi bidang pelaburan dan perdagangan walaupun ianya berisiko. Sedikit demi sedikit

revolusi perindustrian kemudiannya berkembang kepada revolusi sainstifik yang mana telah

diisi oleh mereka yang terpelajar dan tidak terkecuali golongan pertukangan yang

memerlukan pemikiran secara sainstifik untuk berhadapan dengan cabaran mekanikal dan

teknologikal. Pada waktu ini, iaitu abad sebelum Revolusi Industri, secara beransur-ansur

orang Eropah mulai meletakan satu sebab atau alasan untuk mereka menerima sanistifik di

dalam kehidupan mereka. Pemikiran tersebut telah memberikan kesan kepada perubahan

budaya orang-orang inggeris untuk lebih cenderung menerima dan berfikir secara terbuka

dalam menerima idea yang baru dalam bidang kewangan serta kejuruteraan mekanikal.
Sesuai dengan kemajuan dan peningkatan faktor yang telah disebutkan, akhirnya England

mencapai tahap kepada bijak dalam menggunakan sungai dan terusan dalam proses

pengangkutan barangan mentah dan barangan siap dengan lebih efisyen. Peningkatan ini

kemudiannnya telah menyebabkan wujudnya polisi kerajaan di England dalam pengurusan

harta dan perdagangan yang menyuntik inovasi perkembangan perdagangan global. Inovasi

ini terus berkembang dalam mewujudkan perdagangan dunia kepada akses bahan mentah dan

pasaran barangan.

Turut menyumbang kepada revolusi industri Britain ialah hasil ciptaan baharu yang

menunjukkan kemampuan Britain dalam mengeluarkan barangan siap dan jauh lebih murah

yang memuatkan kuantiti yang banyak berbanding pesaing telah memberikan Britain sebagai

jolokan kepada Negara Industri pertama. Inovasi atau pembaharuan di dalam teknik

pengeluaran dari sudut teknologi baru yang menggunakan kuasa wap air dan wap di sektor

perkilangan telah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Tidak dilupakan juga,

dari sudut pelaburan, Britain adalah sebuah negara yang kaya pada kurun ke -18 dengan

menggunakan sistem perbankan yang baik dan wujud pada ketika itu. Sistem parbankan yang

bagus telah membolehkan penduduk menjadikan simpanan wang untuk tujuan pelaburan.

Selain itu juga, faktor sosial masyarakat Britain pada ketika itu yang dilihat sebagai sebuah

masyarakat yang konservatif dan hidup dalam tradisional secara perlahan-lahan telah berubah

yang akhirnya memberikan kesan kepada perubahan ekonomi dan taraf kehidupan. Dapat

dilihat, transformasi dan faktor yang berlaku telah membawa kepada satu perubahan yang

besar di dalam kehidupan penduduk Britain pada waktu itu. Pelbagai faktor dapat dikaitkan

untuk soal kemunculan revolusi indsutri Britain yang telah membawa perubahan ekonomi

dunia daripada zaman pertengahan kepada ekonomi moden. Walaubagaimana pun, sejajar

dengan perkembangan revolusi industri tersebut yang telah membawa perubahan cukup besar

ke semua aspek kehidupan masyarakat Britain, akan tetapi wujud isu melibatkan wanita dan

kanak-kanak yang terlibat sebagai pekerja di dalam industri Britain semasa revolusi Industri.
PERUNDANGAN

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai