Anda di halaman 1dari 20

PELAKSANAAN KAJIAN LESSON STUDY

SMKA SULTAN MUHAMMAD

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN, MELAKA

NOOR AZLINA BINTI SAID

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

TAJUK KAJIAN :

KAJIAN BERKAITAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 ( PAK 21 )

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )

SERTA

KOLABORASI, KOMUNIKASI, PEMIKIRAN KRITIKAL, KREATIVITI

DAN NILAI (4K+ IN)

BAGI

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

SMKA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA


2022

1. PENDAHULUAN
1.1 Faktor Pemilihan Tajuk Kajian Dan Pemilihan Kelas

Saya telah memilih tajuk NEGARAKU TERCINTA sebagai tajuk pilihan untuk
sesi PDPC kali ini.

Saya memilih tajuk berkenaan kerana ia bertepatan dengan keperluan sukatan


mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Selain itu, pemilihan tajuk kajian ini juga bertepatan dengan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang kami telah sediakan dan waktu pamantauan dilaksanakan.

Saya telah memilih pelajar dari kelas 3 Usman. Kelas 3 Usman dipilih kerana
pelajarnya mempunyai prestasi akademik yang mempunyai pelbagai aras dan
bertepatan dengan jadual guru pada hari Khamis - 15 September 2022. Selain itu,
aktiviti dan fokus guru amat bersesuaian dengan tahap pelajar kelas 3 Usman.

1.2 Masalah Kajian

Guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk kemahiran abad ke 21


dalam kalangan murid. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang dapat
menyedarkan murid bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu boleh berlaku
di mana - mana sahaja tidak kira masa. Usaha membimbing pelajar ini memerlukan
cara yang kreatif. Masalah pelajar kelas 3 Usman adalah berbeza. Kebanyakan pelajar
boleh berkomunikasi dengan baik dan ada yang memerlukan bimbingan guru. Oleh itu
mereka perlu kepada aktiviti yang lebih mudah dan memerlukan sedikit bimbingan
daripada guru. Mereka berkomunikasi dengan bahasa yang mudah difahami dan tidak
sukar untuk menghuraikan sesuatu isu atau perkara dengan menggunakan susunan ayat
yang betul. Mereka gemar menggunakan perkataan Bahasa Inggeris iaitu “so” sebagai
kata hubung bagi membuat penjelasan.

1.3 Fokus Kajian Yang Dipilih

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat amalan kendiri saya mengaplikasikan


Pembelajaran Abad ke 21 ( PAK 21 ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya
di dalam kelas. Dunia di abad ke 21 ini telah mengalami perubahan dalam sistem
pendidikan. Perubahan - perubahan ini menuntut warga pendidik mengubah cara
pengajaran masing - masing. Manakala murid pula berubah cara belajar mereka.
Perubahan - perubahan ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan semasa.

Kementerian Pendidikan telah berusaha mewujudkan senario Pembelajaran


Abad ke 21 ( PAK 21 ) kepada pelajar dan guru. Pelbagai inisiatif telah diambil dan
dilaksanakan oleh kerajaan. Beberapa sekolah terpilih telah dijadikan sekolah rintis
PAK 21 dan SMKA SULTAN MUHAMMAD adalah salah satu daripada yang
tersenarai. Bagi menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan hari ini, rakyat perlu
dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas serta latihan yang kukuh dan mempunyai
pelbagai kemahiran umum seperti kebolehan dalam berkomunikasi, menguasai pelbagai
bahasa, berfikiran kreatif dan kritis, berinovasi dan penting dalam mengamalkan
amalan dan nilai yang baik. Penekanan dalam kemahiran abad ke 21 dalam proses
pembelajaran dan pemudah cara ( PdPC ) haruslah bermula dengan menerapkan
konstruk kemahiran abad ke 21 dalam proses PdPC. Guru perlu memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi ( KBAT ) dalam kalangan murid melalui kaedah bertanya yang
sesuai dengan tahap prestasi dan kemahiran murid. Murid perlu berkomunikasi,
berkongsi idea kreatif dan belajar secara kolaboratif di dalam dan luar bilik darjah ( 4K
+ 1N )

1.4 Faktor Pemilihan Fokus Kajian

Pemilihan fokus pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 ( PAK 21 ), lontaran


soalan - soalan yang bercirikan Kemahiran Berfikir aras Tinggi ( KBAT ) dan 4K + 1N
adalah disebabkan kami ingin menggalakkan pelajar-pelajar berkolaborasi dengan
berkesan, berkomunikasi dengan baik sesama rakan dan guru-guru, melahirkan pelajar
yang berfikiran kritis dan kreatif, serta dapat menerapkan nilai-nilai yang baik di
kalangan para pelajar. Oleh itu, kami perlulah memantapkan lagi aktiviti berpusatkan
murid iaitu perbincangan kumpulan, Dalam setiap aktiviti yang dijalankan, kami akan
melihat cara pelajar berkolaborasi dan berkomunikasi samada dengan rakan dan bahan-
bahan yang digunakan sepanjang proses PDPC. Kami juga mengadakan aktiviti yang
dapat melahirkan pelajar yang kritis dan kreatif seperti aktiviti ‘RALLY ROBIN’ serta
menghubungkait sesuatu situasi berdasarkan bahan maujud.

1.5 Sasaran Kajian / Responden

Sasaran saya adalah pelajar-pelajar kelas 3 Usman. Saya akan menjalankan


aktiviti mengikut aras keupayaan murid yang berbeza dan cuba menilai tahap
keberkesanan objektif PDPC yang telah saya jalankan.

Tingkatan 3 Usman
1.6 Ahli Kumpulan

Terdiri daripada 3 orang guru Bahasa Melayu yang opsyen dan berpengalaman.

Nama Umur Opsyen Pengalaman


Mengajar
Amir bin Mohamad 56 Bahasa Melayu 32 tahun
Noor Azlina binti Said 43 Bahasa Melayu 18 tahun
dan Sains
Hanani bt Mohd Rasid 32 Pendidikan 6 tahun
Bahasa Melayu

2.0 PELAKSANAAN KAJIAN

2.1 Mencari Dan Mengenalpasti Masalah

Kami telah mencari dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kebanyakan
pelajar kelas 3 Usman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah :
 Pelajar menggunakan Bahasa Inggeris iaitu “so” ketika membuat persembahan
di hadapan kelas.

2.2 Merancang Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Kami berbincang dalam Panitia Bahasa Melayu untuk pelaksanaan Lesson Study.
Antara langkah yang kami lakukan adalah

 Membentuk kumpulan guru – guru yang akan mengajar dan memantau


( seramai 3 orang guru Bahasa Melayu yang terlibat )

 Menentukan seorang guru yang akan mengajar (untuk dipantau)

 Menentukan fokus kajian :

Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 ( PAK 21 )


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )
Kolaborasi, komunikasi, pemikiran kritikal, kreativiti serta nilai ( 4K+1N )

 Menentukan tajuk PDPC


Tajuk : NEGARAKU TERCINTA

 Menentukan kelas yang terlibat ( Tingkatan 3 Usman )

 Menentukan masa PDPC dan pemantauan ikut jadual guru dan pemantau

 Menulis Rancangan Pelajaran Harian yang lengkap berdasarkan DSKP


 Pemantau terdiri daripada Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,
GKMP Bahasa, ahli panitia BM dan rakan PLC.
- Tuan Haji Rozaili bin Mohd Ali (Pensyarah IPG)
- Ustaz Abdul Salam bin Mohamed Ibrahim
- Puan Bahariah binti Mohd Yusoff
- Cik Nabila Husna binti Ahmad Basri

 Memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk dan tahap keupayaan
pelajar. Saya telah menggunakan kertas sebak dan bahan-bahan cetakan yang
sesuai untuk sesi PDPC kelas 3 Usman.

2.3 Perbincangan Sebelum Pemantauan

Tuan Haji Rozaili bin Mohd Ali ( Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka ) telah hadir ke sekolah pada 17 September 2022, jam 3.00 petang.
Turut hadir bersama dengan beliau ialah Ustaz Abdul Salam bin Mohamed
Ibrahim. Beliau hadir untuk melakukan sesi bimbingan dengan saya dan Cik
Nabila Husna yang terlibat dengan PdPC Lesson Study pada hari tersebut.
Beliau memberikan taklimat ringkas tentang Lesson study. Saya menerima
sesalinan contoh rancangan mengajar Lesson Study. Tuan Haji Rozaili
mendengar penerangan ringkas tentang PdPC yang akan saya laksanakan.

Sesi bimbingan diadakan sebelum pemantauan dilakukan


2.4 Pengajaran Dan Pemantauan PdPc Kali Pertama

PdPC saya telah dilaksanakan melibatkan 18 orang pelajar Kelas 3


Usman. Tajuknya ialah NEGARAKU TERCINTA. Aktivitinya ialah
melibatkan permainan TELINGA KARAT dan RALLY ROBIN. Pelajar secara
berkumpulan menyediakan bahan mengikut topik yang diarahkan. Bahan Bantu
Belajar guru pula mengunakan bahan maujud seperti kertas sebak dan bahan
bercetak. Pelajar diedarkan gambar dan mereka diminta untuk memberi
pendapat secara lisan. Selepas itu, guru memberikan arahan kepada murid untuk
melaksanakan AKTIVITI BERASASKAN PROJEK dan membuat
pembentangan hasil daripada tugasan yang diberi. Setiap kumpulan diminta
untuk menghantar wakil bagi menghasilkan serangkap pantun berdasarkan tajuk
pada akhir sesi PDPC.
Guru telah mengajukan beberapa soalan secara spontan sepanjang sesi
pembelajaran dan pelajar menjawab soalan tersebut. Guru membuat pengukuhan
dan rumusan PdPC pada hari tersebut.

Aktiviti Set Induksi

Sesi penerangan tugasan yang akan dilakukan


Sesi agihan tugas kepada setiap kumpulan

sesi RALLY ROBIN

Guru membuat sesi bimbingan dengan mengajukan soalan yang berunsurkan KBAT
Pembentangan hasil tugasan yang dilaksanakan

Sesi penutup, pelajar diminta untuk menghasilkan serangkap pantun bertemakan tajuk
2.5 Penilaian Dan Refleksi PdPc Kali Pertama : PEMERHATI LUAR
2.5 Penilaian Dan Refleksi PdPc Kali Pertama : PEMERHATI DALAM
2.9 Perkongsian

Hasil daripada penilaian dan pemantauan itu telah dikongsi bersama guru - guru dalam
Jawatankuasa PLC dan Lesson Study. Mengekalkan tahap amalan pembudayaan PAK 21,
KBAT dan 4K + 1N dalam kalangan guru bukan hanya tertumpu kepada guru
yangdipantau tetapi melibatkan keseluruhan ahli panitia yang terlibat secara umumya dan
semua guru secara khususnya.
3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil daripada proses PDPC yang dijalankan amat menarik
minat murid. Amalan pembudayaan pengajaran PAK 21, KBAT dan 4K + 1N dapat
dilaksanakan dengan jayanya dalam sesi PDPC kali ini. Para pemerhati turut berpuas hati
dengan sesi PDPC tersebut. Ia merupakan elemen - elemen terpenting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ). Saya bersedia untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran demi menunaikan tanggungjawab untuk kemenjadian murid.
Justeru, guru harus bersikap proaktif, menilai diri, bersedia, berkeyakinan dan mengambil
inisiatif untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran
berkesan yang mampu menarik minat murid dan pada masa yang sama turut memenuhi
keperluan sukatan pelajaran dan kandungan pengajaran berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP ) yang telah ditetapkan.

TAMAT
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai