Anda di halaman 1dari 5

SOALAN

RESOS KBAT(NUR AIN MOHAMAD)(08/08/16)


BAB 1:MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT
1. Amalina seorang yang keras kepala.Dia tidak mendengar langsung nasihat yang diberikan oleh ibubapanya.Nasihat ibubapanya selalu diabaikan ibarat
masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Dia telah ,banyak melukakan hati ibubapanya dengan perangainya yang suka lepak dan keluar malam dengan
rakan-rakan yang sebaya dengannya.

Jika anda adalah Amalina, apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT atas dosa yang anda lakukan terhadap
ibubapa anda.

2. Kezaliman terhadap diri sendiri merupakan perkara yang sangat dibenci oeh Allah SWT.Oleh itu, seseorang yang telah menzalimi diri sendiri wajib
bertaubat kepada Allah SWT untuk mendapat rahmat Allah SWT.
Bagaimanakah cara taubat seseorang umat islam untuk mendapat rahmat Allah SWT.?

BAB 2: MEYAKINI HARI KEBANGKITAN


1. Orang yang tidak bersyukur ialah orang yang tidak menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.Mereka ini tergolong dalam golongan yang kufur
nikmat.
Huraikan hujah anda bagaimanakah sifat seseorang yang tdak bersyukur dalam membelanjakan hartanya.

BAB 3:MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT

1. Pelabagai nikmat telah diberikan oleh Allah kepada kita.Oleh itu, kita hendaklah menggunakannya dengan sebaik mungkin.Seseorang yang yang
menyalahgunakan yang diberikan kakan hidup dalam kerugian dan kesesatan.
Apakah kesan kepada seseorang yang menyalahgunakan nikmat telinga.

BAB 4: MENGINGATI ALLAH MENENANGKAN HATI


Suatu kisah tentang Auf bin Malik yang datang menghadap rasulullah SAW dan berkata kepada baginda.”Anakku telah ditawan ,ibunya sangat
sedih.Apakah yang harus aku lakukan wahai rasulullah ‘?Nabi bersabda hendaklah kamu mengucapkan Hauqalah iaitu “laa haula wa laa quwwata illa
billah”
Pada pendapat anda, mengapakah Rasulullah SW menyuruh mereka mengucapkan hauqalah.

1. Semua kaum lelaki yang beragama Islam dan cukup syarat-syaratnya wajib menyegerakan solat jumaat.Segala urusan duniawai perlu ditinggalkan setelah
mendengar azan berkumandang
Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang umat islam apabila hujan yang lebat turun ketika hendak pergi menuanikan solat jumaat.

BAB 6: AMALAN MUKMN CEMERLANG


1. Sedekah merupakan amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam islam,Banyak kelebihan yang akan diperoleh sekiranya kita mengamalkan sedekah
setiap hari.
Huraikan hujah anda tentang kelebihan sedekah kepada kesihatan

BAB 7: IHSAN TERHADAP BINATANG


1. Suraya bekerja di zoo negara.Kehidupannya dikelilingi oleh bintang-binatang dalam zoo tersebut.Dia meupakan penjinak ular yang berbisa.Pelbagai jenis ular
yang berbisa boleh dijinakkan oleh Suraya.Namun, pada sutu hari,seekor ular cuba untuk mematuk Suraya dan nasibnya baik keranan dia sempat
menyelamatkan diri.Oleh kerana marah, Suraya dengan pantas bertindak menyeksa ular tersebut dengan memukul sehingga ular itu kelihatan lemah,
kemudian dia bertindak memotong bahgian badan ular tersebut.Perbuatan tersebut merupakan salah satu bentuk penganiayaan kepada binatang.
Terangkan hujah anda bagi situasi di atas.

2. Kucing merupakan bintang yang sangat disayangi oleh Rasulullah SAW .Namun dewasa ini,manusia semakin kejam dan sanggup menganiayai binatang yang
tidak berdosa ini .salah satu contoh penganiayaan yang telah dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut ialah dengan memotong kaki kucing kerana
mengambil ikan dan membiarkan kucing tersebut menderita di tepi longkang
Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terjumpa dengan kucing tersebut.

JAWAPAN
RESOS KBAT(NUR AIN MOHAMAD)(08/08/16)

1. BAB 1:MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT


Amalina seorang yang keras kepala.Dia tidak mendengar langsung nasihat yang diberikan oleh ibubapanya.Nasihat ibubapanya
selalu diabaikan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Dia telah ,banyak melukakan hati ibubapanya dengan
perangainya yang suka lepak dan keluar malam dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya

Jika anda adalah Amalina, apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT atas dosa yang
anda lakukan terhadap ibubapa anda.

JAWAPAN:
Saya akan mengakui kesilapan saya dan menyesal atas kesalahan yang dilakukan kepada ibubapa saya serta muhasabah
diri.Perbuatan tersebut akan saya susuli dengan bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan tidak berputus
asa.Contohnya, saya akan sentiasa melaakukan solat sunat taubat pada setiap hari dan meminta maaaf daripada ibubapa saya
sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.Kesimpulannya ,Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya yang bertaubat
dengah bersungguh-sungguh tanpa berputus asa.

2. BAB 1:MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT


Kezaliman terhadap diri sendiri merupakan perkara yang sangat dibenci oeh Allah SWT.Oleh itu, seseorang yang telah
menzalimi diri sendiri wajib bertaubat kepada Allah SWT untuk mendapat rahmat Allah SWT.
Bagaimanakah cara taubat seseorang umat islam untuk mendapat rahmat Allah SWT.?

JAWAPAN:
cara taubat seseorang umat islam untuk mendapat rahmat Allah SWT ialah dengan melakukan taubat nasuha,iaitu taubat yang
bersungguh-sungguh dan ikhlas hati. Taubat tersebut perlulah dilakukan dengan azam,iaitu tidak akan mengulangi dosa-dosa
yang telah dilakukan sebelum ini.Allah akan mengampunkan dosa-dosa umatnya yang memohon ampun dengan bersungguh-
sungguh dan memberi rahmat kepadanya.Oleh itu, setiap umat islam haruslah sentiasa bertaubat untuk mendapat rahmat dan
keredhaan hidup di dunia dan akhirat.

1. BAB 2: MEYAKINI HARI KEBANGKITAN


Orang yang tidak bersyukur ialah orang yang tidak menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.Mereka ini tergolong
dalam golongan yang kufur nikmat.
Huraikan hujah anda bagaimanakah sifat seseorang yang tdak bersyukur dalam membelanjakan hartanya.
JAWAPAN:
Seseorang yang tidak bersyukur akan mempunyai sifat yang kedekut untuk membelanjakan hartanya ke arah kebaikan umat
islam.Hal ini demikian kerana, mereka lebih suka untuk membelanjakan harta mereka kearah kemaksiatan seperti
berjudi,berdisko dan sebagainya.Perkara ini akan menjadikan mereka gelap hati dan susah untuk mendapat rahmat Allah
SWT.Oleh itu,kita perlulah sentiasa bersyukur dan berdoa atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya tidak
terus sesat

2. BAB 2: MEYAKINI HARI KEBANGKITAN


Bersyukur adalah menyatakan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan.Kita hendaklah sentiasa
bersyukur kepada Allah tanpa mengira waktu.Pelbagai cara boleh boleh dilakuakn untuk menunjukkan bahawa kita seorang
yang bersyukur kepada Allah SWT.
Apakah yang boleh dilakukan sekiranya melihat rakan –rakan melakukan perbuatan yang sia-sia semasa ketiadaan guru di
dalam kelas

JAWAPAN:
Saya akan menasihati mereka secara berhikmah supaya meninggalkan perkara yang sia-sia itu.Selain itu, saya akan mengajak
mereka melakukan perkara yang berfaedah yang boleh menambahkan pahala secara berhemat.Hal ini akan menyebabkan
rakan-rakan lembut hati untuk mendengar nasihat dan mengikuti perbuatan kita.Oleh itu, kita seharusnya menegur dan
memberi nasihat secara berhikmah supaya orang yang ditegur tidak berasa kecil hati dan menerimanya dengan hati yang
terbuka.

1. BAB 3: MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT


Pelbagai nikmat telah diberikan oleh Allah kepada kita.Oleh itu, kita hendaklah menggunakannya dengan sebaik
mungkin.Seseorang yang yang menyalahgunakan yang diberikan akan hidup dalam kerugian dan kesesatan
Apakah kesan kepada seseorang yang menyalahgunakan nikmat telinga.

JAWAPAN:
Mereka tidak suka mendengar nasihat yang diberikan walaupun nasihat itu diberikan secara berhikmah.Hal ini demikian kerana
hati mereka telah keras.Perkara tersebut terjadi akibat dari pada penyalahgunaan nikmat telinga ke arah yang tidak baik seperti
mendengar gossip, mendengar lagu yang melalaikan dan sebagainya.Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa berdoa supaya
Allah menjaga dan memberi petunjuk kepada kita.

2. BAB 3: MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT


Allah SWT mengurniakan nikmat pancaindera yang sangat berguna kepada manusia.Seseorang yang menggunakan nikmat
mata,telinga, akal dan hati dengan sempurna akan mendapat ganjaran syurga manakala seseorang yang menyalahgunakan
nikmat Allah akan menjadi ahli neraka Jahannam.
Apakah hubungan penyalahgunaan nikmat Allah dengan menjadi ahli neraka

JAWAPAN:
Seseorang yang menyalahgunakan nikmat Allah akan menajadi ahli neraka.Hal ini demikian kerana, mereka telahh mengunakan
nikmat Allah ke arah kejahatan dan tidak diredai Allah SWT.Jadi seseorang yang melakukan kejahatan seperti meningggalkan
kewajipan akan menjadi ahli neraka sekiranya tidak bertaubat kepada Allah SWT. Kesimpulannya, kita mestilah menggunakan
nikmat Allah ke arah kebaikan supaya tidak terjerumus ke dalam neraka Jahannam.

1. BAB 4: MENGINGATI ALLAH MENENANGKAN HATI


Suatu kisah tentang Auf bin Malik yang datang menghadap Rasulullah SAW dan berkata kepada baginda.”Anakku telah
ditawan ,ibunya sangat sedih.Apakah yang harus aku lakukan wahai rasulullah ‘?Nabi bersabda hendaklah kamu mengucapkan
Hauqalah iaitu “laa haula wa laa quwwata illa billah
Pada pendapat anda, mengapakah Rasulullah SW menyuruh mereka mengucapkan hauqalah.

JAWAPAN:
Ucapan hauqalah merupakan kalimah yang perlu diucapkan ketika menghadapi kesusahan.Hal ini demikian ,kerana,zikir
hauqalah mmebawa maksud tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah .Jadi,perkara ini jelas
menunjukkan bahawa,Auf bin Malik perlu mengucapkan zikr tersebut untuk berserah diri kepada Allah SWT dan memohon
pertolongan Allah.Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah SWT supaya hati menjadi tenang dan sentiasa
berada dalam lindungan Allah SWT.

2. BAB 4: MENGINGATI ALLAH MENENANGKAN HATI


Allah telah mencipta manusia sebagai khalifah di atas muka bum ini untuk beribadah dan mengingati-Nya. Namun pada masa
ini berlaku sebaliknya.Cara bergaul dengan rakan boleh menjadi salah satu faktor yang menghalang kita daripada mengingati
Allah SWT.
Huraikan hujah anda untuk meyokong pernyataan di atas.
JAWAPAN:
Pada hujah saya, pergaulan yang boleh menghalang kita daripada mengingati Allah adalah bergaul dengan rakan yang jahil dan
sering melakukan maksiat.Hal ini demiakian kerana, perbiatan maksiat boleh menybababkan hati ,kita hitam dan mudah
leka.Perkara tersebut akan menghalang kita daripada sentiasa mengingati Allah SWT.Oleh itu, kita hendaklah pandai memilih
dan mencari rakan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan dan membawa kita ke syurga.

1. BAB 5: MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT


Semua kaum lelaki yang beragama Islam dan cukup syarat-syaratnya wajib menyegerakan solat jumaat.Segala urusan duniawai
perlu ditinggalkan setelah mendengar azan berkumandang

Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang umat islam apabila hujan yang lebat turun ketika hendak pergi menunaikan solat
jumaat.

JAWAPAN:
Mereka tidak perlu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Hal ini demikian kerana, hujan merupakan keuzuran yang
menghalang umat Islam untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.Oleh itu, mereka perlulah menggantikan solat Jumaat
dengan solat Zohor sendirian di rumah masing-masing atau di tempat mereka berada.Kesimpulannya,Allah SWT telah
memberikan kemudahan kepada umat-Nya supaya tidak meninggalkan perkara wajib.

2. BAB 5: MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT


Allah memerintahkan umatnya supaya menyegerakan solat Jumaat dan meninggalkan segala urusan jual beli setelah masuk
waktu solat Jumaat.Perkara ini telah diterangkan dalam ayat 9 hingga 11 surah al-Jumuah
Apakah yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang menyegerakan solat Jumaat

JAWAPAN:
Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada seseorang yang datang awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Tindakan ini
disukai oleh Allah SWT kerana kita tidak akan tergesa-gesa mengejar masa untuk solat Jumaat.Hal ini akan menjadikan kita
khusyuk dalam mengerjakan solat Jumaat.Oleh itu, kita hendaklah mengosongkan jadual bertugas kita sebelum solat Jumaat
supaya boleh menyegerakan solat Jumaat.

1. BAB 6: AMALAN MUKMN CEMERLANG


sedekah merupakan amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam islam,Banyak kelebihan yang akan diperoleh
sekiranya kita mengamalkan sedekah setiap hari
Huraikan hujah anda tentang kelebihan sedekah kepada kesihatan

JAWAPAN:
Pada hujah saya, kelebihan sedekah pada kesihatan adalah seseorang itu mendapat kesihatan yang baik dan disembuhkan
daripada penyakit.Allah akan memberikan kesembuhan kepada umatnya yang bersedekah dengan ikhlas.Hal ini demikian
kerana,seseorang yang telah bersedekah telah menurut perintah Allah dengan memberi memberi kemudahan dan kesenangan
kepada orang yang memerlukan.Kesimpulannya,jika kita sentasa bersedekah maka kita akan diberi kesenangan oleh Allah
SWT.

2. BAB 6: AMALAN MUKMN CEMERLANG


Amirul seorang pelajar yang sangat rajin dan soleh.Dia akan menggunakan masa terluangnya dengan perkara yang
berfaedah.Antara amalan yantg sering dilakukan ialah dia selalu membaca al-Quran ketika ketiaadaan guru di dalam
kelas.Rakan-rakan sekelasnya sangat suka mendengar Amirul mengaji kerana bacaannya beradab dan bertajwid.Amirul juga
memahami maksud ayat-ayat yang dibacanya .Dia juga sentiasa beramal dengan isi kandungan ayat al-Quran.
Adakah amirul mendapat pembelaan al-Quran di akhirat kelak.Huraikan hujah anda.

JAWAPAN:
Ya, kerana Amirul selalu membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab.Hal ini demikian kerana ,perbuatan tersebut
merupakan salah satu amalan yang perlu diamalkan untuk mendapat pembelaan al-Quran di akhirat kelak.Kesannya, setiap
tindakan Amirul akan berlandaskan al-Quran kerana dia bukan sahaJa membaca malah memahami dan beramal dengan ayat al-
Quran.Oleh itu, kita hendaklah sentiasa beramal dengan al-Quran untuk mendapat pembelaannya pada hari akhirat kelak.

3. BAB 6: AMALAN MUKMN CEMERLANG


Allah SWT telah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada umat-Nya yang lain.Al-Quran
merupakan kitab suci yang menjadi panduan kepada semua uamt Islam dalam menjalani kehidupn seharian di muka bumi ini
untuk mencari keredaan Allah dan kebahagiaan di akhirat kelak.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan memberi hak kepada al-Quran

JAWAPAN

Pada pendapat saya, se:seorang yang memberi hak kepada al-Quran akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat.Hal ini demikian kerana,kehidupan mereka akan berpandukan ajaran agama Islam dan tidak mengikut hawa nafsu
semata-mata.Kesannya, Alah akan sentiasa memelihara hambanya yang melakukan perintah dan meninggalkan
larangannya.KesimpulanNya kita hendaklah sentiasa beramal dengan tuntutan al-Quran, memuliakan serta meyakini alquran
sebagai panduan hidup untuk memperoleh pembelaan al-Quran di akhirat kelak…

1. BAB 7: IHSAN TERHADAP BINATANG


Suraya bekerja di zoo negara.Kehidupannya dikelilingi oleh bintang-binatang dalam zoo tersebut.Dia meupakan penjinak ular
yang berbisa.Pelbagai jenis ular yang berbisa boleh dijinakkan oleh Suraya.Namun, pada sutu hari,seekor ular cuba untuk
mematuk Suraya dan nasibnya baik kerana dia sempat menyelamatkan diri.Oleh kerana marah, Suraya dengan pantas
bertindak menyeksa ular tersebut dengan memukul sehingga ular itu kelihatan lemah, kemudian dia bertindak memotong
bahagian badan ular tersebut.Perbuatan tersebut merupakan salah satu bentuk penganiayaan kepada binatang
Terangkan hujah anda bagi situasi di atas.

JAWAPAN:
Tindakan Suraya menyeksa dan memotong bahagian badan ular tersebut adalah perbuatan yang sangat kejam.Walaupun ular
merupakan bintang yang harus dibunuh,Suraya perlu membunuh binatang tersebut sehingga mati dengan tidak
menyeksanya.Contohnya,memumukul ular tersebut dengan kayu yang keras sehingga ular tersebut mati dengan sekali
pukulan.Oleh itu, kita hendaklah berlaku ihsan semasa hendak membunuh bintang supaya tidak mendapat dosa.

2. BAB 7: IHSAN TERHADAP BINATANG


Kucing merupakan bintang yang sangat disayangi oleh Rasulullah SAW .Namun dewasa ini,manusia semakin kejam dan sanggup
menganiayai binatang yang tidak berdosa ini .salah satu contoh penganiayaan yang telah dilakukan oleh manusia yang tidak
berhati perut ialah dengan memotong kaki kucing kerana mengambil ikan dan membiarkan kucing tersebut menderita di tepi
longkang

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terjumpa dengan kucing tersebut.

JAWAPAN:
Kita perlu mengambil kucing tersebut dan mengubatinya sehingga sembuh.Hal ini demikian kerana,kucing tersebut berada
dalam kesusahan dan kita sebagai manusia haruslah mempunyai sifat ihsan terhadap binatang kesayangan Rasulullah itu.Allah
akan memberikan ganjaran pahala kepada kita dan mengampunkan dosa-dosa kita hanya dengan menolong kucing-kucing
tersebut.ini menunjukkan Islam adalah agama rahmat dan peradaban yang membawa tamadun kemanusiaan yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai