Anda di halaman 1dari 1

Nama : Kelas : Tarikh :

Dengar dan sebut semula maklumat. SP 1.1.1


inculKate.my

Amira : Selamat sejahtera, Nenek Chan. Nenek hendak ke mana?


Nenek Chan : Selamat sejahtera, Amira. Nenek hendak ke pasar membeli barang basah.

Amira : Nenek hendak beli apa? Nenek perlukan bantuan saya?

Nenek Chan : Nenek hendak membeli udang, ikan dan


sotong. Juga sedikit sayur-sayuran. Anak
cucu nenek akan balik esok sempena Tahun
Baru Cina jadi nenek nak masak untuk
makan besar. Kalau Amira mahu ikut,
marilah.

Amira : Anak cucu nenek tinggal di mana?

Nenek Chan : Anak nenek yang tua, Chan Hoey Yen tinggal di Gelang Patah dan bekerja
sebagai jurutera. Dia mempunyai tiga orang anak. Anak yang kedua, Chan
Choon Soon tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai seorang peniaga.
Dia mempunyai lima orang anak. Manakala anak bongsu nenek, Chan Sow
Kee tinggal di Jerantut dan bekerja sebagai pemandu pelancongan di Taman
Negara. Dia masih bujang.
Amira : Wah, meriahlah rumah nenek esok. Tentu nenek rasa gembira.

Nenek Chan : Ya, nenek juga sudah lama tidak bertemu mereka.

Ibu : Ke manakah kamu pergi, Amira? Ibu mencari kamu tiada di mana-mana?
Amira : Oh, saya meneman Nenek Chan, ibu. Maaf ibu, saya terlupa memberitahu
ibu.
Ibu : Oh, tak mengapa. Ibu cuma bimbang bila tidak berjumpa. Mengapa Nenek
Chan ke pasar?
Amira :

Ibu : Berapa orangkah anak Nenek Chan? Bolehkah kamu ceritakan?

Amira :

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Anda mungkin juga menyukai