Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN
Kemajuan dan kejayaan yang
dicapai oleh sebahagian
warganegara Malaysia semakin
memberangsangkan, namun
dalam masa yang sama jumlah
kes kerapuhan nilai, kelunturan
budi pekerti serta hakisan
kualiti diri semakin meningkat.
Bertempat di Kalumpang
Resort & Training Centre
(KRTC), Selangor, kakitangan
daripada pelbagai jabatan di
The Choco Factory Sdn. Bhd.
berkampung selama 2 hari 3
malam menjalani Kursus
Pengukuhan Kerja Berpasukan
(Team Building). Seramai 50
orang peserta yang berbeza
jabatan di bawah naungan The
Choco Factory Sdn. Bhd. akan
bersatu tenaga menjalani semua
aktiviti yang telah dirancang
dengan cemerlang. Suasana
persekitaran yang dikelilingi
dengan air terjun dan dusun
penduduk tempatan,
menjanjikan suasana kursus
yang amat istimewa. 2.0
OBJEKTIF 2.1 Mewujudkan
interaksi positif dalam
kalangan staf bagi membentuk
semangat kerja secara
kolaborasi 2.2 Meningkatkan
motivasi dalam kalangan staf
melalui pengiktirafan dan
penghargaan yang diberikan.
2.3 Membolehkan peserta
mengamalkan kemahiran
mendengar yang aktif dan
memberi maklum balas. 2.4
Membolehkan peserta
berinteraksi, membina
hubungan baik, dan bekerja
secara efektif dengan orang lain
untuk mencapai objektif yang
sama. 2.5 Mewujudkan
perasaan bertanggungjawab
peserta terhadap keputusan
kumpulan. 2.6 Menjana idea
dalam kalangan staf untuk
penambahbaikan pengurusan di
syarikat. 2.7 Membangunkan
nilai yang berkaitan dengan
moral, etika dan sikap yang
positif serta kerohanian yang
tinggi mengikut pegangan
agama masing- masing. 3.0
NAMA PROGRAM Kursus
Pengukuhan Kerja Berpasukan
(Team Building) 4.0
ANJURAN Jabatan
Pembangunan Sumber
Manusia, Syarikat The Choco
Factory Sdn. Bhd. 5.0
TARIKH PELAKSANAAN 19
Ogos –21 Ogos 2017

6.0 LOKASI Kalumpang


Resort & Training Centre
(KRTC), Selangor. 7.0
TENAGA PENGAJAR 2
orang motivator jemputan 5
orang fasilitator 8.0
SASARAN PENYERTAAN
50 orang staf terpilih dari
pelbagai jabatan Syarikat The
Choco Factory Sdn. Bhd.
Diiringi oleh 3 orang AJK
Perlaksanaan Program Senarai
nama peserta adalah seperti di
Lampiran A 9.0
JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM
Rujuk LampiranB 10.0 SKOP
KERJA AHLI JAWATAN
KUASA PROGRAM Rujuk
Lampiran C 11.0 TENTATIF
PROGRAM Rujuk Lampiran
D 12.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN Rujuk
Lampiran E 13.0 PENUTUP
Oleh itu, diharap kursus team
buildingini akan dapat menjadi
satu titik tolak ke arah proses
penambahbaikan dalam
organisasi dari aspek seperti
hubungan dan komunikasi,
pengetahuan tentang organisasi
dan nilai teras organisasi.
Peningkatan kualiti staf
merupakan satu usaha untuk
memartabatkan para pekerja
supaya menjadi lebih mantap
dan bermutu yang mana
seterusnya menyumbang
kepada kecemerlangan
organisasi syarikat.
Sehubungan dengan itu,
melalui program ini,
diharapkan akan dapat
memberi input berguna kepada
ahli organisasi untuk
melibatkan diri secara berkesan
dalam memastikan matlamat
organisasi akan dapat
direalisasikan. Selain itu,
diharapkan juga program ini
akan dapat membantu sesama
pekerja untuk rasa
kebersamaan dalam
melaksanakan tugasan
organisasi. Pada akhir program
Kursus Pengukuhan Kerja
Berpasukan ini, beberapa
kriteria dapat digilap kepada
peserta, seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran
bekerjasama dalam kumpulan,
serta sifat berdaya saing
peserta. Oleh yang demikian,
program ini diharap dapat
diluluskan oleh pihak tuan
demi kebaikan dan kemajuan
bersama.

Anda mungkin juga menyukai