Anda di halaman 1dari 9

TAKSONOMI KRATHWOHL

• Diasaskan oleh, David R. Krathwohl


- Merupakan bidang berhubung dengan
perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur
afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif.
ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
PENERIMAAN
- Berhubung dengan kemahuan pelajar
untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu
kesedaran atau perhatian terhadap
ransangan dan peristiwa atau persekitaran
yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada
kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
• Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini
iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek
atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran


harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan
yang bermakna dan menarik.

(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar


membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian
atau kepada bahagian-bahagian komponen dan
kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan
terus memberi perhatian .
GERAK BALAS

- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu


dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk
membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu
objek atau situasi.
PENILAIAN

- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan


atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan
sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
• Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu
sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan
maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan di antara nilai-
nilainya
PERWATAKAN

- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan


sanggup mengamalkannya sebagai satu cara
hidup.

Anda mungkin juga menyukai