Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN

SENI DALAM PENDIDIKAN

Muhamad Syaharil B. Mohd Sukor


Kelas j-QAF 2B 2008, IPSAH

SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan, anda dikehendaki memberi

contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak.

1. Keinginan untuk bergerak

Menggunakan kerusi roda pesakit di hospital sebagai kereta.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

Mempamirkan sesuatu lukisan yang dihasilkan di dalam kelas; atau dicop

bintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan dalam buku aktiviti atau

buku latihan.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam

masyarakat.

Memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu dihadapan kawan-kawan di

sekolah atau memenangi tempat pertama dalam kuiz Bahasa Arab, Tilawah

Al-Quran dan sebagainya.

4. Keinginan untuk bersaing.

Cuba menjadi “mat rempit kecil” dengan mengayuh basikal menggunakan

satu roda bersama kawan-kawan.


5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

Ketangkasan menghindarkan diri dan menyembunyikan diri ketika bermain

“sorok-sorok”

6. Keinginan untuk meneroka.

Menaip menggunakan papan keyboard komputer atau laptop. Kanak-kanak

mencari huruf dan menekannya; atau mencari fail game yang disukainya

tanpa diajar terlebih dahulu.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Menghasilkan dan melukiskan gambar kereta masa hadapan yang sangat

canggih; atau kucing yang sangat comel.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Menggunakan jari untuk membentuk jet atau kapal terbang;

atau di dalam kelas guru menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk

“Lebah”. Semasa menyanyikan lagu, mereka bergerak mengikut irama

seperti lebah sedang terbang.

9. Keinginan untuk kefahaman

Memahami tentang seketul alat permainan getah (plastersin) yang boleh

dipegang, dirasa dan dibentuk seperti bola, huruf dan berbagai-bagai bentuk

yang lain.

Anda mungkin juga menyukai