Anda di halaman 1dari 7

NURAIN NAJIHAH BINTI HASRAN

2 RKIK











Pendahuluan

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan.
Walaupun definisi pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi
masih membawa maksud yang sama iaitu, pengangkutan bermaksud
pergerakan untuk membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat ke
tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu barangan atau
penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai media yang
menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan
melakukan pergerakan manusia.

Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan membantu memindahkan
manusia dan barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem
pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh jaringan jalan dan pengangkutan
dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah
kawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam
menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara. Sektor
pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang
produktif dan berpotensi, tetapi juga merupakan penawaran kemudahan mod
pergerakan umum dalam pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan
kehendak kemajuan masyarakat. Malah dewasa ini pengangkutan merupakan
keperluan dalam kemudahan pergerakan manusia dan barangan yang perlu
dimiliki dan menjadi asas utama dalam kehidupan seharian.


Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah
kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak
langsung meningkatkan keperluan permintaan terhadap pelbagai jenis
kenderaan. Serentak dengan itu, jumlah kenderaan di jalan raya juga
meningkat dengan pesatnya pada setiap tahun. Dengan bertambahnya
bilangan kenderaan secara berterusan di negara kita ketika ini seperti
juga di negara-negara lain terutama di bandar-bandar utama dan di
jalan-jalan raya utama secara langsungnya telah menimbulkan pelbagai
isu dan permasalahan lalu lintas khususnya kemalangan jalan raya.


FUNGSI PENGANGKUTAN

Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum
mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu
kawasan makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin
meningkat. Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi
sosial untuk menghubungkan silaturahim sesama manusia sama ada ahli
keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan yang
lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di mana
majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama
memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga
membolehkan manusia menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.

Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi
permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Anataranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat bekerja,
pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian, tempat membeli belah
dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk
memberi peluang kepada masyarakat memilih mod pengangkutan yang lebih
mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihat
sebagi pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke
tahap yang lebih tinggi sejajar dengan maklamat untuk meningkatkan
Pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan
pembangunan masyarakat seluruhnya.

Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat
yang komplek terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pegangkutan
berkait rapat dengan pergerakan barangan. Tanpa sistem pengangkutan,
sesuatu masyarakat itu tidak dapat berkembang maju dan menerima
perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan sebagainya. Pengangkutan juga
mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan penduduk,
perkembangn bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk
perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya
tertumpu pada kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi
dengan perkembangan pengangkutan, perkembangan bandar mengikut
perkembangan pengangkutan.



JENIS-JENIS PENGANGKUTAN

Pengangkutan boleh dibahagiakan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan
mod atau ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air, dan juga pengangkutan udara.

PENGANGKUTAN DARAT
Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan
jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti
kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas mini,
teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas
kilang dan juga treler.

Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai
contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan
masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau
bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya mampu menampung 4 hingga
5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba
guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segi
kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan
mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan
darat mengikut jenis.


CARA PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL
NEGARA MALAYSIA
Pengangkutan awal di negara Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pengangkutan
darat dan pengangkutan air. Pengangkutan darat pada peringkat awal ialah
melalui denai, lorong-lorong jalan kaki, dan jalan tidak berturap. Cara
pengangkutannya adalah dengan menggunakan kereta lembu, kereta kerbau,
kereta kuda, kereta andu dan beca.

Pengangkutan air pula bergantung kepada sungai dan laut. Pengangkutan ini
menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Rakit dan
perahu merupakan cara pengangkutan sungai yang awal digunakan manakala
jong pul digunakan untuk pengangkutan di laut.

Pada peringkat awal, sistem perhubungan di negara Malaysia menggunakan isyarat
asap, beduk, laung dan ketuk-ketuk. Isyarat ini digunakan untuk
menyampaikan maklumat antara penduduk dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Asap dihasilkan dengan menyalakan unggun api. Asap yang naik
berkepul-kepul ke udara menjadi isyarat untuk memaklumkan sesuatu
perkara. Benduk dan ketuk-ketuk pula dipukul untuk mengeluarkan bunyi.
Cara ketukan yang berbeza akan mengeluarkan bunyi yang berlainan. Setiap
bunyi dan cara ketukan membawa isyarat atau maksud yang tertentu. Laung
pula ditiup bagi menghasilkan bunyi. Bunyi ini memberi isyarat tertentu.
Laung dan ketuk-ketuk digunakan sebagai isyarat keselamatan dan
pemberitahuan sesuatu aktiviti di sesuatu kawasan. Apabila berlaku
kecemasan, para penduduk akan menggunakan laung atau ketuk-ketuk juga
digunakan untuk memberitahu penduduk setempat tentang sesuatu aktiviti
yang akan dijalankan seperti gotong-royong dan permainan rakyat.

Kereta andu ialah kenderaan tanpa roda untuk membawa barangan yang ditarik
oleh kerbau atau lembu.
Jong ialah kapal kecil untuk mengangkut barangan atau penumpang di laut.
Laung ialah alat yang dibuat daripada buluh atau tanduk binatang. Alat ini perlu
ditiup untuk menghasilkan bunyi.
Ketuk-ketuk ialah alat yang diperbuat daripada batang kayu yang dibuang
bahagian tengahnya. Alat ini diketuk untuk mengeluarkan bunyi.

Anda mungkin juga menyukai