Anda di halaman 1dari 9

SEIMBANG ANTARA

INDIVIDU DAN
MASYARAKAT
TETAP DAN ANJAL(THABAT WA MURUNAH)

NAMA : MOHAMAD ZULHISYAM BIN MAHMAD ZAINI


: AIZAT AZRI BIN ABU SAMAH
: MUHD SHUKRI BIN LUTPI

KELAS: LAB 1A

08/07/16

PENGENALAN

Perkataan al- Thabat bermaksud tetap dan mantap.


Al- Murunah pula bermaksud anjal, boleh dilentur,
menerima perubahan dan boleh disesuaikan. Ini
menunjukkan bahawa kedua-dua unsur tersebut
terdapat dalam tasawur Islam yang bermaksud Islam
itu bersifat al- Thabat tetapi dalam masa yang
sama bersifat al- Murunah. Dalam erti kata lain,
ia bersifat tetap dan mantap tetapi boleh dilentur
serta tidak berubah tetapi boleh disesuaikan.
Kelenturan pula pada cara pendekatan. Tetap pada
prinsip asal dan hukum-hukum Qatinya tetapi
lembut dan mudah dilentur pada ranting-ranting dan
cabangnya. Kukuh dan istiqamah pada urusan-urusan
dengan Allah. Lembut pada urusan keduniaan seperti
yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya
yang bermaksud Kamu lebih mengetahui dengan
urusan-urusan dunia kamu

PRINSIP MURUNAH
. Islam agama yang mudah.
Islam mengetahui kemampuan manusia dalam
melaksanakan
perintah Allah SWT
Islam memberi kelonggaran kepada umatnya dalam
melaksanakan perintahNya.
Contohnya cara berpakaian diberi kelonggaran asalkan
menutup aurat.
2. Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan
manusia
Islam prihatin terhadap kemampuan umatnya.
Dalam melaksanakan ibadat wajib seperti solat umat
Islam bolehmelakukan dalam berbagai keadaan seperti
sambil berbaring, duduk dan sebagainya jika terdapat
alasan yang munasabah seperti sakit dan sebagainya.

Murunah bermaksud luas atau anjal.


PENGERTIAN
Iaitu menyakini bahawa segala hukum
dan peraturan yang terdapat dalam
MURUNAH
Islam boleh berubah mengikut
kesesuaian masa dan keadaan, namun
masih tetap diatas prinsip asasnya.

Walaupun Islam telah menetapkan


pelbagai hukum dan batasan yang
perlu diikuti oleh umat Islam,
tetapi dalam keadaan tertentu masih
ada kelonggaran pada perkara cabang
mengikut kesesuaian tempat dan
masa.

Menunjukkan sifat toleransi dan


berhikmahnya Islam
2. Menarik minat orang bukan Islam utuk
memahami ajaran Islam
3. Mengalakkan Umat Islam mentaati dan
melaksanakan perintah Allah SWT dengan
sempurna
4. Memastikan kesinambungan Islam dan
ajarannya sepanjang masa hingga ke hari
kiamat
1.

THABAT
Thabat bermaksud bahawa ajaran Islam dalam
keadaan tertentu adalah bersifat tetap, teguh dan
tidak mengalami perubahan.
Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diubah
serta bersifat tetap. Perkara-perkara tersebut telah
dinyatakan oleh Allah SWT secara tetap atau qatie.
Perkara tersebut tidak boleh diubah samada dasar,
prinsip dan pelaksanaannya. Keadaan ini untuk
menjaga kemuliaan dan ketinggian hidup manusia

Perkara-perkara yang
Thabat (tetap) dalam
ajaran Islam
1.

Akidah :

Akidah ialah keyakinan kepada Allah yang Maha Esa


dan tiada sekutu bagi-Nya.
Keyakinan ini tidak boleh berubah walau apa pun yang
berlaku

2. Ibadat :

Dalam melakukan ibadat wajib, Islam tidak pernah


memberi toleransi kepada umatnya.
Kita tetap wajib menunaikan ibadat walau dalam apa
jua keadaan cuma caranya sahaja yang berbeza.

3 Ketetapan Hukum Syarak :

Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT


seperti hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus
akan tetap kekal sehingga ke hari kiamat.

Perkaitan antara
Murunah dengan Thabat
Islam bersifat tetap dalam perkara asas dan
prinsip tetapi murunah (anjal) dalam perkara
cabang dan pelaksanaanya. Contohnya
kewajipan menutup aurat adalah tetap, tetapi
cara menutup aurat ( berpakaian ) di beri
kelonggaran kepada manusia mengikut feysen
dan keselesaan mereka.
Setiap perkara telah ditetapkan asasnya
dalam Islam, tetapi terpulanglah kepada
manusia untuk melaksanakannya. Contohnya
Islam menggalakkan perniagaan dan
mengharamkan riba.

Anda mungkin juga menyukai