Anda di halaman 1dari 87

GMJA1013

Pengantar Sains Sosial


Bab 1
Pengenalan Sains
Sosial

Objektif Kuliah
Membincangkan latar belakang

bidang sains sosial.

Pengenalan
Ilmu adalah suatu keperluan dalam

kehidupan manusia.
Ini kerana darjat dan martabat manusia
itu diukur berdasarkan tahap
pengetahuan yang mereka kuasai.(Pada
masa dahulu ahli sarjana yang baik
adalah seorang yang berpengetahuan
tinggi dan dapat membincangkan
pelbagai isu yang timbul pada masa
itu.)

Samb
Justeru bagi mengangkat diri maka

manusia perlu menguasai ilmu


yang ada di persekitaran mereka.

Samb
Secara umumnya ilmu boleh

diperolehi melalui 2 kaedah:


Kaedah Formal
Proses pembelajaran dengan
kurikulum tertentu seperti di
sekolah dan sebagainya.

Samb
Kaedah Tidak Formal

Proses pembelajaran tanpa ada


kurikulum seperti pembacaan,
pergaulan dan sebagainya.

Pembahagian Ilmu
Umum membahagikan ilmu kepada

2 bahagian:
Ilmu Sains
Ilmu yang menggunakan kaedah
kajian secara saintifik bagi
menerangkan sebab musabab
sesuatu perkara itu berlaku.

Samb....
Ilmu Kemanusiaan

Ilmu yang melibatkan nilai


kejiwaan dan nilai estetika
(berkenaan dengan makna
cantik/kecantikan atau sains
tentang estetika (Dictionary.
Com, 2011).) dalam diri manusia.

Samb....
Ilmu sains: pengetahuan yang dikaji dan

dikumpul mengikut kaedah yang sistematik


dan saintifik.
Ilmu kemanusiaan: pengetahuan merujuk
kepada perasaan dan emosi manusia yang
tidak dapat dikumpul dengan cara-cara
sistematik dan saintifik.
Contoh: bidang-bidang dalam kumpulan
kemanusiaan ialah seni lukis, muzik,
kesusasteraan dan falsafah.

Pembahagian Ilmu Sains


Ilmu sains pula dibahagikan

kepada 2 kumpulan:
Sains Tulen
Kajian tentang fisiologi
kehidupan dan alam semulajadi
seperti struktur tubuh badan
manusia, kajian saraf dan
sebagainya.

Samb....
Sains Sosial

Kajian tentang fenomena dan isu yang


berlaku ke atas diri dan kelompok
manusia seperti kemiskinan,
pengangguran, keciciran dan
sebagainya.
Namun kedua-dua ilmu ini menggunakan
kaedah SAINTIFIK dan SISTEMATIK bagi
membuktikan kesahihan kajian yang
dilakukan.

Samb....
Saintifik: menggunakan kaedah

berasaskan sains atau


menggunakan kemahiran atau
pengetahuan pakar.
Sesuatu teori yang mempunyai
ciri-ciri saintifik memerihalkan
hubungan logik yang wujud antara
komponen-komponen yang
diperhatikan dalam alam ini.

Samb....
Sistematik ialah perbuatan

menurut satu sistem pelan;


methodical (selalu berhati-hati
untuk melakukan sesuatu dengan
cara yang menyeluruh dan
terancang (OneLook@Dictionary
Search)).

Apa Itu Sains Sosial?


Sains Sosial kelompok ilmu yang

mengkaji fenomena sosial


(hubungan) manusia dengan
menggunakan metodologi kajian
secara saintifik dan sistematik.

Samb
Ia wujud akibat dari hubungan dan

interaksi manusia yang berlaku


secara kompleks. Ini menyebabkan
timbulnya fenomena (masalah)
sosial manusia.
Dan fenomena inilah yang dikaji
mengikut disiplin sains sosial
dengan menggunakan kaedah
yang saintifik dan sistematik.

Samb
Kaedah saintifik dan sistematik

dalam kajian sains sosial


merangkumi 2 komponen utama:
Penemuan pola (corak)
tertentu sebagai sebahagian
bukti bagi menentukan objektif
kajian

Penghasilan generalisasi

sebagai andaian umum


tentang wujudnya sesuatu isu
atau fenomena. (Generalisasi
ialah anggapan
umum/pernyataan umum)

Kajian Sosial & Kaedah


Saintifik
Kajian sains sosial dianggap

mempunyai AUTORITI (maklumat


dapat dipercayai atau bukti) ia
dijalankan secara saintifik dengan
menggunakan data-data empirik.

Ia juga sebagai alternatif dalam

mengubah tanggapan pemikiran


manusia yang terlalu bergantung
pada ilmu kemanusiaan (ilmu
teologi dan ilmu falsafah) semasa
Zaman Gelap (dark age) Eropah.

Fenomena Sosial &


Fenomena Fizikal
Fenomena Sosial juga disebut

masalah sosial seperti penagihan


dadah, diskriminasi, jenayah,
penceraian, kemiskinan dan
sebagainya.
Terdapat banyak punca yang
menyumbang pada terjadinya
fenomena sosial

Ia bergabung untuk menimbulkan

satu fenomena sosial yang sama.


Pelbagai faktor ini telah
menyebabkan ia agak sukar untuk
menentukan punca utama yang
menyebabkan terjadinya sesuatu
fenomena.
Contoh: Penagihan Dadah di
Kalangan Remaja

Samb
Fenomena fizikal jelas mempunyai

sebab musabab (cause and effect)


sesuatu isu/kes itu berlaku.
Ia dikaji dengan menggunakan
peralatan ukuran tepat.

Samb
Kaedah penyelesaiannya adalah

lebih mudah
Contoh: Faktor Utama
Kemalangan Jalan raya Adalah
Kerana Tayar Tidak Memenuhi
Spesifikasi Yang Telah
Ditetapkan Oleh SIRIM

Samb..
Ia akan saling berkaitan antara

satu sama lain.


Ia membantu menghasilkan ilmu
generik (tidak khusus) bersifat
gunaan (applied) yang saling
melengkapi antara satu sama lain.

Samb..
Terdapat beberapa ilmu utama

dalam disiplin sains sosial:


Antropologi, Ekonomi, Geografi,
Psikologi
Politik, Sejarah, Sosiologi

Disiplin Sains Sosial


Umum telah menentukan disiplin

utama Sains Sosial ialah mengkaji


manusia dalam konteks sosial
mereka.
Namun ia berbeza mengikut
pecahan disiplin ilmu itu sendiri:
Ilmu itu luas dan manusia tidak
berupaya menguasai semua ilmu
dan ia perlu dikhususkan mengikut
bidang yang tertentu.

Samb..
Ilmu akan semakin bertambah

setiap hari. Maka ia perlu kepada


sub-bidang untuk memudahkan
manusia mempelajarinya.
Setiap bidang itu mempunyai
fokus dan kepentingan yang
berbeza. Minat akan mendorong
manusia untuk meningkatkan
tahap kefahaman terhadap
sesuatu bidang ilmu.

Samb..
Sains sosial ialah ilmu gamma (ilmu

yang masih muda).


Sains semula jadi ialah ilmu beta.
Kemanusiaan ialah ilmu alfa.

Pendekatan Kajian Sains


Sosial
Wujud 2 pendekatan untuk

mengkaji sains sosial.


Kualitatif
Kajian berasaskan fakta dan
analisis kepustakaan
Lebih subjektif

Samb..
Kuantitatif

Kajian berasaskan angka


Menggunakan statistik dan
eksperimen

Samb..
Fakta ialah benda yang ialah

diketahui berlaku atau akan


menjadi benar atau untuk wujud.
Analisis ialah kajian tentang
sesuatu melalui memeriksa
bahagian-bahagiannya dan
hubungan mereka.

Samb..
Analisis kepustakaan (Literary

analysis) ialah amalan pembacaan


satu kerja kesusasteraan dengan satu
kritis mata dan bukan hanya hiburan
semata-mata. Analisis kepustakaan
harus menyediakan satu pentafsiran
tentang kerja berasaskan pada satu
dari beberapa kumpulan ilmuan
tentang kritikan berkenaan
kesusasteraan.

Samb..
Subjektif ialah idea, perasaan dan lain-

lain yang ada dalam minda dan bukan


dikeluarkan melalui benda-benda di
luar minda.
Statistik ialah item maklumat
dinyatakan dalam nombor.
Eksperimen ialah ujian diselesaikan
secara berhati-hati agar mengkaji apa
berlaku dan memperoleh pengetahuan
baru.

Kepentingan Pengajian Sains


Sosial
Menurut Ismail Yusoff (2001):
1. Ilmu sains sosial berfungsi sebagai
ilmu yang menyusun kehidupan
manusia.
2. Ilmu sains sosial menguruskan alatalat yang dihasilkan oleh ilmu sains
dan teknologi.

3. Ilmu sains sosial boleh memberi

gambaran yang menyeluruh tentang


pelbagai disiplin ilmu (Ini akan
menyedarkan mereka bahawa bukan
hanya satu jalan, malahbanyak
pendekatan dapat dimanfaatkan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah).

Sejarah Perkembangan
Sains Sosial
Sejarah ilmu mengalami 2

pertembungan hebat.
Ia disebabkan salah faham manusia
terhadap nilai yang wujud dalam
ilmu.

Samb..
Pertamanya ilmu agama yang hanya

terangkum dalam pemikiran


religious yang sempit.
Keduanya ilmu rasional yang
menolak sama sekali pandangan
agama kerana ia berasaskan logik
fikiran manusia.

Ilmu Zaman Yunani &


Greek
Peringkat awal ilmu manusia wujud

pada zaman Greek dan Yunani


Zaman ini ilmu diasaskan oleh
sifat rasional yang digabungkan
dengan nilai falsafah (set
kepercayaan atau pandangan
hidup yang merupakan pedoman
untuk perilaku (Hornby, 1989)).

Samb..
Ilmu dicerna oleh akal dengan

memikirkan punca kejadian alam


dan fenomena yang berlaku
berasaskan logik (sains tentang
tindakan menggunakan satu
alasan/sebab) dan praktikal
(berkenaan dengan amalan dan
tindakan bukan teori).
Namun ia belum mencapai tahap
saintifik.

Samb
Tokoh pada zaman ini ialah:
Aristotle (384-322 S.M.)

Banyak menulis ilmu berasaskan


pemerhatian empirik yang menekankan
pembuktian dalam pemerhatian beliau.
Menggunakan kaedah Penaakulan
induktif (memerhati peristiwa dan
membuat generalisasi).

Samb
Menjelaskan bahawa ilmu itu perlu
difahami dalam konteks
epistemologi (falsafah) terlebih
dahulu.
Tokoh lain ialah Plato (428-348 S.M.)
dan Socrates (470-399 S.M.)

Samb
Empirikal ialah berasaskan pada

penyiasatan, pemerhatian, eksperimen,


atau pengalaman bukan pada teori.
Induktif ialah tentang logik, matematik,
pada berasaskan induksi (Kaedah sains
tentang tindakan menggunakan satu
alasan/sebab yang memperoleh atau
menemui undang-undang umum
daripada fakta-fakta atau contohcontoh khusus.)

Zaman Pertengahan
(Middle Ages)
Bermula 476-1453 M dengan penguasaan

golongan agama (Kristian) ke atas


institusi ilmu.
Ilmu rasional (logik) disekat kerana
mereka mempercayai bahawa segala
fenomena (peristiwa) yang berlaku adalah
takdir yang perlu diterima tanpa perlu
memikirkan sebab musabab ia berlaku.

Samb
Telah berlaku paradigma pemikiran

antara golongan Agama dengan


golongan Rasionalis dalam
menentukan fenomena sesuatu
kejadian.
Tokoh pada zaman ini:
Galileo Galilei (1564-1642 M)
Mengemukakan idea melalui Teori
Copernicus yang meletakkan
matahari di pusat cakerawala.

Samb
Beliau dituduh sebagai
pengamal ajaran sesat (heresy fahaman (pendapat) yang
bertentangan dengan faham
rasmi seperti agama dan lainlain).
Beliau telah menarik balik idea
tersebut dan bertaubat kerana
melanggar ajaran agama.

Zaman Renaissance
Renaissance bermaksud Kelahiran

Semula.
Zaman ini dianggap penting dalam
mengembangkan institusi ilmu
berasaskan logik dan rasional.
Bermula 1453-1690 M hasil
penguasaan semula ilmu oleh para
sarjana.

Samb
Ilmu mula dipecahkan kepada 3 bahagian
Ilmu fizik(dibahagikan kepada pengajian

empirikal yang kemudiannya


dikembangkan kepada bidang-bidang
yang berlainan dalam sains semulajadi)
Ilmu metafizik (pengajian bukan
empirikal yang dikembangkan menjadi
falsafah)
Ilmu kemanusiaan (ilmu permulaan)
(muzik, seni lukis dan sastera)

Samb
Ahli-ahli sarjana tidak boleh

menerima penerangan takdir


untuk masalah-masalah sosial
yang wujud.
Ilmu fizik dipecahkan kepada dua
iaitu:
1.Pengajian empirikal
2.Pengajian bukan empirikal

Zaman Enlightenment
Ia bermaksud zaman Pencerahan setelah pudarnya

pengaruh gereja dalam masyarakat Eropah.


Bermula 1650-1700 M dan lebih dikenali sebagai
The Age of Reason.
Sains diterokai secara meluas dan dikaji secara
saintifik (bersistem).
Saintifik ialah sesuatu teori yang mempunyai ciriciri saintifik memerihalkan hubungan logik yang
wujud antara komponen-komponen yang
diperhatikan dalam alam ini (contoh sistem, sub
sistem).

Samb
Rasionalisme telah mengambil alih

tempat ajaran agama Kristian dalam


proses pengumpulan pengetahuan.
Sains sosial dianggap bidang sains.
Sains sosial diwujudkan akibat
kesedaran bahawa sejarah adalah
human construction dan masa depan
sesebuah masyarakat adalah
bergantung pada kesan kumulatif
tindakan manusia.

Samb
Ia mengalami 2 perubahan dimensi
Perkembangan pemikiran saintifik

Refleksi Revolusi Industri (1750-an) telah


melonjak sains fizikal (sains tentang
benda dan tenaga dan interaksi-interaksi
mereka) apabila terciptanya peralatan
baru seperti James Watts (1769M) enjin
wap, James Hargreaves (1765M) mesin
tenunan Spinning Jenny dan lain-lain.

Perkembangan alat cipta ini


telah menjadi pemangkin pada
perkembangan ilmu lain seperti
ekonomi, sosial, politik dan
sebagainya.

Samb
Perubahan sosial masyarakat

Ia berlaku secara tidak langsung


akibat dari revolusi alat cipta
zaman tersebut.
Kesannya juga dirasai dalam
konteks ilmu ekonomi, politik,
sosial dan sebagainya.

Samb
Tranformasi (dengan sempurna
mengubah sifat/corak) berlaku dari
masyarakat tradisional yang berasaskan
tanaman kepada masyarakat industri
yang banyak menggunakan mesin.
Hasilnya muncul pelbagai masalah sosial
masyarakat yang berpunca dari sikap
manusia yang terlalu mengejar
perubahan dalam hidup.

Teori & Pendekatan Sains


Sosial
Sains Sosial mempunyai pelbagai

teori dan pendekatan yang berfungsi


memberi penjelasan saintifik
terhadap fenomena sosial.
Ia terbina sejak abad ke 19 M secara
umum bagi menyatukan disiplin sains
sosial yang berbeza di bawah
gagasan ilmu kemanusiaan.

Peranan Teori Dalam


Sains Sosial
Dalam sains sosial TEORI

mempunyai peranan tersendiri dan


menjadi sebahagian dari prosedur
penyelidikan.
Ia sebagai panduan kepada
pengkaji untuk meneroka subjek
pemerhatian mereka dengan lebih
jelas.

Samb
Ahli sains sosial telah

menggariskan 5 ciri tentang


fungsi teori dalam membantu
pemahaman.
Mewujudkan pengklasifikasian
(kumpulan atau kelas ke dalam
yang sesuatu adalah diletakkan).

Samb
Menjangka perkara yang bakal berlaku

(spekulasi ialah satu keputusan


berasaskan kepada pengalaman dan
bukan teori).
Menjelaskan perkara yang telah berlaku.
Membantu memahami sebab musabab
berlakunya sesuatu perkara.
Memberi panduan tentang perkara yang
hendak dikaji.

Definisi Teori
Kenyataan/andaian abstrak tentang

perhubungan antara pembolehubah bagi


menjelaskan sesuatu fenomena.
Ia terhasil dari pemerhatian dan usaha
untuk memahami sesuatu fenomena.
Teori mestilah berupaya diuji (boleh diuji
berulang kali), berjaya menghasilkan
kebenaran (fakta, kepercayaan, dan lainlain yang ialah diterima sebagai benar)
dan boleh mewujudkan fakta.

Samb..

Dalam sains sosial, teori akan diuji secara

berterusan (berulang kali) kerana fenomena


sosial sukar untuk dibuktikan secara tepat.
Teori umum pula menjadi lebih sukar diuji
kerana jaringan pembolehubah adalah
terlalu kompleks.
Kebanyakkan teori sains sosial adalah
bersifat umum kerana ia berupaya untuk
digeneralisasikan ke atas fenomena sosial
secara umum dan tidak terhad kepada
sesuatu konteks sahaja.

Teori adalah satu set teratur

tentang idea-idea yang telah


digunakan untuk menerangkan
peristiwa-peristiwa atau
fenomena-fenomena biasanya
disokong oleh fakta tetapi
barangkali juga termasuk
beberapa spekulasi.

Teori saintifik adalah lebih

berstruktur, dengan satu bilangan


langkah-langkah pemerhatian dan
andaian, dihubungkan kepada dan
disokong dengan satu sama lain.

Teori Umum Sains


Sosial
Teori umum wujud bagi membantu

manusia melihat fenomena sosial


secara bersistem (skima) dan
menghasilkan pemahaman secara
sistematik tentang hubungan sosial
manusia dan persekitaran mereka.
Cth: Teori Relativiti Albert Einstein

Perspektif Sistem
Perspektif sistem adalah pendekatan

untuk melihat kehidupan masyarakat


sebagai sebuah entiti yang wujud
dalamnya pelbagai unsur yang kompleks.
Justeru, apabila masyarakat dilihat
sebagai sebuah sistem maka kajian akan
lebih terfokus pada komponen dan
hubungkait antara komponen-komponen
tersebut.

Samb
Semakin besar sistem semakin

kompleks susunatur sistemnya dan


semakin kompleks komponen yang
terdapat dalamnya.
Maka secara analitikalnya, sistem
sosial manusia itu terbahagi kepada 3:
Makro
Sistem yang besar dari segi saiz
dan komponen yang berinteraksi di
dalamnya. Contoh: Organisasi dan
Komuniti

Samb
Meso

Sistem yang sederhana saiz


dan komponennya tidak terlalu
kompleks. Contoh: Sebuah
Keluarga
Mikro
Sistem paling kecil atau sistem
asas masyarakat. Contoh:
individu

Samb
Wujud 2 bahagian dalam perspektif

sistem:
Sistem Terbuka
Sistem yang menerima dan
menyumbang kepada persekitaran
(sentiasa berinteraksi)
Ia memiliki 4 ciri:
Menerima sesuatu dari persekitaran

Samb
Menyumbang sesuatu kepada
persekitaran
Melakukan proses menukar unsur
kemasukan (input) menjadi produk
(output)
Memiliki mekanisme
keseimbangan
Mengalami perubahan.
Contoh: Manusia

Samb
Sistem tertutup

Bertujuan menampung
kewujudan secara bersendiri
tanpa berinteraksi dengan
persekitaran.
Perkembangan amat terhad dan
kadangkala tidak berkembang
langsung.

Samb
Ia berguna kepada ahli sains sosial
bagi memerhati fenomena tahap
dinamik (kekuatan/kuasa yang
mengeluarkan perubahan, tindakan
atau kesan-kesan) rendah
Contoh: Masyarakat terpencil yang
mengalami perubahan secara
perlahan.

Teori Strukturalisme /
Fungsionalisme
Strukturalisme kajian ke atas fenomena sosial
dan budaya dengan mengandaikan bahawa
wujud struktur tertentu seperti mitos (cerita
yang berasal dalam zaman purba/kuno,
terutamanya membicarakan idea-idea atau
kepercayaan-kepercayaan tentang sejarah awal
tentang satu ras atau memberikan penerangan
tentang peristiwa bersifat semulajadi/alam
misalnya musim) dan nilai (piawai moral atau
profesional tentang tingkah laku; prinsip) dalam
pembentukan sesebuah masyarakat.

Samb
Struktur (cara yang sesuatu ialah

diletakkan bersama, teratur, terbina


dan sebagainya; sesuatu dibuat
daripada banyak bahagian; sebarang
keseluruhan kompleks; binaan) tersebut
mungkin sesuatu yang abstrak tetapi
kewujudannya telah memberi tafsiran
(penerangan atau makna) yang
tersendiri.

Samb
Fungsionalisme kajian ke atas fungsi

sesuatu elemen sosial memberi kesan


tertentu dalam operasi dan kewujudan
masyarakat.
Ia menekankan kepentingan struktur
dalam mempengaruhi keseluruhan
fenomena sosial yang merangkumi
tindakan yang boleh dan tidak boleh
dilakukan dalam masyarakat.

Samb
Tindakan yang selari dengan nilai

masyarakat dikira sebagai berfungsi


(functional)(normal dan berjaya)
Tindakan yang salah dalam
masyarakat akan dikira sebagai
sesuatu yang pincang
(disfunctional) (tidak normal dan
tidak berjaya)

Samb
Teori ini juga menekankan saling

bergantungan struktur dan fungsi antara


komponen dalam masyarakat.
Keseimbangan amat bergantung pada
peranan yang dilakukan oleh komponenkomponen masyarakat tersebut.
Justeru, kestabilan dan keharmonian sosial
bergantung pada keupayaan masyarakat
memelihara keseimbangan fungsi dan
struktur dalam masyarakat.

Teori Evolusi
Asasnya Teori Evolusi

mengandaikan bahawa
masyarakat akan berubah secara
seragam berasaskan peraturan
yang telah ditetapkan.
Ia banyak melihat perubahanperubahan yang berlaku dalam
sistem sosial masyarakat.

Samb
Idea evolusi sering dikaitkan

dengan tokoh-tokoh seperti


Charles Darwin, Auguste Comte,
Herbert Spencer dan Karl Marx.

Samb..
August Comte (1798-1857)
Membuat andaian bhw wujud 3

tahap pemikiran manusia.


Teologi
Pemikiran manusia
berasaskan agama dan
kepercayaan ghaib.

Samb..
Metafizik
Pemikiran manusia yang
dipengaruhi oleh idea abstrak
tentang kejadian dan fenomena
fizikal.
Positivisme
Manusia berfikir dengan
menggunakan kaedah sains untuk
meneroka fenomena dan kejadian
di sekeliling.

Samb
Herbert Spencer (1820-1903)
Andaian bahawa wujud persamaan

proses evolusi antara organisma


biologi dengan manusia.
Idea beliau dipengaruhi oleh idea
Darwin yang menekankan konsep
Survival of The Fittest dalam
menerangkan perubahan masyarakat
itu berlaku secara semulajadi.

Samb
Yang kuat akan menonjol dan

yang lemah akan terhapus


secara nature mengikut hukum
alam.
Justeru, idea ini menolak unsur
paksaan dalam sistem sosial
manusia.

Samb
Lewis Henry Morgan (1818-1881)
Mempopularkan Teori Evolusi

Budaya.
Membuat andaian bahawa
masyarakat dibahagikan kepada 3
tahap survival
Savagery (perihal kebuasan)
Masyarakat hidup secara nomad
dan menjalankan aktiviti berburu
dan mengutip makanan.

Samb
Barbarisme (keadaan tidak
bertamadun)
Masyarakat manusia tinggal
setempat dan bercucuk tanam
secara asas.
Civilization (tamadun/peradaban)
Masyarakat manusia hidup
setempat dan mula
menggunakan teknologi.

Samb
Karl Marx (1818-1883) dan

Frederick Engels (1820-1895)


Terpengaruh dengan idea
Morgan tetapi lebih tertumpu
pada aspek perubahan material.
Evolusi berlaku dalam konteks
pengeluaran sumber dan mod
(cara/kaedah) pengeluaran.

Samb
Ia seiring dengan perubahan

material dalam kehidupan manusia.


Hasilnya wujud Teori Materialisme
Sejarah.
Perubahan hidup manusia wujud
kerana dorongan ekonomi.
Konflik dan kuasa antara kelas
menjadi asas utama dan sumber
perubahan (evolusi) dalam
masyarakat.

Kesimpulan
Ilmu sains sosial seharusnya

dipelajari oleh semua ahli


masyarakat.
Dengan mengetahui kepentingan
sains sosial maka secara tidak
langsung manusia dapat mengetahui
betapa kompleks penjanaan struktur
dalam ilmu pengetahuan

Ini menjadikan manusia berupaya

untuk menilai kepentingan


sesuatu ilmu tanpa memandang
serong kepentingan ilmu yang
lain.

Anda mungkin juga menyukai