Anda di halaman 1dari 53

Perbezaan individu dan

pembelajaran

KECERDASAN
DEFINISI KECERDASAN
- Thurstone telah mencadangkan
bahawa kecerdasan terdiri dari
gabungan faktor-faktor khusus, setiap
satunya untuk tugas yang spesifik.

Mengikut Charles Spearman, kecerdasan


terdiri daripada dua faktor iaitu faktor am (g)
dan faktor khas (s).
Gardner telah mendefinisikan kecerdasan
sebagai satu set kemahiran yang
membolehkan seseorang itu menyelesaikan
masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada
budayanya.

PERBANDINGAN TEORI
IQ DAN TEORI
GARDNER
Teori IQ (berasaskan
kepada
kecerdasan logik-matematik dan verballinguistik) pula mengandaikan bahawa
potensi intelek seorang individu itu
adalah tetap, ditentukan secara genetik
dan boleh diukur pada peringkat usia
muda serta akan menentukan potensi
individu manusia.

Gardner telah mendefinisikan kecerdasan


sebagai satu set kemahiran yang
membolehkan seseorang itu menyelesaikan
masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada
budayanya. Oleh yang demikian, teori
Gardner telah menyediakan rangka kerja
untuk satu perubahan (metamophosis)
pendidikan dalam semua peringkat
pembelajaran.

KECERDASAN PELBAGAI

Howard Gardner (1983) menyatakan


bahawa manusia mempunyai sekurangkurangnya lapan kecerdasan
(intelligences)
Jenis kecerdasan yang dikenal pasti
adalah visual-linguistik, logikmatematik, visual-ruang, kinestetik,
muzik, interpersonal, intrapersonal
dan naturalis.

Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara
berkesan dalam lisan dan penulisan.
Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif
kepada makna perkataan dan mahir
memanipulasinya.
Cara belajar yang paling berkesan bagi
kumpulan ini adalah dengan menggunakan
stesen pembelajaran dan melalui pengajaran
serta penerangan lisan.

Logik-Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah


kompleks, membuat perkaitan seperti suka
menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh
membuat perbandingan, cekap menyelesaikan
masalah berkaitan nombor dan menggunakan
komputer.

Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui


kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan
dan pembelajaran koperatif.

KINESTETIK
Kebolehan menggunakan badan untuk
menyatakan idea, perasaan dan untuk
menyelesaikan masalah termasuklah
kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti,
kepantasan dan keseimbangan.
Mereka berkebolehan untuk belajar melalui
perbuatan seperti simulasi, permainan, main
peranan dan membina model.

MUZIK
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi,
termasuklah kemahiran mengenal lagu dan
mengubah tempo dan irama dalam melodi
yang mudah.
Murid yang mempunyai kecerdasan muzik
yang tinggi lebih gemar belajar melalui
pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti
jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.

INTERPERSONAL
Kebolehan memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta
berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan
dengan orang lain.
Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini
akan belajar dengan lebih berkesan melalui
pembelajaran kooperatif dan pengajaran
rakan sebaya serta penglibatan dalam
perbincangan kelas.

INTRAPERSONAL
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi
kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan
termasuklah kemahiran membandingkan diri
sendiri dengan orang lain dan mengetahui
bagaimana mengawal perasaan.
Mereka lebih suka belajar bersendirian di
perpustakaan atau di stesen-stesen
pembelajaran dan berkebolehan membuat
laporan jurnal yang baik.

NATURALIS

Kebolehan mengenal , mengklasifikasi


dan menghargai tumbuh-tumbuhan,
bahan galian dan haiwan termasuk
batu-batan dan rumput rampai serta
semua jenis flora dan fauna.
Murid yang mempunyai kecerdasan
naturalis belajar dengan lebih berkesan
melalui aktiviti luar kelas.

VISUAL RUANG
Kebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk, ruang, warna dan garisan,
termasuklah kebolehan mempersembahkan
idea visual dan ruang secara grafik.
Mereka belajar dengan berkesan melalui
tunjuk cara, video dan gambar rajah serta
boleh memberi sumbangan kepada projek
kumpulan melalui carta dan gambarajah.

Kecerdasan Emosi

Definisi Emosi

Greek emovere jalan keluar


Goleman emosi ialah gerak balas
yang melepaskan tingkah laku
berorientasi
Lang emosi sebagai penyelarasan
kedudukan tubuh untuk aksi sementara.
Kamus dewan bahasa perasaan pada
jiwa yang kuat.

Pada hari ini emosi digunakan untuk


menggambarkan pengalaman subjektif

3 aspek emosi
Cognitive experession dijelaskan dengan
perkataan
Behavior expression mimik muka,
bahasa tubuh
Psysiological biochemical aktiviti otak,
suhu badan

Kecerdasan Emosi

Istilah emotional intelligence diguna


pada tahun 1990 oleh ahli psikologi,
peter salovey dan john mayer.
Lima tahun selepas itu, Daniel Goleman
(1995) mempopularkan EQ dalam
bukunya Emotional intelligence dan
menyedarkan orang ramai berkenaan
konsep ini.

Konsep kecerdasan emosi diserapkan


kepada kanak-kanak untuk
membolehkan mereka lebih peka
kepada persekitaran dan perasaan
orang lain.
Mereka yang mempunyai kecerdasan
emosi tinggi akan mempunyai
kehidupan lebih cemerlang dan girang.

Ciri ciri EQ

Semangat dan ketekunan


Kemampuan memotivasi diri sendiri
Bertahan menghadapi kegagalan
Tidak melebih-lebihkan kesenangan
Kemampuan untuk menyelesaikan
konflik
Memimpin

GAYA
BERFIKIR

Gaya Berfikir

Umumnya murid-murid memang berbeza dari segi


kebolehan berfikir.
Berfikir merupakan satu proses membina ilmu dan
kefahaman yang melibatkan aktiviti mental murid-murid di
dalam kelas.
Semasa kita berfikir, otak akan bertindak untuk memahami
rangsangan luar yang diterima melalui deria.
Kemudian, otak akan menukar rangsangan ke dalam
bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas
berdasarkan pengalaman sedia ada.
Berfikir juga merupakan satu aktiviti mental dalam proses
penyelesaian sesuatu masalah.

8 Gaya Pemikiran

Pemikiran
Mendatar

Pemikiran
Menegak

Pemikiran
Kreatif

Pemikiran
Kritis

Pemikiran
Divergen

Pemikiran
Konvergen

Pemikiran
Rekacipta

Pemikiran
Celik akal

Pemikiran Mendatar
Gaya pemikiran mendatar juga dikenali sebagai lateral
thinking.
Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah
perlu dilihat daripada pelbagai perspektif yang berlainan
supaya ia mudah diselesaikan.
Dr. Edward De Bono mengatakan terdapat 4 faktor penting
dalam pemikiran mendatar iaitu:

Mengenalpasti idea-idea domain utama dalam masalah yang


dihadapi.
Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.
Melonggarkan cara pemikiran terkawal.

Pemikiran Menegak

Pemikiran menegak ini juga dikenali sebagai vertical


thinking.
Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini
menggunakan proses-proses akal yang tradisional
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Kebanyakan manusia menggunakan kemahiran ini hasil
daripada pendidikan formal mereka.
Oleh itu, pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran
logik kerana ia menggunakan satu urutan langkahlangkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis juga dikenali sebagai pemikian


reflektif.
Kaedah-kaedah pembelajaran yang dapat
mengalakkan pemikiran kritis ialah strategi
penyelesaian masalah dan inkuiri penemuan.

Pemikiran kreatif

Pemikiran kreatif ialah satu pemikiran di mana


seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru
yang belum difikirkan oleh orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Salah satu cara untuk menggalakkan pemikiran
kreatif ialah denganmemperbanyakkan soalan
terbuka di dalam kelas.

Pemikiran Divergan

Pemikiran ini dikenali sebagai pemikiran bercapah.


Matlamat utama pemikiran ini ialah untuk
menjanakan seberapa banyak idea yang dapat
diberikan oleh pelajar mengenai suatu topik dalam
sesuatu masa yang ditetapkan.
Malahan itu, ia juga melibatkan kemahiran guru
dalam membahagikan semua topik kepada unitunit kecil supaya murid-murid dapat menganalisis
topik utama secara lebih mendalam.

Pemikiran konvergan

Pemikiran ini bermaksud pemikiran tertumpu atau


berpandu.
Gaya pemikiran ini terdiri daripada satu proses
menggabungkan idea yang berlainan berdasarkan
tema yang tertentu dalam satu struktur yang
tersusun dan yang boleh difahami.
Soalan konvergan terdiri daripada soalan-soalan
yang dapat menganalisis sumber maklumat.

Pemikiran reka cipta

Pemikiran ini sangat berguna pada mata pelajaran


seperti lukisan, seni ukiran, kemahiran hidup,
sains dan kajian tempatan di mana murid-murid
perlu menggunakan koordinasi motor kasar dan
motor halus dalam pergerakan tangan mereka.

Pemikiran celik akal

Pemikiran ini merujuk kepada pengalaman


seseorang di mana ia dapat memberikan
penyelesaian kepada satu permasalahan yang
sukar dalam satu jangka waktu yang tertentu.
Oleh itu, pengalaman ini juga dikenali sebagai
pengalaman Aha kerana ia berkaitan dengan
kebolehan seseorang untuk tiba-tiba mendapat
jalan penyelesaian satu masalah.

GAYA
PEMBELAJARAN

PENGERTIAN

Hunt (1981)
Gaya pembelajaran merujuk kepada
syaratsyarat pendidikan yang
membolehkan
pembelajaran paling
berkesan.

Peterson (1979) & Stewart (1981)


Gaya pembelajaran ialah pendekatan
pengajaran yang paling digemari oleh
seseorang murid.

Dunn & Dunn (1981)


Gaya pembelajaran merujuk kepada
keadaan di mana murid belajar
dengan paling
optima.
Secara amnya, gaya pembelajaran
merujuk kepada cara-cara bagaimana
seseorang memproses, menghayati dan
mempelajari bahan pembelajaran yang
baru dan mencabar.

JENIS-JENIS
GAYA PEMBELAJARAN

Gaya Kondusif

Gaya Visual

Murid suka belajar dalam suasana yang


terdapat muzik dan suasana harmoni.

Murid dapat belajar dengan cepat dan berkesan


dengan melihat carta, graf dan gambar rajah
serta gemar membaca pada diri sendiri.

Gaya Audio
Murid suka mendengar dengan cara membaca

dan menyebut.

Gaya Kinestetik
Murid belajar melalui pergerakan seperti

sentuhan, merasa dan meraba.

Gaya Konvergen
Murid dapat memberi penyelesaian kepada

satu soalan tertutup dengan cepat dan


tepat.

Gaya Divergen
Murid dapat memberikan pelbagai jawapan

atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

MODEL DUNN & DUNN

Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21


element yang boleh mempengaruhi
gaya pembelajaran murid.

Model ini berdasarkan beberapa prinsip


asas iaitu :
Setiap murid ada kekuatan mereka.
Kebanyakan individu boleh belajar.
Guru boleh membuat pengajaran secara

individu.
Guru harus mengajar mengikut gaya
pembelajaran muridnya.
Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan
gaya pembelajaran masing-masing.

Elemen dan stimuli yang terdapat


dalam model Dunn & Dunn ialah :
Persekitaran

Terdiri darpada lampu, bunyi, suhu dan

tempat duduk.
Emosi

Terdiri daripada motivasi, tanggungjawab,

daya tahan dan struktur.


Fisiologi

Penekanan kepada unsur persepsi seperti

audio, visual dan kinestatik.

Sosiologi

Merujuk kepada keadaan bagaimana

murid belajar dalam kontek sosial.


Psikologi

Terdiri daripada 4 jenis murid iaitu

reflektif, impulsif, global dan analitik.

KEPENTINGAN GAYA
PEMBELAJARAN

Kepentingan kepada guru supaya


guru lebih sensitif kepada perbezaan
yang wujud antara murid.

Menjadi panduan kepada guru dalam


mencipta pengalaman pembelajaran
yang sepadan dengan cara muridnya
belajar.

Gaya pembelajaran murid berubah


mengikut umur dan mereka suka
berkerja dengan kumpulan yang
berlainan.

Murid yang mempunyai pencapaian


akademik yang tinggi mempunyai
gaya pembelajaran yang berlainan
daripada murid yang rendah
pencapaian akademiknya.

IMPLIKASI TERHADAP PROSES


PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru harus mengetahui bagaimana


murid-muridnya menunjukkan
respon yang berlawanan kepada
persekitaran pembelajaran mereka.

Guru harus mengajar muridnya


dengan pelbagai teknik-teknik
kemahiram belajar.

Guru mesti mengajar muridmuridnya dalam mengenal pasti


gaya pembelajaran mereka masingmasing.

Penggunaan inventori seperti MyersBrigss Type Indcator (MBTI), Model


Gaya Pembelajaran Kolbs dan
Instrument Herman Brain Dominance
(HBDI) oleh guru dalam mengenal
pasti gaya pembelajaran muridnya.

Implikasi
Perbezaan
Individu Ke atas
Pembelajaran

Implikasi Perbezaan Individu Ke


atas Pembelajaran

Kesediaan untuk belajar


Kadar kecerdasan mengikut jantina
Latar belakang kehidupan
Kebolehan fizikal
Gaya bertindak

Kesediaan untuk belajar

Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di


rumah, sentiasa sihat, dan pernah memasuki
kelas Tadika akan kelihatan cukup bersedia
semasa guru memulakan pelajaran.
Sebaliknya, situasi ini mungkin berbeza apabila
terdapat murid-murid yang tidak dapat menikmati
kemudahan dan keperluan tersebut.
Di peringkat sekolah menengah, perbezaan dari
segi umur, faktor motivasi, tekanan mental-emosi,
pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan
diri dan sikap guru terhadap murid juga
mempengaruhi kesediaan belajar.
Back

Kadar kecerdasan mengikut


jantina

Darjah kecerdasan biasanya berubah-ubah


mengikut umur, sikap kematangan dan faktor
persekitaran.
Hasil kajian di negara barat menunjukkan
kecerdasan seseorang akan bertambah apabila
umurnya meningkat.
Tahap kecerdasan murid lelaki adalah sederhana
dan akan menunjukkan kematangan berfikir
apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.
Tahap kecerdasan murid perempuan akan kekal
stabil apabila umurnya meningkat.
Back

Latar belakang
kehidupan
Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada

hubungkait dengan kemajuan anak-anaknya.


Contohnya, murid yang berasal dari luar bandar, biasanya
pencapaian mereka di dalam peperiksaan adalah lebih
rendah berbanding murid yang tinggal di kawasan bandar.
Mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor
persekitaran yang mendorong mereka untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh.
Sikap ibu bapa dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di
luar bandar secara tidak langsung boleh mempengaruhi
suasana pembelajaran dikalangan murid-murid.

Back

Kebolehan fizikal

Keadaan bentuk dan kekuatan fizikal


mempengaruhi perbezaan individu di kalangan
murid.
Ini terbukti melalui kecerdasan dan kemahiran
murid dalam sebarang kegiatan dan permainan
tertentu yang bergantung kepada kematangan otototot organ yang penting.
Murid yang mempunyai koordinasi yang baik di
antara otot-otot dengan otot-otot yang terdapat di
bahagian kepala biasanya dapat membaca dengan
lancar dan menulis dengan cepat sekiranya
dibandingkan dengan yang menghadapi masalah
dalam penyelarasan otot-otot tersebut.
Back

Gaya bertindak

Murid biasanya mempunyai gaya pendirian,


berfikir dan pengkonsepsan yang tersendiri.
Murid yang lemah biasanya mempunyai sifat yang
gopoh dan terburu-buru semasa menyelesaikan
sesuatu masalah.
Murid yang mempunyai ketajaman pemikiran
biasanya bersifat sabar dalam dalam sebarang
kegiatan dan tindakan. Mereka selalu bersikap
berhati-hati, cermat memilih kata-kata dan
mengelak daripada melakukan kesilapan.
Guru boleh membaiki tabiat kegopohan seseorang
murid dengan menyuruh mereka berhati-hati dan
mengawal gaya tempoh yang sesuai bagi
membuat sesuatu penyelesaian.
Back

Anda mungkin juga menyukai