Anda di halaman 1dari 8

TEORI-TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

TEORI KOGNITIF
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang
disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan
jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Menurut Magaret W.Atin
1934, kognitif merujuk kepada kegiatan memperoleh, menyimpan, mencari dan menggunakan ilmu
pengetahuan. Chaplin, 2002 berpendapat kognitif merupakan aktiviti-aktiviti mental seperti menaakul,
menganalisa, membentuk konsep dan menyelesaikan masalah. Terdapat 4 orang tokoh teori kognitif.

Jean Piaget Lev Vygotsky Jerome Bruner Albert Bandura

Skema Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru

Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada

Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru

Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam


keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.

Teori Jean Piaget menyatakan minda boleh berubah, berkembang dan mengadaptasi
masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitarannya. Berikut adalah empat
konsep belajar.

Teori Lev Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan kognitif berbeza dalam


setiap masyarakat bergantung kepada alat mental iaitu bahasa, teknik penyelesaian masalah
dan strategi ingatan. Kanak-kanak dipengaruhi dengan belajar melalui ibu bapa dan orang
lain. Tiga aspek utama dalam teori ini ialah zon perkembangan proksimal, kemahiran
berbahasa dan scaffolding.

Zon Perkembangan  Kawasan di mana kanak - kanak dapat memahami atau


Proksimal melakukan sesuatu dengan bantuan tetapi tidak pada diri
sendiri, dan mereka hampir dapat melakukannya
 Jarak antara perkembangan sebenar dan tahap perkembangan
berpotensi.
Konsep Perancah  Bimbingan yang diberikan oleh seseorang dewasa (guru)
(scaffolding) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-
soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif.
Perkembangan  Bahasa yang berkembang dari interaksi sosial untuk tujuan
Bahasa komunikasi.
 Kanak-kanak menggunakan bahasa bukan hanya untuk
komunikasi tetapi juga untuk merancang dan mengawal
perilaku dengan cara mereka sendiri yang dinamakan
pembicaraan batin(inner speech)

Teori Jerome Bruner berpandangan bahawa belajar merupakan suatu proses aktif yang
memungkinkan manusia untuk menemukan hal-hal baru di luar informasi yang diberikan.
Terdapat 3 tahap dalam teori ini iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
Teori pembelajaran sosial
diperkembangkan oleh Albert Bandura
(1977), cuba menghuraikan mengapa
seseorang melakukan sesuatu tindakan.
Bandura mengatakan bahawa sesuatu
tindakan dipengaruhi oleh interaksi antara
ketiga-tiga faktor iaitu faktor peribadi,
persekitaran dan tingkah laku. Orang
belajar melalui pengalaman langsung atau
pengamatan (mencontohi model).
TEORI KONSTRUKTIF

Pembelajaran secara aktif mengkonstruksi atau membangun gagasan-gagasan atau


konsep-konsep baru didasarkan atas pengetahuan yang telah dimiliki di masa lalu atau ada
pada saat itu (Nurlina. et al. 2021). John Dewey mengatakan bahawa pendidik cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Howard Gardner (1983) memperkenalkan konsep kecerdasan pelbagai


emosi (Multiple Intelligence). Analisis pencapaian manusia
dikemukakan oleh Gardner menerusi lapan domain yang berbeza untuk
mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan dipengaruhi oleh
budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran. Setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan berbeza yang boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan
latihan.
TEORI SPLIT BRAIN
Secara amnya, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Hemisfera Otak
Kanan ( HOKA) dan Hemisfera Otak Kiri ( HOKI ).Teori Roger Sperry menghuraikan
kedua-dua bahagian otak mempunyai fungsi-fungsi berfikir yang tertentu. Hemisfera Otak
Kiri (HOKI) mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis,
urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Hemisfera Otak Kanan (HOKA)
pula mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka
bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
TEORI KECERDASAN STERNBERG 1986

Teori ini menekankan kebolehan kognitif. Menurut Sternberg, tingkah laku yang
cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu analitikal, kreatif dan praktikal.
Kebolehan analitikal membantu kita menilai, menganalisis dan membanding beza maklumat
yang diterima. Kemahiran pemikiran asas dan penyelesaian masalah sangat penting untuk
aspek ini. Kebolehan kreatif pula merujuk kepada keupayaan untuk merekacipta dan
membuat penerokaan. Istilah kratif dalam konteks ini bermaksud kecekapan menggunakan
minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea. Kebolehan praktikal membenarkan kita
untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

TEORI KECERDASAN EMOSI GOLEMEN 1996


Goleman (1996) menyatakan Kecerdasan Emosi/Emotional Quotient (EQ) adalah
kebolehan manusia memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat
keputusan yang berkesan di dalam kehidupan. Seseorang akan dapat mengawal rasa kecewa,
sedih, tekanan dan lain-lain perasaan yang negatif dengan baik melalui kecerdasan emosi.
Seterusnya, ia juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses). Mengikut
Goleman, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada
pada kecerdasan intelek (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ)
yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin
kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan
Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek
kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial. Goleman telah mengenalpasti empat
komponen utama dalam kecerdasan emosi, iaitu :

 Kesedaran Kendiri (Self-awareness)


 Pengurusan Kendiri (Self-management)
 Kesedaran Sosial (Social awareness)
 Pengurusan Hubungan (Relationship management)

Kesedaran kendiri bermaksud mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai


emosi, kekuatan, kelemahan, keperluan dan keinginan seseorang. Individu yang mempunyai
kesedaran kediri yang kuat tidak akan menjadi individu yang terlampau mengkritik mahupun
tidak realistik. Mereka akan menjadi individu yang jujur dengan diri sendiri ataupun orang
lain. Pengurusan kendiri ialah kemahiran mengurus emosi serta keupayaan menangani
kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi
iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Individu yang cerdas
emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat menggiatkan lagi kehidupan
dalam mencapai matlamat, berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak.
Kesedaran sosial ialah mengetahui pandangan orang lain terhadap dirinya. Kompetensi yang
berkaitan dengan kesedaran sosial adalah empati untuk memahami emosi orang lain,
keperluan dan kehendak mereka, kesedaran organisasi untuk memahami sesebuah organisasi
dan bagaimana ia mampu memberi kesan kepada orang lain di dalam organisasi tersebut dan
perkhidmatan untuk memahami dan memenuhi keperluan orang lain. Pengurusan hubungan
selalunya dikaitkan dengan kepimpinan. Seseorang akan mencari cara untuk menjadi
inspirasi dan memotivasikan orang lain dan mampu membina dan mengekalkan tahap
kepercayaan orang lain terhadap mereka.

Anda mungkin juga menyukai