Anda di halaman 1dari 66

KPD 60304

PENGAJARAN KEMAHIRAN
BERFIKIR

TAJUK TUGASAN : Tugasan 2 (PROJEK): Penulisan esei mengkerangka perancangan,


pelaksanaan dan pentaksiran pdpc kemahiran berfikir
Dr. Rosma Binti Osman
NAMA PENSYARAH :

KUMPULAN KULIAH : Pedagogi B


27 Mac 2022
TARIKH HANTAR :

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. TELEFON

THIUYA A/P GUNASEKARAN M20211001493 0133981263

YAASHNI A/P GUNASEKARAN M20211001502 0192620463

MOHANA A/P SELVARAJU M20211001741 012-3924033

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

SEMESTER 2 - SESI 2021/22

[1]
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Mengikut The Penguin Dictionary of Psychology (2001), berfikir merupakan


manipulasi kognitif atau mental secara berselindung dengan idea, imej , simbol, perkataan,
pernyataan , memori , konsep, persepsi, percayaan atau kehendak. Mengikut Dewey (1910),
pemikiran adalah aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Menurut Guilford (1967), pemikiran merupakan satu jenis kebolehan atau
keupayaan dan ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir. Teori Roger Sperry (1970),
menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang berfikir secara kritis dan otak kanan berfikir
secara kreatif. Mayor (1977), mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi – operasi
mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Davidoff (1979), melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan,


pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan
ditafsirkan dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap
rangsangan tersebut. Vincent Rejan Ruggiero (1984), memberi definisi pemikiran sebagai
aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh jawapan. John
Barell (1991), pula menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha
mencapai keputusan yang wajar. Beyer (1991), memberi erti pemikiran sebagai operasi
mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul
mengadaptasi dan mengasimilasinya dengan tujuan membentuk atau mencari sesuatu makna.

William W. Wilen (1994), pula mendefinisikan pemikiran sebagai proses dalaman


yang pantas , sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima
melalui deria. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan
manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga
supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Poh Swee Hiang (1999), menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk
warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi
pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk
individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan
mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Definisi kemahiran berfikir

[2]
menurut George, 1970 (Som Hj.Nor 1998) melihat pemikiran sebagai suatu proses
penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Ennis (1985), pula
berpendapat bahawa kemahiran berfikir sebagai pemikiran yang tajam dan munasabah serta
difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau dipercayai.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Memperoleh ilmu

Menurut ajaran Islam, akal manusia membolehkan kita membaca, memerhati dan memahami
fenomena – fenomena dan tanda – tanda di sekeliling kita serta membuat keputusan yang
wajar. Sumber ilmu adalah diperolehi daripada amalan hidup manusia dan dalam proses
amalan itu, ilmu terus berkembang. Seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja
memperoleh pengetahuan, kebenaran dan keyakinan tetapi kesanggupan menggunakan
ilmunya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dan memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan negara.

2. Mencapai kecemerlangan budaya ilmu

Budaya ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota
masyarakat dan diterima sebagai nilaitara utama dalam amalan hidup mereka.Budaya ilmu
dioperasikan dalam enam bidang iaitu budaya membaca,budaya berfikir, budaya belajar,
budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Ia dapat diperlihat melalui kewujudan satu
keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat malibatkan diri dalam aktiviti keilmuan.

3. Memupuk bakat mencipta

Berfikir secara kreatif menjana dan menghasilkan idea baru, mengemukakan hipotesis dan
mengesahkannya dengan uji kaji dan pemerhatian.Penguasaan kemahiran berfikir penting
untuk mencapai kejayaan dalam alam merekacipta. Selain itu, kemahiran berfikir
menghasilkan ciptaan yang unik, asli serta berguna.

4. Menyahut cabaran globalisasi

Globalisasi pendidikan menghasilkan sumber – sumber yang diperlukan untuk pendidikan


dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan
tahap kemahiran dan pengalaman individu. Dengan menukarkan bahasa pengantar kepada
bahasa inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains, pelajar akan pelajar
akan menggunakan kemahiran berfikir untuk menyahut cabaran tersebut.

[3]
TEORI-TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
TEORI KOGNITIF

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan


yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke
dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.
Menurut Magaret W.Atin 1934, kognitif merujuk kepada kegiatan memperoleh, menyimpan,
mencari dan menggunakan ilmu pengetahuan. Chaplin, 2002 berpendapat kognitif merupakan
aktiviti-aktiviti mental seperti menaakul, menganalisa, membentuk konsep dan
menyelesaikan masalah. Terdapat 4 orang tokoh teori kognitif.

Jean Piaget Lev Vygotsky Jerome Bruner Albert Bandura

Skema Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat


baru
Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada

Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru

Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam


keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.

Teori Jean Piaget menyatakan minda boleh berubah, berkembang dan mengadaptasi
masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitarannya. Berikut adalah empat
konsep belajar.

[4]
Teori Lev Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan kognitif berbeza dalam
setiap masyarakat bergantung kepada alat mental iaitu bahasa, teknik penyelesaian masalah
dan strategi ingatan. Kanak-kanak dipengaruhi dengan belajar melalui ibu bapa dan orang
lain. Tiga aspek utama dalam teori ini ialah zon perkembangan proksimal, kemahiran
berbahasa dan scaffolding.

Zon Perkembangan  Kawasan di mana kanak - kanak dapat memahami atau


Proksimal melakukan sesuatu dengan bantuan tetapi tidak pada diri
sendiri, dan mereka hampir dapat melakukannya
 Jarak antara perkembangan sebenar dan tahap perkembangan
berpotensi.
Konsep Perancah  Bimbingan yang diberikan oleh seseorang dewasa (guru)
(scaffolding) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-
soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif.
Perkembangan  Bahasa yang berkembang dari interaksi sosial untuk tujuan
Bahasa komunikasi.
 Kanak-kanak menggunakan bahasa bukan hanya untuk
komunikasi tetapi juga untuk merancang dan mengawal
perilaku dengan cara mereka sendiri yang dinamakan
pembicaraan batin(inner speech)

Teori Jerome Bruner berpandangan bahawa belajar merupakan suatu proses aktif yang
memungkinkan manusia untuk menemukan hal-hal baru di luar informasi yang diberikan.
Terdapat 3 tahap dalam teori ini iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

[5]
Teori pembelajaran sosial
diperkembangkan oleh Albert Bandura
(1977), cuba menghuraikan mengapa
seseorang melakukan sesuatu tindakan.
Bandura mengatakan bahawa sesuatu
tindakan dipengaruhi oleh interaksi antara
ketiga-tiga faktor iaitu faktor peribadi,
persekitaran dan tingkah laku. Orang
belajar melalui pengalaman langsung atau
pengamatan (mencontohi model).

[6]
TEORI KONSTRUKTIF

Pembelajaran secara aktif mengkonstruksi atau membangun gagasan-gagasan atau


konsep-konsep baru didasarkan atas pengetahuan yang telah dimiliki di masa lalu atau ada
pada saat itu (Nurlina. et al. 2021). John Dewey mengatakan bahawa pendidik cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Howard Gardner (1983) memperkenalkan konsep kecerdasan pelbagai


emosi (Multiple Intelligence). Analisis pencapaian manusia
dikemukakan oleh Gardner menerusi lapan domain yang berbeza untuk
mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan dipengaruhi oleh
budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran. Setiap individu

[7]
mempunyai tahap kecerdasan berbeza yang boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan
latihan.

TEORI SPLIT
BRAIN
Secara amnya, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Hemisfera Otak
Kanan ( HOKA) dan Hemisfera Otak Kiri ( HOKI ).Teori Roger Sperry menghuraikan
kedua-dua bahagian otak mempunyai fungsi-fungsi berfikir yang tertentu. Hemisfera Otak
Kiri (HOKI) mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis,
urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Hemisfera Otak Kanan (HOKA)
pula mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka
bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

[8]
TEORI KECERDASAN STERNBERG 1986

Teori ini menekankan kebolehan kognitif. Menurut Sternberg, tingkah laku yang
cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu analitikal, kreatif dan praktikal.
Kebolehan analitikal membantu kita menilai, menganalisis dan membanding beza maklumat
yang diterima. Kemahiran pemikiran asas dan penyelesaian masalah sangat penting untuk
aspek ini. Kebolehan kreatif pula merujuk kepada keupayaan untuk merekacipta dan
membuat penerokaan. Istilah kratif dalam konteks ini bermaksud kecekapan menggunakan
minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea. Kebolehan praktikal membenarkan kita
untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

TEORI KECERDASAN EMOSI GOLEMEN 1996

[9]
Goleman (1996) menyatakan Kecerdasan Emosi/Emotional Quotient (EQ) adalah
kebolehan manusia memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat
keputusan yang berkesan di dalam kehidupan. Seseorang akan dapat mengawal rasa kecewa,
sedih, tekanan dan lain-lain perasaan yang negatif dengan baik melalui kecerdasan emosi.
Seterusnya, ia juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses). Mengikut
Goleman, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada
pada kecerdasan intelek (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ)
yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi kecerdasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin
kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan
Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek
kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial. Goleman telah mengenalpasti empat
komponen utama dalam kecerdasan emosi, iaitu :

 Kesedaran Kendiri (Self-awareness)


 Pengurusan Kendiri (Self-management)
 Kesedaran Sosial (Social awareness)
 Pengurusan Hubungan (Relationship management)
Kesedaran kendiri bermaksud mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai
emosi, kekuatan, kelemahan, keperluan dan keinginan seseorang. Individu yang mempunyai
kesedaran kediri yang kuat tidak akan menjadi individu yang terlampau mengkritik mahupun
tidak realistik. Mereka akan menjadi individu yang jujur dengan diri sendiri ataupun orang
lain. Pengurusan kendiri ialah kemahiran mengurus emosi serta keupayaan menangani
kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi
iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Individu yang cerdas
emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat menggiatkan lagi kehidupan
dalam mencapai matlamat, berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak.
Kesedaran sosial ialah mengetahui pandangan orang lain terhadap dirinya. Kompetensi yang
berkaitan dengan kesedaran sosial adalah empati untuk memahami emosi orang lain,
keperluan dan kehendak mereka, kesedaran organisasi untuk memahami sesebuah organisasi
dan bagaimana ia mampu memberi kesan kepada orang lain di dalam organisasi tersebut dan
perkhidmatan untuk memahami dan memenuhi keperluan orang lain. Pengurusan hubungan
selalunya dikaitkan dengan kepimpinan. Seseorang akan mencari cara untuk menjadi
inspirasi dan memotivasikan orang lain dan mampu membina dan mengekalkan tahap
kepercayaan orang lain terhadap mereka.

[10]
JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Kritikal / Kritis

Pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat


membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses
kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah tetapi tidak atau kurang
mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut.

Secara umumnya, dapatlah kita fahami bahawa pemikiran kritis adalah usaha berfikir yang
dilakukan oleh diri sendiri.

Pemikiran kritis merangkumi beberapa elemen teras seperti:

1. Dimensi otak kiri digunakan untuk pemikiran kritis.

2. Berfikir dalam suatu urutan dengan menggunakan hukum logik seperti logik matematik,
logik sains dan sebagainya.

3. Maklumat disusun untuk membuat pertimbangan wajar seterusnya membuat keputusan


yang betul.

4. Berfikir dengan sikap berhati-hati serta mengambil kira segala kemungkinan dan risiko
yang akan berlaku.

[11]
Pemikiran Kreatif

Pemikiran kreatif dikenali sebagai kaedah atau strategi yang memungkinkan


penyelesaian masalah atau pengembangan idea dan konsep baru dan yang dicirikan dengan
menjalankan pendekatan yang asli, fleksibel dan tidak konvensional.Dalam pengertian ini,
pemikiran kreatif melibatkan melihat sesuatu secara berbeza, berfikir di luar konvensional
dan mempersoalkan cara kita secara tradisional menghadapi masalah atau persoalan dan dari
sana mencapai penyelesaian yang memuaskan dan baru.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan
Kurikulum 2014). Berikut merupakan 6 tahap pemikiran:

[12]
Manakala berikut merupakan senarai kata kerja bagi melaksanakan KBAT dalam aktiviti
Pdpc.

[13]
Dalam Taksonomi Bloom aras kemahiran berfikir yang melibatkan aplikasi, analisis,
penilaian dan mencipta dianggap aras tinggi.

Kemahiran Berfikir Aras Rendah

Penggunaan pemikiran secara terhad dimana pelajar akan diberikan dengan jawapan
menyebabkan pelajar malas untuk berfikir. Pemikiran aras rendah adalah asas kemahiran
yang diperlukan untuk beralih ke pemikiran aras tinggi. Dalam Taksonomi Bloom, aras
kemahiran berfikir yang melibatkan pengetahuan dan kefahaman dianggap aras rendah.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum


kepada spesifik. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau
generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teori yang diketahui. Kaedah
deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks.

[14]
Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan Gibson,
1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau
generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

[15]
Pemikiran Rasional

Pemikiran rasional boleh didefinisikan sebagai proses pemikiran yang berdasarkan


alasan dan logika. Seseorang yang berfikir secara rasional akan memberi perhatian kepada
fakta sebenar. Dia akan menganalisis kemungkinan hasil keadaan dan tanggapannya sebelum
bertindak. Malah dalam menghadapi situasi yang sukar, seseorang yang berfikir secara
rasional boleh melihat melampaui emosi yang dia rasakan pada saat tertentu dan bertindak
dengan bijak. Dia tidak akan menjadi hamba emosinya. Apabila terlibat dalam pemikiran
rasional, individu menggunakan semua maklumat yang tersedia kepadanya. Ini boleh menjadi
pengalaman masa lalu beliau, apa yang dia dengar, dan apa sahaja maklumat yang ada. Ini
membolehkan dia memilih pilihan terbaik yang ada.

Pemikiran rasional agak berbeza daripada pemikiran rasional. Ia boleh ditakrifkan


sebagai proses pemikiran di mana individu itu sama sekali mengabaikan sebab dan logik
yang memihak kepada emosi. Orang seperti itu akan diliputi oleh ketegangan emosi situasi
yang mereka akan membuat keputusan berdasarkan ini. Ia tidak akan membenarkan individu
memberi perhatian kepada fakta dan logik. Ada yang percaya bahawa pemikiran tidak
rasional melibatkan kecenderungan ketersediaan. Ini menunjukkan bahawa individu hanya
memberi tumpuan kepada situasi baru-baru ini dan yang serupa dan menggunakan
pengetahuan tersebut untuk mengendalikan keadaan. Dia tidak akan menganalisis hasil yang
mungkin setiap keputusan tetapi akan diperintah oleh emosi. Pemikiran tidak rasional boleh
mengubah kenyataan dan bekerja sebagai penghalang antara individu dan kejayaannya. Ia
akan menjadikan individu itu membuat keputusan yang tidak mempunyai asas logik dan
hanya memudaratkan.

Pemikiran Analogi

Tujuan kemahiran berfikir analogi ini adalah bahawa maksimum "pecutan"


pemikiran, ditambah pula dengan penurunan dalam pengaruh inersia psikologi. Ia adalah
mungkin untuk mencari satu penyelesaian yang asal kepada masalah ini. Kaedah yang sama
digunakan untuk mencari terminal tidak standard dalam pelbagai bidang aktiviti manusia.

[16]
Penggunaan sistematik berlaku dalam teori persamaan, yang sering digunakan dalam
simulasi. Penggunaan kemahiran analogi adalah salah satu kaedah yang universal yang
menggerakkan sumber perisikan untuk menghadapi cabaran alam semula jadi yang kreatif
dan mencari idea-idea baru. Kemahiran analogi mudah bermakna output di mana atas dasar
persamaan antara dua objek dalam satu ciri ialah persamaan mereka dan lain-lain. Ia
digunakan dalam pengelasan beberapa mata pelajaran.

Metakognisi

Menurut Britannica Encyclopedia (2010) metakognisi bermaksud kesedaran atau


pengamatan seseorang mengenai proses pembelajaran dan pemikirannya.Wilson et al. (1998)
dalam Rajagopal Ponnusamy (2003) mendefinisikan metakognisi sebagai suatu pengetahuan
dan kesedaran seseorang mengenai proses pemikiran dan strategi-strateginya, dan
berkebolehan untuk menilai dan mengawal proses pemikirannya. Ia merupakan suatu
pembelajaran yang mengajak seseorang itu memikirkan mengenai bagaimana dan mengapa
sesuatu itu berlaku. John David Smith, Wendy Ellen Shields & David Alan Washburn (2003)
pula menjelaskan bahawa metakognisi merupakan kognisi bagi sesuatu kognisi.Idea
utamanya ialah beberapa pemikiran akan mempunyai satu kognitif pelaksana yang mengawal
kesemua proses pemikiran yang berlaku dalam minda yang akan melihat bagaimana sesuatu
itu terjadi dan bagaimana untuk memudahkannya. Flavell (1976) dalam Gayle Fisher (2004)
menjelaskan metakognisi merujuk pada pengetahuan seseorang tentang proses kognitif
sendiri atau apapun yang berkaitan dengan mereka, contohnya, pembelajaran-sifat yang
relevan dari maklumat atau data. Tambah Gayle Fisher lagi, metakognitif mengandungi tiga
elemen asas iaitu pembinaan satu rancangan tindakan, memantau atau menyelenggara
rancangan dan menilai rancangan tersebut.

Membuat Inferens

Membuat kesimpulan awal yang munasabah yang mungkin benar atau tidak benar
untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Tingkahlaku minda dalam membuat
kesimpulan atau andaian daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi
memperoleh maklumat yang tersirat. Berlaku apabila anda tahu fakta-fakta atau kebenaran
yang ada dan anda berminat untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berdasarkan fakta-
fakta yang ada. Mencari pengertian yang tersirat berdasarkan kefahaman yang logikal.

[17]
Inferens yang baik seharusnya berasaskan fakta, alasan serta bukti yang kukuh dan jitu bagi
menyokong kesahan inferens. Semasa membuat inferens, anda perlu membuat pemerhatian,
penaakulan serta merujuk kepada sesuatu yang tersirat atau yang dinyatakan dengan jelas.
Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang
munasabah.
Membuat Generalisasi

Membuat generalisasi penting kerana meningkatkan kemungkinan pelajar


akan berjaya menyelesaikan tugas secara mandiri dan tidak perlu bergantung pada
bantuan guru tertentu atau bahan yang hanya terdapat dalam satu suasana
pengajaran. Kepentingan daripada generalisasi kemahiran sering diabaikan. Dalam
dunia yang ideal, untuk menguji hipotesis, anda akan mengambil sampel
keseluruhan populasi. Itu yang memungkinkan  penyelidik untuk mengambil apa
yang telah mereka pelajari secara kecil-kecilan dan mengaitkannya secara lebih luas
dengan gambaran yang lebih besar.

Penyelesaian Masalah

Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat
keputusan. Menurut Wrekelgram (1974) menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk
mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Selain itu, Van Dijk dan Kintsch
(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah
serta operasi mental. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada
seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita
akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani
keadaan yang tidak menyenangkan. Jadi, penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah
mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka
pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

[18]
DEFINISI PERANCANGAN PENGAJARAN

Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd
(1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat
mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan
tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan
pencapaian serta kepuasan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah
Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru
mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami
pelajar.

KEPENTINGAN PERANCANGAN PENGAJARAN

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada
pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan
jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik – topik yang penting dalam
peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti. 

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru
sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat
memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan
lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran
dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan – bahan


pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi
kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak
sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan
pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif

[19]
pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek
yang ingin diajar.

Perancangan perlu dilakukan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran menepati


kehendak, objektif dan matlamat pembelajaran. Perancangan mengikut konsep pengajaran
dan pembelajaran terbahagi kepada empat peringkat iaitu pra perancangan, perancangan aktif,
perancangan semasa dan pasca perancangan. Pra perancangan menerangkan tentang
gambaran mental guru terhadap keseluruhan pengajaran, potensi pengetahuan sedia ada
murid, isi kandungan pelajaran, strategi dan bahan yang diperlukan. Perancangan aktif
memerlukan guru menulis rancangan mengajar, menyediakan nota, memastikan alat bantu
mengajar berfungsi dengan baik dan menyediakan senarai semak. Perancangan semasa
meliputi aspek di mana guru perlu mendapatkan maklum balas tentang kefahaman pelajar,
mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa dan mengaitkan serta mengulangi
pelajaran sebelumnya. Peringkat terakhir adalah pasca perancangan iaitu guru perlu
mengenalpasti kelemahan pengajaran dan mengesan kekuatan pengajaran.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pendapat ini disokong oleh Thomas
F. Green (1971) yang menyatakan tujuan mengajar ialah menukar tingkahlaku dan kelakuan
pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

LANGKAH PENYEDIAAN PERANCANGAN PENGAJARAN

Perancangan pengajaran terbahagi kepada perancangan pengajaran semester,


perancangan pengajaran mingguan dan perancangan pengajaran harian. Bagi memastikan
segala objektif pengajaran tercapai, beberapa langkah penyediaan perancangan pengajaran
perlu diteliti. Langkah pertama setelah mengetahui subjek yang perlu diajar, guru perlu
menyenaraikan minggu persekolahan mahupun minggu pengajian selama setahun. Tindakan
selanjutnya yang perlu dilakukan oleh guru ialah guru perlu menandakan serta memastikan
hari cuti awam dan cuti persekolahan. Ini adalah bertujuan bagi memastikan pengajaran tidak
terganggu dengan kehadiran cuti awam dan cuti persekolahan serta guru dapat mencapai
objektif pengajaran tepat pada masa yang ditentukan.

[20]
Guru juga perlu menyemak jadual pengajaran dan membuat pengiraan waktu
mengajar bersih dalam tempoh setahun waktu persekolahan. Langkah terakhir perlu
dilakukan oleh guru dalam menyediakan perancangan pengajaran adalah merancang aktiviti
yang ingin dijalankan dan mengenalpasti waktu yang sesuai untuk menjalankan aktiviti
tersebut.

PERSEDIAAN MENGAJAR

Persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja bagi sebarang tugas amat
dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil yang diperolehi adalah
berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Ia juga dapat
melicinkan perjalanan proses yang terlibat. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan
berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan
lain-lain. Ianya boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sebagai
langkah bagi memastikan perjalanan proses pengajaran yang lancar, guru harus bersedia dan
mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar. Persediaan mengajar mempunyai
tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian, dan penutup (Mok, S. S.,
2002).

KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR

Persediaan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-
langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada
butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar. Pengetahuan
sedia ada pelajar perlu juga dipertimbangkan sebelum memulakan sesi pengajaran. Selain itu,
penerapan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni kepada para pelajar bagi seperti kerjasama,
kerajinan, keberanian dan amanah penting kerana masing-masing dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dan memberikan pengalaman baru kepada pelajar serta dapat membentuk akhlak
terpuji yang dapat diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Set induksi merupakan pra permulaan proses pengajaran. Ia juga harus dirancang
sebelum memulakan sesi pengajaran. Teknik mengajar yang disediakan adalah mengikut

[21]
kaedah pengajaran yang dipilih, contohnya jika guru ingin memilih kaedah bercerita bagi
subjek Matematik penyelesaian masalah. Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk
mendengar dan memahami situasi sebenar peristiwa yang berlaku sekiranya teknik (gaya)
penceritaan guru tersebut bersesuaian dan kena pada tempatnya. Langkah pengajaran
seterusnya adalah langkah perkembangan dan diakhiri dengan sesi penutup atau kesimpulan.
Namun tindakan susulan perlu dilakukan oleh guru dan guru harus bersedia dan merancang
tindakan yang akan dilakukan sebelum menamatkan sesi pengajaran seperti pemberian kerja
rumah, penerangan tentang serba sedikit tentang topik yang akan diajar pada sesi seterusnya
serta meminta pelajar membaca petikan teks yang diberikan dan lain-lain.

KOMPONEN PENYAMPAIAN PENGAJARAN

Guru perlu merancang elemen penyampaian pengajaran agar ianya bersesuaian


dengan tahap kebolehan pelajar dengan mengambil kira penggunaan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi serta pemilihan sumber dan ralat.
Perkara lain yang harus dipertimbangkan juga dalam usaha untuk menyampaikan pengajaran
adalah kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran, kualiti guru itu sendiri di mana gabungan
ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman guru harus diambilkira serta mempunyai
sistem penghantaran maklumat untuk penyampaian yang efektif seperti penggunaan
teknologi. Dalam komponen ini, guru harus mengaitkan objektif pengajaran dan
pembelajaran dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar.

KOMPONEN PENUTUP

Langkah terakhir dalam komponen persediaan mengajar adalah penutup. Ia


merangkumi pemilihan jenis penutup yang bersesuaian, aktiviti susulan, penilaian objektif
pelajaran, aktiviti membuat rumusan, serta perubahan mengikut kesesuaian dari segi
pendekatan, kaedah, strategi, bahan dan alat bantu mengajar dan lain-lain dalam sesi
pengajaran yang seterusnya.

Aktiviti susulan merupakan pemberian kerja rumah, latihan dan lain-lain sebelum sesi
pembelajaran ditamatkan. Manakala, dalam persediaan penilaian, pelbagai cara seperti
kaedah pemerhatian, soal jawab, perbincangan, kerja bertulis dan kerja rumah dapat
digunakan. Oleh itu, guru harus merancang kaedah yang akan digunakan bagi menilai tahap

[22]
kebolehan dan keupayaan pelajar dalam penguasaan subjek serta keberkesanan kaedah dan
aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran selepas satu unit pembelajaran atau
pada akhir sesuatu bab dalam buku teks. Manakala, penilaian sumatif merupakan peniliaian
yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Penilaian sesuatu topik pengajaran juga boleh
dibuat di langkah penutup iaitu bahagian terakhir dalam sesuatu proses pengajaran
pembelajaran. Penentuan jenis penilaian yang sesuai dengan tujuan dan langkah pengajaran
adalah berdasarkan Taksonomi Bloom, Krathowl dan Simpson. Tujuan penilaian adalah
untuk mengesan penguasaan, kemajuan dan tahap pencapaian pelajar-pelajar.

Aktiviti membuat rumusan pula boleh dibuat oleh pelajar dan seterusnya guru memberi
pandangan bagi menyimpulkan keseluruhan proses pengajaran yang telah dilaksanakannya
pada hari tersebut dengan meyampaikan penerangan secara ringkas.

KEPENTINGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Terdapat beberapa kepentingan persediaan mengajar dalam perancangan pengajaran.


Di antaranya ialah, ia membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai
dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga dapat menentukan
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran
serta dapat membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Guru juga
dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Di
samping itu, persediaan mengajar dapat memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam
pengajaran. Pendapat ini disokong oleh Atan, L. (1993) yang menyatakan dengan adanya
persediaan mengajar, guru akan memikirkan dengan terang matlamat atau objektif, pemilihan
isi penting, pemilihan dan susun cara mengajar, perancangan aktiviti dan persediaan
penilaian.

Selain itu, persediaan mengajar penting dalam memberi keyakinan kepada guru-guru,
terutamanya guru-guru baru serta memastikan pengajaran lebih sistematik dan berkesan dari
segi pengawalan kelas, penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang. Pandangan di
atas disokong oleh Mok, S. S. (2002), di mana beliau telah memberikan beberapa
kepentingan persiapan persediaan mengajar termasuklah membolehkan guru mengajar
dengan lebih berkeyakinan.

[23]
Apabila tugas seseorang guru diambil alih oleh guru lain atas sebab pertukaran, cuti
rehat, cuti bersalin dan lain-lain, ianya akan memudahkan guru baru merancang
pengajarannya berdasarkan catatan atau rekod yang telah dibuat oleh guru sebelumnya.
Sekiranya persediaan mengajar disediakan sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran, hasil atau impak pengajaran tersebut dapat diperolehi di akhir sesi pengajaran
di mana guru dapat menilai keberkesanan pengajarannya sama ada ia perlu diteruskan atau
perlu dilakukan penambahbaikan dari segi pendekatan, kaedah, teknik dan sumber serta
bahan yang telah digunakan.

FASA PERANCANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KUMPULAN)

Mata pelajaran : Sains

Tahun : 3

Tajuk : Pentingnya Makanan Saya

Masa Set Induksi  Peranan guru dan


strategi pembelajaran
5 Minit 1. Guru menjelaskan hasil pembelajaran kepada
aktif
murid.
 
General Approaches :
2. Guru menayangkan video (iklan) mengenai
 
Infusion Approach
kepentingan susu.
 
 
https://youtu.be/kUENm2IAsTo
 
Model  :
3. Pelajar diminta meneliti video (iklan) kepentingan
 
Cognitive Coaching
susu tersebut.
 
 
4. Guru bersoal jawab dan pelajar memberi respon.
 
Teknik  :
Guru akan bertanya soalan seperti berikut:
 
Questioning
a) Nyatakan bilangan kelas makanan dan
 
senaraikan kelas makanan yang anda tahu?  
 
b) Mengapakah 7 kelas makanan penting Strategi  :
  kepada kita?
Problem solving
c) Apakah berlaku jika anda tidak makan

[24]
makanan berkhasiat? Tools :
5. Guru mengaitkan video dengan isu pembelajaran Video
pada hari ini.
 
Standard pembelajaran : 3.2.1 Memberi contoh makanan bagi setiap kelas makanan.

3.2.2 Mengitlak kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada

tubuh manusia.

Pada fasa set induksi pendekatan umum yang akan digunakan ialah

Infusion Approach / Pendekatan Infusi

Definisi Infusion Approach / Pendekatan Infusi :

Aktiviti berpandukan kemahiran berfikir, proses serta kandungan pengajaran dilaksanakan


dalam bilik darjah. Pelajaran infusi mempunyai pelbagai amalan pengajaran mencirikan cara
berfikir secara eksplisit.

Justifikasi Pemilihan Infusion Approach :

Penggunaan pendekatan kemahiran berfikir menjadikan proses pengajraan dan pembelajaran


lebih berkesan dan efektif.

Cara Pengaplikasian Infusion Approach dalam Set Induksi :

Murid akan berfikir untuk menjawab soalan guru selepas menonton video. Murid diberi
peluang untuk berfikir jawapan mereka betul ataupun salah.

Model yang akan digunakan :

Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif

Definisi Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif :

[25]
Bimbingan kognitif ialah berdasarkan idea metakognisi atau proses pemikiran seseorang
mendorong dia mengambil keputusan sendiri . Dengan memberikan pandangan sendiri,
proses pemikiran dapat ditingkatkan dan dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah.

Justifikasi Pemilihan Cognitive Coaching/ Bimbingan Kognitif :

Melalui bimbingan kognitif murid akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan
menggunakan kemahiran berfikir.

Cara Pengaplikasian Model Cognitive Coaching / Bimbingan kognitif dalam Set


Induksi:

Apabila guru menanya soalan murid akan cuba berfikir untuk memberi jawapan yang betul.

Teknik yang akan digunakan :

Penyoalan

Definisi Teknik Penyoalan :

Teknik soal jawab dianggap teknik terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Justifikasi Pemilihan Teknik Penyoalan :

Penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat membantu
untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,
inovatif, logik dan juga kritis dan mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan
yang diajar.

Cara Pengaplikasian Teknik Penyoalan dalam Set Induksi :

Guru akan bertanya soalan berkaitan video. Murid akan menjawab soalan guru. Guru akan
mengalakkan murid bertanya soalan.

Strategi yang akan digunakan :

[26]
Penyelesaian Masalah

Definisi Strategi Penyelesaian Masalah:

Strategi penyelesaian masalah termasuk dalam kompenan berfikir secara kritis dan kreatif.
Menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan
langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk
mencapai objektif yang dihasratkan.

Justifikasi Pemilihan Penyelesaian Masalah:

Pelajar akan dapat mengenal pasti masalah dan menggunakan langkah-langkah penyelesaian
masalah untuk mendapatkan penyelesaian bagi mengukuhkan kecekapan membuat keputusan
mereka .

Cara Pengaplikasian Strategi Penyelesaian Masalah dalam Set Induksi :

Guru bertanya soalan pada murid dan murid akan berfikir dan memberi penyelesaian pada
soalan yang dikemukakan oleh guru.

Bahan yang akan digunakan :

Video

Definisi Video :

Video adalah sebuah media yang menyajikan audio visual yang mengandungi pembelajaran
konsep, prinsip, prosedur, teori dan contoh terhadap suatu pengetahuan dengan harapan
penonton dari video dapat memahami isi pembelajaran tersebut.

Justifikasi Pemilihan Video pembelajaran:

Video membantu untuk melibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan menggalakkan
pemikiran mereka. Video dapat membantu merangsang pemikiran murid.

Cara Pengaplikasian Video pembelajaran dalam Set Induksi :

Guru akan menayangkan video berkaitan topik. Guru akan bertanya soalan berkenaan video
untuk mengaitkan topik dan pengajaran pada hari tersebut.

Langkah 1

[27]
Masa Langkah 1 Peranan guru dan
strategi pembelajaran
10 Minit 1. Guru memaparkan video kepada murid dan
aktif
meminta murid untuk menonton video dengan
 
teliti.
 
https://www.youtube.com/watch?v=1wDIio-b3SA General Approaches :
 
2. Guru memberi tugasan 3 minit. Teaching for thinking
 
3. Guru meminta murid untuk berkongsi apa Model  :
  yang mereka lihat mengenai video pada rakan
Cognitive Coaching  
sebelah.
 
Teknik :
4. Guru tanya soalan kepada murid dan meminta
  murid menjawabnya. Critical Thinking
  a) Apakah makanan yang kamu lihat dalam Strategi  :
  video ?
Think-Pair-Share
  b) Selain daripada contoh makanan, apa lagi
yang mereka terangkan dalam video ? Tools :
 
c) Kenapa cikgu tunjukkan makanan / video Video
itu ?
d) Apakah kebaikan , jika kamu tahu semua
kelas makanan, contoh makanan dan
kepentingan makanan ? 

Pendekatan umum yang akan digunakan :

Teaching for Thinking / Pengajaran Untuk Berfikir

Definisi Teaching for Thinking / Pengajaran untuk Berfikir :

Kemahiran mengajar untuk berfikir bertumpu kepada pemikiran secara eksplisit dan
reflektif untuk membuat pertimbangan dengan beralasan. Murid mesti menunjukkan
pemikiran dalam pelbagai aras dalam kandungan subjek dan penyelesaian masalah.

Justifikasi Pemilihan Teaching for Thinking/ Pengajaran untuk Berfikir :

Kaedah ini dipilih kerana kaedah ini menggalakkan pemahaman mendalam pelajar tentang
kandungan dan juga merangsang pemikiran pelajar. Pelajar boleh memahami kandungan
dengan teliti melalui kaedah ini.

[28]
Cara Pengaplikasian Teaching for Thinking/ Pengajaran untuk Berfikir dalam
Langkah1:

Guru meminta murid untuk berkongsi apa yang mereka lihat dalam video pada rakan
sebelah. Langkah ini membolehkan murid berfikir mengenai apa yang mereka lihat dan
berkongsi pada rakan. Ini membolehkan murid berfikir secara lebih mendalam.

Model yang akan digunakan :

Cognitive Coaching / Bimbingan kognitif

Definisi Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif :

Bimbingan kognitif ialah berdasarkan idea metakognisi atau proses pemikiran seseorang
mendorong dia mengambil keputusan sendiri . Dengan memberikan pandangan sendiri,
proses pemikiran dapat ditingkatkan dan dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah.

Justifikasi Pemilihan Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif:

Bimbingan kognitif membantu murid berfikir secara kritis dan lebih mendalam mengenai
sesuatu masalah dan memberi jawapan aras tinggi.

Cara Pengaplikasian Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif dalam Langkah


1:

Guru meminta murid berfikir mengenai perkara yang mereka lihat dalam video dan
berkongsinya dan juga guru bertanya soalan aras KBAT dan meminta murid menjawabnya.
Aktiviti ini menunjukkan bimbingan kognitif dijalankan dalam Langkah 1.

Teknik yang akan digunakan : Pemikiran kritikal

Definisi Teknik Pemikiran Kritikal :

Pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu
manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan.

Justifikasi Pemilihan Teknik Pemikiran Kritikal :

Teknik pemikiran kritikal dipilih kerana ia membolehkan murid berfikir secara kritikal / lebih
mendalam untuk menyelesaikan / menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Cara Pengaplikasian Teknik Pemikiran Kritikal dalam Langkah 1 :

[29]
Guru bertanya beberapa soalan KBAT yang membolehkan murid berfikir secara kritikal
untuk menjawab soalan tersebut.

Contoh :

1. Kenapa cikgu tunjukkan makanan / video itu ?

2. Apakah kebaikan pada kamu , jika kamu tahu semua kelas makanan , contoh makanan

dan kepentingan makanan ?

Strategi yang akan digunakan : Think- Pair -Share

Definisi Strategi Think-Pair-Share :

Think-Pair-Share atau berfikir secara berpasangan merupakan salah satu pembelajaran


kooperatif yang pertama kali dikembangkan oleh Frank Lyman di Universiti Maryland.
Think-Pair-Share memiliki prosedur yang ditetapkan secara eksplisit untuk memberi murid
waktu yang lebih untuk berfikir, menjawab, dan saling membantu antara satu sama lain.

Justifikasi Pemilihan Strategi Think-Pair-Share :

Strategi ini dipilih kerana guru perlu murid berfikir secara lebih mendalam mengenai apa
yang dijelaskan dalam video dan berkongsi pada rakan.

Cara Pengaplikasian Strategi Think-Pair-Share dalam Langkah 1 :

Guru meminta murid untuk berkongsi apa yang mereka lihat dalam video pada rakan sebelah.
Melalui langkah ini murid dapat berfikir mengenai apa yang mereka lihat dalam video dan
berkongsi pada rakan secara berpasangan.

Alat yang akan digunakan : Video Pembelajaran

Definisi Video pembelajaran:

Video pembelajaran adalah sebuah media yang menyajikan audio visual yang mengandungi
pembelajaran konsep, prinsip, prosedur, teori dan contoh terhadap suatu pengetahuan dengan
harapan penonton dari video dapat memahami isi pembelajaran tersebut.

Justifikasi Pemilihan Video Pembelajaran :

Video mampu mempersembahkan sesuatu imej dalam keadaan yang realistik atau
menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan

[30]
seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan dan juga dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan media ini
boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar.

Cara Pengaplikasian Tool dalam Langkah 1 :

Guru memaparkan video pada murid dan meminta murid untuk menonton video dengan teliti

https://www.youtube.com/watch?v=1wDIio-b3SA.

Guru menggunakan video pembelajaran untuk menerangkan contoh makanan, kelas makanan
dan kepentingan makanan.

Langkah 2

[31]
Masa Langkah 2 Peranan guru dan strategi
pembelajaran aktif
20 Minit 1.  Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.
  2. Setiap kumpulan akan menerima sekeping sampul surat
General Approaches :
  berwarna-warni yang mempunyai kad jigsaw puzzle
Direct Instruction
  contoh makanan daripada mana-mana kelas makanan.
Model  :
  3. Murid-murid dalam kumpulan akan menyelesaikan
Cooperative Learning
  jigsaw puzzle dan meneka kelas makanan bagi contoh
Teknik  :
  makanan tersebut.
Jigsaw Puzzle
  4. Guru akan bersoal jawab dengan beberapa kumpulan
 
  tentang nama makanan, kelas makanan yang diteka
Strategi  :
  dan kepentingan kelas makanan tersebut secara verbal.
Graphic Organizer
  5. Setiap kumpulan akan menerima sehelai peta tulang
  ikan. Mereka perlu melengkapkan peta tulang dengan
Tools :
kelas makanan dan kepentingannya.
Fish bone map
6. Setelah siap, mereka akan menukar peta tersebut
dengan kumpulan yang diberitahu oleh guru untuk
disemak.

General Approach yang akan digunakan : Direct Instruction

Definisi Direct Instruction / Arahan terus:

Dalam tempoh yang ditentukan, murid akan belajar cara untuk menggunakan strategi
pemikiran secara eksplisit dibimbing oleh guru. Pengajaran tersebut dapat membantu untuk
menguasai kemahiran berfikir aras tinggi .

Justifikasi Pemilihan Direct Instruction:

Guru akan menerangkan peraturan-peraturan supaya mudah untuk murid menjalankan


aktiviti. Selepas itu, murid-murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti tanpa bergantung kepada
guru dan guru akan berperanan sebagai fasilitator.

Cara Pengaplikasian Direct Instruction dalam Langkah 2 :

[32]
1. Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.

2. Guru akan bersoal jawab dengan beberapa kumpulan tentang nama makanan, kelas
makanan yang diteka dan kepentingan kelas makanan tersebut secara verbal.

Model yang akan digunakan : Model Koperatif

Definisi Model Koperatif :

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran
dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil.
Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea,
saling membantu untuk menyelesaikan masalah dan memastikan semua ahli kumpulan
menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru.

Justifikasi Pemilihan Model Koperatif :

Model ini akan membantu murid-murid meningkatkan kemahiran sosial dan berkomunikasi,
memahami akauntabliti masing-masing dalam kumpulan serta memupuk sikap bekerjasama
antara satu sama lain.

Cara Pengaplikasian Model Koperatif dalam Langkah 2 :

1. Murid-murid dalam kumpulan akan menyelesaikan jigsaw puzzle dan meneka kelas

makanan bagi contoh makanan tersebut.

2. Murid-murid akan melengkapkan peta tulang ikan dalam kumpulan.

Teknik yang akan digunakan : Teknik Jigsaw Puzzle

Definisi Teknik Jigsaw Puzzle:

Susun suai gambar (Bahasa Inggeris: jigsaw puzzle) ialah sejenis teka-teki fizikal yang
memerlukan penyusunan kepingan-kepingan gambar. Setiap kepingan lazimnya memiliki
sebahagian kecil gambar padanya; dan apabila susun suai itu siap, akan menunjukkan
keseluruhan gambar.

Justifikasi Pemilihan Teknik Jigsaw Puzzle :

[33]
Penggunaan teknik jigsaw puzzle akan meningkatkan pembelajaran aktif murid dan mereka
akan bersemangat untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk jigsaw puzzle. Teknik ini juga
akan menarik perhatian murid darpada pengajaran konvensional.

Cara Pengaplikasian Teknik Jigsaw Puzzle dalam Langkah 2 :

1. Setiap kumpulan akan menerima sekeping sampul surat berwarna-warni yang mempunyai
kad jigsaw puzzle contoh makanan daripada mana-mana kelas makanan.

2. Murid-murid dalam kumpulan akan menyelesaikan jigsaw puzzle dan meneka kelas
makanan bagi contoh makanan tersebut.

Strategi yang akan digunakan : Graphic Organizers / Pengurusan grafik

Definisi Strategi Graphic Organizers/ pengurusan grafik :

Rockley (1994), menyatakan bahawa grafik menunjukkan maklumat terperinci. Ia bergambar


dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Dapatlah difahami bahawa pengurusan
grafik membincangkan kaedah-kaedah atau perihal mengurus sesuatu kerja yang melibatkan
teknik mengolah, memaparkan, mencipta, mencetak dan menghasilkan imej atau lukisan.

Justifikasi Pemilihan Strategi Graphic Organizers / pengurusan Grafik:

Pengurusan grafik penting untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas,
menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif dan dapat digunakan sebagai alternatif
mencetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan.

Cara Pengaplikasian Strategi Graphic Organizers/ Pengurusan Grafik dalam


Langkah 2 :

Setiap kumpulan akan menerima sehelai peta tulang ikan. Mereka perlu melengkapkan peta
tulang dengan kelas makanan dan kepentingannya.

Alat yang akan digunakan : Diagram tulang ikan

Definisi Tool Fishbone Map/ Diagram Tulang ikan :

Diagram Tulang Ikan (Fish Bone Diagram) adalah satu kaedah brainstorm atau penyelesaian
masalah yang diperkenalkan oleh Dr. Kaoru Ishikawa di University of Tokyo pada tahun
1943. ia juga turut dipanggil "Ishikawa Diagram".

Justifikasi Pemilihan Fishbone Map / Diagram Tulang ikan :

[34]
Tulang ikan membantu untuk memberi tumpuan kepada isi-isi penting dan dapat
meningkatkan daya ingatan murid. Dengan meletakkan kelas makanan dan kepentingan pada
gambarajah visual, kita boleh melihat hubungan antara kedua-dua aspek.

Cara Pengaplikasian Fishbone Map / Diagram Tulang ikan dalam Langkah 2 :

Setiap kumpulan akan menerima sehelai peta tulang ikan. Mereka perlu melengkapkan peta
tulang dengan kelas makanan dan kepentingannya. Setelah siap, mereka akan menukar peta
tersebut dengan kumpulan yang diberitahu oleh guru untuk disemak.

Penutup

Masa Penutup Sosial dan Kognitif  Peranan guru dan strategi


pembelajaran aktif
5 Minit 1.  Guru akan pilih seorang murid untuk bermain ‘Hot seat’.
  2. Murid lain akan bertanya soalan tentang topik hari ini
General Approaches :
  kepada murid terpilih.
Teaching for Thinking
  Contoh : Apakah contoh makanan yang baik untuk
rambut dan kuku ? Mengapa ? Model  :
 
3. Guru menayangkan video mengenai pilih makanan Cognitive Coaching
 
berkhasiat. Teknik  :
 
4. Semua murid menyanyi sambil membuat pergerakan Questioning
 
yang senang mengikut video.
Hot Seat
  https://youtu.be/8bVapfs8QiQ
 
  5. Guru meminta murid menyiapkan aktiviti seperti berikut
Strategi  :
  (Aktiviti disediakan mengikut kumpulan)
Elaborate answers
  Aras rendah : Live worksheet
Aras sederhana : Quizzes
Tools :
Aras tinggi : Buku aktiviti muka surat 27-29
Song Video
6. Murid boleh merujuk buku teks muka surat 42-43
sebagai rujukan untuk menjawab.
7. Guru akan berbincang dengan murid pada kelas akan
datang.

Pendekatan umum yang akan digunakan :


[35]
Teaching for Thinking / pengajaran untuk Berfikir

Definisi Teaching for Thinking / Pengajaran untuk Berfikir :

Kemahiran mengajar untuk berfikir bertumpu kepada pemikiran secara eksplisit dan
reflektif untuk membuat pertimbangan dengan beralasan. Murid mesti menunjukkan
pemikiran dalam pelbagai aras dalam kandungan subjek dan penyelesaian masalah.

Justifikasi Pemilihan Teaching for Thinking/ Pengajaran untuk Berfikir :

Kaedah ini dipilh kerana kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir mencari jawapan
bagi soalan.

Cara Pengaplikasian Teaching for Thinking/ Pengajaran untuk Berfikir dalam


penutup:

Murid cuba untuk menjawab soalan setelah berfikir. Guru memberikan masa untuk berkir dan
menjawab soalan guru.

Model yang akan digunakan :

Cognitive Coaching / Bimbingan kognitif

Definisi Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif :

Bimbingan kognitif ialah berdasarkan idea metakognisi atau proses pemikiran seseorang
mendorong dia mengambil keputusan sendiri .Dengan memberikan pandangan sendiri, proses
pemikiran dapat ditingkatkan dan dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah.

Justifikasi Pemilihan Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif:

Bimbingan kognitif membantu murid berfikir secara kritis dan lebih mendalam mengenai
sesuatu masalah dan memberi jawapan aras tinggi.

Cara Pengaplikasian Model Cognitive Coaching / Bimbingan Kognitif dalam penutup:

Murid akan berfikir dan menjawab soalan guru dengan berani.

Teknik yang akan digunakan :

[36]
Hot seat

Definisi Teknik Hot seat :

Hot Seat adalah strategi pembelajaran yang mana seorang murid menjadi ketua untuk
menjawab soalan murid lain. Murid yang dipilih akan ditemu ramah atau ditanyakan soalan
dari murid-murid yang lain. Aktiviti ini mengajak murid untuk berfikir tentang sesuatu topik
dan mengkaitkan pengalaman mereka ke atas sesuatu topik atau idea.

Justifikasi Pemilihan Hot Seat:

Aktiviti hot seat ini dapat membantu untuk menjana idea murid dan menggalakkan kemahiran
berfikir murid.

Cara Pengaplikasian Hot Seat dalam Penutup :

Semua murid akan tanya soalan kemahiran berfikir aras tinggi pada murid yang dipilih.
Murid yang dipilih akan menjawab soalan murid-murid lain.

Strategi yang akan digunakan :

Huraian Jawapan

Definisi Strategi :

Huraikan jawapan bagi sesuatu soalan yang dikemukakan menggunakan kemahiran berfikir
aras tinggi.

Justifikasi Pemilihan Strategi:

Bagi menggalakan murid memberi penjelasan dan menghuraikan jawapan dengan bertanya
soalan yang betul dan mengalakkan pemikiran dengan lebih mendalam. Murid dapat belajar
secara mendalam mengenai sesuatu topik melalui penjelasan. Pengajaran akan menjadi lebih
bermakna.

Cara Pengaplikasian Strategi dalam Penutup :

Murid akan menjelaskan dan menghuraikan jawapan dengan berani di kelas.

Alat yang akan digunakan : Video Pembelajaran

[37]
Definisi Video pembelajaran:

Video pembelajaran adalah sebuah media yang menyajikan audio visual yang mengandungi
pembelajaran konsep, prinsip, prosedur, teori dan contoh terhadap suatu pengetahuan dengan
harapan penonton dari video dapat memahami isi pembelajaran tersebut.

Justifikasi Pemilihan Video Pembelajaran :

Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar.

Cara Pengaplikasian Video Pembelajaran dalam Penutup:

Guru akan menunjukkan video dan meminta murid merumuskan pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut.

Kesimpulan

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, kita sebagai manusia harus bersedia dari
aspek fizikal dan mental. Bahkan sebelum mendapat pekerjaan lagi, kita perlu
mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengalaman sebelum menghadiri temu duga yang akan
dijalankan oleh pihak tertentu. Persediaan penting bagi menghadapi sebarang keadaan di
mana kita tidak tahu sebarang kemungkinan dan situasi yang bakal terjadi. Bagi seorang
guru, persediaan mengajar amat penting di mana ia dapat menentukan tahap profesionalisme
guru tersebut bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan mengelakkan keadaan yang
tidak diingini daripada berlaku terutamanya terhadap pelajar.

PELAKSANAAN (DEFINISI)

[38]
Pengertian pelaksanaan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016 perihal,
perbuatan atau proses melaksanakan iaitu menjalankan atau mengusahakan rancangan.
Rancangan dan tugas yang telah dilaksanakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran
yang bermula dari set induksi sehingga langkah penutup (Seman Salleh, 2005). Pelaksanaan
adalah tindakan untuk melaksanakan rancangan yang telah dibuat. Oleh itu, pelaksanaan
hanya dapat dilakukan sekiranya ada rancangan. Ia memberikan tugas dan penjelasan rutin
mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Dari segi pelaksanaan aktiviti akan dijalanakan
dengan lancar dan ikut urutan seperti dirancang.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu rekod khas yang disediakan
lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan
Pengajaran Harian merupakan istilah dalam Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999) merujuk
kepada dokumen yang mengandungi isi kandungan, objektif pembelajaran, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan juga maklumat penilaian formatif bagi mengukur
keberhasilan objektif pembelajaran harian yang dinyatakan. RPH perlulah selaras dengan
standard pembelajaran yang dipilih yang boleh dirujuk daripada dokumen yang dihasilkan
oleh KPM iaitu DSKP, sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan (RPT). RPH ini
dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik serta mampu untuk
mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan
ini sangat berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga
penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih
dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P
seseorang guru perlulah :

Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam


Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajarannya
Menentukan strategi P&P
Menyediakan bahan bantu pengajaran
Menyediakan penilaian

[39]
Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah

Menentukan objektif pengajaran tercapai.


Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang
diperuntukkan.
Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun
dan bersistem.

[40]
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

[41]
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN

Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Menjadi guru
bukan setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang dihormati sejak
zaman berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan anak yang dididik,
menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang dijelmakan
(KPM,1990:157).

Pada asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak
murid. Di samping tugas tersebut guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus
(pengelola), pemudah cara (fasilitator), pembimbing (KPM, 1990:163), pentadbir, inovator
dan penilai. Di dalam bilik darjah, guru boleh mentafsir peranan yang berbeza. Setiap satunya
mewakili fungsi guru, yang mengambil kira keperluan, umur pelajar dan keperluan kerusi
yang diajar.

i. Pemimpin (Leader)
Menilai tingkah laku pelajar dan kemahiran terhadap apa yang telah dipelajari.
Menggalakkan dan mengarahkan pelajar menilai sendiri apa yang telah dipelajari.
Menentukan samada pelajar telah memenuhi kriteria kejayaan atau sebaliknya.
Sebagai contoh, dalam topik manusia, pada penutup pelajar A sangat cemerlang
dalam menjawab soalan berkenaan dengan kelas makanan dan kepentingan makanan
yang seimbang. Kemudian, guru sebagai pemimpin mengaplikasikan Model
Instruksional 5E dan Taksonomi Bloom telah membuat fasa penilaian sama ada
pelajar ini boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari secara teori ke dalam mini
projek 7 kelas makanan.

ii. Fasilitator (Facilitator)


Menjadi pemudahcara dalam membantu murid mencapai tahap seterusnya dalam
Taksonomi Bloom (sintesis) seperti menggalakkan pelajar untuk menyenaraikan
makanan mengikut kelas makanan seperti aktiviti di Langkah 2. Pelajar menyatakan
makanan mengikut kelas daripada pembelajaran yang dianalisis pada peringkat
sebelumnya.

[42]
iii. Moderator
Guru bertindak memastikan sesuatu ilmu yang dipelajari itu disepakati bersama. Guru
sebagai orang tengah yang mendamaikan bagi mengelak berlakunya salah faham dan
lain-lain yang bercanggah dengan isi pelajaran murid. Guru perlu mencerakinkan
konsep yang telah atau sedang dipelajari kepada bentuk yang lebih spesifik agar isi
pelajaran menjadi lebih mudah difahami dan dikaitkan antara satu sama lain. Dalam
set induksi, guru menayangkan 1 video iklan untuk menggalakkan murid menjawab
sendiri.

iv. Pelatih (Trainer)


Guru sebagai pelatih perlu melatih murid untuk mengaplikasikan ilmu atau kemahiran
yang dipelajari secara praktikal dan bukannya sekadar menghafal semata-mata. Ilmu
yang dipelajari murid perlu dipraktikkan dalam situasi baharu. Di Langkah 2, guru
telah menjalankan jigsaw puzzle. Melalui aktiviti tersebut murid fikir dan menjawab
bukan mereka hafal dan menjawab.

v. Pengawal (Controller)
Guru berperanan untuk mengawal murid sepanjang mereka belajar dan memahami
sesuatu ilmu agar tidak wujud salah faham dan lain-lain percanggahan. Guru
menggalakkan pelajar untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam perkataan
mereka sendiri serta mengambil bahagian dalam perbincangan, iaitu mengawal agar
pelajar dapat membuat kemajuan (bertindak sebagai pengawal). Tingkah laku pelajar
perlu menunjukkan bahawa pelajar telah mencapai tahap "Kefahaman" dalam
taksonomi Bloom. Pada penutup, murid lain bertanya soalan kepada ‘Hot seater’
dengan berdisiplin. Mereka tidak bising dan ikut arahan guru dengan baik.

vi. Autoriti (Authority)


Peranan guru ini adalah pada fasa “Teroka”(Explore) di mana guru adalah sebagai
pihak berkuasa. Guru memulakan penerokaan bahan baharu oleh pelajar,
menunjukkan konsep baharu, memberikan arahan dan jawapan sedia dibuat dengan
cara mendengar, menonton video dan membaca teks. Aktiviti yang sesuai adalah kuiz
aneka pilihan, pelbagai padanan, pelabelan, penamaan, memberi definisi,

[43]
menyenaraikan item. Ia bertujuan untuk mempamerkan ingatan pelajar terhadap
bahan yang dipelajari dan untuk mencapai tahap "Pengetahuan" dalam taksonomi
Bloom. Pada langkah set induksi, murid telah menonton video dan menjawab soalan.

vii. Motivator
Memotivasikan pelajar untuk belajar. Ia adalah dalam fasa Penglibatan (Engage) di
mana guru bertindak sebagai motivator dan melibatkan diri pelajar dengan
membangkitkan minat dan rasa ingin tahu mereka tentang topik dengan cara
mempertimbangkan fakta menarik dalam skop tema dan mencungkil pengetahuan
sedia ada mereka dengan mengimbas kembali pengalaman peribadi mereka.
Matlamatnya adalah untuk melibatkan diri pelajar dan mengenali maklumat yang
telah dipelajari sebelumnya. Pada penutup, murid-murid telah melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal. Guru telah menayangkan satu video bertajuk makanan berkhasiat.
Murid-murid telah membuat pergerakan senang dan menyanyi bersama dengan lagu
tersebut. Guru telah memberi motivasi tentang makanan khasiat kepada murid-murid.

[44]
PENGAJARAN MIKRO
Mengikut Micheel J. Wallace pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang
dimudahkan. Pengertian itu membawa makna satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan
skopnya iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid
dikecilkan.

Sharifah Alwiah (1986) berpendapat pengajaran mikro merupakan satu teknik


pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu
seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat
bantuan mengajar,pengukuhan,penutup dan lain-lain.

Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran


untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran
pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam
melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa
dikurangkan.Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai
matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati
dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan
awal yang diberikan kepada guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang
sebenarnya di dalam bilik darjah.

Dalam konteks projek, kumpulan kami memilih matapelajaran Sains tahun 3 dengan
tajuk pentingnya makanan saya. Kriteria kejayaan bagi pengajaran mikro ini ialah murid-
murid dapat berbincang secara pasangan tentang kelas makanan dan contoh makanan melalui
video. Selain itu, murid-murid dapat mengenalpasti kelas makanan bagi makanan yang
disambung melalui jigsaw puzzle. Seterusnya, murid-murid dapat menulis kelas makanan dan
kepentingannya dalam peta tulang ikan.

Untuk bahagian set induksi, kami menayangkan video (iklan) mengenai kepentingan
susu dalam pautan https://youtu.be/kUENm2IAsTo. Murid-murid diminta meneliti video
(iklan) kepentingan susu tersebut. Berikutnya, guru bersoal jawab dan murid-murid memberi
respon. Guru bertanya soalan seperti berikut:

Nyatakan bilangan kelas makanan dan senaraikan kelas makanan yang anda tahu?
Mengapakah 7 kelas makanan penting kepada kita?

[45]
Apakah berlaku jika anda tidak makan makanan berkhasiat?

Selepas itu, guru mengaitkan video dengan isu pembelajaran pada hari tersebut.
Antara pendekatan yang digunakan untuk bahagian ini ialah ‘Infusion Approach. Menurut
Som Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli, kemahiran berfikir diajarkan secara bersepadu
dengan isi kandungan mata pelajaran yang diajarkan pada hari tersebut. Poh Swee Hiang
(2000) pula berpandangan bahawa isi kandungan mata pelajaran harus distruktur semula
untuk mengajar pemikiran secara langsung.Teknik pengajaran yang menyatupadukan
sebahagian daripada unsur kemahiran berfikir dalam langkah-langkah pengajaran yang
sesuai. Pendekatan ini digunakan untuk murid yang mempunyai kemahiran asas. Dalam
bahagian ini guru juga menerapkan cognitive coaching. Teknik yang sesuai diaplikasikan
ialah Questioning. Tujuan questioning adalah untuk mengerakkan minda murid, merangsang
pemikiran kritis dan menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid. Untuk
memperkembangkan kemahiran menyoal dalam kalangan murid, guru perlu mengelakkan
banyak bertanya soalan, mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan
bertulis, mengalakkan murid menyoal murid yang lain semasa berbincang, memberikan masa
untuk membuat soalan susulan kepada murid dan mengumpul, membincang, membina,
mengkategorikan soalan murid. Strategi penyelesaian masalah dalam bentuk soalan-soalan
serta penggunaan tool video merancakkan lagi set induksi.Video merupakan gabungan bunyi
dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca Tv. (Tamolin ,
1986)

Dalam langkah 1, guru memaparkan video kepada murid dan meminta murid untuk
menonton video dengan teliti menggunakan pautan youtube
https://www.youtube.com/watch?v=1wDIio-b3SA . Sesudah itu, guru memberi tugasan 3
minit. Guru meminta murid untuk berkongsi apa yang mereka lihat mengenai video pada
rakan sebelah. Bertitik tolak daripada itu, guru tanya soalan kepada murid dan meminta
murid menjawabnya.Antara soalannya

 Apakah makanan yang kamu lihat dalam video ?


 Selain daripada contoh makanan, apa lagi yang mereka terangkan dalam video ?
 Kenapa cikgu tunjukkan makanan / video itu ?’
 Apakah kebaikan, jika kamu tahu semua kelas makanan, contoh makanan dan
kepentingan makanan? 

[46]
Pendekatan Teaching for thinking diberi perhatian untuk langkah 1. Pendekatan ini
mempromosikan pemahaman mendalam murid-murid tentang kandungan. Murid-murid boleh
bertindak balas dengan teliti terhadap kandungan. Model cognitive coaching dan teknik
pemikiran kritikal yang diterapkan mampu memberi impak kepada proses pembelajaran.
Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius (mendalam)
dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) pula menghuraikan
pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Strategi
think pair share ialah strategi pembelajaran yang dirancang untuk meningkatkan pola
interaksi antara murid serta memberikan murid lebih masa berfikir (think time) untuk saling
berinteraksi dan membantu. Strategi ini juga mampu mengembangkan tahap penyertaan
murid dan juga tahap pemikiran aras tinggi. Di samping itu, think pair share membantu murid
memperbaiki kefahaman melalui perbincangan bagi mengukuhkan refleksi kendiri. Murid
juga diberi ruang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Video yang turut berperanan
sebagai tool mempunyai beberapa kelebihan seperti memberi maklumat yang realistik,
merangsang pelbagai deria, mudahkan proses pengulangan, dan menjimatkan masa, tenaga
serta perbelanjaan.

Langkah 2 dilaksanakan semalam 20 minit. Murid-murid dibahagikan kepada 7


kumpulan untuk 7 kelas makanan. Setiap kumpulan akan menerima sekeping sampul surat
berwarna-warni yang mempunyai kad jigsaw puzzle contoh makanan daripada mana-mana
kelas makanan. Sampul berwarna-warni ini penting untuk menarik minat murid terhadap
aktiviti. Selepas itu, murid-murid dalam kumpulan akan menyelesaikan jigsaw puzzle dan
meneka kelas makanan bagi contoh makanan tersebut. Guru akan bersoal jawab dengan
beberapa kumpulan tentang nama makanan, kelas makanan yang diteka dan kepentingan
kelas makanan tersebut secara verbal.Tambahan pula, setiap kumpulan akan menerima
sehelai peta tulang ikan. Mereka perlu melengkapkan peta tulang dengan kelas makanan dan
kepentingannya. Setelah siap, mereka akan menukar peta tersebut dengan kumpulan yang
diberitahu oleh guru untuk disemak.Pendekatan yang sesuai dipraktikkan ialah direct
instruction di mana guru bertanggungjawab untuk menerangkan peraturan-peraturan aktiviti
dengan jelas kepada murid. Model koperatif dipelopori oleh Spencer Kagan. Model yang
dilaksanakan ini ialah satu set proses yang membantu murid berinteraksi antara satu sama
lain untuk mencapai matlamat khusus atau mendapat hasil akhir yang berkaitan dengan isi
kandungan matapelajaran. Menurut Slavin (1982), kaedah pengajaran ini memerlukan murid

[47]
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.
Murid-murid perlu bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka
selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Matlamat dan kejayaan pasukan boleh dicapai
apabila semua ahli dalam pasukan memberikan komitmen. Antara kelebihan model ini ialah
murid berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang
lebih berkesan. Berinteraksi dengan orang lain mengalakkan seseorang menyusun semula
pemikiran mereka , misalnya meringkas, menjelas dan memberikan contoh. Murid
mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran orang lain di samping berkongsi
strategi sendiri. Berdasarkan pendapat Kagan (1992), motivasi yang lebih tinggi
menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas.Kajian lain membuktikan bahawa
proses interaksi yang berlaku melalui pembelajaran koperatif membantu keupayaan
menganalisis, memberikan idea baharu serta membuat hubungkait. (Aziz & Andi, 2018).
Menggarap idea Abdul Rahim et al, 2021 kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,
kemahiran penyelesaian masalah dapat diterapkan secara tidak langsung dalam pembelajaran
koperatif.

Strategi grafik organizer menggunakan tulang ikan mewujudkan pembelajaran yang


menyeronokkan dalam kalangan murid. Pengurusan grafik digunakan dengan meluas oleh
Swartz & Parks (1994) dalam program penyebatian pemikiran kritis dan kreatif dalam
pengajaran konten. (Poh Swee Hiang, 1997). Alat kemahiran berfikir ini digunakan untuk
menterjemah apa yang difikirkan kepada sesuatu yang dapat dilihat secara lisan dan verbal. Ia
juga berperanan sebagai bantuan visual untuk menggalakkan pemikiran. Pengurusan grafik
juga penting untuk membantu murid memikirkan, merancang dan menyusun idea dengan
jelas dan teratur. Murid-murid dapat mencetus idea-idea baharu dengan kaedah pembelajaran
sistematik. Selain itu, murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam mengemukakan
cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.

Bahagian terakhir ialah penutup. Dalam pengajaran mikro penutup sosial dan kognitif
dijalankan. Guru pilih seorang murid untuk bermain ‘Hot seat’. Hot seat ialah aktiviti susulan
selepas murid membuat bacaan dan kajian secara individu atau berkumpulan. Seorang murid
akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi pakar atau watak. Pakar tersebut akan
menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid lain. Tamsilnya, Apakah contoh makanan
yang baik untuk rambut dan kuku ? Mengapa? Kemudian, guru menayangkan video lagu
mengenai pilih makanan berkhasiat. Semua murid menyanyi sambil membuat pergerakan
yang senang mengikut video dalam pautan https://youtu.be/8bVapfs8QiQ. Guru meminta

[48]
murid menyiapkan aktiviti disediakan ikut aras. Murid merujuk buku teks muka surat 42-43
sebagai rujukan untuk menjawab. Guru akan berbincang pada kelas akan datang.

[49]
[50]
[51]
DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Berikut merupakan definisi
pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu
proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang
kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994) menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu
proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran
dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang
dilakukan kanak-kanak. Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1998) pula menyatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut
Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru
dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki
proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat
formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir
melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir
kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan
seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. . Di samping
itu, pentaksiran membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan
mengesan kelemahan pelajar.Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan
membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti dan sebagai guru, kita menilai pada
masa tersebut.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai


sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara

[52]
berterusan. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor
(markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Hasil
pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah boleh dipercayai untuk memastikan
keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

TUJUAN PENTAKSIRAN

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan


Mendapatkan
pembelajaran. maklumat secara berterusan tentang pengajaran
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun
dan pembelajaran.
Melibatkan
dan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas
sistematik.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang
secara efektif.
berkesan.
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

KAEDAH PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN

A ras L em ah
L iv e w o rk sh eet

A ras S ed erh an a
[53]
Q uiziz z
L em b aran K e rja

ARAS LEMAH (PEMULIHAN) : LIVEWORKSHEET

PAUTAN : https://www.liveworksheets.com/c?
a=s&t=o30h4x8vqk5&sr=n&ms=uz&af=sy&l=lc&i=uczfsuz&r=kc&db=0&f=dzddztux&cd
=pj02w9m6ytc8lakxkgepxgck2ngnngzxmpixg

Masa yang diperuntukkan untuk pentaksiran aras lemah selama 10 minit. Jumlah
soalan yang diberi ialah sebanyak 6 soalan tentang kelas makanan, contoh makanan dalam
bentuk gambar dan kepentingannya. Arahannya ialah menonton video dan padankan dengan
kelas makanan, contoh makanan dan kepentingan dengan betul. Tujuan pentaksiran ini ialah

[54]
untuk mengukuhkan pengetahuan dan menguasai semua isi pelajaran yang diajar oleh guru di
samping mengalakkan murid menjawab soalan-soalan secara interaktif tanpa kaedah
konvensional seperti pensel dan kertas. Selain itu, murid juga dapat melihat skor mereka
dengan sendiri selepas menjawab soalan. Aras Taksonomi Bloom yang digunakan dalam
pentaksiran ini ialah aras 1 iaitu mengingati. Aras ini akan menguji sejauh mana keupayaan
murid untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang dipelajari.

ARAS SEDERHANA (PENGUKUHAN) : QUIZIZZ

[55]
PAUTAN :
https://quizizz.com/join?gc=55826341
Masa yang diperuntukkan untuk pentaksiran aras sederhana pula selama 10 minit.
Jumlah soalan yang diberi ialah sebanyak 20 soalan tentang kelas makanan, contoh makanan
dalam bentuk gambar dan kepentingannya. Arahannya ialah untuk pilih jawapan aneka
pilihan berdasarkan soalan dengan betul. Tujuan pentaksiran ini ialah untuk menguji sama
ada hasil pembelajaran 2 dapat dicapai ataupun tidak. Di samping itu, murid berpeluang
menjawab soalan dalam bentuk permainan (game based ) dan dapat bertanding dengan rakan-
rakan yang lain. Skor akhir akan menentukan pemenang. Pentaksiran atas talian ini tidak
akan membebankan murid tetapi akan meningkatkan motivasi mereka untuk membuktikan
keupayaan masing-masing. Aras yang diaplikasikan dalam pentaksiran ini ialah aras 2 iaitu
memahami. Aras ini memerlukan murid untuk memberi huraian atau makna sesuatu perkara.
Murid-murid juga boleh menterjemah sesuatu maklumat tanpa mengubah makna asal.

KELEBIHAN PENTAKSIRAN ATAS TALIAN

mengedarkan
beberapa versi
peperiksaan dan
tugasan tanpa
pemantauan
manual.

semua data
yang boleh
disimpan mengenal pasti
dalam satu masalah
server. KELEBIHAN pembelajaran
UNTUK murid.
GURU

mengambil
memberi pelbagai
kurang ruang
gaya soalan dalam
simpanan
peperiksaan supaya
(storage) untuk
lebih interaktif
menyimpan
daripada
rekod daripada
peperiksaan kertas.
kertas.

[56]
KELEBIHAN UNTUK MURID

memberikan
memberikan pilihan untuk
maklum balas mengambil
segera. (practice test)
apabila mahu.

tidak perlu
membolehkan sentiasa
pelajar untuk berada di
mengambil dalam kelas
ujian dimana- untuk
mana sahaja. mengambil
penilaian.

[57]
ARAS TINGGI (PENGAYAAN) : LEMBARAN KERJA 1

SUMBER : BUKU AKTIVITI SAINS TAHUN 3 (SK)


Masa yang diperuntukkan untuk pentaksiran aras pengayaan selama 10 minit. Jumlah
soalan yang diberi ialah sebanyak 6 soalan tentang kepentingan makanan. Arahannya ialah
untuk melengkapkan teka silang kata. Tujuan pentaksiran ini ialah untuk menguji sama ada
hasil pembelajaran 3 dapat dicapai ataupun tidak. Di samping itu, murid berminat untuk
menyelesaikan masalah.Rasa ingin tahu murid akan dicungkil apabila mereka memikirkan
perkataan yang sesuai dalam petak yang diberi. Aras yang dititiberatkan di sini ialah aras
aplikasi. Murid-murid benar-benar memahami konsep, teori, hukum untuk mencari jalan
penyelesaian dengan proses aplikasi mental.

[58]
ARAS TINGGI (PENGAYAAN) : LEMBARAN KERJA 2

SUMBER : BUKU AKTIVITI SAINS TAHUN 3 (SK)


Sekiranya murid menyiapkan latihan pengayaan 1 dengan lebih awal, mereka akan
membuat lembaran kedua. Masa yang diperuntukkan untuk latihan ini selama 10 minit.
Jumlah soalan yang diberi ialah sebanyak 3 soalan sahaja. Arahannya ialah untuk
menjelaskan kepentingan makanan yang diambil berdasarkan situasi. Tujuan pentaksiran ini
ialah untuk menguji sama ada hasil pembelajaran 3 dapat dicapai ataupun tidak. Bahkan,
murid akan berfikir secara kritis untuk memilih jawapan yang betul daripada dua jawapan
yang diberi mengikut keadaan yang diperhatikan melalui gambar.

[59]
ARAS TINGGI (PENGAYAAN) : LEMBARAN KERJA 3

SUMBER : BUKU AKTIVITI SAINS TAHUN 3 (SK)


Setelah murid melengkapkan latihan pengayaan 2, mereka akan membuat lembaran
ketiga ini. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti ini selama 10 minit. Jumlah soalan yang
diberi ialah sebanyak 14 soalan. Arahannya ialah untuk tulis kelas makanan dan
kepentingannya berdasarkan kandungan makanan dalam nasi lemak dan air teh. Tujuan
pentaksiran ini ialah untuk menguji sama ada hasil pembelajaran 3 dapat dicapai ataupun
tidak. Selanjutnya, murid-murid akan menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada dengan

[60]
input pengajaran guru untuk menjawab soalan-soalan kritikal seperti ini. Aras Taksonomi
Bloom yang sesuai di sini ialah penilaian. Mereka akan membuat pertimbangan tentang nilai
idea.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PDPC YANG DIJALANKAN


Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan
murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan
oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan
sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih
tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat
kepada guru.

Di samping itu, kumpulan saya juga menggunakan video, gambar-gambar yang


berwarna-warni sebagai alat bantu mengajar semasa pengajaran dijalankan. Kaedah ini
membabitkan semangat ingin tahu kepada murid dan berjaya menarik minat belajar mereka.
Kumpulan kami berasa berpuas hati kerana para pelajar melibatkan diri dengan aktif dan
memberi respon yang baik. Malah, komunikasi dua hala menjayakan pengajaran mikro ini.

Pengajaran mikro ini juga menggalakkan murid supaya lebih banyak berfikir.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang banyak menggunakan teknik menyoal menjana idea baharu
untuk menggabungkan 7 kelas makanan dalam hidangan harian. Lembaran yang disediakan
pula mengandungi pelbagai aras berfikir. Pembelajaran lebih tertumpu kepada pemusatan
murid di mana guru hanya menjadi pemudahcara sekaligus mewujudkan semangat bersaing
dalam kumpulan.

Seterusnya, motivasi dan pujian dari guru merupakan salah satu kekuatan yang
memberi kesan yang mendalam untuk tercapai objektif yang disasarkan. Murid akan lebih
bersemangat serta memberi sepenuh tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Oleh yang demikian objektif pengajaran akan tercapai dan proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan seperti yang dirancang. Justeru itu, murid akan merasa bangga
dan merasa diri mereka diambil berat oleh guru. Contohnya, pada langkah yang kedua, guru
memuji murid yang dapat menjawab dengan betul atas jawapan yang mereka berikan. Justeru
itu, bagi murid yang tidak dapat menjawab dengan betul guru tidak memarahi mereka bahkan
[61]
guru akan menasihati dengan memberi kata-kata semangat agar mereka tidak putus asa dan
mencuba lagi. Seterusnya, sebagai contoh pada penutupan isi pengajaran, guru akan
menasihati murid agar sentiasa mengamalkan serta mengaplikasikan isi pengajaran dalam
kehidupan seharian.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.
Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah
dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak
seiring. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

Penggunaan teknologi maklumat juga dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya sekolah mempunyai kemudahan yang lengkap di
setiap bilik darjah, kami akan cuba menyediakan isi kandungan pembelajaran dengan
menggunakan perisian PowerPoint. Persembahan powerpoint untuk menerangkan isi
kandungan pembelajaran boleh menambah minat dan menumpu perhatian murid-murid
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian, murid-murid akan tertarik dengan
animasi yang bergerak,visual bunyi, corak persembahan dan gambar-gambar yang berwarna-
warni dalam persembahan powerpoint berbanding dengan pengajaran biasa. Mereka akan
berasa seronok apabila menampak animasi-animasi dalam slaid show itu boleh bergerak dan
dapat mendengar bunyi yang berbeza-beza. Kaedah pembelajaran juga dapat mewujudkan
keadaan yang kondusif semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya
fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif
dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam
pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Mahathir
(1996) berpendapat bahawa keperluan tenaga kerja yang berkualiti, iaitu yang mempunyai
daya pemikiran yang tajam, kreatif,kritis dan berdaya cipta amat mendesak.

Oleh itu pendidikan dipertanggungjawabkan untuk memenuhi keperluan tersebut.


Mohd.Yusuf Hassan (1994) juga turut menyarankan agar pemupukan daya tahan dan
pemikiran cemerlang serta tidak bersikap tunggu dan lihat untuk memenuhi dasar
pembangunan negara. Pembangunan modal insan memerlukan pemikiran rakyat yang

[62]
dinamik dan berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penerokaan fikiran.Hal ini
digambarkan melalui kemunculan fenomena baru dalam pembangunan pemikiran manusia
oleh Bono (1970); Buzan (1971); Tofler (1974); Naisbitt (1982);Proctor (1994) dan Ohmae
(1987) yang membicarakan tentang pemikiran masa depan atau futurology.

Dalam seminar yang bertema Education for All pada1990 yang dianjurkan oleh Bank
Dunia, UNICEF dan UNESCO dalam Poh Swee Hiang (1995) menyatakan tentang
kepentingan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik, selain daripada 3M. Situasi
demikian telah mendorong Kementerian Pelajaran dengan inisiatif Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) mengadaptasikan pengajaran kemahiran berfikir yang dipraktikkan di Amerika
Syarikat ke dalam kurikulum pendidikan guru yang bermula pada sesi Julai 1993.

Program BAKA (Bacaan Kanak- kanak) oleh Azman Wan Chik (1986), PADI
(Peningkatan Daya Intelek) oleh Philips (1992) dan HEKMAT (Hubungan Erat Keluarga
Melalui Aktiviti Tulisan) oleh Ishak Ramly (1999) sebagai menyokong kata-kata Dewey
dalam Philips (1997) yang KBK dapat dipertingkatkan melalui pendidikan.

Sikap pelajar terhadap kemahiran berfikir juga harus diambil kira. Sudah sekian lama
pelajar disuap dengan segala fakta tentang topik-topik yang ada dalam sukatan pelajaran.
Pembentukan ’buluh’ yang di asuh dari ’rebung’ lagi begitu menjadikan pelajar tidak perlu
bersusah payah berfikir mencari idea atau menajamkan fikiran. Pembentukan sikap menerima
dan rasa cukup dengan apa yang diberi guru telah mengenepikan KBK yang perlu dipelajari
dan dikuasai untuk mencapai tahap mahir.

Reformasi pendidikan dilakukan dengan mengeksplisitkan kemahiran berfikir dan


disebatikan dalam pengajaran kerana berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan
semula jadi. Menurut Wan Zahid Mohd Nordin (1993), kepintaran akal atau ‘intelligent’
tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya pelajar tidak menguasai kemahiran
berfikir. Sejajar dengan itu, Raths dan rakan-rakan (1967) menegaskan bahawa matlamat
pendidikan ialah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir. Kemahiran dapat
dikuasai melalui pengajaran pembelajaran yang tersusun di samping mempunyai keazaman
untuk memperbaikinya dan diikuti dengan latihan (Torrance, 1963: Bono, 1978; Philips,
1997). Menurut Fisher (1993) yang memetik pendapat Piaget, setelah berkemahiran berfikir
pelajar perlu pula berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru. Maksudnya pelajar bukan
sahaja belajar apa yang ada di depan mata malah dikehendaki meneroka lebih jauh agar
pelajar mendapat maklumat daripada pelbagai sumber. Reformasi pendidikan memerlukan

[63]
tindak ikut yang hingga kini tidak diketahui sejauh mana KBK berkembang dalam pengajaran
dan dikuasai oleh pelajar. Menurut Suhaimi Abd.Talib (1995), keupayaan berfikir merupakan
aset penting seseorang pelajar. Pemikiran rutin menggagalkan percambahan idea dan
menggugat kewibawaan pelajar.

RUJUKAN

Abd Rahman, Y. & Abdullah, W. M. R. (2001). Mengukur Kesediaan Guru Menggunakan


Komputer Dalam Menjalankan Tugas Pentadbiran Dan Pengajaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Rahman, M. A. & Abdul Hamid, N.(2011) Journal of Education Psychology &
Counseling, volume 1 Mac, Pages 147-169 / ISSN: 2231-735X
Almekhlafi, A. G. & Almeqdadi, F. A. (2010). Teachers' Perceptions of Technology
Integration in the United Arab Emirates School Classrooms. Educational Technology &
Society.
Al-Mikhlafi, A.G. 2006. Effectiveness of interactive multimedia environment on language
acquisition skills of 6th grade students in the United Arab Emirates. International
Journal Media. 33 (4): 427-441.
Alwi, N. (2004). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik PelajarPelajar
Bumiputera Bagi Mata Pelajaran Teknikal Di Sekolah Satu Jantina Kawasan Wilayah
Persekutuan. Kuala Lumpur
Andrew.R & Tom.B (2010). A Dialogue and Social Software Perspective on Deep Learning
Design. Journal of Interactive Media in Education.
Ariffin, S.R, Jamil Ahmad, J. & Najmuddin, N. A. (2010). Pembangunan Instrumen
Kemahiran Generik Pelajar Berasaskan Penilaian Pensyarah dengan Menggunakan
Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset. Jurnal Pendidikan Malaysia
Aris,B. Subramanian, M. & Sharifuddin,R.S. (2001) Reka Bentuk Perisian Multimedia.
Muafakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd.
Arsat M. & Khalip H. (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru
Teknikal.Universiti Teknologi Malaysia
Arsat, M. & Khalip, H. (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-
guru Teknikal. Universiti Teknologi Malaysia.
Aziz, D. & Musalmah, A. (1987). Literasi komputer: Satu model perlaksanaan, Kertas Kerja
Seminar Sains Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azura, Rozannie Emilia & Syafinizati (2012). Penilaian Perisian Pembelajaran Bekalan Kpm
Berbantukan Komputer Matapelajaran Ppsmi Subjek Sains Tahun 5 Di Sk Bandar Kota
Tinggi Journal of Science and Mathematics Education, volume 5 March 2012, Pages
68-77/ISSN:2231-7368
Bagui, S. 1998. Reasons for increased learning using multimedia. Journal of Educational
Multimedia and Hypermedia. 7 (1): 3-18.

[64]
Bahagian Pendidikan Guru (2010). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 5. Kementerian
Pendidikan Malaysia
Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Sistem
Komputer Dan Aplikasinya. Kuala Lumpur : Penerbitan Venton Publishing.
Cosmopoint (2002). Multimedia Principles, Cosmopoint, Institute of information technology.
Kuala Lumpur
Durbridge. NH & Stratfold. MP (1996). Varying the Texture: A Study of Art, Learning and
Multimedia. Journal of Interactive Media in Education.
Harun J. & Tasir Z. (2000). Pengenalan kepada Multimedia. Venton Publishing: Kuala
Lumpur
Harun J. & Tasir Z. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS Publications: Bentong Ishak,
A. Kasa, Z. Selamat, M. H. & Abu Samah, B. (2009). Jurnal Teknologi Maklumat &
Multimedia 5: 79 -89
Ismail Zain ( 2002 ). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur. Sanon Printing
Sdn. Bhd.
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Jamalludin.H & Zaidatun.T (2003). Multimedia Dalam Pendidika. Kuala Lumpur: PTS
Publications.
Jamaluddin, R. ( 2003 ) Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan Publication Sdn.Bhd.
Jun Choi, L. , Mohd Salleh, N. S. & Songan, P. (2003). Perbandingan Keberkesanan
Teknologi Multimedia Dan Bahan Bercetak Untuk Pembelajaran Matematik Oleh
Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
Universiti Malaysia Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Literasi Komputer, Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kuala Lumpur: AG
Grafik Sdn. Bhd.
Keow M. A (2000). International Conference Education & ICT in the New Millennium.
Kuala Lumpur.
Kim.I (2010). Researching Computers and Learning: CALRG 30th Anniversary Issue.
Journal of Interactive Media in Education.
Muhammed Salleh A. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer
(Penggunaan Perisian Power Point interaktif)Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep
Sains Dalam Tajuk Sel untuk Sains Tingkatan Satu) Universiti Terbuka Malaysia
Multimedia Development Corporation (2007). Pengintegrasian kandungan Bahan-bahan
berasaskan ICT Di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur
Othman, Y. & Raini Pakar, D. R. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa
Mengajarkan Kemahiran Bacaan Dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Di

[65]
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu /Malay Language Education
Journal (MyLEJ)
Santos, L.F. (2017). The Role of Critical Thinking in Science Education. Journal of
Education and Practice 8(20). www.iiste.org
Shahabuddin Hashim et al. (2007). Psikologi Pendidikan. PTS Profesional: Kuala Lumpur.
Shazaitul Azreen Rodzalan & Maisarah Mohamed Saat. (2015). The Perception of Critical
Thinking and Problem Solving Skill among Malaysian Undergraduate Students. Social
and Behavioral Sciences 172:725 – 732. Diterbitkan oleh Elsevier.
Siti Rahayah Ariffin dan Nor Azaheen Abdul Hamid. (2009). Profil Kemahiran Pemikiran
Kritikal Antara Pelajar Aliran Sains Dan Bukan Sains. Malaysian Education Dean’s
Council Journal. June.Volume3,20‐27.
Siti Rahayah Ariffin et al. (2010). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
penyelesaian Masalah Pelajar-Pelajar Sains dan hubungannya dengan Pencapaian
Pelajar. UKM, Bangi.
Sulaiman, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal, Tesis.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Veknaswari Subramaniam, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Hapini Awang. 2019. Kesan Think
pair share terhadap pencapaian dan sikap murid dalam mata pelajaran matematik.
Journal Of Educational Research And Indigenous Studies vol 2(1). Univesiti Utara
Malaysia.

[66]

Anda mungkin juga menyukai