Anda di halaman 1dari 44

Kemahiran membuat rujukan

Sistem rujukan American


psychological association ( APA )

Suntingan daripada teks (sedutan kata/


parafrasa)

D I SEDIA KAN O L EH :
P EL A J AR I P GKPM
Terdapat tiga cara untuk memperaku idea atau maklumat rujukan
dalam penulisan teks, iaitu secara:

a) Petikan
b) Parafrasa
c) Kesimpulan
a) PENULISAN
SECARA
PETIKAN
a) Penulisan secara petikan (Citation)
Setiap patah perkataan yang ditulis oleh penulis dipetik satu persatu
untuk menyokong sesuatu hujah.

Menulis petikan ini boleh dilakukan dengan dua cara:

i) gaya penekanan kepada penulis


ii) gaya penekanan kepada idea atau gaya petikan
i) Penekanan kepada penulis
Dalam penekanan kepada penulis, nama penulis ditulis di awal ayat.
Sebagai contoh;

Rajaratnam (2001) merumuskan bahawa amalan waktu kerja yang


bercanggah dengan jam biologi boleh “...dilihat ke atas tidur, sistem
penghadaman, kadar kemalangan dan masalah sosial”. Selanjutnya...
ii) Penekanan kepada idea
Dalam penekanan kepada idea, nama penulis ditulis di akhir ayat.
Sebagai contoh;

Amalan waktu kerja yang bercanggah dengan jam biologi boleh dilihat
kesannya “...ke atas tidur, sistem penghadaman, kadar kemalangan dan
masalah sosial” (Rajaratnam, 2001, ms. 1000). Selanjutnya..
b) PENULISAN
SECARA
PARAFRASA
b) Parafrasa (Paraphrasing)
Penulisan secara parafrasa boleh digunakan untuk
memperaku maklumat daripada penulis asal dengan
menyatakan semula dalam perkataan yang berbeza tanpa
mengubah maksud asalnya dan tanpa memberikan
interpretasi sendiri.

Parafrasa merupakan salah satu cara meminjam gagasan


atau idea daripada sesuatu sumber tanpa unsur plagiat.
Contoh 1
Ayat asal: Jam biologi bukan sahaja penting secara saintifik, malah mempengaruhi produktiviti

dan kesihatan. Kesan jangka panjang akibat percanggahan antara jam biologi dan waktu kerja

masih tidak diketahui. Dalam jangka pendek, kesannya boleh dilihat terhadap amalan tidur,

sistem penghadaman, kadar kemalangan dan masalah sosial. (Rajaratnam, 2001).

Parafrasa: Rajaratnam (2001) berhujah bahawa di samping kepentingan saintifik, konsep jam

biologi juga adalah penting daripada sudut ekonomi dan sosial sesebuah negara. Beliau

seterusnya memberikan contoh-contoh masalah kesihatan dan sosial yang berpunca daripada

percanggahan amalan waktu kerja dengan jam biologi seseorang.


Contoh 2
Ayat asal: Komputer mampu membawa seseorang ke
tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi
sebelum ini, termasuk ke permukaan planet lain.

Parafrasa: Melalui komputer, seseorang itu dapat pergi ke


tempat yang belum pernah mereka kunjungi (Krisnawati,
2000).
c) PENULISAN
SECARA
KESIMPULAN
c) Membuat kesimpulan
 Penulisan secara membuat kesimpulan boleh digunakan untuk
menyatakan hujah utama penulis asal dengan perkataan anda sendiri
tanpa mengubah maksud asalnya. Sebagai contoh;

 Dalam kesimpulannya, Rajaratnam (2001) telah membuat rumusan


tentang kemungkinan-kemungkinan negatif ke atas kesihatan ekonomi
dan sosial negara apabila waktu kerja yang bercanggah dengan jam
biologi sering diamalkan.
PERBANDINGAN PENULISAN SECARA PETIKAN,
PARAFRASA DAN PENULISAN SECARA KESIMPULAN

PENULISAN SECARA PENULISAN SECARA


PARAFRASA
PETIKAN KESIMPULAN
• Setiap patah • Mengambil maklumat • menyatakan idea
perkataan yang ditulis daripada penulis asal keseluruhan penulis
oleh penulis dipetik dengan menyatakan asal dalam perkataan
satu persatu untuk semula dalam sendiri tanpa
menyokong sesuatu perkataan sendiri mengubah maksud
hujah. tanpa mengubah asalnya.
maksud asal.
Petikan Terus (Direct Quotation)
pengambilan terus sesuatu pernyataan tanpa mengubahnya.

 Jika petikan kurang daripada 40 patah perkataan :


◦ Perlu dimasukkan dalam teks
◦ Sertakan dengan tanda petik berganda

 Jika petikan melebihi 40 patah perkataan :


◦ Asingkan perenggan
◦ Tanpa tanda petik
◦ Satu tab ke kanan
CONTOH PETIKAN TERUS YANG
MELEBIHI 40 PATAH PERKATAAN
CONTOH PETIKAN TERUS KURANG
DARIPADA 40 PATAH PERKATAAN
Apa yang perlu
didokumentasikan?
 Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akademik yang
lengkap dan sistematik di mana ianya bertujuan memberi kemudahan
kepada penulis dan pembaca untuk mengenal pasti sumber maklumat
dan merujuk semula sumber bahan yang asal.

 Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat :

◦ Petikan secara langsung ( direct qotations)

◦ Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)

◦ Idea atau maklumat yang dirujuk (statistik, graf, dll)


CONTOH CARA
PENULISAN DI
UNIVERSITI
UNIVERSITI
KEBANGSAAN
MALAYSIA
1. Penulisan Tesis Gaya UKM
o Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada
penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan
mendapatkan maklumat mengenainya.

o Calon hendaklah menggunakan sistem pengarang-tarikh


secara berterusan dalam penulisannya.
SISTEM PENGARANG- TARIKH
 Bentuk asas rujukan dalam teks yang menggunakan sistem pengarang-tarikh Gaya
UKM hendaklah mengandungi nama pengarang dan tarikh seperti berikut:

i) Hawkings (2004) atau (Hawkings 2004)


ii) Mohd. Fuad (2005) atau (Mohd. Fuad 2005)

a. Nama pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah diringkaskan


kepada nama keluarga sahaja tanpa parap (huruf-huruf pertama).

b. Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga atau nama yang
dikenali.

c. Nama pengarang Melayu hendaklah menggunakan nama diri pengarang.

d. Nama pengarang Cina hendaklah menggunakan nama keluarga.


Contoh
Makalah (penulisan ilmiah) Noor Azlan Ghazali yang diterbitkan pada
tahun 2002 hendaklah dirujuk sebagai:

 Noor Azlan (2002) atau Noor Azlan Ghazali (2002)

Makalah Chan Ngai Weng yang diterbitkan pada tahun 2004 hendaklah
dirujuk sebagai:

 Chan (2004) atau Chan Ngai Weng (2004)


Pengarang tunggal
Nama pengarang diikuti dengan tahun penerbitan, ditulis di dalam teks
pada tempat yang berkenaan:
i. Reid (2002) membuktikan ...
(Jika nama pengarang merupakan sebahagian daripada pemerihalan, nyatakan
tahun penerbitan dalam tanda kurung)
ii. Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik
(Shaharir 1984) ...
(Jika nama pengarang bukan merupakan sebahagian daripada pemerihalan,
tuliskan nama pengarang dan tahun, tanpa koma, dalam tanda kurung)

iii. Dalam tahun 2005, Lokman mengkaji ...


(Apabila nama pengarang dan tahun adalah sebahagian daripada bahan
perbincangan, tanda kurung tidak diperlukan)
Pengarang bersama
a. Untuk rujukan yang pengarangnya dua orang, nyatakan kedua-dua nama
pengarang itu setiap kali dirujuk di dalam teks:
i. ... Abdul Razak dan Abu Osman (1987) telah memberi
takrif homotopi kabur.
ii. ... seperti yang telah dibuktikan (Abdul Rahman &
Arsmah 1991)

b. Untuk rujukan yang pengarangnya lebih daripada dua orang, tulis nama
pengarang pertama sahaja diikuti dengan "et al." dan tahun.
i. Shafaratul et al. (2005) menerangkan secara terperinci
tentang ...
ii. ... telah menurunkan kerosakan DNA Oksidatif (Siti Balkis et al. 2005)
Institusi/ Organisasi/
Jawatankuasa sebagai pengarang
a. (International Labour Office 2004) atau International Labour Office
(2004)
b. (Jabatan Standard Malaysia 2005) atau Jabatan Standard Malaysia
(2005)
c. Menurut Institute of Quality Assurance (2003) ...
d. Contoh nama pengarang institusi (seperti persatuan, agensi kerajaan)
yang boleh disingkatkan:
◦ I. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 2005)
◦ II. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2005 (JKKPN
2005)
Tanpa pengarang
Rujukan daripada pengarang yang tidak diketahui hendaklah ditulis
seperti berikut:
 Anon. (2005) atau (Anon. 2005)
Pengarang sama nama
Jika senarai rujukan merangkumi penerbitan oleh dua orang atau lebih
yang namanya sama, masukkan nama penuh atau parap pengarang-
pengarang itu di dalam setiap rujukan teks untuk mengelakkan
kekeliruan. Contoh :

◦ Khalid Ahmad (1990) dan Khalid Yusoff(1990) ...


Rujukan kepada al-Qur'an dan
Hadith
 Rujukan pada hadith boleh diterangkan pada
nota kaki.
Contoh :
Untuk Hadith :
◦ (al-Bukhari, nama kitab hadith, nama kitab dan nama bab)
Untuk Al-Quran :
◦ (Al-Qur'an, nama dan nombor surah, nombor ayat)
Contoh rujukan daripada Al-Quran
 Angka yang menunjukkan rujukan ayat al-Qur'an hendaklah diletak pada akhir
teks al-Qur'an, bukan pada akhir terjemahannya.
 Rujukan hendaklah dibuat kepada nombor surah dan nombor ayat.
 Penulis juga hendaklah menulis ayat al-Qur'an dalam Othmaniah dan
menjelaskan sumber terjemahannya.
Contoh rujukan daripada Hadith

 Pada kebiasaannya, rujukan hadith dalam koleksi tertentu


dibuat kepada bilangan atau nama kitab atau bab atau nombor
hadith sesuatu hadith itu didapati.
UNIVERSITI TUN
HUSSEIN ONN
MALAYSIA
2. Penulisan Tesis Gaya UTHM
 Sumber yang dirujuk bagi penulisan tesis, sama ada sumber itu telah diterbitkan
atau pun tidak, hendaklah dinukilkan di dalam tesis. Ianya perlu diperaku di dalam
teks dan juga senarai rujukan. Rujukan yang lengkap adalah penting untuk
membolehkan pembaca mendapatkan sumber asal.

 Rujukan yang lengkap juga dapat mengelakkan pertuduhan plagiat. Nukilan


perakuan di dalam teks hendaklah dihubungkan dengan senarai rujukan
mengikut sistem “Penulis (Tahun) (APA Format)” atau sistem “Nombor (IEEE
Format)” yang ditetapkan. Sistem ini juga dikenali sebagai American
Psychological Association (APA).
Sebutan Dalam Teks
(a) Tahun penerbitan diletakkan dalam kurungan selepas nama penulis
bagi rujukan dalam ayat. Sebagai contoh;
◦ Menurut Mohamed (2005), sebilangan besar masalah utama
penjadualan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan
kejuruteraan tergolong dalam kelas masalah pengoptimuman
kekangan.
(b) Jika rujukan tidak ditulis dalam ayat, maka nama penulis dan tahun
terbitan perlu ditulis dalam kurungan. Sebagai contoh;

 Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang


berkesan bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi
suatu bidang kajian yang popular dewasa ini (Mohamed, 2005).

(c) Sekiranya sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua penulis, tuliskan nama
kedua-dua penulis. Sebagai contoh;
Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan
kuasa oleh Kralj & Petrovic (1995)…
(d) Sekiranya rujukan mempunyai tiga penulis, catatkan ketiga-tiga
nama pada kali pertama rujukan disebut dalam teks. Untuk sebutan
kedua dan seterusnya, catatkan penulis pertama dan diikuti dengan “et
al.” dan tahun. Sebagai contoh;

 Kajian Alias, Black & Gray (2002) menunjukkan pelajar


kejuruteraan mempunyai keupayaan menvisualisasi ruang yang
rendah daripada sepatutnya. Oleh kerana keupayaan ini adalah
penting dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan, ianya harus
ditingkatkan di kalangan pelajar kejuruteraan (Alias et al., 2002).
(e) Bagi rujukan dengan empat atau lebih penulis, nyatakan nama
pertama, diikuti dengan “et al.” dan tahun untuk sebutan pertama dan
seterusnya.

(f) Gunakan huruf kecil (a,b,c) untuk membezakan dua atau lebih
penerbitan oleh penulis yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang
sama. Sebagai contoh;

• Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan


ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a). Di samping itu Puget
dan Albert (1994b) juga mendapati bahawa penggunaan objek adalah
amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan.
(g) Rujukan silang tidak dibenarkan dalam penulisan tesis. Penulis tesis
hendaklah merujuk kepada sumber asal. Contoh rujukan silang adalah,

◦ Ali (dalam Abu, 2000) menegaskan bahawa ...


Penulisan senarai rujukan
Semua sumber yang disebut dalam teks tesis hendaklah disenaraikan di
bahagian akhir teks di bawah tajuk “RUJUKAN”. Jangan gunakan tajuk
“BIBLIOGRAFI” kerana bibliografi merupakan senarai semua bahan yang
dirujuk termasuk yang tidak disebut di dalam teks.

Susunan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah mengikut abjad.

 Bagi penulis yang sama yang mempunyai dua penerbitan atau lebih,
nyatakan secara kronologi, misalnya penerbitan 2002 oleh Suradi
didahulukan sebelum penerbitannya pada 2007.
Peraturan menulis nama pengarang di
dalam Bibliografi/Rujukan
 Pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama
keluarga atau nama akhir (family name/surname) diikuti oleh
singkatan nama lain.

 Sistem ini adalah sistem yang lazim digunakan di dalam penulisan


ilmiah antarabangsa.
a) Pengarang Arab hendaklah ditulis mengukut nama keluarga. Contoh :

1. Abu Bakar Ibn Mansor al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani.

b) Pengarang Melayu ditulis dengan nama lengkap tanpa bin/binti dan gelaran. Nama
warisan dimasukkan. Contoh :

1. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Saleh ditulis sebagai Abu Bakar Saleh
2. Raja Sulaiman Ahmad ditulis sebagai Raja Sulaiman Ahmad.

c) Pengarang Barat dimulai dengan nama keluarga. Nama selainnya hendaklah


menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama). Contoh :

1. John Alan Kennedy dutilis Kennedy, J.A.


2. Robeto Christano Ronaldo ditulis Ronaldo, R.C.
d) Pengarang Cina ditulis nama keluarga diikuti Huruf pertama
untuk nama seterusnya. Contoh :
1. Wong Chee Meng ditulis sebagai Wong, C.M.

2. Lawrence Yap Ah Chai ditulis sebagai Yap, L.A.C.

e) Pengarang India/Shikh ditulis nama penuh atau tidak


dimasukkan a/p atau a/l . Contoh :
1. Nadarajan a/l Muthusamy ditulis sebagai Nadarajan Mutusamy.

2. Pritam Singh ditulis sebagai Pritam Singh.


Sila tuliskan nama pengarang untuk rujukan
dalam teks di bawah:

JAWAPAN
John Neville Pavlovic Pavlovic, J.N. (CONTOH)
Mohd Noor Abdullah
Syed Muhammad Naquib Al-
Attas
Malik ibn Anas
Tan Beng Keat
Raymond Tan Beng Keat
Srinivasan Venkataraman *
S.N. Gupta
Pretam Singh
Yasunori Matsufuji
Rujukan
Faridah Nazir, Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd Salleh dan Zairinah Mohd Shukur. (2014).
Wacana Penulisan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hassan Mohd Ghazali. (2012). Cara Penulisan Bibliografi. https://www.slideshare.net/IlaAli1/cara-


penulisanbibliografi-apa-style. Dimuat turun pada 26 Januari 2018.

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2010). Panduan Peulisan Tesis Gaya UKM. Bangi: Pusat Pengajian
Siswazah.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2012). Panduan Penulisan Tesis. Batu Pahat: Pusat
Pengajian Siswazah.

Norlasbtintah. (2013). Penulisan Mengikut Format Apa.


https://www.slideshare.net/Norlasbtintah/penulisan- mengikut-format-apa. Dimuat
turun pada 26 Januari 2018.

Noriati A. Rashid, Lee K.C., Zulkufli Mahayudin dan Zakiah Noordin. (2012). Falsafah Dan Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai