Anda di halaman 1dari 70

MATLAMAT DAN

TUJUAN
PENDIDIKAN
ISLAM
1
Pendahuluan
•Konsep Pendidikan

2
Maksud Pendidikan :
• Proses pembelajaran yang baik terutamanya
melalui pengajaran.
• Semua pengetahuan, kemahiran dan sikap.
• Memberi faedah kerana dapat meningkatkan
pemikiran, menyelesaikan masalah,
menyesuaikan diri mengikut pertimbangan dan
kecenderungan.
3
Pendidikan menurut Islam mempunyai
kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan
dengan wahyu pertama yang
disampaikan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang menyuruh baginda membaca
dalam keadaan baginda yang ummi.

4
Wahyu tersebut mengandungi suruhan
belajar mengenali Allah s.w.t,
memahami fenomena alam serta
mengenali diri yang merangkumi
prinsip-prinsip aqidah, ilmu dan amal.
Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras
kepada falsafah pendidikan Islam.
5
Aktiviti 1
Langkah 1 :
Tuliskan di atas kertas apa yang kamu
faham (pengetahuan sedia ada)
tentang konsep pendidikan dari
sudut pandangan Islam & barat.
6
Langkah 2:
3S (Smile, Salam & Share)

7
Prof. Hassan Langgulung (1987)
menegaskan pendidikan sebagai merubah
dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan
kepada setiap individu masyarakat
melalui pelbagai proses. Proses
pemindahan tersebut ialah pengajaran,
latihan dan indoktrinasi.
8
Pemindahan nilai-nilai melalui :
• pengajaran ialah memindahkan pengetahuan
dari individu kepada individu yang lain;
• latihan ialah membiasakan diri melakukan
sesuatu bagi memperoleh kemahiran,
• indoktrinasi pula menjadikan seseorang
dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang
lain.
Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam 9

masyarakat primitif dan moden.


Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) pula
mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan
bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati
dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia
bertujuan untuk menyediakan manusia bagi
menghadapi masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan
dan kepahitan. 10
Kesimpulan :
Keseimbangan & Integrasi antara roh, jasad
dan akal.
 Potensi fitrah manusia  tanggungjawab
sebagai khalifah.
 Ada keseimbangan dalam diri dan dalam
realiti kehidupan.

11
Konsep Pendidikan dari
sudut barat / sekular?

12
Tujuan Pendidikan
•Pendidikan Barat
•Pendidikan Islam
13
Bagi sesebuah masyarakat –

• Tujuan hidup menjadi tujuan pendidikan

• Jadi tujuan pendidikan bergantung


kepada tujuan hidup
14

14
Bagi sesebuah masyarakat –

Pendidikan merupakan :
• Alat untuk memelihara kelanjutan hidup. Bererti
manusia mewarisi berbagai nilai budaya turun
temurun
• Pengembangan total potensi individu untuk
menghadapi cabaran-cabaran kehidupan.
15

15
Pakar-pakar Pendidikan Barat telah melahirkan
beberapa aliran fahaman pendidikan.

Di antaranya ialah Esensialisme, Perenialisme,


Progresivisme, Rekonstruksionisme dan
Eksistensialisme.

Ada di antaranya yang mementingkan keduniaan


sahaja dan menolak nilai-nilai sejagat dan agama. 16

16
Mazhab-mazhab pendidikan Eropah Barat dan
Amerika ini, sejak abad ke 17 masihi,
beranggapan bahawa:

•Kebahagiaan di dunia ini adalah menjadi


tujuan hidup.

•Ia menitikberatkan kebendaan dan kegunaan


sesuatu untuk hidup bahagia di dunia. 17

17
Matlamat dan Tujuan-tujuan
Pendidikan Islam
•Pendapat cendikiawan zaman kegemilangan
Islam dan Kontemporari
•Makna Matlamat & Tujuan dan huraiannya
•Dasar-dasar tujuan hidup / pendidikan
•Al-Attas :- Ta’dib dan Pendidikan Sekular
•Rajah Skema/Tujuan Hidup
18

•Surah Al-Alaq 18
Pendapat
Cendikiawan Islam
tentang Pendidikan
19
al-Ghazali :-

Memupuk individu supaya patuh dengan ajaran


agama dan selamat di dunia dan akhirat.

Tujuan-tujuan keduniaan yang lain, seperti


mencari harta, kedudukan sosial, kuasa dan
cintakan ilmu, hanyalah ilusi kerana ia
berkaitan dengan dunia yang bersifat
20
sementara.
Ibn Khaldun :-
Tujuan pendidikan untuk mempersiapkan individu
dari segi:-
• agama berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
• akhlak
• kemasyarakatan
• vokesyional
• pemikiran
• kesenian 21
Ibn Khaldun
• Pendidikan meliputi teori dan praktikal
• menghidupkan semula nilai-nilai
• latihan dari segi ilmu & kemahiran
• membiasakan diri melakukan yang baik
supaya sampai kepada roh sempurna.

22

22
Muhammad Al Hadi
Matlamat pendidikan Islam merangkumi semua
keperluan jasad dan roh yang berbentuk
duniawi dan ukhrawi.
Antaranya ialah:-
•kebersihan ruh
•pembinaan ‘aqal dengan ilmu
•keikhlasan dalam amalan 23
Al-Abrasyi

Tujuan umum pendidikan:-


• Pembentukan akhlak mulia
• Kehidupan dunia dan akhirat
• Mencari rezeki
• Bangunkan semangat ilmiah dan profesional
• Bangunkan kemahiran teknikal dan amali
24
Miqdad Yalchin :-

Matlamat pendidikan islam :


• berdasarkan al-Quran & Sunnah
• membentuk dan perkembangkan insan supaya
menjadi muslim berilmu, beriman, beramal
soleh dan berperibadi mulia
• ke arah melengkapkan diri serta
bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah
25
Allah yang bertaqwa.
Menurut Omar al Syaibani, tujuan
pendidikan Islam adalah :
1. Tujuan yang berkaitan dengan individu,
meliputi perubahan yang berbentuk
pengetahuan, tingkah laku masyarakat,
tingkah laku jasmani dan rohani dan
kemampuan-kemampuan yang harus dimiliki
untuk hidup di dunia dan di akhirat.
26
2. Tujuan yang berkaitan dengan
masyarakat. Mencakupi perkara berikut :
 tingkah laku masyarakat
 tingkah laku individu dalam
masyarakat
 perubahan kehidupan masyarakat
 memperkaya pengalaman masyarakat.
27
3. Tujuan profesional yang berkaitan
dengan pendidikan dan pengajaran
sebagai ilmu, sebagai seni, sebagai
profesi, dan sebagai kegiatan
masyarakat.

28
1. Tujuan-tujuan Khas Pendidikan

Sesuatu perubahan yang


diinginkan biasanya di dalam
proses pengajaran selari dengan
tujuan ‘am.
29
2. Tujuan-tujuan ‘Am Pendidikan

Beberapa tujuan yang ingin dicapai dari


segi duniawi dan ukhrawi yang terarah
kepada tujuan akhir

3. Matlamat Pendidikan = Tujuan Akhir


Pendidikan
30
TUJUAN KHAS

Perubahan-perubahan yang diingini


melalui proses pendidikan seperti
gabungan pengetahuan, kemahiran,
pola-pola tingkah laku, sikap, nilai-nilai
dan kebiasaan yang terkandung dalam
tujuan akhir dan tujuan am pendidikan. 31
•Tujuan khas perlu dilakukan dahulu
sebelum tujuan am dan tujuan akhir.

•Biasanya dilakukan di bilik-bilik darjah –


dalam suasana sekolah.

•Tahu melakukan solat

•Boleh membaca Al-Quran 32


TUJUAN ‘AM PENDIDIKAN ISLAM

1. Mendapatkan keredhaan Allah (swt)


2. Bentuk akhlak yang mulia
3. Kenalkan hubungan & tanggungjawab
sosial
4. Tingkatkan semangat ilmiah & lengkapkan
ilmu supaya menguasai kerjaya hidup
33
5. Persiapan untuk kehidupan dunia &
akhirat
6. Melahirkan manusia bertaqwa
7. Manusia ta’abbudi
8. Bercita-cita tinggi dengan menjadi
alfalah sebagai tujuan hidup.
34
MATLAMAT PENDIDIKAN
ISLAM

Kembali kepada Allah


dengan selamat

35
Tujuan & Matlamat
boleh digabungkan
Tujuan pendidikan Islam ialah supaya
manusia itu menjadi individu yang
beriman dan bertaqwa,
berpengetahuan, berakhlak tinggi dan
beramal salih,
Supaya mencapai matlamatnya iaitu
berjaya dan selamat di akhirat 36
Aktiviti 2
Langkah 1:
Berdasarkan peranan yang diberikan,
bincangkan bersama ahli kumpulan
apakah tujuan pendidikan dari sudut
pandangan peranan tersebut.
37
Aktiviti 2
Langkah 2 :
Pilih 1 tujuan khusus pendidikan Islam
(dari pandangan cendikiawan Islam)
yang bertepatan dengan tujuan
pendidikan kumpulan kamu.
38
Aktiviti 2
Langkah 3 :
Kongsi pandangan kepada rakan
kamu kenapa tujuan ini menjadi
pilihan.

39
Dasar-dasar Pendidikan

√ Tujuan hidup menjadi tujuan pendidikan


√ Tujuan pendidikan bergantung kepada
tujuan hidup

Fahami dan hayati falsafah dan


tujuan hidup dari segi Islam
40
Dasar-dasar Pendidikan

 Percaya pada Allah.


Pendidikan adalah untuk kebahagian dunia
& akhirat bukan dunia sahaja.
 As Zariyaat- 51 -56:
Tidaklah aku mencipta jin dan manusia
kecuali agar mereka menyembah
41
kepadaku.
Dasar-Dasar Pendidikan

Konsep manusia:

1. Kanak-kanak dilahirkan suci dan


terserah kepada alam sekelilingnya
untuk mencorakkan penghidupannya .

Islam menolak teori kesalahan asal. 42


Dasar-Dasar Pendidikan

Konsep manusia:

2. Ruh dan jasad. Yang penting ruh –


kembali kepada Allah

43
Dasar-Dasar Pendidikan

Konsep manusia:

3. Di dunia – manusia sebagai Khalifah dan


juga Hamba Allah

• Mengabdikan diri kepada Allah

• Bumi diperuntukkan oleh Allah kepada


44

manusia untuk memakmurkannya.


4. Allah memberi akal dan pengetahuan,
digunakan untuk mengagungkan Allah dan
menghambakan diri kepada Nya.

5. Serba berkurangan – memerlukan dan


berharap kepada Allah

6. Asas menjadi Muslim: Rukun Iman dan


45
Rukun Islam; taqwa, cinta dan ukhuwah.
Proses & Bidang Pendidikan Islam
• Tujuan-tujuan Pendidikan Islam iaitu
untuk memberi perkembangan seimbang
dalam diri individu di semua aspek
dengan nilai-nilai keislaman.

• Dapat diwujudkan dengan berdasarkan


kepada Al-Quran dan as-sunnah dan akal
46

fikiran.
Jika tujuan pendidikan untuk menyebarkan
pengalaman dan kebudayaan dari generasi ke
generasi yang lain, dari segi Islam, ia
terbahagi kepada 2 kategori:-

1. Kemahiran dan pengetahuan teknikal yang


berubah dari masa ke semasa
47
2. Pengalaman berasaskan nilai-nilai
yang tetap yang terdapat dalam
agama.

Ia tidak berubah dan boleh didapati


daripada Al-Quran dan Sunah
48
Bidang Pendidikan Islam Syumul, luas
dan mencakupi perkara-perkara seperti
pendidikan tauhid, akal, kesihatan,
akhlak, akidah, emosi, etika dan sosial.

Ia memenuhi tuntutan dunia dan


akhirat. 49
Komponen-komponen dalam
Kurikulum:

1. Al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab


2. Al-ulum al-Insaniyah – Kemanusiaan:
• manusia sebagai individu dan
anggota masyarakat,
• psikologi, sosiologi dan sejarah dll 50
Komponen-komponen dalam Kurikulum:

3. Al-ulum al-Kauniyah - alam tabii :

• Sains, - astronomi, biologi, fizik,


kimia dll.

51
Syed Naguib Al-Attas: Semua ilmu
pengetahuan datang daripada Allah.
Ia terbahagi kepada 2 kategori:

1. Fardu ‘Ain: antaranya - Al-Quran,


Sunnah, Tauhid, Tasawuf, Psikologi.
Metafizik 52
2. Fardu Kifayah: antaranya sains
kemanusiaan, sains natural,
teknologi dll.

53
Syed Naquib Al-Attas :–
Matlamat pendidikan:
Orang baik di dunia dan akhirat
• yang menyedari sepenuhnya
tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang
Hak,
• yang memahami dan menunaikan keadilan
terhadap dirinya sendiri dan orang lain
54

dalam masyarakatnya,
Syed Naquib Al-Attas :–
Matlamat pendidikan: Orang yang baik
• yang terus berupaya meningkatkan setiap
aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan
sebagai manusia yang beradab.
• Al-insan kulliy : Manusia Universal /
sempurna. Muhamad s.a.w. - contoh
55
terbaik.
Pendapatnya sesuai dengan:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya


sembahyangku, ibadat ku, hidupku dan
matiku, semuanya adalah untuk Allah,
Tuhan seru sekalian alam.

56
Perbezaan Pendidikan Islam & Sekular

• Pendidikan sekular mendewa-dewakan


soal keduniaan dan ketepikan agama.

• Ia bersifat skeptikal terhadap pengetahuan


dan menegaskan aspek rasional manusia
sahaja.
Perbezaan Pendidikan Islam & Sekular

• Pendidikan Islam bertujuan membentuk


individu yang taqwa dan masyarakat yang
sempurna dengan mengabdikan diri kepada
Allah.
SKEMA HIDUP ISLAM
ALLAH Muhammad Rasulullah s a w ALLAH
Quran & Sunnah
Kembali kepada /
Keredaan Allah & Syurga

Kejadian Matlamat Hidup


Nabi Adam
&
Iblis Ingkar

Hubungan
Mendekatkan lagi dengan Neraka
Hubungan dengan ALLAH
Diturunkan Allah
Godaan
ke dunia Beribadah Iblis
Hubungan sesama manusia -
Berakhlak Mulia 59
http://www.ummah.net/history/scholars/ibn_sina/

http://taghrib.ir/melayu/?pgid=69&scid=164&dcid=368
31

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-
Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun

60
Kesimpulan:
Pendidikan menurut Islam ialah satu proses
berterusan untuk merubah, melatih, dan
mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia
dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang
bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan
yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada
Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di
61
dunia dan akhirat.
Maksud Pendidikan (Bahasa Arab):

1. TARBIYYAH

2.TA’LIM

3.TADRIS

4.TA’DIB 62
Tarbiyyah

Proses membentuk keperibadian


manusia dari satu tahap ke satu tahap
sehingga mencapai matlamat terakhir
 insan sempurna.

63
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“...dan doakanlah (untuk mereka
dengan berkata), Wahai Tuhanku,
cucurkanlah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku sesama
64
kecil.”
Ta’lim

Proses pengajaran atau pemindahan


ilmu kepada manusia untuk
merealisasikan fungsi, tugas dan
statusnya sebagai khalifah Allah di
bumi ini.
65
Firman Allah s.w.t. bermaksud :
“Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan
segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkan kepada Malaikat
lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada aku
nama benda-benda ini semuanya, jika
kamu golongan yang benar.”
66
Tadris

Pengajaran yang dilakukan oleh


seseorang kepada penuntut tentang
satu-satu mata pelajaran. Ia
menekankan ciri-ciri pembelajaran,
guru, murid dan mata pelajaran.
67
Ta’dib
Proses penyemaian dan penanaman adab
dalam diri seseorang.
Makna Adab luas, merangkumi hubungan :
• terhadap diri sendiri
• sesama manusia
• terhadap alam
• aspek spiritual 68
Sabda Baginda :

Tuhanku telah mendidik (addaba) aku


dalam bidang adab. Dia telah
menjadikan pendidikanku (ta’dib)
yang terbaik.
69
Ta’dib

Proses mendidik manusia agar mampu


memperkembangkan segala potensi ke
arah pembentukan tatasusila perlakuan
atau adab sebagaimana yang dikehendaki
oleh Islam.

Ia merangkumi Tarbiyah, Ta’lim dan Tadris.


70

Anda mungkin juga menyukai