Anda di halaman 1dari 8

Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Penggunaan Perkhidmatan Rel


Bandar di Kuala Lumpur.
Mengelakkan Kesesakan
• Kesesakan jalan raya kerap kali berlaku di bandar.
• Perkhidmatan kenderaan awam yang menggunakan rel
diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan.
• Perkhidmatan rel bandar menggunakan laluan khas untuk
bergerak.
• Contohnya: Laluan LRT dan monorel bergerak di bahagian ruang
atas dan tidak berkongsi dengan kenderaan lain yang
menggunakan jalan raya seperti kereta, bas dan lori.
Mengurangkan Kadar Pencemaran Udara
• Pencemaran udara di bandar dapat dikurangkan kerana kenderaan
ini bersifat mesra alam. Contohnya: LRT, Monorel menggunakan
tenaga elektrik dan bukannya bahan bakar petroleum.
• Kadar pencemaran bunyi juga akan berkurangan berbanding
dengan pengangkutan awam yang lain seperti bas dan teksi.
Berkualiti dan Selesa
• Perkhidmatan LRT dan monorel amat mementingkan
keselamatan dan keselesaan penumpangnya. Contohnya:
Ruang duduk yang disediakan lebih luas, santai dan mesra
Orang Kurang Upaya (OKU).
• Sistem tiket yang cekap dan cepat memudahkan pengguna
dan tidak perlu beratur panjang dan lama.
Ketersampaian Tinggi, Cepat dan Mudah
• Pengguna cepat sampai ke destinasi yang dituju kerana
perkhidmatannya laju dan tidak tersekat-sekat.
• Terdapat banyak stesen hentian bagi memudahkan pergerakan
dan menurunkan penumpang.
• Kekerapan perjalanan adalah banyak dan ini menyebabkan para
penumpang tidak perlu menunggu dengan lama.
Menjimatkan Kos dan Tambang
• Kos tambang yang dikenakan adalah berpatutan. Ia sesuai
dengan jarak, masa dan kualiti perkhidmatan yang disediakan.
• Penggunaan LRT dab monorel dapat menjimatkan kos petrol
dan kos tol berbanding dengan menggunakan kenderaan
sendiri.
Risiko Kemalangan yang Rendah
• Risiko berlaku kemalangan rendah kerana ciri-ciri keselamatan
adalah tinggi. Sebagai contoh: LRT menggunakan laluan khas
yang tidak akan bertembung dengan kenderaan lain.
• Oleh itu, kadar kemalangan adalah rendah atau jarang sekali
kerana pergerakannya dikawal dan mengikut kelajuan serta masa
yang ditetapkan.
Sekian,
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai