Anda di halaman 1dari 15

JELASKAN MAKSUD 4 PENDEKATAN PENGAJARAN SISTEM BAHASA YANG BOLEH

DIINTEGRASIKAN DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA. HURAIKAN 1 DARIPADA


PENDEKATAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN SECARA TERANCANG DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

OLEH:
ARENAWATI AB GANI
GADING UNGANG
NURUL HAYATI GIBUN
ramlah binti ajut
SITI KHADHIJAH RAMLI
SUHANA ANDAK
SUZANA JONNY
4 KONSEP
• 1. Pendekatan Induktif
• 2. Pendekatan deduktif
• 3. Pendekatan Eklektik
• 4. Pendekatan Komunikatif
KONSEP
• PENDEKATAN INDUKTIF

Pendekatan Induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak
ke hadapan kepada satu generalisasi (John,M.Kierzek & Walker Gibson:1990)

Pendekatan ini mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-


undang atau peraturan bahasa.

Pengajaran dimulakan dengan memberikan contohpenggunaan unsur-unsur


bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang unsur tersebut.

Contohnya dalam pengajaran ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya


dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal, kemudian, berpandukan contoh
tersebut, guru akan memandu murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal
• PENDEKATAN DEDUKTIF

• Pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan


pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu dan
menggunakan proses penaakulan yang tinggi.

• Pada peringkat ini guru tidak mendedahkan perkara yang hendak


diajar, menegaskan tujuan pengajaran , memberi tajuk pelajaran
dan memberi rangka kasar seluruh ayat

• Guru membuat generalisasi dalam langkah petama pengajaran


dengan cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan,
rumus-rumus tatabahasa dan pengertian yang berbentuk hukum
tertentu
Sambungan..

• Konsep dianalisis dalam langkah kedua


pengajaran dengan memberi contoh-contoh ,
diikuti langkah ketiga dan berikutnya.

• Generalisasi mengenai seuatu boleh dilakukan


dalam aktiviti gerak kerja kumpulan samada
bertulis atau latihan tertentu.

• Guru membuat kesimpulan mengenai konsep,


peraturan dan hukuman tertentu.
• PENDEKATAN EKLEKTIK

• Mengabungkan pendekatan Induktif dan Deduktif dalam proses


P&P

• Merupakan satu cara mengajar menggunkan pelbagai kaedah yakni


tidak terikat kepada satu kaedah mengajar sahaja.

• Guru boleh gunakan aktiviti dan kreativiti sendiri.

• Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid,


misalnya peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan
mendengar, diikuti latihan bertutur, membaca dan menulis.
• PENDEKATAN KOMUNIKATIF

• Merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan


kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita,
melapor dan lain-lain.

• Pengajaran bahasa merangkumi kecekapan bahasa iaitu penguasaan


sistem tatabahasa, serta kecekapan berkomunikasi.

• Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktur-struktur


bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang
dipilih oleh guru.

• Kecekapan pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur


bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khalayaknya.

• Kecekapan kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa


yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
APLIKASI PENDEKATAN INDUKTIF
DALAM PENGAJARAN BAHASA
PERINGKAT PENDEDAHAN
• Tajuk: Golongan kata

pen Sang Kancil pemandu bas


buku kucing Rengan
Harsanny Si Tompok mulut
guru Power Ranger Giant
Puan Rohaya Upin Ipin baju
sekolah Penggali kubur jam tangan
S.K. Kemayang KG. Dahan
Sila isikan jadual di bawah
menggunakan perkataan yang diberi:
Kata Nama Khas Kata Nama Am
PERINGKAT PEMBENTUKAN KONSEP
• Konsep
• Tanya soalan
• Secara individu pelajar diminta mengenal pasti
kata nama am dan kata nama khas
• Pelajar dikehendaki memasukkan perkataan
ke dalam jadual
• Guru akan menerangkan rumus kata nama
khas dan kata nama am
PERINGKAT PEMBENTUKAN KONSEP
sambungan..
• Generalisasi
• Kemudian pelajar membentuk kumpulan
• Guru akan memberi petikan untuk setiap satu
kumpulan
• Meminta pelajar membina ayat yang
mengandungi kata nama khas dan kata nama
am
Petikan
• Baru-baru ini, Rahila dan Dewi mengunjungi sahabat baik mereka, Nancy
bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. Mereka berbesar hati
kerana dapat berbual mesra dengan nenek Nancy yang peramah. Nenek
Nancy merayakan hari kebesaran masyarakat Cina itu bersama dengan
anak cucunya.

• Menurut nenek Nancy, Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama
mengikut kalendar Cina. Perayaan tradisi dari Negara China ini diraikan
untuk melahirkan kesyukuran kepada dewa dan nenek moyang mereka
yang memberikan hasil tanaman yang baik sepanjang tahun.

• Selain itu, menurut nenek Nancy lagi, menikmati jamuan makan malam
bersama dengan keluarga sudah menjadi tradisi pada malam tahun baru.
Pada ketika inilah seluruh ahli keluarga berkumpul setelah lama tidak
bersua. Setiap masakan yang dihidangkan pada malam istimewa itu pula
membawa maksudnya yang tersendiri yang melambangkan kemewahan,
nasib baik, dan murah rezeki.
PERINGKAT PENUTUP
• Guru menerangkan tentang rumus kata nama
khas dan kata nama am
• Pelajar diberi aktiviti susulan sebagai
pengukuhan
Sekian

Anda mungkin juga menyukai