Anda di halaman 1dari 27

• Terdapat dua jenis kepuasan, iaitu kepuasan kerja dan kepuasan kehendak.

Kepuasan kerja ini menumpukan kepada aspek kewangan/gaji, dan peluang


kenaikan pangkat, tetapi kepuasan kehendak adalah berkaitan dengan
konsep yang disarankan oleh Maslow tentang hierarki keperluan manusia.

• Locke dan Whiting (1973), telah mendapati ciri-ciri penting untuk kepuasan
pekerja di peringkat pertengahan dan atasan ialah naik pangkat, kejayaan
dalam kerja dan kelicinan aliran kerja.

• Tetapi untuk pekerja-pekerja di peringkat rendah, sumber-sumber kepuasan


mereka ialah gaji, jumlah kerja, suasana tempat kerja dan hubungan mesra
dengan pentadbir.

• Adakah anda setuju, mengapa? Cuba lihat faktor berikut ini, sejauh mana
ianya menepati diri anda dalam menghasilkan kepuasan kerja.
 Perkara-perkara seperti peluang untuk
menggunakan kemahiran dan kebolehan
individu, peluang untuk mendapatkan
pengetahuan baru; darjah kreativiti;
kesukaran kerja; jumlah kerja;
tanggungjawab; tekanan untuk prestasi;
kawalan ke atas cara melaksanakan tugas;
dan pengayaan kerja adalah merupakan sifat-
sifat kerja yang berkaitan dengan minat dan
kepuasan kerja individu ....kaitkan dengan
tugas anda
 Kerja yang boleh dilaksanakan tanpa banyak
menggunakan usaha, kemahiran atau
pemikiran adalah dianggap sebagai tidak
mempunyai cabaran mental. Keadaan ini akan
menimbulkan rasa bosan, kerana proses
mental yang terlibat semasa bekerja gagal
untuk menumpukan sepenuh perhatian
terhadapnya ....contoh
 Nilai kerja seseorang, iaitu nilai-nilai yang dicari
untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjanya,
mempunyai kaitan dengan keperluan asas
individu itu sendiri . Memang telah ternyata
bahawa jika terdapat banyak variasi dalam
kandungan atau sifat tugas, kepuasan kerja akan
diperoleh. Oleh itu, kerja yang diberi kepada
guru-guru untuk dilaksanakan hendaklah
memberi cabaran mental dan tidak rutin supaya
cabaran yang diterima akan membawa lebih
kemajuan. Sekiranya guru diberi tanggungjawab
yang memerlukan sesuatu hasil yang
membanggakan, ini akan membawa kepuasan
kepadanya kerana dirinya sendiri terlibat untuk
mendapatkan kejayaan itu.
 Sebaliknya jika guru yang tidak bertanggungjawab
diminta melibatkan diri untuk melaksanakan tugas itu,
dia tidak akan berasa puas walaupun tugas itu
membawa kejayaan. Menurut (Edwin, AL., 1978),
kejayaan ke atas kerja atau penyelesaian sesuatu
masalah, atau dapat mempertingkatkan prestasi
merupakan faktor utama yang menentukan kepuasan
kerja. Jadi, adalah baik jika pengetua menyediakan
tugas yang bukan sahaja mempunyai cabaran mental,
tetapi kerja yang mampu untuk dilaksanakan dengan
berjaya oleh guru-guru untuk mendapatkan kepuasan.
individu yang terlibat semasa menjalankan tugas tidak
semestinya mencapai kejayaan akhir tetapi memadai
dengan menikmati kemajuan berperingkat-peringkat
semasa melaksanakan tugas dari mula hingga akhir.
 Kepuasan kerja memang dapat diperoleh jika
individu yang terlibat merasakan kerja itu
betul-betul menyeronokkan dan bermakna.
Dengan sebab itu seseorang berhak memilih
jenis pekerjaan yang diminatinya.
 Walau bagaimanapun, tidak kesemua pekerja
mencari cabaran dan tanggungjawab, jadi
tidaklah bermaksud pengayaan kerja akan
menghasilkan kepuasan kepada semua
orang.
 Contohnya, Mungkin terdapat guru yang
inginkan kenaikan gaji, inginkan keperluan
sosial, dan guru-guru yang begini mungkin
tidak akan berasa puas jika diberi tugas yang
diubahsuai atau ditukar bentuknya. Lagipun,
kedua-dua jenis pekerja ini tidak mempunyai
tanggapan yang sama tentang kerja, jadi
guru-guru yang tidak mengharapkan kerja
yang memerlukan cabaran mental tidak akan
menghasilkan tugas yang sama kualiti,
kuantiti dan kepuasan jika dibandingkan
dengan guru yang mengharapkan kerja yang
demikian.
 Orientasi ke arah faktor-faktor motivasi adalah
berkaitan dengan penyempurnaan berbagai-
bagai ‘set’ keperluan. Selalunya motivasi intrinsik
adalah untuk menyempurnakan keperluan untuk
perkembangan diri dan penyempurnaan diri,
seperti di dalam hierarki Maslow yang disebut
keperluan aras tertinggi. Motivasi ekstrinsik pula
berkaitan dengan penyempurnaan keperluan di
aras terendah dalam hierarki Maslow, iaitu
fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.
 Keperluan untuk penyempurnaan kendiri
mungkin merupakan ciri-ciri keperluan individu
yang mempunyai latar belakang pendidikan yang
tinggi.....setuju?
 Individu yang menekankan faktor-faktor
intrinsik semasa dalam lingkungan umur
pertengahan akan menumpukan pula kepada
faktor-faktor ekstrinsik apabila hampir akan
bersara. Mengapa?
 Ini adalah kerana saluran untuk mendapatkan
motivasi intrinsik telah hampir tertutup. Oleh
itu, individu berkenaan akan menukar haluan
kepada aspek-aspek ekstrinsik dalam kerja.
 Adakah gaji menimbulkan motivasi dan
kepuasan kerana gaji hanya bergantung
kepada perbezaan antara jumlah gaji yang
diterima dengan nilai sebenar gaji itu.
Kepuasan dari gaji akan dilihat oleh individu
sebagai fungsi gaji yang diterima bersesuaian
dengan input dan output individu itu jika
dibandingkan dengan orang lain.
 Apabila kompensasi dan segi kewangan
selaras dengan penyempurnaan,
pengiktirafan, perkembangan dan sifat kerja,
ia akan bertindak bersama-sama dengan
faktor-faktor ini untuk menentukan motivasi
dan kepuasan, Mengapa ada individu yang
memilih kerja yang mudah dan kurang
mencabar walaupun gaji yang diterimanya
kecil. Keadaan begini juga terdapat apabila
terdapat guru-guru yang tidak menerima
tawaran untuk dinaikkan pangkat walaupun
gaji yang ditawarkan lebih tinggi.
 Mengapakah kesatuan sekerja masih lagi
meminta dipertimbangkan untuk kenaikan
gaji, walaupun di dalam keadaan ekonomi
yang meleset seperti di negara Malaysia
sekarang? Ini disebabkan keperluan untuk
kenaikan gaji adalah untuk menyempurnakan
keperluan fizikal individu. Wang juga menjadi
simbol kejayaan, sumber untuk pengiktirafan,
dan juga untuk mendapatkan nilai-nilai hidup
yang lain. Bagi setengah-setengah orang, gaji
adalah simbol status, yang lain pula
merasakan wang dapat memberi kebebasan
bertindak dalam apa juga aspek kehidupan.
 Kadang-kadang permintaan untuk gaji yang
sesuai adalah semata-mata untuk
mendapatkan layanan yang adil dan saksama.
Keperluan untuk gaji yang bersesuaian juga
adalah berkaitan dengan aspek
sosioekonomi, dan ini membuktikan
kenyataan yang mengatakan manusia walau
di tahap mana dia berasa masih perlukan
lebih wang. Keperluan begini bukanlah
merupakan pendorong lagi tetapi sebagai
satu desakan untuk mencapai motif yang
berkaitan dengan status, pengiktirafan, dan
keperluan ego seseorang.
Di antara punca keinginan untuk kenaikan pangkat
adalah seperti berikut:

1. Untuk mendapatkan perkembangan psikologi


dengan mendapatkan lebih tanggungjawab.
2. Untuk dilayan dengan adil dan saksama, apabila
orang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama
dengannya telah pun diberi kenaikan pangkat.
3. Untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.
4. Untuk mendapatkan sosial status terutama untuk
mereka yang mempunyai imej kendiri berdasarkan
pandangan dan anggapan orang lain.

Aktiviti: Bagaimanakah guru-guru dinaikkan


pangkat di dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Bincangkan..
 Pekerja mengharap ketua akan selalu memberi
persetujuan dan pengiktirafan terhadap kerja
yang dilakukannya. Mereka ingin dihormati dan
juga keperluan-keperluan ego yang lain. Kualiti
kepimpinan ketua akan mencorakkan kedudukan
dan tingkah laku pekerja dalam sesuatu
organisasi. Pekerja sentiasa menilai dan
menghargai kata-kata pujian yang diberikan oleh
ketua ke atas kerjanya kerana kata-kata dari
orang yang mereka hormati dan sanjungi adalah
cukup bermakna.
 Pengiktirafan dengan peneguhan yang positif
merupakan faktor penting yang menentukan
kepuasan kerja. Pengiktirafan lisan juga
merupakan maklum balas keupayaan dan
kebolehan kerja seseorang. Keinginan untuk
pengiktirafan ini adalah untuk mencapai
keperluan keagungan diri dan juga untuk
mendapat konsep kendiri yang positif.
 Secara am, pekerja menghargai suasana
sekeliling tempat kerja yang selamat, dan
menyenangkan. Suhu, suasana, peredaran
udara, cahaya lampu, kebisingan hendaklah
di dalam keadaan yang tidak keterlaluan
supaya dapat mengurangkan keadaan yang
tidak tenteram. Selain itu, pekerja juga
mahukan tempat kerja yang berhampiran
dengan tempat kediaman, bangunan baru
dan bersih, juga kelengkapan dan alat-alat
yang mencukupi.
 Di sekolah-sekolah, pengetua hendaklah
mengambil kira keadaan bilik guru dan juga bilik
darjah yang mana guru-guru akan melaksanakan
tugas pengajarannya. Keadaan bilik guru yang
sempit, tidak terurus kerana ruang yang tidak
mencukupi, alat kelengkapan dan perabot yang
telah usang, peredaran udara yang tidak selesa,
keadaan yang bersesak-sesak dan menimbulkan
rasa panas, bilik rehat yang tidak bersih dan
berbagai-bagai keadaan yang tidak
menyenangkan hendaklah diberi perhatian
supaya keadaan yang selesa dapat diwujudkan.
Keadaan yang selesa akan membantu
menghasilkan penyempurnaan kerja yang
bermutu dan juga mengurangkan rungutan
kakitangan.
 Pekerja lebih suka jika ketua yang
memimpinnya berorientasikan pekerja. Ini
termasuklah ketua yang mempunyai sifat
ramah dan mesra, memuji dan menggalakkan
prestasi yang baik, mendengar rayuan dan
pandangan pekerja, dan memberi perhatian
kepada diri dan kerja mereka. Pekerja ingin
dihormati dan dilayani dengan adil dan
saksama.
 Dalam model ini, usaha ialah jumlah daya tenaga
yang digunakan oleh pekerja untuk menyempurnakan
tugas. Jumlah daya tenaga ini bergantung kepada
nilai ganjaran dan pengamatan yang dibuat tentang
kebarangkalian hubungan usaha dan ganjaran, iaitu
individu akan mengamati sebanyak mana ganjaran
yang dapat diperoleh daripada jumlah usaha yang
disumbangkan. Sekiranya pekerja memberi nilai
tinggi ke atas ganjaran dan juga merasakan melalui
usaha lebih akan mencapai ganjaran tersebut, maka
mereka akan bekerja gigih dan berusaha lebih untuk
mencapainya.
 Pencapaian yang baik atau tidak bergantung
kepada kebolehan dan sifat semula jadi
pekerja dan juga pengamatan peranan yang
dibuat. Prestasi tidak sahaja bergantung
kepada usaha individu tetapi juga kepada
keupayaan pekerja (seperti mempunyai
kemahiran dan pengetahuan tentang kerja).
 Menurut Porter dan Lawler, kepuasan intrinsik
dan ekstrinsik akan menghasilkan kepuasan
terhadap prestasi, dan ganjaran setimpal
yang diamati akan mempengaruhi hubungan
prestasi-kepuasan ini. Individu hendaklah
diberi ganjaran setimpal dengan tahap
prestasi yang dihasilkan.
 Dalam model ini, kepuasan adalah satu
daripada faktor-faktor yang mempengaruhi
dan diperoleh hasil daripada perbandingan
antara ganjaran sebenar dengan ganjaran
setimpal yang diharapkan oleh pekerja. Jadi,
sekiranya ganjaran yang diterima menepati
atau melebihi apa yang diharapkan, individu
itu akan berasa puas.
 Sebaliknya jika kurang, individu itu akan
berasa tidak puas. Jadi model ini mengenal
pasti bahawa kepuasan adalah ditentukan
oleh ganjaran yang sebenar diperoleh dan
juga berdasarkan tanggapan individu tentang
ganjaran yang sepatutnya diterima menurut
tahap prestasinya. Satu perkara penting
dalam model ini ialah kepuasan adalah lebih
bergantung ke atas prestasi dan bukan
prestasi bergantung ke atas kepuasan.
 Lawler dan Porter telah menyarankan supaya
pentadbir cuba mengukur pembolehubah-
pembolehubah seperti nilai ke atas ganjaran,
tanggapan kebarangkalian tentang motivasi-
ganjaran, dan pengamatan peranan yang
akan dimainkan. Ini adalah untuk
memudahkan pentadbir memahami apakah
kaitannya antara usaha pekerja dengan
prestasinya dan seterusnya pengaruh prestasi
ke atas kepuasan pekerja.

Anda mungkin juga menyukai