Anda di halaman 1dari 19

KEMAHIRAN MENULIS

BUKU TEKS MS 44

RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN BAHASA MELAYU
TAHUN 3 TS25
 TEMA
 3-Peka Keselamatan
 UNIT
 7.1-Fikirkan Keselamatan
 STANDARD KANDUNGAN
 3.2-Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang
bermakna.
 STANDARD PEMBELAJARAN
 3.2.2-Membina dan menulis jawapan pemahaman
secara kritis berdasarkan soalan;(i)bertumpu ;
(ii)bercapah
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


Menulis jawapan pemahaman dengan
betulnya berdasarkan soalan yang diberikan.
KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya berjaya
sekiranya dapat:
1)Menyatakan sekurang-kurangnya tiga
maksud soalan daripada lima soalan.
2)Membina sekurang-kurangnya tiga jawapan
pemahaman yang kritis berdasarkan soalan
yang diberikan.
3)Menulis jawapan sekurang-kurangnya tiga
jawapan pemahaman daripada lima soalan
dengan betulnya.
4) Menyatakan dua tindakan cara selamat di
hadapan pagar sekolah semasa sibuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 SET INDUKSI
1. Murid ditunjukkan gambar pengawal
keselamatan serta pakaian seragam mereka.
2. Murid juga ditunjukkan contoh gambar
tempat-tempat yang mempunyai pengawal
keselamatan bertugas.
3. Guru dan murid-murid bersoal jawab tentang
gambar tersebut.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 Langkah 1
 Murid dibimbing oleh guru membaca dan
memahami perenggan
 Murid menyanyikan lagu “ Tanya Sama Guru”
lagu teknik membina jawapan dengan
betulnya.
 Guru menayangkan sisip kaca untuk ditonton
oleh murid.
Tanya sama guru, cara hendak jawab
Nanti jawab guru, mudah caranya
Tanya pada guru, nanti jawab guru
Lihat kata tanya, potong dan ganti
Jika potong depan, tulis jawapannya
Jika potong belakang, sama caranya
Ingat cara ini, potong lalu ganti
Jangan pusing ayat, idea pun mati

8
contoh
Encik Zul

Siapakah yang menjaga lalu lintas di pagar sekolah itu. ________


yang menjaga lalu lintas di pagar
_______________________________________
Encik Zul
sekolah itu.
___________________________________________
____
Tanya sama guru cara hendak jawab
Nanti jawab guru mudah caranya
Tanya pada guru nanti guru jawab
Lihat kata tanya potong dan ganti
Jika potong depan tulis jawapannya
Jika potong belakang sama caranya
Ingat cara ini potong lalu ganti
Jangan pusing ayat idea pun mati
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 Langkah 2
1. Murid dibimbing oleh guru membaca dan
memahami soalan yang diberikan
berdasarkan perenggan yang dibaca.
2. Murid dibimbing oleh guru membina
jawapan pemahaman berdasarkan soalan
yang diberikan dengan menggunakan
formula lagu.(KBAT)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 Langkah 3
1. Murid membina jawapan dengan ayat yang
betul dan lengkap berdasarkan soalan yang
diberikan.(KBAT)
2. Murid menulis jawapan pemahaman dalam
aplikasi google classroom atau quizzizz.
(Pembelajaran dalam talian)
3. Murid dan guru menyemak jawapan dan
markah bersama-sama.(Pentaksiran)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 Penutup
1. *PROJEK MINI (Pengayaan/pentaksiran)
2. Murid boleh catatkan maklumat penting tentang
tempat tinggal mereka.
3. Murid-murid boleh sertakan gambar tempat tinggal
kamu atau melukis gambar rumah mereka
4. Murid-murid diminta mencatatkan nombor telefon
orang penting yang boleh dihubungi untuk tujuan
keselamatan.
5. Contoh projek mini dilampirkan dalam aplikasi google
classroom.
 Pengisian Kurikulum: 
 KB- Menganalisis, Kontekstual- Pengetahuan
sedia ada, BCB- Bacaan intensif
 Nilai: 
 Bertanggungjawab
 EMK: 
 Kemahiran Berfikir, Keselamatan Jalan Raya
 BBM : 
 Buku Teks ms 44
 Gambar
 Aplikasi google classroom
 quizzizz (https://quizizz.com/join/quiz/5e9877ea4e
6c49001cde9290/start?studentShare=true)
 Penilaian Pengajaran & Pembelajaran: 
 Menjawab soalan pemahaman
 Mencatat maklumat keselamatan diri
Gambar pengawal keselamatan,
pakaian dan pondok pengawal
Soalan pemahaman di quizizz
Refleksi : HASIL KERJA MURID
CONTOH MARKAH QUIZIZZ

Anda mungkin juga menyukai