Anda di halaman 1dari 19

GMGA2023

DASAR AWAM
(PJJ UUM-KAMPUS IPOH)

BAB 2 : TEORI-TEORI DASAR AWAM

Ms. ROHAYA BT ROAIS


EMEL : rohaya.roais@gmail.com
OBJEKTIF
• Memahami teori-teori utama dalam proses pembuatan dasar
awam.
• Menyenaraikan ciri-ciri utama dalam setiap teori yang
dibincangkan.
• Menganalisis kepentingan setiap teori dalam proses pembuatan
dasar awam.
• Mengenal pasti kewajaran penggunaan teoriteori tersebut dalam
proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar awam.
KENAPA PERLUNYA TEORI?
1. Utk memudahkan & menerangkan pemikiran rakyat
terhadap kerajaan dan politik.
2. Utk kenalpasti tenaga politik yang penting dalam masyarakat.
3. Memberi pengetahuan yang releven ttg kehidupan (politik).
4. Utk pertanyaan secara langsung mengenai politik.
5. Mencadangkan bbrapa pernyataan terhadap peristiwa politik
& kesan kpd masyarakat.
TEORI INSTITUSI
• Satu kegiatan institusi yang terlibat secara langsung dlm proses
perancangan, pembuatan, pelaksanaan & penguatkuasaan dasar.
• Institusi kerajaan telah memberi dasar awam kepada 3 ciri :
– Kerajaan mendapat pengesahan yang sah kepada polisi
tertentu.
– Hanya polisi kerajaan sahaja yang terlibat secara menyeluruh /
universal.
– Kerajaan berkuasa dan mampu memonopoli sepenuhnya
masyarakat & berupaya utk mengenakan paksaan terhadap
rakyat.
TEORI NEO-INSTITUSI
• Tidak hanya mengkaji struktur institusi politik
tetapi menekankan gelagat individu yang menerajui
institusi-institusi politik.

• Melihat jenis-jenis tingkahlaku politik dalam


pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
TEORI KELOMPOK
• Interaksi antara kelompok wujud permintaan &
tuntutan terhadap sesuatu isu.
• Berkongsi minat dan mempunyai kepentingan
bersama (common interest).
• Hasil desakan/tuntutan dari kumpulan-kumpulan
yang berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.
• Memberi tekanan/mendesak kerajaan melalui
interaksi.
TEORI ELIT
• Dasar awam mencerminkan
pilihan golongan elit.
• Tidak mencerminkan
permintaan / tuntutan
masyarakat.
• Pegawai/pentadbir hanya
melaksanakan dasar yang
ditetapkan oleh golongan elit.
CIRI-CIRI TEORI ELIT
1. Kuasa – berkuasa & dikuasai.
2. Jumlah - minoriti adalah memerintah & majoriti
diperintah.
3. Mobiliti – Pergerakan golongan bawahan perlahan
utk memelihara kemantapan dan mengelakkan
revolusi.
4. Nilai elit – Rakyat tidak mempengaruhi elit politik
ttpi elit mempengaruhi rakyat.
Samb..

5. Darjah apati - Keaktifan dan keghairahan golongan


elit bergantung kepada darjah apati orang ramai.
Semakin apati rakyat, maka lebih mudah elit
menguasai dan mempengaruhi rakyat.
TEORI BERSIFAT PENAMBAHAN
-> Sebagai sambungan drpd aktiviti kerajaan yg lalu dgn
hanya membuat beberapa penambahan atau
pengubahsuaian.
-> Pendekatan ini digunakan kerana:
1.Halangan – kewangan, masa,pengetahuan, pengalaman
dan pengumpulan maklumat
2.Pencapaian objektif dan matlamat yang lebih baik.
3.Mudah mendapat persetujuan ramai, menjimatkan
belanja atau peruntukan.
MODEL TEORI PENAMBAHAN
Contoh:
Bajet Tahunan

Sumber: Dye, T. R., 2005: 19


TEORI RASIONAL
• Polisi sebagai Pencapaian matlamat yang paling cekap.
• Mengambil keputusan yang rasional secara menyeluruh
sebelum dasar awam dilaksanakan.
• Proses pengambilan keputusan :
- kumpul fakta & data.
- analisis masalah.
- kenalpasti pilihan yang telah dipilih.
TEORI PERMAINAN
• Satu alat penganalisaan sbgai panduan yg praktikal kpd
proses pembuatan dasar oleh pegawai kerajaan.
• Dye (1978) – konsep utama teori ini ialah strategi dalam
merangka satu set gerakan untuk mencapai hasil yang
optimum selepas pertimbangan pemain-pemain yang lain.
• Pemain - pembuat dasar yang mempunyai sekurang-
kurangnya 2 @ lebih cadangan.
TEORI ANARKI TERANCANG
• Diperkenalkan oleh John w. Kingdon.
• 2 bidang yang terlibat dari tahun 1976 – 1979 :
- kesihatan
- pengangkutan
• Tiga aliran dalam proses pembuatan polisi
1. aliran masalah – fokus pd org awam & pembuat polisi
2. aliran politik – pentadbiran (peg politik atasan)
3. aliran polisi – polisi awam yg dipilih utk selesai masalah
TEORI SISTEM
• Proses pengagihan sumber dalam bentuk mekanisme
input & output yang melibatkan tuntutan di satu
pihak & keputusan di satu pihak yg lain.
• Dasar awam wujud hasil daripada rangsangan sistem
politik dengan faktor persekitaran.
1. PERSEKITARAN – pengaruh luar (dalam & luar masyarakat).
2. INPUT – sokongan & tuntutan masyarakat.
3. OUTPUT – keputusan & tindakan dari pihak berkuasa
4. MAKLUM BALAS – menyokong / tidak menyokong
KESIMPULAN
• Dasar awam merupakan panduan kepada
pentadbiran awam. Kejayaan sesuatu dasar itu
bergantung kepada peranan pembuat dasar dalam
menyediakan satu dasar yang sesuai terutamanya
dalam negara demokrasi seperti di Malaysia.

• Dasar awam yang rasional mampu dalam menjamin


pentadbiran yang sistematik.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai