Anda di halaman 1dari 23

KONSEP MENGAJAR

SEBAGAI SATU PROFESION


EDUP3083
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME GURU

Disediakan Oleh:
Frenerietta Sobitun
Aimi Liyana Binti Ali Borhan
Nilley Cenderella Masuaning
y2mate.com - lawak_bola
_p_ramlee_l1V6zwVbB58
_360p.mp4
Profesional
× Seorang yang menawarkan jasa atau layanan sesuai
dengan protokol dan peraturan dalam bidang yang
dijalaninya dan menerima gaji sebagai upah atas jasanya

× Merupakan anggota dalam sesebuah organisasi yang


didirikan sesuai dengan hukum di sebuah negara atau
wilayah.

3
Ciri – ciri
profesion
David J. Lieberman (2008)

4
 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik, penting
dan mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan
negara.

 Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan


intelek semasa memberi perkhidmatan.

 Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus


dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu
tempoh masa tertentu.

5
 Ahli sesuatu profesion adalah pakar dalam bidang
pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa
menjalankan tugasnya.

 Orang profesional adalah pekerja yang mementingkan mutu


perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan
tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran wang
semasa memberi perkhidmatan.

 Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang


berkuasa menentukan nilaitara untuk kemasukan,
mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

6
 Setiap ahli profesion mematuhi sesuatu kod etika yang
ditentukan oleh organisasi profesion itu.

 Setiap ahli profesion akan bertanggungjawab terhadap semua


tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

Rumusan Konsep Profesion

 Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang


mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan

7
Konsep profesion
perguruan dan
keguruan
8
8
 Keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan
peranan, tugas dan kelayakkan sebagai guru.

 Profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran


yang memerlukan tahap pelajaran yang tinggi dan
latihan khas seperti di Institut Perguruan Malaysia.

 Profesion keguruan merupakan pekerjaan yang


berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab,
sifat dan kualiti guru.

9
Guru sebagai Profesional
 Konsep profesional ialah  Orang yang
orang yang bergiat dalam mengamalkan ilmu
bidang profesion. pengetahuan,kepakaran
dan kemahirannya dalam
profesion keguruan.

10
 Mengikut falsafah parenialisme, guru ialah orang berautoriti. Ilmu
pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan.

 Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dan kemahiran dengan
baik.

 Guru bukan sahaja menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi juga


membantu mereka untuk memberi makna, kebenaran, susunan dan
hubungannya dengan pengalaman pelajar itu sendiri supaya apa yang
dipelajari akan menjadi lebih bermakna pada diri mereka

 Sebagai guru yang profesional, guru perlu mempunyai kemahiran yang


tinggi
 Antara kemahiran yang mesti dikuasi oleh guru adalah kemahiran berfikir;
kemahiran interpersonal; kemahiran komunikasi; kemahiran memimpin;
serta kemahiran berilmu.
11
Profesionalisme
 Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara
pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya
terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

 Profesionalisme berasal daripada profesion yang mempunyai


hubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus
untuk menjalankannya, (KBBI, 1994).

 Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari


seseorang yang profesional (Longman, 1987).

12
Ciri – ciri
profesionalisme
13
1. Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku
yang mendekati piawai ideal.
 Selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang
telah ditetapkan.

 “Piawai ideal” ialah suatu peringkat perilaku yang dipandang


sempurna dan dijadikan sebagai rujukan

14
2. Meningkatkan dan memelihara imej profesion
 Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh keinginan seseorang
guru untuk meningkatkan dan memelihara imej profesion dengan
mewujudkan perilaku profesional.

 Misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa,


sikap tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan dengan individu
lainnya.

15
3. Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion

 Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan


profesion yang dipegangnya. Justeru, seseorang itu akan memiliki
rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya.

16
Siapakah Guru?
 Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan
sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat yang
berstatus.

 Merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang


dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar-pelajar di
sekolah.

17
Ikthisas keguruan

 Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan


latihan dan pendidikan yang mendalam.

 Mengajar merupakan sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek


dan tindakan yang cekap.

 Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang, menilai murid-


murid mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan
kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah
yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan.

 Golongan guru meliputi pelbagai latar belakang dalam


kelayakan akademik dan latihan. Contoh; kelulusan SPM,
Diploma dan Ijazah. Perbezaan kelayakan ini
menyebabkan guru dikelaskan dalam berbagai
Kategori – DG54, DG52, DG41.

18
Siapakah Guru?
 Perlu menerima latihan dalam perguruan
 Pengetahuan yang luas
 Perlu menguasai kaedah dan cara penyampaian dalam pdpc
 Mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji
.

19
Peranan-peranan lain
 Agen perubahan

 Pengganti ibu bapa

 Penasihat & Pembimbing

 Penggerak kepada pembentukan peribadi anak - anak

20
RUMUSAN
 Ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion keguruan ;

 Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan


 Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam
bilik darjah.
 Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan
guru dalam segala aktiviti profesionalnya.
 Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan
negara.
 Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

21
 Ciri-ciri lain yang tidak dianggap sebagai suatu profesion.
di antaranya ;

 Pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja.


 Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan
tidak banyak persaingan.
 Autonomi seseorang guru adalah terhad.
 Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru
daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh kesatuannya.
 Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan
keguruan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan guru yang
mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Oleh itu, profesion keguruan masih belum boleh dianggap sebagai


suatu profesion dengan erti kata yang sepenuhnya.

22
SEKIAN, TERIMA KASIH

23

Anda mungkin juga menyukai