Anda di halaman 1dari 3

PENGUCAPAN

AWAM
AZELAH HARYATI RAMJIT ALYA
DEFINISI
◦ Pengucapan awam boleh ditakrifkan sebagai satu komunikasi lisan yang teratur,
menggunakan perkataan sebagai asasnya dan melibatkan komunikasi bukan lisan
serta dibantu oleh alat pandang dengar bagi menambah atau mengubah
pengetahuan dan pengalaman atau untuk mempengaruhi sikap dan tingkah laku
khalayak.
◦ T Hunt (1987), menjelaskan pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah
fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada para hadirin dengan menggunakan
lambang-lambang bahasa.
◦ Mat Jizat Abdol (1992), berpendapat bahawa pengucapan awam tergolong kepada
segala bentuk persembahan ucapan, syarahan dan juga ceramah.
◦ Maimunah Osman (2000), berpendapat, pengucapan awam adalah satu interaksi
penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar.
PENUTUP
◦ Seorang pengucap haruslah menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan agar
dapat menyampaikan pengucapan awam dengan baik. Semasa menyampaikan sesuatu
ucapan, seorang penyampai adalah dalam keadaan besemuka dengan pendengar.
Segala gerak laku dan penampilan diri serta persembahan seseorang penyampai adalah
menjadi tumpuan pendengar dan audiensnya. Dalam konteks ini, walaupun seseorang
penyampai lebih banyak memberikan maklumat dari menerimanya tetapi ransangan
komunikasi yang diterima adalah sangat penting dan boleh mempengaruhi persembahan
sesuatu ucapan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa seseorang penyampai bukan sahaja
harus menguasai kemahiran komunikasi sahaja, malah mereka juga hendaklah
menguasai kemahiran fizikal seperti pergerakan tangan serta kemahiran psikologikal
seperti memahami riak wajak pendengar.

Anda mungkin juga menyukai