Kuliah Minggu 1
Kuliah Minggu 1
Pengenalan Kepada
Penulisan Akademik
Oleh
Peraturan yang paling penting ialah idea yang hendak disampaikan seharusnya
dianalisis berdasarkan fakta dan bukti yang munasabah dan boleh diterima
dalam dunia akademik.
“Ahmad menyatakan dia telah menyimpan buku perpustakaan itu untuk sekian
lama”, dengan kata lain/secara mudahnya/adalah lebih baik mengatakan
dia telah mencuri buku itu.
Terdapat juga kesempatan dalam penghujahan apabila pertentangan pendapat
diambil kira atau dirujuk. Bagi memudahkan penghujahan demikian dilakukan
kata penghubung tetapi digunakan.
Masa yang ada untuk perbincangan adalah terbatas bagaimanapun/namun
demikian/meskipun demikian/namun ia masih boleh membuahkan hujah-
hujjah yang menarik dan berkesan.
Linking words/perkataan penghubung adalah penting
Pertama, bagi membolehkan penulis menyusun idea/maklumat dengan cara
yang kemas.
4. Dan terus ajukan soalan-soalan yang boleh membantu anda dalam peruses
penulisan.
5. Cuba berbincang dengan rakan dan pengajar bagi mencerahkan idea yang
lebih jelas.
Untuk mempertajamkan percambahan fikiran, anda perlu membaca
sebanyak yang mungkin dan menyusunaturkan sumber mengikut
bahagian-bahagian yang relevan.
5.1. Peringkat-peringkat dalam Penulisan Ilmiah
i. Tajuk - Fikirkan tajuk yang sesuai dan terfokus.
Sediakan senarai rujukan yang relevan
ii. Buat tinjauan literatur - fokuskan kepada kepentingan dan
kerelevanan sumber dengan tajuk
iii. Tentukan kandungan - sediakan bentuk/lakaran idea
iv. Tulis deraf pertama secara akademik
v. Baca secara kritis – baiki deraf pertama
vi. Tulis deraf akhir – buat suntingan
vii. Kumpul dan susun bibliografi
6. Tujuan Penulisan Akademik Sains Sosial
The purpose of academic writing is to demonstrate the result of your research
processes inquiry. Writing is also a kind of learning – drawing together your
thoughts, ideas, and concepts from the course and applying them to a
particular question.
Tujuan utama kita memindahkan pemikiran kita ke atas kertas ialah untuk
memaparkannya kepada orang lain.
Tetapi oleh kerana kita biasanya tidak berada di sisi mereka (pembaca) apabila
tulisan kita itu sebenarnya dibaca, kita tidak dapat melihat reaksi para
pembaca tersebut atau menjelaskan perkara yang mereka tidak faham di dalam
penulisan tersebut.
Mantapkan tabiat menulis yang baik. Pilih satu masa yang baik yang paling
sesuai untuk bekerja. Kemudian gunakan masa ini setiap hari untuk menulis.
Sebagai tambahan kepada saranan ini, seseorang itu haruslah sedar bahawa
proses penulisan bergerak secara perlahan-lahan dan seseorang itu haruslah
dapat menyelesaikan dirinya dengan proses tersebut. Seperti seorang pelari yang
memanaskan badannya sebelum sesuatu perlumbaan, si penulis juga perlukan
kegiatan untuk mencerdaskan minda dan jari-jemarinya. (Creswell, 1994, hal.
195-6)
“HASIL PENULISAN SAINS SOSIAL YANG SAINTIFIK
BOLEH MENGUBAH PANDANG DUNIA MASYARAKAT
DAN PEMBUAT POLISI PEMBANGUNAN SOSIO-
EKONOMI DAN POLITIK SESEBUAH NEGARA”