Anda di halaman 1dari 12

Konsep kewarganegaraan

• Kewarganegaraan secara asasnya melibatkan hak dan


tanggungjawab.
Hak

• Hak ini adalah hak sebagai warganegara yang diberikan


oleh state atau negara
• Setiap warganegara mempunyai hak, antaranya, hak asasi
sebagai manusia, hak untuk mengundi dan sebagainya
• Hak ini exclusive iaitu mereka yang bukan warganegara
tidak mempunyai hak
Tanggungjawab

• Prinsip kewarganegaraan yang asas selain hak


adalah tanggunjawab
• Setiap wagranegara bukan sahaja mempunyai hak
untuk dituntut malah juga mempunyai
tanggungjawab kepada state atau komuniti politik
• Tanggungjawab warganegara yang asas ialah
menunjukkan kesetiaan, mematuhi undang-
undang, berpartisipasi dalam komuniti dan negara
dan mengundi
Sejarah Kewarganegaraan barat

• Dikatakan bahawa sejarah kewarganegaraan itu


bermula di Athens dan Sparta, Greek antara abad 6 ke
4 BC.
• Idea klasik kewarganegaraan yang awal di sebut
sebagai kewarganegaraan republikan.
• Asas kewarganegaraan republikan adalah kewajipan
warganegara menunjukkan kesetiaan kepada negara
dan menjalankan kewajipan sebagai warganegara
• Ia menegaskan rakyat perlu mengambil bahagian
dalam membuat keputusan (untuk memerintah dan
diperintah)
Kewarganegaraan republikan

• ini melibatkan membership atau keahlian kepada


komuniti politik
• Menekankan kesetiaan (loyalty) dan kecintaaan
kepada negara (patriotisme)
• Kewarganegaraan republikan ini adalah bersifat
exclusive.
• Yang dianggap warganegara hanyalah lelaki
• Wanita, hamba, kanak-kanak, orang yang cacat
tidak dianggap sebagai warganegara
Liberal citizenship ( Kewarganegaraan liberal)

• Modernisasi dan perkembangan kapitalis telah mengubah


arus pemikiran kewarganegaraan, yang menekankan
kepada hak individu maka lahir pandangan
kewarganegaraan liberal.
• Kewarganegaraan liberal menekankan hak individu yang
bebas melebihi tanggugjawab
• Kewarganegaraan liberal menekankan bahawa setiap
individu mempunyai hak yang sama dan bebas untuk
bertindak.
• Alliran ini lahir ekoran penentangan terhadaphak mutlak
raja zaman Kingdom.
• Tradisi liberal ini masih berkait dengan konsep state,
membership namun ia bertentangan dengan tradisi
republikan yang mementingkan kewajipan untuk setia
kepada komuniti politik.
• Dalam konsep kewarganegaraan liberal , individu dilihat
sebagai unit asas masyarakat semua memiliki hak yang
sama untuk mengambil bahagian dalam kehidupan politik,
ekonomi dan budaya masyarakat (Kymlicka 1989, p.141).
Teori politik liberal adalah hak berdasarkan satu; ia
mengambil hak-hak individu sebagai asas utama bagi
masyarakat. Namun kesamaan kewarganegaraan liberal
sebelum undang-undang dan kebebasan untuk memilih
cara seseorang hidup dipanggil kebebasan negatif tanpa
negeri sebagai kawalan sosial. (Kymlicka, 1995a)
Kewarganegaraan kommunitarian

• Bercanggah dengan liberal dan agak seiring


dengan republikan adalah tradisi
kommunitarian.
• Tradisi kommunitarian menekankan bahawa
hak individu itu hendaklah bersesuaian dengan
norma komuniti atau masyarakat. Dengan kata
lain tradisi ini mementingkan nilai komuniti
melebihi nilai individu
• Bagi komunitarian, kewarganegaraan
ditakrifkan melalui, dan dilihat untuk
mengembangkan, a 'kebaikan sivik', (civic
virtues) seperti menghormati orang lain dan
pengiktirafan terhadap kepentingan
perkhidmatan awam (Smith, 1998, pp.18)
• Perspektif komunitarian menunjukkan
kemungkinan autonomi individu adalah
dengan melindungi dan mengekalkan ahli-
ahlinya dan sebagai balasan mampu untuk
menuntut dan mewajarkan kesetiaan individu
dengan obligasi dan kewajipan jelas dan
amalan yang tertentu dan khusus kepada
masyarakat yang ditetapkan (Wood, 2009)
Kewarganegaraan multikultural

• Arus globalisasi sekali lagi menyebabkan konsep


kewarganegaraan ini difikirkan semula dan adakah
ia bersesuaian dengan nature masyarakay baru baru
iaitu yang lahir dari penghijrahan kumpulan imigran
yang telah mengubah masyarakat homogen kepada
masyarakat plural
• Apakah status kumpulan migran, minority yang
baharu ini? Wajarkah mereka mendapat hak yang
sama sebagai mereka juga menunjukkan kesetiaaan
kepada negara baharu mereka
• Will Kymlicka ahli akademik dalam sains politik
yang mempelopori konsep kewarganegaraan
multikultural bagi negara pelbagai etnik
• Kewarganegaraan multikultural menerangkan
hak setiap warganegara perlu dipertahankan,
• Dalam mengekalkan hak orang asal, majoriti
hak minoriti perlu di beri perhatian
• Kumpulan minoriti mempunyai budaya, bahasa
dan adat yang perlu dikenali, dihormati
• Kebanyakan kumpulan etnik minoriti negara barat
menghadapi kesukaran untuk diterima, diakur, dan
dihormati sebagai kumpulan yang mempunyai budakay
tersendiri.

• Apa yang penting dalam kewarganegaraan multikultural


mengakui kewujudan etnik pelbagai yang perlu dihormati
sebagai manusia

• Mereka yang minoriti ini mempunyai hak untuk bersuara


untuk menerangkan siapa mereka, apa hak yang mereka
patut dapat dan sebagainya
• Ini juga disebut recognition of difference.

Anda mungkin juga menyukai