Anda di halaman 1dari 20

PBK3213 :

PENGURUSAN
BIMBINGAN KERJAYA

3. STRATEGI BIMBINGAN
KERJAYA

PENDEKATAN PROJEK
- BENGKEL KERJAYA
- EKPLORASI KERJAYA
- BUKU SKRAP KERJA
Bagi merealisasikan prinsip dan
komponen bimbingan tersebut, aktiviti
bimbingan perlu dilaksanakan secara
yang terancang, terbuka dan menyeluruh.
Bengkel Kerjaya

Antara Objektif Program ialah:

1. Mengenalpasti potensi diri para


pelajar.
2. Membantu para pelajar membuat
pilihan aliran akademik yang sesuai
dengan potensi dan minat.
3. Meneroka minat kerjaya para
pelajar.
4. Merancang kerjaya para pelajar.
Mengapa Perlu Sertai Bengkel ini. KERANA setiap remaja
perlu Merancang Kerjaya. MENGAPA???
KERANA...

1. Membuat perancangan kerjaya adalah amat penting kerana


sebarang keputusan yang berkaitan dengan pilihan kerjaya akan
menentukan masa depan individu.

2. Merancang kerjaya dapat membantu individu memilih aliran


akademik yang sesuai dengan minat dan kebolehannnya. Dengan itu
dia boleh menentukan jalan pendidikan dan latihan yang sesuai.

3. Merancang kerjaya bererti membuat keputusan dengan


menggunakan maklumat. Ini dapat mengelakkan dari membuat
keputusan yang salah.
4. Pilihan aliran akademik dan kerjaya seseorang
akan menentukan siapa dirinya.

5. Pilihan aliran akademik dan kerjaya seseorang


yang akhirnya akan menentukan gaya hidup mereka.

6. Pilihan aliran akademik semasa belajar dan kerjaya


adalah satu peristiwa peting dalam kehidupan
individu . Kerjaya adalah penentuan kepada masa
depan individu.
Program ini mempunyai ciri organisasi, iaitu
mestilah tersusun dan menjadi sebahagian
daripada struktur sekolah. Maksudnya
program bimbingan perlu mempunyai
matlamat, sasaran, objektif, aktiviti yang
dirancang dan mempunyai jadual. Dari segi
struktur program ini perlu mempunyai seorang
yang bertanggungjawab menguruskan
perjalanan program dan dibantu oleh
kakitangan yang lain.
Program ini perlu mempunyai pejabat dan bilik
kaunseling dalam premis sekolah, mempunyai
sumber kewangan untuk perjalanan program.
Semua perkhidmatan yang dirancang adalah
bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan
pelajar. Perkhidmatan yang diberikan
menentukan jenis aktiviti yang akan dijalankan.
Pembentukan dan pelaksanaan program
bimbingan di sekolah berlandaskan kepada
prinsip tertentu (Shertzer & Stone 1992; Suradi
1996).
Langkah 2:
Apa pengisiannya?

Antara langkah boleh dilaksanakan ialah


menjalankan ujian psikologi. Mengikut
Sherzer & Stone (1992), ujian yang
diberikan adalah dengan tujuan untuk
membuat penelahan, membuat pemilihan,
pengelasan dan penilaian.
Proses Merancang Kerjaya

1. Mengenali diri sendiri (meningkatkan kesedaran


kendiri dengan mengambil inventori kerjaya SDS
2. Mengira skor dan mendapatkan tafsiran skor dalam
bentuk kod personaliti (Tiga Huruf) dan keterangannya.
3. Membuat pilihan pekerjaan yang dianggap
sesuai/kongruen dengan kod personaliti.
4. Membuat penerokaan tentang pekerjaan yang dipilih
daripada semua aspek maklumat kerjaya.
5. Melihat hubungan antara pendidikan dan pekerjaan
dengan membandingkan syarat kemasukan latihan
dengan mata pelajaran yang dipilih oleh pelajar, serta
melihat prestasi mereka dalam subjek berkaitan.
6. Membincangkan sama ada pekerjaan yang dipilih
dianggap sesuai dan wajar.
7. Membuat keputusan akhir tentang pilihan pekerjaan.
8. Merancang jalan kerjaya yang bertujuan untuk
mencapai keputusan yang telah dibuat seperti memilih
program latihan yang sesuai dan institusi pengajian
yang sesuai.
9. Merancang strategi jangka pendek untuk mencapai
keputusan akademik yang melayakkan seseorang
mengikuti latihan yang telah dipilih.

Anda mungkin juga menyukai