Anda di halaman 1dari 22

USN6123

FIQH AL-SIRAH
NOTA 4

AIDA HARTINI NAN
JABATAN USULUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
PENURUNAN WAHYU
PERTAMA

 Berlaku pada 17 ramadhan di Gua Hira’
 Nabi berumur 40 tahun
 Sebelum kejadian:
 Nabi diilhamkan untuk rasa ingin menyendiri beribadat
kepada Allah
 Mengasingkan diri dengan masyarakat
 HIKMAH: Allah ingin membentuk rohani Nabi supaya
sentiasa bersama dan bergantung dengan Allah
 HIKMAH: seorang pendakwah perlu melebihkan akhirat
banding dunia bagi membentuk akhlak yang baik (mudah
diikuti)
 Nabi didatangi Jibrail membawa senaskah al-Quran
yang lengkap


 Jibrail menyampaikan wahyu pertama (surah al-’Alaq:
1 – 5)
 Jibrail memeluk Nabi sebanyak 3x sambil
mengarahkan Nabi untuk membaca wahyu tersebut
 Nabi gusar, bimbang dan takut
 Melarikan diri ke rumah dan minta Saidatina Khadijah
untuk selimutkan baginda
 Saidatina Khadijah kemudiannya membawa Nabi
Muhammad bertemu sepupunya Waraqah bin Naufal
untuk penjelasan tentang kejadian melalui rujukan
kitab Injil
 Berlaku peristiwa “pemberhentian wahyu”
 HUJAH MUSUH ISLAM TERHADAP PERISTIWA
WAHYU


1. Menolak wahyu atas alasan ianya asalah inspirasi
dan ilham dari Nabi sendiri
2. Menggambarkan wahyu itu sebagai satu renungan
dan daya fikir tanpa henti yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad secara beransur-ansur sehingga
terbentuk 1 buah fikiran
3. Mereka menyatakan Nabi Muhammad belajar
daripada pendita Bahira
4. Mereka menuduh Nabi mempunyai penyakit saraf
(gila)
 HIKMAH:
1. Diperlihatkan Jibril kepada Nabi Muhammad secara


nyata: menyatakan wahyu ini bukan daripada sumber
inspirasi,ia adalah “sumber dari luar”. Tiada kaitan
dengan ilham dan khayalan.
2. Pelukan Jibril sebanyak 3x: penegasan terhadap hakikat
wahyu
3. Perasaan takut dan cemas:
 menjelaskan bahawa nabi tidak pernah terfikir dan
mendambakan pelantikan sebagai Rasul
 Menunjukkan bahawa perkara ini berlaku secara
spontan/mengejut (sesuatu yang tidak pernah
dibayangkan)
 Mustahil nabi akan berasa takut kepada sesuatu yang
pernah dibayangkan atau diimpikan
4. Khadijah membawa Nabi berjumpa Waraqah bin
Naufal: sebagai penegasan kedua tentang perlantikan

Nabi sebagai pesuruh Allah.

5. Menjelaskan tentang memahami dan meyakini


kebenaran adalah syarat mutlak untuk meyakini semua
perkara ghaib.

6. Membezakan antara daya fikir manusia biasa dengan


manusia yang menyampaikan wahyu dari Allah tanpa
mengurangi atau menambah.
WAHYU TERHENTI

 Wahyu terhenti selama 40 hari atau 6 bulan atau
lebih
 Menyababkan Nabi berasa cemas dan takut
sekiranya dimurkai Allah
 Malaikat Jibril mencul di antara langit dan bumi
 Nabi ketakutan dan pulang berselimut
 Allah turun wahyu kedua iaitu surah al-muddassir
1-7
 HIKMAH:
1. Berhentinya wahyu untuk mewujudkan rasa rindu


Nabi kepada Allah kepada wahyu : menunjukkan
persediaan nabi sebagai pesuruh Allah s.w.t
2. Ketakutan berlaku sebanyak 2x: membuktikan
bahawa wahyu bukan ilham dan buah fikiran Nabi
Muhammad s.a.w
3. Arahan penulisan wahyu oleh Nabi: menunjukkan
lafaz dan makna itu daripada Allah (tidak mahu
campurkan dengan lafaz hadis daripada Nabi).
4. Firman Allah s.w.t:

 “Dan kamu (sebelum turun al-Quran) tidak pernah
membaca sebelumnya sesuatu kitab pun dan kamu
tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan
kananmu. Sekiranya (kamu pernah menulis dan
membaca), benar-benar ragulah orang-orang yang
mengingkari kamu (tidak membenarkan al-Quran)
Al-Ankabut: 48
AL-ALAQ 1-5

maksudnya:
1. Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang
menciptakan
2. Dia telah mencipta manusia daripada segumpal
darah
3. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia
4. Yang mengajar manusia dengan pena
5. Dia mengajarkan manusia yang tidak diketahuinya
 HIKMAH :


1. Menjelaskan tentang kewajipan persediaan akidah
dalam jiwa pendakwah
2. Mesej utama dakwah adalah tentang tauhid dan
ketuhanan
3. Menjelaskan tentang persiapan ilmu dalam diri
pendakwah
4. Menjelaskan juga mesej utama dakwah adalah
tentang kewajipan menuntut ilmu
AL-MUDDASSIR 1-7
Maksudnya: 
1. Wahai orang yang berselimut
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran
(kepada manusia)
3. Dan Tuhanuy, maka ucaplah dan ingatlah
kebesaranNya
4. Dan pakaianmu hendaklah engkau bersihkan
5. Dan segala kejahatan maka hendaklah engkau jauhi
6. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan
tujuan hendak) mendapat lebih banyak darinya
7. Dan kerana Tuhanmy, hendaklah engkau bersabar.
 HIKMAH DAKWAH:
1. Menjelaskan tentang panggilan Allah/suruhan

Allah untuk menjalankan amar makruf nahi
mungkar. Hindarkan sifat lalai dalam diri
pendakwah
2. Mesej dakwah utama adalah tentang akidah dan
ketuhanan
3. Menjelaskan tentang konsep kebersihan luaran
dalaman:
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
Pendakwah perlu dalam keadaan bersih untuk
bertemu manusia – konsep penerimaan dakwah
Manusia perlu bersih untuk bertemu Allah (ibadah)
Pendakwah perlu bersih hati untuk bertemu
manusia (rohani yang mantap)

Proses pembersihan kemungkaran dalam kalangan
manusia

4. Menjelaskan tentang mesej utama adalah al-nahy al-


munkar (pencegahan kemungkaran)
Pendakwah itu sendiri wajib jauhi mungkar sebelum
mencegah kemungkaran manusia lain
5. Berdakwah itu bersama-sama dengan ikhlas
Ikhlas akan membawa kepada penerimaan yang
positif
Ikhlas akan membawa kepada pahala dan syurga
6. Menjelaskan tentang keperluan nilai SABAR ketika
berdakwah

Berdakwah adalah 1 kewajipan yang tidak senang
Berhadapan dengan pelbagai jenis manusia
Lebih sukar jika berdakwah dengan golongan yang
menolak
Dugaan dalam dakwah adalah sunnatullah
Bersabar akan membawa lebih nikmat
DAKWAH SEMBUNYI

1. Bermulanya dakwah selepas turunnya surah al-muddassir
2. Berdakwah kepada golongan yang dipercayai akan
menerima dakwah:
- Golongan kerabat dan sahabat
 Golongan yang akan setia dan berpegang kuat dengan
Rasulullah s.a.w
 Membentuk kumpulan dakwah yang akan bersama Nabi
menyebarkan dakwah
 Membentuk kumpulan yang sentiasa memberi sokongan
dalam apa jua keadaan
3. 6 individu pertama yang memeuk Islam:
Khadijah Khuwailid (isteri Nabi)

Ali bin Abi Thalib (sepupu Nabi)
Zaid bin Harithah (hamba/anak angkat Nabi)
Ummu Aiman (pengasuh Nabi/ isteri Zaid)
Abdullah bin Abu Quhafah (Abu Bakar al-siddiq)
Bilal bin Rabah (hamba)
4. Dakwah dilakukan secara sembunyi dan tidak
disebarkan kecuali kepada golongan yang mereka

yakin akan menerima Islam
5. Fokus sasaran: hamba/fakir miskin
6. Mesej utama: tentang kebesaran dan keesaan Allah,
agama yang membawa kepada bahagia dan
sejahtera,tiada perbezaan antara manusia kecuali iman
dan taqwa
7. Melakukan usrah di rumah al-Arqam bin abi al-
Arqam
8. Bilangan pengikut mencapai 30 orang, turun wahyu
untuk berdakwah secara terang.
 HIKMAH :
1. Pendakwah wajib taat dan patuh kepada Allah s.w.t

2. Menjelaskan tentang konsep strategi dalam dakwah
Metode dakwah (hikmah, mauizah
hasanah,interpersonal)
Sasaran dakwah (golongan yang sedang mencari
hidayah/bahagia)
Mesej dakwah (fokus kepada keperluan masyarakat :
keesaan Allah – sesuai dengan budaya Arab yang
menyekutukan Allah)
3. Menjelaskan tentang keperluan menekankan prinsip


syariah dalam berdakwah
Menjaga agama
Menjaga nyawa (menjaga agama)
Kenapa kena jaga nyawa /kenapa mula sembunyi –
elak kecaman yang boleh musnah nyawa orang Islam
- Bilangan Islam masa tu sedikit (jaga nyawa adalah
sangat penting utk proses sebarkan islam pada masa
akan datang)
Menjaga harta
Menjaga keturunan
Menjaga akal
DAKWAH TERANG-
TERANGAN

1. Bermula ketika turunnya surah al-Hijr ayat 94
“maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa
yang diperintahkan kepada kamu dan berpalinglah daripada
golongan musyrik”
2. Nabi memanggil seluruh masyarakat Quraisy ke Bukit Safa
untuk mendedahkan tentang kerasulan dan ajaran yang dibawa
3. Ada yang menerima dan menolak
4. Turun surah al-Syuara 214 – 216 (menjelaskan tentang
peringkat dalam berdakwah)
 Mengutamakan kaum kerabat terlebih dahulu
“berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat
 HIKMAH DAKWAH:
1. Wajib sampaikan dakwah walaupun disakiti

2. Menerima dan menolak adalah sunnatullah dalam
berdakwah
3. Pahala dakwah tidak bergantung kepada
penerimaan dakwah
4. Dakwah itu mestilah berperingkat
(keluarga/golongan terdekat terlebih dahulu)

Anda mungkin juga menyukai