Anda di halaman 1dari 57

SKAP1013 ALAM,

MANUSIA &
BUDAYA
OLEH: EN. MOHD AZLAN ABDULLAH
PENSYARAH KANAN PROGRAM GEOGRAFI, FSSK UKM
ALAM SEKITAR
Perspektif Islam
Perspektif Geografi

 pada hakikatnya kajian geografi adalah pengkajian keruangan tentang fenomena


dan masalah kehidupan manusia yang disusun dari hasil pemerhatian dengan
melakukan analisis fenomena manusia, fenomena alam serta taburan dan
interaksinya dalam ruang. 

 bagi menunjuk dan menjelaskan fenomena tersebut, terdapat 5 (lima) pertanyaan


pokok digunakan, iaitu what, where, when, why dan how (4W1H).
Konsep Ruang

 Geografi amat perihatin dan sinonim dengan konsep ruang.


 Ruang (SPATIAL/SPACE) merupakan seluruh permukaan bumi yang mempunyai
ciri-ciri tertentu dan boleh dipecahkan kepada unit2  tertentu. 
 Dalam perspektif geografi, seluruh permukaan adalah ruang (space) yang menjadi
tempat hidup mahluk hidup, baik di dalam dan dipermukaan maupun di atas
permukaan bumi.
 Ruang memiliki tiga dimensi, yakni : permukaan, bagian dalam, dan di atas 
   permukaan geosfer.
 Malah konsep ruang itu sendiri menunjangi disiplin Geografi.
 Ruang diukur dalam istilah ruang mutlak, relatif dan kognatif (Jadual)
Kepelbagaian jenis ruang yang dianalisis oleh ahli2 Geografi
Manusia
Lima Jenis Ruang Tingkahlaku (Hurst 1971)

 Ruang budaya - pandangan darat yang boleh menggambarkan budaya sekelompok


manusia
 Ruang Sosial (mengikut kelas) - set taburan ruang yg mencerminkan struktur
sosial, nilai dan aspirasi masyarakat. Cth jenis petempatan yg didiami oleh
penduduk mgikut kelas/taraf.
 Ruang Ideologi – cara sesebuah negara/masyarakat ditadbir/diperintah dan
hubungannya dgn kawasan/negara lain.
 Ruang pergerakan - ruang pergerakan manusia (melalui jalan pengangkutan)
melibatkan aktiviti manusia.
 Ruang ekonomi - merujuk kpd kegiatan ekonomi yg berlaku dlm ruang. 
Bagaimanakah hubungan alam, manusia dan
budaya dalam konteks kursus ini?
 Interaksi Alam Sekitar - Manusia boleh ditakrifkan sebagai interaksi antara sistem
sosial manusia dan ("selebihnya") ekosistem.
 Sistem dan ekosistem sosial manusia adalah sistem penyesuaian yang kompleks
(Marten, 2001). Kompleks kerana ekosistem dan sistem sosial manusia
mempunyai banyak bahagian dan banyak hubungan antara bahagian ini. Adaptif
kerana mereka mempunyai struktur maklum balas yang menggalakkan
kelangsungan hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah.
 Manusia mengubah suai alam sekitar untuk tujuan tertentu dan mendapatkan faedah (i.e
Perkhidmatan Ekosistem) daripadanya. Perkhidmatan Ekosistem ini adalah penting untuk
kesejahteraan manusia contohnya penyediaan sumber seperti air, kayu balak, makanan, tenaga,
tanah untuk pertanian dll.
 Dengan menggunakan sumber ini manusia mempengaruhi alam sekitar dalam banyak cara.
Manusia juga sering mengubah ekosistem sedia ada kepada sebuah ekosistem baharu yang
nampaknya lebih berkesan dalam memenuhi keperluan mereka.
Hubungan Perkhidmatan Ekosistem dan Kesejahteraan hidup manusia
Model Hubungan dan tindakbalas
Model Hubungan dan tindakbalas
SKAP1013 ALAM, MANUSIA &
BUDAYA
 GLOBALISASI, PEMBANGUNAN
MAMPAN & KUALITI HIDUP
KONSEP & DEFINISI
GLOBALISASI
• Globalisasi merupakan perkembangan kontemporari yang mempunyai
pengaruh terhadap kemunculan berbagai perubahan dunia.
• Pengaruh globalisasi dapat menghilangkan berbagai hambatan yang
memjadikan dunia semakin terbuka dan saling bergantung antara
satu sama lain.
• Dapat dikatakan bahawa globalisasi membawa perspektif baru
tentang konsep "Dunia Tanpa Sempadan" yang telah menjadi realiti
dan berpengaruh secara signifikan terhadap perkembangan budaya
yang akhirnya membawa perubahan baru.
• Globalisasi juga sering difahami sebagai pengantarabangsaan kerana
keduanya memiliki banyak persamaan dari segi ciri-ciri, sehingga kedua
istilah ini sering ditukarganti.
• Beberapa pihak mendefinisikan globalisasi sebagai sesuatu yang
berhubungan dengan berkurangnya penguasaan, peranan dan
sekatan-sekatan sesebuah negara.
• Dalam erti yang luas, globalisasi mengacu kepada seluruh kegiatan
masyarakat dunia.
• Globalisasi dapat juga didefinisikan sebagai intensifikasi hubungan sosial
di seluruh dunia yang menghubungkan daerah-daerah terpencil dengan
berbagai cara, dimana kejadian-kejadian lokal terbentuk oleh peristiwa-
peristiwa yang terjadi di tempat lain dan sebaliknya.
Beberapa definisi:
• Waters(1995) - globalisasi merupakan sebuah proses sosial, dimana sempadan
geografi tidak penting terhadap keadaan sosial budaya, yang akhirnya
menjelma ke dalam kesedaran seseorang.
• Giddens(1990)- globalisasi adalah saling kebergantungan antara negara
melalui perdagangan, perjalanaan, pelancongan, budaya, informasi, dan
hubungan yang luas sehingga sekatan dan sempadan negara menjadi semakin
sempit.
• Tomlinson(1999) - globalisasi sebagai suatu penyusutan jarak dan
pengurangan masa yang diambil dalam menjalankan berbagai aktiviti sehari-
hari, baik secara fizikal (seperti perjalanan melalui udara) atau secara
perwakilan (seperti penghantaran maklumat menggunakan media elektronik.
• Lyman(2000) berpendapat, globalisasi adalah "rapid growth of interdependency and
connection in the world of trade and finance".
• Globalisasi tidak hanya terbatas kepada fenomena perkembangan perdagangan dan
aliran kewangan saja, tetapi juga seperti globalisasi komunikasi "there are other trends
driven by the same explosion of technological capability that have facilitated the financial
change. Globalization of communication is one such trend".
• Globalisasi dapat dilihat sebagai pemampatan ruang dan waktu dalam hubungan sosial
dan munculnya kesedaran global tentang pemampatan tersebut. Dalam bahasa sehari-
hari, proses ini boleh dikatakan sebagai "dunia menjadi semakin kecil".
• Globalisasi dapat juga didefenisikan sebagai proses pertumbuhan dan perkembangan
kegiatan ekonomi rentas sempadan nasional dan regional. Ini diperlihatkan melalui
pergerakan barang, maklumat, perkhidmatan, modal dan tenaga kerja melalui
perdagangan dan pelaburan.
• Scholte(2005) meringkaskan beberapa definisi globalisasi, seperti berikut:
(1) Pengantarabangsan (Internasionalisation) - sebagai meningkatnya aktiviti
hubungan antarabangsa. Walaupun negara masih mempertahankan identiti
masing-masing, namun menjadi semakin bergantung antara satu sama lain.
(2)Liberalisasi. Globalisasi sebagai semakin berkurangnya sekatan dan halangan
daripada sesebuah negara. Misalnya, masalah harga eksport import, kastam dan
migrasi.
(3)Pensejagatan (Universalisasi). Semakin luasnya penyebaran material dan
immaterial ke seluruh dunia. Pengalaman di satu tempat dapat menjadi
pengalaman di seluruh dunia.
(4)Westernisasi. Westernisasi merupakan satu bentuk dari
universalisasi, di mana semakin luasnya penyebaran budaya dan cara
berfikir sehingga berpengaruh secara global.
(5)Hubungan transplanetari dan suprateritorialiti. Dunia global
mempunyai sifatnya tersendiri, bukan sekadar gabungan dari berbagai
negara.
Perkembangan Fenomena Globalisasi:
• a. Terjadinya perubahan dalam konteks ruang dan masa. Perkembangan alat-alat komunikasi,
elektronik, dan internet menunjukkan bahwa komunikasi global berlaku dengan pantas. Selain itu,
melalui proses pariwisata memungkinkan kita merasakan berbagai hal dari latar belakang budaya
yang berbeda.
• b. Peningkatan interaksi budaya melalui perkembangan media massa seperti televisyen, filem,
musik, berita dan sukan antarabangsa. Pada masa ini, kita dapat mengenali hal-hal baru,
pengalaman baru, dan ide-ide baru yang terkait dengan budaya, mode, makanan dan lain-lain.
• c. Dari segi ekonomi, pasaran dan pengeluaran ekonomi saling bergantung antara satu negara-
dengan negara lain, sebagai akibat dari pertumbuhan perdagangan antarabangsa, meningkatnya
pengaruh MNC/TNC, dan meningkatnya dominasi organisasi perdagangan dunia seperti WTO
(World Trade Organization).
• d. Meningkatnya berbagai permasalahan seperti masalah aam sekitar, inflasi , krisis multinasional
dan lain-lain.
3 Fahaman Mengenai
Globalisasi
• Menurut Cochrane & Pain(2004) , dalam konteks globalisasi terdapat tiga fahaman/aliran teoritis, iaitu :
• a. Para pelaku globalisasi (globalis) percaya bahawa globalisasi adalah sebuah realiti yang mempunyai sebab-
akibat terhadap bagaimana cara lembaga-lembaga, organisasi-organisasi dan orang-orang berinteraksi antara
satu sama lain. Negara-negara dan kebudayaan lokal akan dihakis oleh budaya dan ekonomi global yang
semakin homogen. Namun, globalis belum mempunyai pandangan yang sama mengenai konsekuensi
terhadap Hal tersebut. Antara perbedaan perbedaan pendapat tersebut adalah:
• (i) Globalis positif dan optimisis.Kelompok ini percaya bahawa globalisasi dapat memberi pengaruh
yang baik, masyarakat dunia akan semakin toleran dan bertanggungjawab.
• (ii) Globalis pesimis. Kelompok ini pula melihat bahawa globalisasi adalah sebuah fenomena yang
negatif dan merupakan bentuk dari penjajahan barat yang memaksa beberapa bentuk budaya dan
konsumsi yang homogen, yang terlihat seperti sebuah kebenaran.
• b. Tradisionalis. Kelompok ini tidak percaya bahawa globalisasi tengah terjadi. Mereka menganggap bahawa
fenomena ini hanya sebuah mitos semata-mata, atau jika ada, isunya terlalu diperbesar-besarkan. Mereka
melihat bahawa faham kapitalisme telah menjadi sebuah fenomena antarabangsa selama beratus-ratus
tahun. Apa yang berlaku pada hari ini adalah proses evolusi, atau lanjutan dari proses yang dibangun oleh
kapitalis.
• c. Transformasionalis. Berada di antara globalis dan tradisionalis.
Mereka ini berpendapat bahawa pengaruh globalisasi terlalu
diperbesar-besarkan oleh para globalis. Selain dari itu, mereka juga
percaya bahawa konsep ini memang ada. Pandangan ini berpendapat
bahawa globalisasi mestilah difahami sebagai rangkaian hubungan
yang terkait secara murni melalui sebuah kuasa, yang sebahagian
besar terjadi secara tidak langsung.
Pengaruh positif globalisasi:

• Menurut Joseph & Chandra (2006) bahwa ada lapan kebaikan dari globalisasi dan ada tiga belas keburukkannya.
Antara kebaikan globalisasi tersebut adalah :
• a. Peranan Pelaburan asing (FDI) dalam menciptakan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di beberapa
negara,
• b. Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah,
• c. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan informasi dan menyebarkan ilmu pengetahuan akibat kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
• d. Komunikasi yang lebih mudah dan murah,
• e. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai kelompok etnik, budaya dan agama untuk berinteraksi,
• f. Peluang yang lebih luas untuk melahirkan rasa simpati dan rasa perikemanusiaan terhadap mangsa berbagai
jenis bencana alam dan tragedi oleh perbuatan manusia di seluruh dunia,
• g. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti kebertanggungjawapan awam, peraturan,
undang-undang dan hak asasi manusia, dan
• h. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
Pengaruh negatif globalisasi:

• a. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot adalah sebagai akibat dari terlalu mementingkan faktor keuntungan.
• b. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di
sebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
• c. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat miskin di banyak negara, terutamanya di negara-negara Selatan.
• d. Modal jangka pendek yang keluar-masuk pasaran seperti kilat, akibat drp amalan baru yang menjadikan wang
sebagai komoditi keuntungan.
• e. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-
negara Utara
• f. Penyebaran budaya konsumer yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang
merendahkan martabat sumber daya manusia.
• g. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen akibat peranan yang dimainkan oleh
badan-badan transnasional dan media komunikasi global.
• h. Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan panca indera dan mematikan roh”.
• i. Kecenderungan pusat-pusat pendidikan tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan
teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.
• j. Kebanjiran informasi yang tidak berguna.
• k. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasi isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk
mendominasi politik dunia.
• l. Jenayah rentas sempadan .
• m. Penyebaran penyakit berjangkit.
Contoh pengaruh globalisasi terhadap budaya
a.Budaya Makan: Berbagai jenis makanan dan minuman Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di
seluruh dunia. Cthnya: makanan Jepun, Spaghetti, pasta, minuman bersoda seperti Coca Cola bukan benda
asing lagi di seluruh dunia.
b.Budaya fesyen: Segala perubahan fesyen yang berlakudi Barat tidak terlepas dari pandangan golongan anak-
anak muda walaupun harganya mahal.
c.Budaya Kerja: Perusahaan dan pengeluaran suatu produk tersebar luas terdiri dari berbagai bangsa
dannegara di dunia. Umpamanya, pengeluaran kasut Nike melibat berbagai negara dan bangsa seperti eropah,
Jepun Taiwan/China dan Indonesia.
d.Budaya Hidup: Menonjolkan budaya hedonisme, pesta sosial, dunia keartisan dan pembuatan filem ala Barat.
Mempromosi budaya hidup yang menggunakan produk minuman alkohol dan tembakau yang menaja budaya
hidup Barat.
e.Budaya Musik dan Hiburan: Musik jazz, rock, disco, 'black metal' dan yang terkini musik hip hop telah mulai
menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga didirikan di luar dari negara Amerika. Pada tahun
1987, di Tokyo Jepun, Disneyland didirikan dengan panggilan Tokyo Disneyland. Pada tahun 1992, di Marne-La-
Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland.
f.Budaya Bahasa: Peningkatan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat hubungan dan komunikasi terpenting
antarabangsa dan digunakan secara global.
SKAP1013 Alam, Manusia &
Budaya
2. Pembangunan Mampan / Lestari
Konsep &
Definisi
• Sustain – latin `sustinere’
• Mengekalkan kewujudan atau memelihara dan menyokong
penggunaannya secara berkekalan
• Muncul 1980 dalam terbitan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan
Alam Semulajadi dan Sumber Asli bertajuk World Conservation
Strategy.
Penekanan:
• a) Kesepaduan dan keseimbangan antara pembangunan ekonomi
dengan keperluan sosial dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan semasa
dan keupayaannya pada masa depan.

• b) Penggunaan dan pengurusan sumber sedia ada secara bijak


melibatkan:
• perancangan, komitmen, penglibatan pihak pengurusan dan pihak
berkepentingan
Saling hubungan antara komponen utama
pembangunan mampan

a) Alam sekitar/ Integriti ekologi


• Hubungan manusia dengan alam semulajadi dan persekitarannya
• Bagaimana manusia berkeupayaan mengawal dan
menguruskan sumber itu untuk kepentingannya.
• Alam sekitar yang terganggu akan merosakkan sebahagian
ekosistem kehidupan manusia.
b) Pembangunan Ekonomi
• Menggunakan sumber dan ruang secara cekap
• Mampu menyediakan peluang pekerjaan
• Menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang membawa
keuntungan kepada semua pihak.
• Keutamaan kepada masyarakat dan kekangan alam sekitar.

c) Kesejahteraan (Vitaliti) Sosial


• Melibatkan keadilan sosial
• Kesampaian penduduk secara adil dan saksama terhadap sumber
dan peluang
• Menyediakan tahap kehidupan yang lebih baik
• Penyertaan komuniti dalam membuat keputusan
Isu dan Cabaran
1) Pembangunan Ekonomi
• Kegawatan dan krisis ekonomi melumpuhkan sektor industri dan
perdagangan : byk PKS muflis kesan kurang kecairan dan modal
pusingan, harga input meningkat dan kuasa membeli pengguna
semakin rendah kesan kadar inflasi yang meningkat
• Peningkatan kadar pengangguran
• Kemiskinan bandar
• Peningkatan jumlah bangunan dan rumah yang tidak diduduki kesan
daripada masalah ekonomi dan kurang kajian pembekalan dan
permintaan dalam sektor hartanah.
• Kurang tenaga kerja mahir khususnya dalam bidang profesional dan
saintifik
• Kos yang tinggi untuk penggunaan teknologi lebih canggih seperti kos
untuk sistem pelupusan sampah, sisa industri dan pembentungan
• Isu perubahan jenis gunatanah – pertanian kepada perindustrian dan
pembandaran
2) Pembangunan Fizikal
• Keadaan bandar dan lalu lintas yang semakin sesak 
• Ruang kawasan hijau yang sedikit untuk tujuan rekreasi
• Masalah perumahan dan proses pembandaran yang semakin pesat
• Pembangunan fizikal yang tidak terancang dan tidak berpandangan jauh

3) Alam Sekitar dan Sumber Asli


• Pembersihan hutan yang tidak terkawal
• Pemusnahan hutan simpan kekal
• Pencemaran sungai dan udara daripada kilang dan kenderaan bermotor
• Pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan tadahan air,
hutan paya gambut dan paya bakau
4) Sosio-budaya
• Gejala sosial – lepak, pecah rumah, lari dari rumah, bohsia dan keciciran
dalam pelajaran, rasuah
5) Politik
• Campurtangan politik dan wujudnya budaya mementingkan diri di kalangan
pihak tertentu
• Kekurangan kemahuan politik dalam menerima konsep pembangunan
mampan kerana perlukan masa yang panjang serta harus diperkenalkan di
kalangan pihak berkepentingan terlebih dahulu.
6) Institusi dan mekanisme
• Kurang Penguatkuasaan undang-undang
• Masalah kekurangan kakitangan untuk pemantauan
SKAP1013 Alam, Manusia &
Budaya
3. KUALITI HIDUP
Konsep &
Definisi
• Kualiti hidup dan kesejahteraan hidup adalah satu konsep yang saling
melengkapi. Kualiti hidup biasanya diukur secara objektif dan
kesejahteraan hidup diukur secara subjektif.
• Kemajuan sesebuah negara boleh diukur berdasarkan kualiti hidup
rakyatnya yang bertambah secara berterusan.
• Menurut Atchley (2004), kesejahteraan adalah perasaan bebas daripada tekanan, rasa
gembira mengatasi rasa sedih dalam jangka masa panjang, perasaan positif dengan
kehidupan dan memperoleh apa yang diinginkan seiring dengan matlamat.
• Billson (2005) pula merujuk kesejahteraan sebagai suatu keadaan optima yang
diukur berdasarkan aspek kepuasan, keyakinan, ketahanan dan kesihatan fizikal.
• Costanza et al. (2007) berpendapat kesejahteraan adalah sebagai respon individu
atau kumpulan terhadap kegembiraan, kepuasan hidup dan kebajikan
• Bretones dan Gonzales (2011) menyatakan kesejahteraan sebagai satu konsep yang
mampu menjelaskan pelbagai bentuk kesejahteraan seperti pekerjaan, kebendaan
mahupun perkahwinan.
• Oleh itu, kesejahteraan merupakan satu bentuk pengukuran kualiti hidup yang diukur
secara psikologi atau dalaman yang melibatkan beberapa dimensi seperti kegembiraan,
kepuasan hidup, harga diri, kecekapan diri, kehidupan berkeluarga, pekerjaan,
pendidikan dan kewangan.
Pengukuran Kualiti
Hidup
3 Indikator
HDI
ØJangka Hayat ketika kelahiran, sebagai ukuran kesihatan kelanjutan usia
penduduk.
ØPengetahuan dan Pendidikan, yang diukur melalui kadar celik huruf dewasa
(dengan pemberat dua pertiga) dan gabungan kadar pendaftaran kasasr ke
pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi (dengan pemberat satu
pertiga).
ØTaraf hidup yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita
pada pariti kuasa beli (PPP) dalam dolar Amerika.

30
Indeks Kualiti Hidup Malaysia
(IKHM)
• (IKHM) menilai tahap kesejahteraan rakyat dalam satu tempoh masa tertentu.
• IKHM merupakan komposit indeks yang merangkumi 11 komponen yang berkait
rapat dengan konsep kualiti hidup. Komponen tersebut adalah terdiri daripada
pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi,
kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar,
• kehidupan keluarga, penyertaan sosial, keselamatan awam serta kebudayaan dan
liburan.
• kini mempunyai sebanyak 45 indikator yang merangkumi semua komponen.

35
36
37
38
39
40
Indeks Kualiti Hidup Malaysia 1990 & 2007

41
• Bermula tahun 2012 Indeks Kualiti Hidup Malaysia(IKHM) telah
ditukar kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) yang
mencakupi 14 Komponen berbanding 11 Komponen dalam IKHM.

Anda mungkin juga menyukai