Anda di halaman 1dari 27

Perbezaan Nilai

Etika Barat dan


Islam

KULIAH 8
PENGENALAN

 Perkataan moral berasal daripada perkataan


Latin ‘moralitas’ yang membawa pengertian
ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk
baik sesuatu perbuatan merangkumi
kelakuan, kewajipan, sikap dan cara
berkelakuan yang berasaskan baik buruk
sesuatu akhlak.
Sambungan…
 Etika yang berasal daripada perkataan Greek
‘ethos’ membawa maksud ilmu berkenaan
prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan. Alat yang menjadi kayu ukur kepada
pertimbangan-pertimbangan yang menentukan
baik, buruk atau benar dan salah sesuatu
tindakan moral atau etika ialah pemikiran
rasional.
KEWUJUDAN ILMU ETIKA

 Ilmu Etika : Ilmu ini mengkaji nilai dan


tingkah laku manusia dari segi lahiriah dan
batiniah. Ilmu ini juga menjadi teras kepada
keilmuan lain agar segala pelaksanaan kerja,
kajian dan sebagainya tidak terlalu melampau
atau langsung tidak progresif.
 Terdapat pelbagai jenis ilmu misalnya, ilmu
metafizik, ilmu estetika, ilmu politik dan
sebagainya. Namun ilmu etika tergolong
dalam ilmu metafizik.
Sambungan…
 IlmuMetafizik : Sebenarnya ilmu inilah
yang paling dasar dan asas. Ilmu ini
cuba mencari hakikat dan kebenaran
tentang kehidupan (roh), ketuhanan,
penciptaan alam, masa dan segala yang
disebalik segala kejadian. Inilah falsafah
yang tertinggi sehingga menimbulkan
ilmu tabii'yyah (sains).
Sambungan…

 Secara umumnya diketahui bahawa disiplin kajian


etika berasal daripada pemikiran metafizika alam ini.
 Didalam kehidupan ada dua kuasa yang mendominasi
makhluk iaitu kuasa Qudrah Tuhan (kekuatan dan
pengawalan Tuhan) dan kuasa Ikhtiyari (usaha dan
kegigihan) pada manusia.
 Daripada unsur Ikhtiyari inilah adanya nilai etika dan
moral manusia. Dengan adanya panduan Al Quran,
manusia menjadi mudah memahami teori moral dan
etika tanpa perlu bersusah payah mencari hakikat
kebenaran disiplin ilmu ini.
Pengertian etika dan moral
menurut Barat

 Teori asal etika adalah bermula daripada teori


keperibadian mulia. Aristotle mengatakan
bahawa adalah suatu keperluan insan untuk
mempraktikkan teori keperibadian mulia
dalam segala urusan demi melancarkan urusan
sehariannya.
 Teori ini juga menekankan konsep 'the
goldenmean‘ iaitu mencari kebaikan dalam
keadaan keseimbangan antara keinginan agar
tidak melampau dalam setiap perilaku.
Sambungan…
 Sebagai contoh, sikap ingin membantu
orang adalah baik, tetapi tidak perlu
sehingga digadai kesemua harta kita sama
sekali.
 Moral pula secara umumnya kita
mengandaikan sebagai nilai jati dalam diri
setiap manusia yang sememangnya ada.
 Namun begitu, intepretasi yang pelbagai
bagi setiap manusia sering berlaku dan
terjadilah percanggahan nilai moral
mengikut setiap peradaban, agama dan
bangsa.
ETIKA MENURUT PERSPEKTIF BARAT

 Sumber pembentukan etika Barat, adalah bergantung penuh


kepada akal, naluri dan pengalaman manusia.
 Namun keupayaan ketiga-tiga sumber tersebut amat terbatas
dan seringkali dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti
warisan adat tradisi, tekanan pihak tertentu dan hawa nafsu.
 Hal ini menyebabkan para sarjana Barat cenderung untuk
mengetengahkan teori mengikut pertimbangan peribadi dan
pemahaman yang berbeza-beza.
 Perbezaan fahaman ini adalah berpunca daripada kegagalan
akal, naluri dan pengalaman membuat suatu penilaian yang
seragam dan bersifat sejagat yang boleh diterima oleh semua
pihak.
Sambungan…

 Teori-teori moral dan etika barat didasarkan


kepada falsafah-falsafah moral yang telah
wujud sejak zaman Yunani kuno lagi.
 Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada
falsafah-falsafah umum. Antara falsafah umum
yang utama ialah idealisme,
realisme, pragmatisme dan eksistensialisme
(Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa
1987).
 Tetapi yang menjadi kayu ukur kepada
pemikiran teori moral dan etika barat
ialah pemikiran yang rasional.
Nilai Etika kerja menurut falsafah barat

Selepas munculnya begitu ramai ahli falsafah barat yang


menekankan soal teori dan konseptual, kini datang pula aliran
baru yang lebih praktikal. Mereka inilah yang mendasari
pemikiran ahli teknologi dalam melaksanakan segala teori sains.
1. Teori Utilitarian.
Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori
akibat). Mereka memandang akibat dan natijah baik sebagai
matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh pemikir Jerman
iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-
1873). Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah
yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin faedah
tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu' dan
'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh
dilanggar sekiranya ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini
mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau komoditi sains.
Sambungan...

 Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk


memudahkan manusia dengan mengabaikan beberapa nilai
moral yang dikatakan sebagai teori umum.
 Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu
matlamat menghalalkan cara. Walaubagaimana pun, sikap
menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga
memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga
adalah dilarang dalam Islam berjanji dengan golongan 'musuh',
bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas dilarang di dalam
banyak ayat Al Quran.
 Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan semasa. Hal
inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah
(mengikut zaman dan tempat).
 2. Teori Duty (tanggungjawab)
 Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu
golongan yang tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant
(1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut arahan,
menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya
akibat kerja berkenaan.
 Misalnya, teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang
Tuah sekitar pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang
melulu tanpa melihat akibat peminangan Tun Teja, membunuh
rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis
dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan
setia adalah suatu yang perlu dinilai semula.  
 Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan
programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu
arahan. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan
patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi apabila si ibu atau si bapa
mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi
solat dan sebagainya).
Sambungan…

 Jikakita meneliti setiap konsep ini, kita


mendapati di dalam Al Quran dan sunnah-
sunnah Nabi SAW, ada dinyatakan kesemua
elemen ini tanpa memberat-beratkan
elemen yang lain.
 Pemberatan dan penumpuan pemikir Barat
tentang teori nilai moral ini adalah
disebabkan mereka hanya bergantung
kepada akal dan keintelektualan mereka
semata-mata, tanpa dipandu oleh Pencipta
mereka sendiri iaitu Allah SWT.
 3. Teori hak asasi.
 Teori ini adalah teori umum bagi setiap insan. setiap
manusia inginkan kebebasan dan kemakmuran sendiri. Hal
ini mengajar manusia agar mempertimbangkan hak orang
lain dalam tugasan kerja kita. Dilemma boleh terjadi
apabila bertembung dengan kepentingan hak individu
tertentu dengan matlamat utilitarian kita yang inginkan
kebaikan secara umumnya kepada masyarakat.
 Di dalam Islam hak dan nilai keperluan peribadi adalah
dijamin oleh Islam. Hal ini dunyatakan dalam Maqasid
syariah (tujuan syariah) iaitu Islam datang untuk
menjaga agama, nyawa manusia, akal manusia, harta
manusia dan maruahnya agar tidak dicemari.
Sambungan…
 Dalam Islam hak asasi kita tidak akan diiktiraf
sehingga kita boleh menganggu hak orang lain.
 Hak kita adalah hak yang dibataskan kepada hak kita
semata-mata tanpa memudaratkan orang lain.
 Teori kesederhanaan Islam meneutralkan nilai
kapitalis yang melebarkan perniagaan, pemasaran
sehingga boleh menindas orang lain, menekan
manusia secara 'halal' tanpa boleh dinafikan (konsep
pasaran bebas). Bagi Islam kesemuanya perlu
sederhana dan berhemah.
Nilai Etika Kerja menurut Islam
 Menurut Dwight M. Donaldson di dalam bukunya Studies in Muslim Ethics,  terdapat beberapa konsep
umum tentang etika dan moral yang digariskan oleh Allah melalui Al Quran iaitu :

 1. Tanggungjawab kepada pencipta : iaitu tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah.
hal ini dijelaskan dalam  surah Az Zariat ayat 56.
 2.Kesederhanaan : iaitu konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. sikap melampau (ghullu) dalam
takalluf  (memberat-beratkan) serta taa'suf (bermudah-mudahkan) kerja kita adalah dilarang. Kita
perlu sederhana dan istiqamah (berterusan) dalam beretika dan menjalankan kerja dengan baik.
Islam bukannya agama yang memaksa dan menekan. Sifat 'sawwabit' ( pillar atau teras) adalah
disertakan juga sifat 'mutaghaiyyirat' (akomondatif atau anjal) dalam pelaksanaan syariat. Jadi
contohilah syariat dalam budaya kerja kita.
 3. Sikap Memaafkan : Segala kesalahan di dalam Islam ada pengampunannya. Seperti juga
kesalahan dalam berorganisasi, juga perlu mengikuti procedur syarikat untuk mendapat kemaafan.
Allah Maha pengampun dan Maha mendengar rintihan hambanya. Begitu juga sikap yang perlu ada
pada setiap pengurus manusia yang juga terlibat dalam hal permasalahan sikap dan etika
pekerjanya. Walaubagaimanapun bukan semua kesalahan mudah untuk dimaafkan dan diberi
keampunan seperti dosa syirik. Dalam syarikat kesalahan membocor rahsia organisasi adalah
kesalahan terbesar dan boleh dibuang pekerja berkenaan.
 4.Pembalasan : Iaitu konsep pembalasan. Bezanya Islam dan sekular adalah kepercayaan kepada
hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perilaku kita
menyebabkan kita akan selalu berjaga-jaga dalam segala urusan. Sekular mengajar manusia melihat
dunia dan kemewahan sebagai matlamat. Sekiranya hilang matlamat pembalasan, manusia mula
menjadi rakus dan tidak peka dengan nilai moral.
Sambungan…

 5. Tanggungjawab : Ini adalah konsep had


pertanggungjawaban. Setiap manusia adalah
dipertanggungjawabkan kesalahannya sahaja. Manusia
tidak mewarisi kesalahan nenek moyang. Mereka tidak akan
ditanya tentang kesilapan orang lain. hal ini menfikan sikap
sesetengah manusia yangs ering mengaitkan kepincangan
individu terhadap latar belakang sosialnya yang mungkin
buruk.
  6.Ganjaran : Iaitu pembalasan baik dan buruk manusia
walaupun sekecil atom yang halus. Hal ini diceritakan
dalam surah Al Zilzal (kegoncangan). Nilai anugerah dan
pengiktirafan terhadap jasa dan kebaikan individu perlu
ada pada setiap pengurus sumber manusia. Inilah yang
mengharmoniskan hubungan majikan dan pekerja.
Etika kemajuan dan kesejahteraan kehidupan masyarakat
barat

 1. Pencapaian dan kejayaan adalah matlamat utama setiap


individu.
 2. aktiviti bekerja lebih utama daripada membuang masa
 3.orientasi moral iaitu pengadilan mutlak mengenai baik/buruk
atau benar/salah.
 4. motif kemanusiaan memberi bantuan bagi memenuhi
tuntutan.
 5.keberkesanan melakukan sesuatu secara praktikal.
 6. kemajuan berlandaskan teknologi.
 7. keselesaan melalui material iaitu keyakinan bahawa melalui
kemewahan material untuk masa depan yang lebih baik.
 8.kesaksamaan-terlalu abstrak untuk dicapai.
Sambungan…
 9. Kebebasan atau freedom adalah hak individu untuk melawan
ketetapan negara.
 10. persetujuan luaran iaitu bermuka-muka setuju untuk tujuan
tertentu.
 11. Sains dan rasionaliti sebagai wadah untuk meneroka dan
menguasai alam sekitar dan melaluinya kesenangan berasaskan
material dapat ditingkatkan.
 12. nasionalisma adalah yakin bahawa segala yang berteraskan nilai
barat adalah yang terbaik di dunia.
 13. Demokrasi adalah berdasarkan kesaksamaan individu dan
kebebasan.
 14. Individualis adalah penekanan kepada hak-hak individu dan rasa
bertanggungjawab.
 15. Tema perkauman dan kebanggaan kumpulan yang menimbulkan
prasangka dan diskriminasi kaum.
KELEMAHAN PEMIKIRAN ETIKA BARAT

 Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal


manusia adalah terbatas kerana manusia sememangnya
diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan.
 Selain itu, manusia hanya mampu menggunakan pancaindera
yang ada untuk melihat sesuatu perkara itu secara zahir dan
terhad.
 Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal
(metafizik) adalah lebih luas skopnya. Metafizik yang berada di
bawah lembayung ontologi (asas ilmu atau apa
domain)merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu
falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar
alam tabii yang tidak diketahui rahsia.
Sambungan…
 Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam
sekalipun adalah semata-mata berdasarkan pemikiran yang
rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang
berlandaskan pemikiran rasional manusia semata-mata sudah
pasti bersifat tentatif dan relatif kerana pemikiran akal manusia
adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik.
 Perkara ini bertepatan dengan idea Darwin yang mengatakan
setiap yang digelar ‘makhluk’ akan berubah dan perubahan
adalah perlu dalam mengecapi kemajuan.
Perbezaan nilai etika barat dan Islam
adalah matlamat, kaedah dan aspek
ketuhanan

1. Matlamat.
 - Matlamat etika Islam adalah supaya manusia itu
mempunyai perilaku yang baik mengikut ajaran Islam
bagi mencapai keredhaan Allah. Matlamat ini
amatlah tinggi dan mulia yang bukan setakat
melarang manusia dari melakukan segala
kemungkaran tetapi juga menggalakkannya
melaksanakan segala perintahNya dan mengamalkan
akhlaq yang amat mulia pula.
 Barat menekankan kebendaan dan individualistik
serta mengutamakan urusan dunia dalam semua
perkara
2. Kaedah

-Kebanyakan daripada teori etika dari Barat
menggunakan `aqal (reason) bagi
menganalisis masalah etika. Apa juga yang
sesuai dari segi `aqal ini diterima, dan tidak
sesuai dengan `aqal ini tidak diterima’.
Manakala Islam bersumberkan Al-Hadis dan
Al-Quran. Semua urusan dunia yang
bertentangan dengan dua sumber ini adalah
dilarang oleh Islam.
3. Aspek Ketuhanan
 - Tauhid mendasari Islam itu sendiri, maka segala aspek hidup
manusia itu tidak boleh lari dari rangkuman Tauhid ini.
 Antara perkara yang sangat penting digariskan di sini ialah
segala perilaku manusia dalam semua aspek hidupnya,
termasuk perniagaannya, haruslah mencerminkan Tauhid ini.
 Dua prinsip yang perlu ditekankan dan diamalkan yang
terpancar dari konsep Tauhid sendiri ialah adil dan ihsan.
Bagi Barat yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori
moral dan etika barat ialah pemikiran yang rasional.
4. Etika Kerja

Barat menekankan soal teori dan konseptual


dalam etika kerja, kini datang pula aliran
baru yang lebih praktikal. Mereka inilah yang
mendasari pemikiran ahli teknologi dalam
melaksanakan segala teori sains.

Bagi Islam soal pekerjaan dikatakan sebagai


tanggungjawab dan rasa kehambaan kepada
Allah. Sebarang pekerjaan yang dilaksanakan
dengan ikhlas dan baik akan mendapat
ganjaran pahala daripada Allah.
KESIMPULAN
 Etika Islam mengikut penerangan ringkas di atas merupakan
petunjuk kepada kelakuan dan perilaku yang amat baik. Ia
memberikan kita cara yang paling baik untuk menjalani
segala aspek hidup.

Ia juga amat perlu bagi membangunkan manusia supaya
mampu bukan setakat menjalinkan perhubungan yang amat
erat antara satu sama lain tetapi membentuknya supaya
dapat menjalankan segala tugasnya dengan cara yang
paling baik.

Anda mungkin juga menyukai