Anda di halaman 1dari 16

Faktor-faktor yang Menghalang Kreativiti Kanak-kanak & Kepentingan Kreativiti

Disediakan Oleh : Amaliah Nur Amira Hanaterah Nur Hazwani

DEFINISI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

FAKTOR-FAKTOR
Faktor sumber manusia Faktor sumber fizikal Faktor persekitaran

Faktor Sumber Manusia


Tekanan supaya mengikut norma masyarakat yang ada.  Penghalang utama di mana individu diarahkan supaya mematuhi peraturan yang sedia ada. Selain itu, ibu bapa dan guru yang memilik sifat peribadi yang kuku besi,yang pentingkan disiplin serta mendidik kanakkanak supaya patuh pada arahan juga akan menghalang kreativiti kanak-kanak

Kecatatan anggota badan : kecatatan anggota badan akan menghalang kreativiti kanak-kanak.  Contohnya : jika cacat fizikal sudah tentu sukar untuk individu melahirkan kebolehan kreativiti dalam kemahiran melukis. Kurang keyakinan diri terhadap kebolehan diri sendiri. Perasaan in timbul apabila seseorang cuba merendahkan semangat orang lain ataupun tidak menghargai sesuatu perkara yang dilakukan.

Takut untuk mengambil risiko : takut melakukan kesilapan, kritikan yang positif mahupun yang negatif. Takut ditertawakan oleh orang lain : rasa terhina dan rendah diri apabila hasil yang dicipta ditertawakan.

Faktor Sumber Fizikal


Peralatan yang tidak mencukupi. Contohnya apabila dalam sesebuah bilik darjah tidak mempunyai peralatan yang mencukupi seperti pensel warna, kertas lukisan, krayon dan sebagainya, sudah tentu menyukarkan pelajar untuk melakukan sesuatu yang melibatkan kreativiti dan estetika

Suasana kelas yang tidak kondusif : contohnya kelas yang membosankan yang tidak menggalakkan kreativiti kanakkanak. Keadaan kelas yang tidak menggalakkan perkembangan kreativiti kanak-kanak.

Faktor Persekitaran
Tempat tinggal kanak-kanak jauh dari kawasan permainan. Untuk menjadi seseorang yang kreatif sesorang haruslah mempunyai sikap suka bermain dengan pelbagai idea, mahu berfantasi serta berangan-angan. Individu yang mempunyai sikap seperti ini sering dianggap tidak serius, tidak matang dan suka membuang masa namun pada hakikatnya perbezaan sikap tersebut menghasilkan kreativiti.

Tekanan kerana tidak dapat bersosial dengan persekitaran akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat berkembang dari segi kreativiti. Sosioekonomi keluarga kanak-kanak :Faktor kewangan keluarga yang menghalang untuk menggalakkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Keluarga yang tidak mampu membelikan peralatan seni untuk kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menunjukkan kreativitinya.

Kepentingan Proses Kreativiti & Artistik

Kreativiti & Artistik


Melalui proses kreativiti dan artistik pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan semakin bertambah. Kemahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif.

Dalam proses ini yang penting adalah: Peningkatan ilmu dalam membuat gubahan. Peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni Peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik) Peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni. Pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin berkembang. Pelajar lebih berasa yakin terhadap kebolehannya, kerana guru telah merancang pelajaran dengan memfokuskan kepada prosedur (Lansing 1971, Efland 1977)

Sekian Terima Kasih ;0

Anda mungkin juga menyukai