Anda di halaman 1dari 46

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

HJ FAUZI BIN SALLEH


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS

Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

1 Morfologi o 1.1 Morfem 1.1.1 Morfem terikat/imbuhan o 1.2 Proses Pembentukan Kata o 1.3 Golongan Kata 2 Sintaksis o 2.1 Ayat o 2.2 Frasa 3 Lihat juga

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Tatabahasa bahasa Melayu Morfologi Jenis ayat Ayat penyata Ayat transitif Ayat intransitif Ayat aktif Ayat pasif Ayat nafi Ayat songsang Ayat inti Ayat gabungan Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru

Sintaksis Golongan kata Kata nama Kata ganti nama Kata kerja Kata sifat Kata tugas Kata hubung Kata keterangan Kata sendi Pembentukan kata Imbuhan kata nama Imbuhan kata kerja Istilah pinjaman

Lain-lain Kata bilangan Kata istilah Penjodoh bilangan Bentuk jamak Hukum D-M

Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa Morfem terikat/imbuhan Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

Mempunyai maksud sendiri.

Morfem terikat/imbuhan Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal. Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak) Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan. Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT

Sintaksis Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Frasa

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".

Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah: Objek dipindahkan ke pangkal ayat; Awalan meN digugurkan. Kesalahan yang biasa berlaku 1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Misalnya: Surat itu telah dihantar oleh saya semalam. Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu. Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima: That letter was sent by me yesterday. The form must be filled by you first. Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul: Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam. Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu. Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".

2. Kesalahan tidak menggugurkan meN


Ayat aktif Saya membeli kereta itu daripada Ali. Anda mesti menjawab soalan-soalan itu. Kamu mestilah menyiapkan kerja itu hari ini. Ayat pasif Salah Kereta itu saya membelidaripada Ali. Soalan-soalan itu mesti anda menjawab. Kerja itu mesti kamu menyiapkan hari ini. Betul Kereta itu saya belidaripada Ali. Soalan-soalan itu mesti anda jawab. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.

3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.
Salah
Buku itu saya telah baca. Buku itu saya tidak baca. Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini.

Betul
Buku itu telah saya baca. Buku itu tidak saya baca. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.

Ayat pasif untuk pelaku ketiga Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan.

Kesalahan yang biasa berlaku Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul.
Salah Buku itu Ahmad baca. Surat itu abang hantar semalam. Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini. Betul Buku itu dibaca oleh Ahmad. Surat itu dihantar oleh abang semalam. Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.

Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri


Kata kerja aktif memberi menyapu melukis membayar Pasif diri pertama saya beri kusapu kami lukis kita bayar Pasif diri kedua anda beri kausapu kamu lukis anda bayar Pasif diri ketiga diberi disapu dilukis dibayar

Ayat pasif yang lain Ayat pasif "ber" Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di":

Penggunaan "ber" Seluar saya belum berjahit.


Surat itu sudah bertaip. Pintu rumah sudah berkunci.

Penggunaan "di" Seluar saya belum dijahit.


Surat itu sudah ditaip. Pintu rumah sudah dikunci.

Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.
Ayat pasif "ter" Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.
Menunjukkan keupayaan Batu yang besar itu terangkat olehku. Projek yang rumit itu terlaksana juga oleh usahawan baru. Cita-cita ibu yang besar itu tertunai juga olehnya. Menunjukkan perbuatan yang siap Kedai itu tertutup sejak tadi.

Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan.

Perabot di ruang tamu itutersusun.

Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.
Ayat pasif "ke-an" Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.

Penggunaan bentuk pasif "ke-an" Kerana lewat bangun, saya ketinggalan bas. Jiran saya kecurian malam tadi. Orang itu baru kematian suami.

Maksud Kerana lewat bangun, saya mengalami keadaan "ditinggalkan bas". Jiran saya mengalami keadaan "hartanya dicuri orang". Orang itu mengalami keadaan "suaminya mati".

Ayat pasif "kena" Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain.
Penggunaan "kena" Pemandu itu kena saman. Pencuri itu kena tangkap. Penggunaan "di" Pemandu itu disaman. Pencuri itu ditangkap.

Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul.

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: Ayat penyata: Ayat transitif dan ayat intransitif Ayat aktif dan ayat pasif Ayat sungsang Ayat nafi Ayat inti dan ayat gabungan Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru .

Ayat pasif Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu) Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".

Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah Perintah Suruhan Larangan Permintaan Contoh penggunaan Berdiri di atas kerusi itu. Ikat tali kasut anda dengan betul. Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Tolong angkat baju itu.

Ajakan
Silaan Doa Harapan

Mengucaplah banyak-banyak.
Sila jamu selera. Syukurlah kamu sudah kembali. Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan. Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah: Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

Ayat nafi Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor. Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:
Ayat biasa Cadangannya harus diketepikan. Kerja ketua memang susah. Ayat nafi Cadangannya tidak perlu kita pedulikan. Kerja ketua tidak pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: Bukankah orang itu guru kamu? Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? Anda sudah faham, bukan?

Penggunaan dengan frasa nama Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya: Ini bukan kucing. Malaysia bukan negara republik. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia. Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut: Dia bukan bodoh, tetapi malas. Dia bukan belajar, tetapi bermain. Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak": Dia tidak bodoh, tetapi malas. Dia tidak belajar, tetapi bermain. Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. Saya bukan dari sektor kerajaan. Malaysia bukan di benua Afrika. Buku ini bukan untuk anda. Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak". [sunting]Ayat tanya Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: [sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya [sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Ayat tanya

Tetamu sudah tiba.


Buah itu sudah masak. Mereka hendak menolong kita.

Tetamu sudah tiba?


Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat. [sunting]2. Menggunakan partikel "kah" Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita?

Ayat tanya Sudah tibakah tetamu? Sudah masakkah buah itu? Hendak menolong kitakah mereka?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna. 3. Menggunakan pelbagai kata Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa.
Ayat tanya Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Tiada Apa yang kamu beli tadi? Adakah cara saya ini betul? Apakah yang kamu beli tadi?

Kata Ada Apa Bagaimana

Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bila ayah kamu pulang?


Mengapa kamu datang lambat hari ini?. Mana ibu? Siapa nama jiran baru kamu?

Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri? Bilakah ayah kamu pulang?


Mengapakah kamu datang lambat hari ini?. Manakah ibu? Siapakah nama jiran baru kamu?

Bila
Mengapa Mana Siapa

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya: Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah? Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake? Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake? "Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG PREDIKAT + SUBJEK AYAT PASIF OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Jenis ayat

Susunan biasa Encik Yosri birokrat. Kucing itu ke sana. Orang itu adik kamu? Kamu belum makan? Surat itu akan saya kirimkan.

Susunan songsang Birokratlah Encik Yosri. Ke sana kucing itu. Adik kamukah orang itu? Belum makankah kamu? Akan saya kirimkan surat itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Ayat inti

Ayat tanya

Ayat pasif

Saya ketinggalan bas pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu. [sunting]Ayat inti Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu) Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: Ayat dengan ayat Subjek dengan subjek Predikat dengan predikat Adverba dengan adverba Objek dengan objek. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Jenis ayat gabungan Ayat dengan ayat

Ayat komponen Abu amat rajin bekerja. Majikan menaikkan gajinya. Ali suka makan manggis. Ahmad suka makan manggis. Mereka menghadiri ceramah itu. Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. Saya akan menghabiskan kerja itu besok. Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa.

Ayat gabungan Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya. Ali dan Ahmad suka makan manggis. Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.

Subjek dengan subjek

Predikat dengan predikat

Adverba dengan adverba

Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.

Objek dengan objek

Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli ikan di pasar.


-

Ibu membeli sayur dan ikan di pasar. Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.

Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan

Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. Polar tidak percaya. Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya. [sunting]Ayat pancangan Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya: Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.

Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar: Kata nama Kata kerja Adjektif Kata tugas. Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktorsintesis dan semantik.

Kata nama Rencana utama: Kata nama Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.

Kata kerja Rencana utama: Kata kerja Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). [sunting]Adjektif Rencana utama: Adjektif Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata sendi Rencana utama: Kata sendi Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. [sunting]Kata hubung Rencana utama: Kata hubung Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. [sunting]Kata seru Rencana utama: Kata seru Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya. [sunting]Kata tanya Rencana utama: Kata tanya Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel kah tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.

Kata perintah Rencana utama: Kata perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan [sunting]keAwalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar: penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi

pe(n)Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Bentuk imbuhan

Fonem pertama kata dasar /b/

Gugurkan? Tidak Ya

Contoh baris pembaris panah pemanah curi pencuri datang pendatang jahat penjahat syarah pensyarah tari penari arah pengarah

Huraian

mem-

/p/ /c/ /d/ /j/ /sy/ /t/ (vokal)

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pempamer

Tidak

men-

Ya Tidak

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pentadbir

/g/
meng/k/

Tidak
Ya

ganti pengganti
karat pengarat Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pengkaji Kecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: penstabil

meny-

/s/

Ya

sakit penyakit

me-

/l/ /m/ /n/ /ng/ /ny/ /r/ /w/ /y/

Tidak

lambung pelampung makan pemakan nyanyi penyanyi rasa perasa wangi pewangi

Untuk kata dasar satu suku

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok. Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja. [sunting]peImbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut: pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit [sunting]perImbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".

Akhiran [sunting]-an Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut. benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan benda kata dasar yang besar atau luas: lautan [sunting]Apitan [sunting]ke--an Imbuhan apitan "ke--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan [sunting]pe(n)--an Imbuhan apitan "pe(n)--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pemeriksaan, pemilihan hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

per--an Imbuhan apitan "per--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pertandingan, pergeseran tempat: perumahan, perkuburan Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja. [sunting]Sisipan Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak telapak; kuning kemuning. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu: Kata bilangan tentu Contoh: satu, dua, tiga Kata bilangan tak tentu Contoh: beberapa, banyak, segala Kata bilangan himpunan Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan Kata bilangan pecahan Contoh: setengah, tiga suku Kata bilangan pisahan Contoh: tiap-tiap, masing-masing Kata bilangan tingkat Contoh: pertama, kedua, ketiga

Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya. [sunting]Definisi dan contoh Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka: tiga orang pelajar tiga orang guru Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya. [sunting]Lihat juga Penjodoh bilangan bahasa Melayu Penjodoh bilangan bahasa Cina Kategori: Linguistik

Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan dalam lain perkataan lain-lain perkara Minah Restoran Dunlop tayar goreng pisang cili sos

Padanan bahasa Inggeris in other words other matters Minah Restaurant Dunlop tyre fried banana chilli sauce

Pembetulan dengan kata-kata lain perkara-perkara lain Restoran Minah tayar Dunlop pisang goreng sos cili

Anda mungkin juga menyukai