Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Tarannum Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut

proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran. Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub AlQuran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya. Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mutabar Cirri-cirinya ialah ; 1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara) 2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara) 3. Irama (alunan atau bentuk bunyi) Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum Sejarah Umum Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ; 1. Bunyi-bunyian geseran kayu. 2. Bunyi-bunyian tiupan angin. 3. Bunyi-bunyian kicauan burung. 4. Bunyi-bunyian air yang mengalir. (hmmmpatutla indah sungguh bunyi tarannum ni ek huhu..ok2,kita sambung) ia kemudiannya telah digubah dan ditalhinkan oleh penyair untuk

dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masingmasing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab Siraj Al-Qari bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesor muzik berbangsa Greek Bathlamus Al-Hukm Philosofhy kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim. Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka. Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat. Sejarah Tarannum Al-Quran Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah Nuzul A-Quran di Gua Hira. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan bertarannum, bertazyin dan bertahsin. Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Shaari dalam sabdanya, sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud, riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).

Posted by Far East at 9:52 AM 1 comments Labels: Tazkirah Thursday, August 20, 2009 Nikmat Suara Suara kita terhasil daripada 3 alat yang sangat istimewa. Apakah itu? 1- Mulut. 2- Hidung. 3- Halkum. Cuba anda semua tutup mulut, boleh keluarkan bunyi tak? Tentu boleh kan??? Sebab bunyi tu mungkin dikeluarkan daripada hidung atau halkum. Cuba tutup hidung. Boleh keluarkan bunyi? Cuba pula tutup mulut dan hidung? Masih boleh keluarkan bunyi? Boleh juga kan? Inilah kelebihan yang Allah ciptakan pada manusia. Tapi beta tidak pasti dengan penciptaan haiwan-haiwan. Apakah sistem suara mereka sama seperti kita. Jika hidung kita selesema, suara kita jadi sengau Jika mulut kita ada mata ikan (ulser mulut) atau sakit gigi kita x mampu keluarkan suara dengan selesa. Jika batuk, halkum kita tidak dapat hasilkan bunyi yang bermutu. Sebenarnya persoalan di sini bukan bunyi-bunyi yang tidak ada makna seperti jeritan, la-la-la atau sebagainya. Ketiga-tiga alat di atas merupakan tempat-tempat keluar huruf (makhraj) dan ia juga sudah tentu bersangkutan dengan makhraj. Jika mereka sakit, kita pun tidak dapat bersuara dengan baik.

Maka, jagalah nikmat suara dengan sebaiknya. Posted by Far East at 11:22 AM 0 comments

Petua Membaiki Suara Anda teringin bersuara merdu? Tentu jawapan anda YAtetapi bila mengenangkan kemampuan diri, kadangkala timbul rasa rendah diri Tak apalah. Suara sedap pun buat apa. Bukan nak guna sangat. Ni dah boleh bercakap pun syukur.mungkin terkeluar kata-kata ini daripada mulut anda.. Tapi, benarkah ada kaedah untuk membaiki suara?? Jawapan beta; YA.. ada. Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samada meninggalkan terus atau mengurangkan bergantung pada diri sendiri laa.. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus. 1) Merokok.. 2) Makanan berminyak. Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..) 3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah. 4) Minuman ber kaffin macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan sewaktu dengannya. 5) Coklat-coklat (apa jenis sekalipunmahal ke..murah ke..) 6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis)

Petua Menjaga Suara 1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer!! ada antara anda ungkapkan macam tu Beta bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..) 2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam. 3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakan .. Laa..Laa..Laa... 4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu. 5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran. 6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang. Kalau Suara Tak Elok Jugak???? 1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak. 2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la. .. Rasanya cukuplah tu,nnti kita kongsi lagi yer

Pengenalan Suara

Suara adalah getaran yang diproses oleh udara daripada paru-paru melalui selaput suara ke rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. Tujuan Mengalunkan Seni Suara 1. Dapat memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan Kalimatullah. 2. Dapat menghayati ketinggian uslub-uslub Al-Quran. 3. Dapat memahami maksud ayat-ayat Al-Quran serta dapat beramal dengannya. Mengenal Sifat-Sifat Suara Sifat-sifat suara terbahagi kepada 4 kategori :A. Suara terbaik, (ianya mempunyai 11 sifat) 1. Ketepatan nada 2. Tinggi 3. Rendah 4. Garau 5. Lembut 6. Manis 7. Licin 8. Bersih 9. Terang 10. Lantang 11. Tajam B. Suara baik, (ianya mempunyai 10 sifat)

1. Ketepatan nada 2. Sederhana 3. Rendah 4. Garau 5. Lembut 6. Manis 7. Licin 8. Bersih 9. Terang 10. Lantang C. Suara kurang baik, (ianya mempunyai 9 sifat) 1. Ketepatan nada 2. Tinggi 3. Kecil 4. Lembut 5. Manis 6. Licin 7. Bersih 8. Terang 9. Tajam D. Suara tidak baik, (ianya mempunyai 12 sifat) 1. Sumbang 2. Nipis 3. Lembab 4. Lemah 5. Keras 6. Serak 7. Pecah 8. Parau 9. Terketar-ketar

10. Tenggelam 11. Tersepit 12. Tercekik # Suara yang termasuk dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga, adalah dikira istimewa dan senang untuk mempelajari AlQuran. # Suara yang termasuk dalam kategori yang keempat, adalah dikira suara yang bermasalah iaitu perlu diubahsuai, diperbaiki dan memerlukan jangka masa yang agak panjang. (tapi tak salah untuk kita cuba,tul tak???) Mengenal Thobaqat Suara Dalam bidang tarannum al-Quran, lazimnya menggunakan 4 thobaqat suara sahaja : 1. Thobaqat pertama, Qarar.. ianya berfungsi di dada. 2. Thobaqat kedua, Nawa.. ianya berfungsi di tekak. 3. Thobaqat ketiga, Jawab.. ianya berfungsi di rongga hidung. 4. Thobaqat keempat, Jawabul Jawab.. ianya berfungsi di rongga otak. (Untuk lebih mantap lagi, anak-anak didik beta hendaklah mempelajari sistem proses nada iaitu, DO-RE-MI-FA-SO-LA-TIDO. Ianya berlaku pada tiap-tiap thobaqat suara). Peranan Suara Apakah peranan suara dalam bidang Al-Quran??? Tuan hamba semua nak tau x??? hehe..biar beta bgtau k..huhu 1. Menentukan makhraj huruf dan sifatnya dengan betul.

2. Menentukan nada dan irama. 3. Menentukan seni bacaan/persembahan bacaan. 4. Memelihara nikmat kurniaan Allah. 5. Memberikan penyesuaian dengan ragam ayat-ayat A-quran. 6. Memberikan penyesuaian dengan lahjah Arab. Sejarah Umum Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ; 1. Bunyi-bunyian geseran kayu. 2. Bunyi-bunyian tiupan angin. 3. Bunyi-bunyian kicauan burung. 4. Bunyi-bunyian air yang mengalir. (hmmmpatutla indah sungguh bunyi tarannum ni ek huhu..ok2,kita sambung) ia kemudiannya telah digubah dan ditalhinkan oleh penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masingmasing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab Siraj Al-Qari bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesor muzik berbangsa Greek Bathlamus Al-Hukm Philosofhy kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim. Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka. Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik

dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat. Sejarah Tarannum Al-Quran Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah Nuzul A-Quran di Gua Hira. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan bertarannum, bertazyin dan bertahsin. Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Shaari dalam sabdanya, sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud, riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim). Salam..fakta yg menarik. baru tau sejarah mngenai tarannum ni..

Anda mungkin juga menyukai