Anda di halaman 1dari 6

DST

Tema: Sains Hayat


Kumpulan 1: SJK ChenMoh SK (L) Bukit Bintang 2 SK Assunta 2 SK Jalan Selangor

Tajuk: Benda Hidup dan Benda bukan Hidup Standard Kandungan:


1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard Pembelajaran:
1.1.1 Mengenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup 1.1.2 Mengenalpasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak/ membesar dan membiak. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran TMK, penulisan dan lisan.

Masa: 60 minit
Aktiviti:
Set Induksi: 1. Mengadakan satu lawatan dalam sekolah. 2. Murid-murid cuba senaraikan 3 benda hidup dan 3 benda bukan hidup.

Langkah 1: 1. Guru menyoal murid mengenai jawapan yang dipilih. cth: Kenapa pokok adalah benda hidup? Kenapa batu adalah benda bukan hidup?

2. Guru menerangkan tentang maksud benda hidup dan benda bukan hidup.Guru akan menghubungkait dengan ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
*Benda hidup Perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak. *Benda bukan hidup tidak memenuhi ciri-ciri di atas.

Pentaksiran:
Perbincangan dalam kumpulan. Guru menyediakan jadual serta gambar benda hidup

dan benda bukan hidup bagi setiap kumpulan. Murid akan mengenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup. Mereka akan menggunting dan menampal gambar dalam jadual berdasarkan dua kumpulanBenda Hidup tersebut. Benda bukan hidup

Ketua kumpulan menyenaraikan benda hidup dan

benda bukan hidup.

Aktiviti Pemulihan:

Guru menyoal murid untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 benda hidup yang terdapat di sekeliling mereka. Membuat latihan pengukuhan dalam buku aktiviti.

Aktiviti Pengayaan:

Impak:

Anda mungkin juga menyukai