Anda di halaman 1dari 56

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN

TEKNIK-TEKNIKPENGAJARAN
1. TEKNIK DRAMA (MIMOS, ARCA, IMPROVISASI, MAIN PERANAN, SIMULASI, TEATER BERCERITA, PENTOMIN, MESTAMU, DEKON) 2. TEKNIK PERMAINAN BAHASA 3. TEKNIK LATIH TUBI 4. TEKNIK BERCERITA

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik

adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar

Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan

kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan

merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar

MIMOS

Lakonan menyampaikan idea atau cerita melalui gerak laku atau ekspresi air muka tanpa bahasa. Ia merupakan kefahaman daripada rangsangan atau arahan yang diberikan. Penggunaan memos dalam pengajaran akan dapat melatih pelajar membuat pengamatan, penaakulan sesuatu gerak laku yang dilakukan.

Pelajar perlu menggunakan pengalaman, daya

kreativiti dan imiginasi dalam mentafsirkan aksi memos. Pengalaman dan budaya yang berbeza mungkin akan menyebabkan tafsiran yang berlainan Bagi pelajar yang malu bercakap atau kurang lancar pertuturannya, memos merupakan peluang bagi mereka melibatkan diri dalam aktiviti dalam kelas

MIMOS
Dalam memos pelajar dilatih memindahkan idea, KBKK dengan cara mengamati pergerakan badan dan ekspresi tanpa dialog vi. Aktiviti ini menarik kerana tidak melibatkan kos , masa, ruang -yang penting ialah pengamatan pelajar. vii. Guru hanya perlu menetapkan sesuatu reaksi atau watak dan meminta pelajar melakonkannya. viii. Pelajar lain diminta meneka apakah aksi yang sedang dilakonkan itu.
v.

MIMOS
Contoh beberapa situasi yang dapat

dilakonkan oleh pelajar-pelajar: i. Anda sedang membaca surat khabar dan angin bertiup kencang ii. Anda sedang meanonton satu perlawanan tinju iii. Anda sedang menumbuk cili dan serpihan cili masuk ke mata anda.

ARCA
i. Gambar beku yang dihasilkan oleh pelajar

sebagai tindak balas kepada sesuatu tema, situasi atau cerita. ii. Arca menunjukkan kebijaksanaaan pelajar memilih pergerakan utama yang dijadikan fokus. iii. Dalam lakonan arca, pelajar membuat pemilihan dan penilaian aras tinggi- aras sentisis.

iv. Pelajar dapat memfokus perhatian kepada

suatu detik/peristiwa yang singnifikan/ bermakna/ penting. v. Pelajar dapat memberi gerak balas yang sesuai dengan mood atau tema dan memahami matlamat beesama tanpa suara. vi. Pelajar menyampaikan sesuatu menerusi gambaran yang berbeza dan sudut pandangan yang berbeza.

ARCA
Contoh Aktiviti: Malaysia sebuah negara membangun yang pesat kemajuannya. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi telah menyemarakkan nama Malaysia di negara membangun yang lain, malahan menjadi contoh dan ikutan. Buat satu lakonan arca yang dapat mencerminkan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.

IMPROVISASI
Merupakan satu aksi fizikal yang tidak memerlukan latihan. Ia terjadi tanpa dirancang tetapi selalunya melalui pengalaman atau desakan yang kuat dari dalam diri atau imaginasi.
-

-Merupakan satu cara menyampaikan mesej dengan

menggunakan isyarat, pergerakan badan atau suara.

Jenis-jenis improvisasi
1. Improvisasi yang berdasarkan situasi /

Suasana - Suasana di pasar - Suasana pilihanraya - Pertemuan dua sahabat - Satu kejadian di stesen bas

IMPROVISASI
- Tinggal seorang diri, terdengar pintu diketuk

- Didatangi seorang pengemis


- Bertemu seorang gadis yang hampir serupa dengan

saudara yang sudah meninggal dunia.


- Menerima satu bungkusan misteri - Melihat perlawanan bola sepak

- Menonton cerita seram.


Boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.

IMPROVISASI
- Contoh Aktiviti: Anda sendirian di rumah. Hujan lebat mencurah-curah.

Kilat sabung-menyabung. Anda berasa amat takut. Bekalan elektrik terputus.


Anda teringat ajakan ibu bapa supaya menyertai mereka

pulang ke kampung. Timbul kekesalan di hati anda.


Tiba-tiba anda terdengar ketukan di pintu. Anda pasti di

luar itu bukan ibu bapa anda.


Apakah tindakan anda? Lakonkan.

IMPROVISASI
2. Improvisasi berdasarkan alat/benda.
Sama ada guru menyediakan alat atau alat yang

dimiliki murid.
Contoh 1: Sebilah pedang Murid mungkin akan membayangkan

pahlawan gagah berani dan mungkin

garang.

IMPROVISASI
2. Improvisasi berdasarkan alat/benda.
Contoh 2: Gayung / tali /tongkat /serampang / pisau Pilih 8 orang murid. Arahkan mereka duduk

dalam bulatan. Berikan alat yang telah dipilih

dan minta mereka fikirkan kegunaan alat


tersebut.
Lakonkan aksi yang sesuai dengan idea yang

hendak disampaikan.

IMPROVISASI
3. Improvisasi berdasarkan watak.
Ibu tua yang kesepian ditinggalkan anak

kesayangan tanpa khabar berita. Setiap hari Si Ibu akan duduk di beranda rumah memandang ke jalan raya menanti kepulangan anaknya. Dari kejauhan Si Ibu melihat seorang pemuda yang

mirip anaknya menuju ke rumahnya.


Lakonkan aksi Si Ibu.

IMPROVISASI
4. Improvisasi berdasarkan petunjuk.
Guru memberikan beberapa patah perkataan

sebagai rangsangan dan murid dikehendaki menyambungnya menjadi ayat atau sebuah cerita.
Pilih beberapa orang murid ke hadapan kelas. Guru

memberikan sebaris ayat dan murid-murid tersebut

diminta menyambung ayat tersebut secara bergilirgilir sehingga murid-murid itu kehabisan idea.

IMPROVISASI
4. Improvisasi berdasarkan petunjuk.

Contoh ayat:
Dia tersenyum malu. Emak sudah menasihatkan kamu berkali-kali. Dia masih ingat lagi. Aku akan menolak pinangannya.

Puas sudah dia mencari cincin pemberian kekasihnya.

IMPROVISASI
5. Improvisasi berdasarkan kostum.
Pakaian, topi selendang dan barang kemas akan dapat

mencipta pelbagai jenis perwatakan. Murid melalui pengalaman dan imaginasi mereka akan dapat

melakukan aksi spontan.


Contoh: Guru memberi seorang murid pakaian kebaya dan

selendang sementara seorang pelajar lain diberikan pula seluar jean dan kemeja T. Aksi pelajar pasti berbeza.

TEKNIK MAIN PERANAN

Pelajar melakonkan sesuatu situasi,

masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada

kaitan atau penghafalan skrip, iaitu pelakonpelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri danmembina keyakinan mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui

MAIN PERANAN
Apakah yang dimaksudkan dengan peranan? Aktiviti pengajaran membolehkan murid

berlagak seperti watak dalam situasi.


Membuat penghayatan watak termasuk cara

berdialog, bentuk dialog dan ekspresi wajah

dan perlakuan.

MAIN PERANAN
Apakah yang dimaksudkan dengan main

peranan?

Melahirkan pelbagai perasaan dan penghayatan mendalam secara bebas mengikut situasi watak. Melakonkan pelbagai tingkah laku mengikut situasi seolah-olah mengalami peristiwa/kejadian

itu sendiri. Ini dapat menambah pengalaman dan


pengetahuan.

MAIN PERANAN
Jenis main peranan: a) -

Memperihal: masalah

situasi
proses

MAIN PERANAN
Contoh situasi: Dua makhluk dari planet Marikh sedang dalam perjalanan

ke bumi Malaysia. Mereka berpakaian serba putih. Di Malaysia, terdapat 3 orang pelajar sedang berbincang dengan serius sehingga kelihatan begitu letih dan terus tertidur. Dua makhluk asing dari atas terus sampai ke bilik 3 orang pelajar tadi. Apabila kaki mereka terpijak lantai, 3 pelajar tersebut terkejut jaga dan tercengang-cengang buat seketika. Melihat sesama sendiri. Mereka sekali lagi terperanjat melihat makhluk asing menghampiri mereka.

MAIN PERANAN
b) Demonstrasi:

Tunjuk cara supaya dapat dicontohi


Dialog antara murid dengan pegawai pejabat pos di kaunter.

Contoh situasi: i.

ii. Dialog antara murid dengan guru besar iii. Dialog bagaimana seorang murid menegur dan memberi salam kepada orang tua.

MAIN PERANAN
c) Latihan Berkomunikasi:

Melatih murid membiasakan diri dan berani untuk berkomunikasi secara formal dan tidak formal.

Contoh situasi:

i. ii.

Dialog murid dengan jurujual. Dialog Doktor dengan pesakit.

MAIN PERANAN
d) Mencipta:

Menggalakkan murid berfikir secara kreatif membuat imaginasi.


Berpeluang meluahkan perasaan secara

kreatif mengikut situasi.

MAIN PERANAN

Contoh situasi:

Liza, adiknya Lia dan emaknya pergi ke pasar


malam. Lia asyik membelek-belek barang mainan. Ketika emak singgah membeli air kacang soya di sebuah gerai, kami menyedari Lia tiada. Emak mula cemas. Dia menyuruh Liza mencari Lia. Setelah puas Liza mengintai dan bertanya di segenap ceruk pasar malam, Lia masih tidak ditemui. Mereka sangat bimbang.

SIMULASI

Apa itu simulasi?

Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai situasi sebenar dalam kehidupan.

Murid berinteraksi/mewujudkan perlakuan berdasarkan peranan masing-masing (yang

diberi oleh guru)

SIMULASI

Contoh peranan:

i.

Menggayakan situasi, menyelesaikan masalah,


membuat keputusan atas isu/tugasan dan melapor.

ii.
iii. iv.

Menjadi juruacara dalam majlis sukan.


Bermesyuarat Bersidang dalam dewan rakyat.

v.
vi.

Perbicaraan mahkamah.
Watak dalam cerita.

SIMULASI
Mengikut sejarah silam Matahari telah jatuh cinta kepada

Bulan. Setelah sekian lama memadu kasih, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka cukup meriah dan diraikan oleh

semua cakerawala. Mereka hidup bahagia dan mencintai


satu sama lain. Selang beberapa tahun, Bulan mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi itu sungguh cantik dan comel sekali dan dinamakan Bumi.

Setelah kelahiran Bumi, pasangan ini mula sering

berselisih faham dan bertengkar antara satu sama lain. Masalah rumah tangga yang makin tegang menyebabkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Bulan dan Matahari berebut hak penjagaan ke atas Bumi. Kes mereka tidak dapat diselesaikan dan dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Mahkamah memutuskan supaya Bumi dijaga secara bergilirgilir. Matahari akan menjaga pada waktu siang dan Bulan akan menjaga pada waktu malam.

SIMULASI VS MAIN PERANAN


Aktiviti simulasi: Perbicaraan di mahkamah tentang hak

penjagaan Bumi.

Aktiviti main peranan:

Pertengkaran antara Matahari dan Bulan berebut

Bumi.

DEKON VS PENTOMIN - KONSEP


Dekon: 1. Lakonan bisu semasa pendeklamator

mendeklamasi sajak. Pendeklamator di hadapan pentas. Pelakon di hadapan pentas.


Pentomin: - Lakonan bisu. Pendeklamasi berada di belakang

pentas. Hanya suara yang berkumandang. Pelakon di hadapan pentas.

TEATER PEMBACA
i. Murid yang terlibat berada sebaris di hadapan kelas ii. Murid akan melangkah setapak ke hadapan bila tiba giliran membaca dan melangkah kembali ke belakang setelah selesai membaca watak yang dipegang. iii. Murid membaca dengan penuh penghayatan

menggunakan intonasi yang sesuai serta


bahasa badan yang betul.

TEATER BERCERITA
i. Murid duduk dalam bentuk separuh bulatan menghadapi ruang lakon. ii. Edarkan bahan cerita kepada murid yang menjadi pencerita. iii. Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan membaca cerita. iv. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, murid yang berminat/ditentukan watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang dibacakan dalam cerita dan duduk semula apabila tidak terlibat lagi dalam cerita. Aktiviti diteruskan sehingga cerita berakhir.

Lakonan
Berlakon atau berdrama ialah satu teknik yang

melibatkan tubuh badan. Ia merupakan segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia . Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Di sekolah , berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria.

Mereka diberi peranan untuk berkata-kata

secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran bahasa pelajar. Pelajar hanyalah diperlukan beraksi atau melakukan sesuatu pergerakan sambil bercakap.

Antara bentuk lakonan yang boleh dijalankan ialah :( i ) Lakonan Bisu Lakonan ini bertujuan melatih pelajar memahami serta menggambarkan maksud dan perasaan melalui penggunaan unsur-unsur bukan inguistik seperti mimik muka, gerak tangan, kepala , badan dan lain-lain. ( ii ) Lakonan Spontan Lakonan spontan pula bertujuan untuk melatih pelajarpelajar berlakon secara spontan bagi menggambarkan maksud dan perasaan yang ingin disampaikan melalui penggunaan unsur-unsur bahasa dan bukan linguistik yang berkesan.

( iii ) Lakonan Berskrip Tujuan pengajaran bahasa melalui penggunaan teknik lakonan berskrip atau dialog drama bukanlah untuk membolehkan pelajar-pelajar mementaskan persembahan lakonan tersebut tetapi hanya untuk membolehkan pelajar-pelajar membaca, memahami serta menghayati dan kemudian melakonkan skrip tersebut dengan menggunkan unsur-unsur paralinguistik dan bukan lingustik yang betul.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Mempelajari bahasa melalui teknik permainan Kebanyakan aktiviti menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Objektifnya adalah:
i - merangsang interaksi verbal pelajar ii -menambah kefasihan dan keyakinan iii - menyediakan konteks pembelajaran iv - tindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan v- bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataanperkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran sama ada bahasa rasmi atau bahasa kedua.

TEKNIK BERCERITA
Satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan

Langkah supaya teknik bercerita lebih menarik

Memilih cerita yang menarik, mudah dan sesuai

dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pengajaran. Guru memahami dan menghayati isi cerita terlebih dahulu Elak dari menghafaz cerita, sebaliknya menggunakan perkataan sendiri. Gunakan aksi mudah, mimik muka dan intonasi yang sesuai

Menggunakan BBM seperti kad perkataan,

gambar, boneka, tali dan sebagainya yang boleh menarik perhatian murid dan membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. Menggunakan suara yang jelas dan lantang dan disertai dengan gerak laku yang menarik dan penuh emosi . Elak daripada berlakon kerana murid mungkin tertumpu pada lakonan dan tidak mendengar cerita. Jangan bercerita terlalu laju atau terlalu lambat.

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEKNIK BERCERITA


1. Perancangan dan persediaan
Guru

mulakan dengan memilih cerita yang sesuai, menarik serta mengandungi nilai moral yang tinggi. Guru fahami, hayati dan hafaz cerita. Menyediakan BBM seperti kad perkataan, gambar dan sebagainya. Memastikan suasana bilik darjah sesuai dengan aktiviti P&P

2 Sesi bercerita Mulakan dengan set induksi yang menarik dan ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Bercerita dengan suara, gaya dan BBM yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Memastikan semua murid member perhatian yang sepenuhnya

3. Penutup Membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita. Membuat pengukuhan seperti : Menyoal murid-murid tentang isi cerita Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. Berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam cerita. Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai