Anda di halaman 1dari 18

LITAR ULANG-ALIK

MUHAMMAD FIKRI BIN FAUZI NORSALFARINA BINTI AB. KARIM NURUL ATIKAH BINTI AWANG ALI ZARIN SOFIA BINTI MOHMAD ALUS SHAMSUL BAHTIAR BIN ABD. AZIZ

PENGENALAN ARUS ULANG ALIK(AU)

Arus ulang alik ialah arus di mana magnitud dan arah arus itu berubah berkala dengan masa.

Vpmkd = voltan punca min kuasa dua Vp = voltan puncak

Ipmkd = arus punca min kuasa dua Ip = arus puncak

PEMUAT / KAPASITOR

Simbol kapasitor

Kapasitor tetap

Kapasitor berpolariti

Kapasitor b/ubah

Kapasitor biasanya terdiri daripada dua konduktor selari yang dipisahkan oleh bahan penebat. Kapasitor berfungsi menghalang arus terus melaluinya tetapi membenarkan arus ulang alik melaluinya.

Kapasitor boleh menyimpan cas apabila disambungkan dengan arus terus tetapi tidak boleh dicas dengan menggunakan arus ulang alik. Unit kapasitor ialah Farad atau mikroFarad.

ARUHAN

Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) dalam satu konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet dan gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet.

Hukum aruhan elektromagnet Faraday menyatakan bahawa satu daya gerak elektrik akan teraruh dalam satu litar elektrik apabila terdapat satu perubahan fluks magnet yang berkaitan dengan litar elektrik itu.
Magnitud d.g.e aruhan adalah bergantung pada perubahan fluks magnet.

Mekanisme penghasilan d.g.e aruhan

Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud d.g.e aruhan


i. Kekuatan magnet - Magnet yang lebih kuat akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi kerana ketumpatan fluks adalah lebih tinggi.
ii. Bilangan lilitan gegelung - Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi .

iii.Laju relatif antara gegelung dengan magnet Laju relatif yang lebih tinggi akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi kerana kadar perubahan fluks magnet adalah lebih tinggi. D.g.e adalah sifar apabila magnet pegun dalam gegelung.
iv. Diameter gegelung - Diameter gegelung yang lebih besar akan menghasilkan d.g.e aruhan yang lebih tinggi kerana kadar pemotongan fluks magnet yang lebih tinggi.

GALANGAN

Galangan ditakrifkan sebagai jumlah halangan yang wujud di dalam litar AU. Simbol :Z dan unitnya : Ohm , Rintangan ialah sifat bahan yang menentang pengaliran elektron. Lebih tinggi rintangan, maka lebih sukar arus elektrik melalui sesuatu bahan. Rintangan disukat dalam unit Ohm.

Arus yang mengalir dalam litar mempunyai hubungan dengan voltan dan rintangan. Arus akan bertambah jika voltan dinaikkan atau rintangan dikurangkan. Hukum Ohm menyatakan arus berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai