Anda di halaman 1dari 17

PUNCA MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH PUNCA MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH Murid kurang minat

t belajar Persekitaran suasana BD tidak menarik dan kurang kondusif Guru menunjukkkan muka masam, marah, serius menakutkan murid Guru sentiasa menegur dan mengkritik murid-murid walaupun kesilapan yang kecil murid akan mendiamkan diri Amalkan kepimpinan autokratik jejaskan komunikasi dua hala PUNCA MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH (sambungan) Guru mengejek murid dengan nama seperti: sibodoh, sibotak murid akan berdiam diri dan duduk jauh dari guru Guru suka memberi amaran/hukum murid sesuka hati bentuk hubungan tak mesra Suara guru kurang jelas/kurang lantang murid tidak dengar Bahasa yang digunakan tidak difahami oleh murid PUNCA MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH (sambungan) Gaya guru mengajar tidak sesuai sentiasa duduk ketika mengajar Guru mengajar dengan percakapan yang cepat murid tak dapat ikuti Pendekatan dan strategi mengajar kurang sesuai hanya berpusatkan pada guru dan gunakan teknik syarahan tidak galakkan komuniksi 2 hala

CARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH 10:09 PM ARIEDRIFKE NO COMMENTS 1. Komunikasi yang berkesan d akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh si penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima. dengan jelas. 2. Berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat. 3. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan. 4. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(Pujian) dan bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman). 5. Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa. 6. Murid mesti mendapat mesej/arahan yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat. Amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah

Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah. Menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama. Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua pihak tersebut. Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya. ii) Memastikan bahawa tidak ada halanagn apabila guru menyampaikan pengajarannya.

i)

iii) Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang.

Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah Oleh : Puan Norzilah Mazahar GKMP Sains dan Matematik

Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. Komunikasi Verbal Definisi : Komunikasi lisan Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajarpelajar dengan cara bertutur. Komunikasi Non-Verbal Definisi : Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan Contoh : bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar. Komunikasi Berkesan Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif. Amalan Komunikasi Berkesan Bersikap positif / percaya kepada pelajar Bersifat ramah dan mesra Hormat terhadap pandangan pelajar Ketahui latar belakang pelajar Pendengar yang aktif Tunjuk mimik muka berseri Guna bahasa yang mudah dan difahami

Arahan yang jelas dan jitu Bersemangat tinggi dalam pengajaran Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan Guna nama pelajar ketika berinteraksi Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi Kebisingan Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman. Emosi guru atau murid Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil. Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka. Kurang tumpuan Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah Kritikan Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik. Melabel pelajar Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat. Ancaman Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka. Memberi arahan Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala.

Mimik muka Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap. Kurang perhatian Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap. Penyampaian Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala. Bahasa Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar. Kelajuan Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham. Kurang persediaan Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas. Aktiviti pembelajaran kurang menarik Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.

Masalah masalah komunikasi dalam bilik darjah Document Transcript 1. MASALAH MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH<br /> KRITIKAN Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi. Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri sahaja. MELEBAL MURID Guru yang melabel murid dengan pelbagai nama seperti si malas, kaki ponteng dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap. MEMBERI ARAHAN Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi. ANCAMAN Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagai amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi yang terbuka. MEMEK MUKA Memek muka gruu yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya atau memberi jawapan.Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.

KEKURANGAN PERHATIAN Guru yang sentiasa duduka dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadapa jwapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi. BAHASA Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku. KELAJUAN Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru.Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya. KEKURANGAN PERSEDIAAN Persediaan yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan.Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui.Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku. AKTIVITI PEMBELAJARAN KURANG MENARIK Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, murid-murid enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan yang lain.Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.

CARA CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran. Ini membolehkan setiap murid mendengar mudah serta jelas. Selepas itu, barulah murid-murid digalakkan untuk bertanya. Elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat. Cuba baiki jawapan yang dianggap kurnag sesuai. Elakkan daripada melabel murid dengan kata-kata berbentuk negatif. Melalui cara ini, murid akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujahhujah. Galakkan perundingan. Murid bertendensi untuk memberontak jika guru memberi arahan.Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila muird-murid di ajak berunding. Tunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba mnejawab atau menyoal. Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang mneyertai perbincangan. Berikan perhatian penuh ketika murid sedang menjawab atau menyoal. Perhatian penuh guru akan mendorong murid untuk terus berinteraksi dengan guru.Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan

kebolehan murid. Ini akan memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa muridmurid. Bagi murid-murid yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan.

Selamat sejahtera semua, Pada pendapat saya, kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan kita untuk berinteraksi dengan orang lain sama ada dengan menggunakan media perantara ataupun sebaliknya. Kemahiran ini juga merangkumi kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar, etika dalam berkomunikasi, dan juga mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi. Dalam arus perkembangan dunia sekarang, aspek ini menjadi satu kemahiran asas yang penting dan sememangnya wajib untuk dikuasai oleh setiap individu. Menurut Hashim Fauzy (1997), kehidupan harian manusia adalah tidak terlepas dari proses komunikasi. Komunikasi berlaku di mana- mana dan tidak dapat dielakkan oleh sesiapapun. Lima keadaan manusia perlu berkomunikasi adalah seperti berikut : a) b) c) d) e) Membantu mengenali diri sendiri Mengajar kemahiran hidup Meningkatkan pandangan orang terhadap diri Meningkatkan pengetahuan terhadap hubungan manusia Meningkatkan keberjayaan dalam kerjaya

Komunikasi mempunyai fungsi yang sangat luas dalam kehidupan manusia. Bagi ahli sosiologi, komunikasi adalah satu proses interaksi yang membantu proses sosiolasi, melahirkan institusi sosial, dan berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial. Setiap individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Contohnya dalam 2 proses guru dan pelajar bertukar- tukar pengalaman dan pengetahuan, mereka mencipta makna antara satu sama lain. Apabila mereka berkomunikasi mereka saling menyatakan pengalaman dan pengetahuan masing- masing dan dengan cara itu mereka mendapat makna daripada pertukaran tersebut. Amir Sharifuddin (1986) mengatakan, komunikasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan pelajaran. Fungsi menyampaikan

pelajaran berjalan sepanjang masa dalam semua lapisan masyarakat. Dari ini jelas ternyata bahawa kemahiran komunikasi merupakan nadi utama di sesebuah institusi pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. _________________________________________1____________________ Salam Muhibbah, Saya amat tertarik dengan lontaran bernas idea cikgu. Pada pendapat sayapula, Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bermatlamatkan menjadikan pelajar berlmu pengetahuan tetapi juga pembentukan sahsiah diri mereka dengan menerapkan kemahirankemahiran yang berguna. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama ada dengan pihak pentadiran, rakan sejawat, masyarakat luar dan yang paling utamanya adalah interaksi di antara guru dan pelajar. Guru berperanan sebagai penghantar manakala pelajar pula berperanan sebagai penerima, dan fungsi serta proses komunikasi ini tidak terikat dalam bentuk sehala sahaja. Malah ada masanya guru juga bertindak sebagai penerima, dan pelajar pula bertindak sebagai penyampai. Ini bergantung kepada proses interaksi yang dicorakkan oleh mereka. Mok Soon Sang (2000) yang menyatakan, proses komunikasi berlaku dalam hampir segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah kepentingannya dalam pendidikan juga turut diakui oleh Ee Ah Meng (1999) yang mengatakan, komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. _____________________________-2__________________________________-

Salam 1 Malaysia, Saya amat bersetuju dengan pandang cikgu. Melalui pembacaan saya, fungsi komunikasi guru dan murid amat penting. Menurut Samsuddin (1993), kejayaan fungsi mendidik bergantung kepada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahannya terhadap maklumat yang diterimanya. Guru mempunyai matlamat agar maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajar mendalami ilmu yang diajarnya. Guru yang tidak mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi secara berkesan tidak berupaya mewujudkan pengajaran atau pembelajaran yang berkesan seterusnya akan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mengambil inisiatif diri, sama ada berlatih, mendalaminya, dan seterusnya menguasai kemahiran ini dengan sempurna. ------------------------------3----------------------Salam perpaduan semua, Pandangan cikgu tentang komunikasi antara murid dan guru amat menarik sekali. Menurut Ee Ah Meng (1996), menyatakan bahawa guru merupakan agen sosiolasi. Seseorang guru berupaya menggalakkan pergaulan mesra di kalangan pelajar-pelajarnya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan untuk berinteraksi secara positif bukan sahaja penting bagi kejayaan seseorang guru malah ia juga penting bagi kejayaan pelajar. Secara tidak langsung guru tersebut mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan punca permasalahan setiap pelajar dalam berkomunikasi dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memperbaiki kekurangan yang ada pada diri pelajar mereka tadi. Ini

kerana keupayaan guru berkomunikasi dengan baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebegini mampu memotivasikan diri pelajar untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Komunikasi guru juga mempengaruhi dan mendorong pelajar berusaha bersungguh dalam pembelajaran mereka. -----------------------------------4----------------------------------------Salam 1 Malaysia, Saya bersetuju dengan idea-idea cikgu. Pandangan cikgu sungguh menarik perhatian saya. Menurut Hashim Fauzy (1997) pula menyatakan bahawa, dalam aktiviti kehidupan manusia lebih 70 peratus masa adalah digunakan untuk berkomunikasi. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan maklumat kepada kita tanpa henti. Lantaran itu, guru yang banyak menghabiskan masa dengan pelajar harus menggunakan peluang ini untuk berkomunikasi dengan baik dalam apa jua situasi samaada di sekolah, mahupun dalam hubungan sosial mereka dengan masyarakat di luar. Memang tidak tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi yang baik merupakan satu jaminan kepada kemajuan akademik pelajar. Pelajar mempunyai keyakinan dan berminat dalam pengajaran guru. Proses pembelajaran dan pengajaran akan berlaku dengan lebih cepat apabila pelajar memahami apa yang diajar oleh guru mereka. 1.2 Latar Belakang Masalah

Ciri- ciri dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang diamalkan di negara kita memperlihatkan hubungan dan jalinan yang amat erat dan ciriciri komunikasi yang berkesan antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pengetua dan antara guru dengan guru. Dengan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dengan organisasi sekolah perlu memahami dan mengamalkan komunikasi yang baik dan berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah merupakan asas pendidikan yang bermutu. Jadi adalah wajar kiranya, para pendidik diberi latihan kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada kepada guru terlatih ataupun guru pelatih dengan harapan agar ianya dapat diserapkan pula pada pelajar- pelajar mereka nanti. Para pentadbir dan pengurus sekolah atau institusi pendidikan seharusnya peka dengan kepentingan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salam Muhibbah, Pandangan cikgu amat bernas sekali. Saya semua pendapat cikgu kerana kepentingan komunikasi di sekolah agak meruncing sekarang. Jadi kemahiran komunikasi perlulah dititik beratkan. Menurut Ee Ah Meng (1996), komunikasi antara guru dengan pelajar memainkan peranan penting dalam mewujudkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi guru yang lemah akan menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan masalah ini juga menyebabkan utusan yang dinyatakan dan maksud yang terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh guru disalah tafsir atau tidak difahami sepenuhnya oleh pelajar. Lebih membimbangkan lagi sekiranya apa yang difahami oleh pelajar tersebut, dipegang dan diikuti sepenuhnya tanpa memikirkannya secara mendalam akibat daripada kesalahfahaman tadi.

Malangnya ramai di kalangan kita yang mengambil ringan dan memandang remeh tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi dan tidak berusaha untuk mendalami serta memperbaiki mutu komunikasi yang ada pada diri mereka ke tahap yang lebih baik. Sebenarnya kemahiran ini bukan sahaja berguna kepada pelajar semasa mereka berada dalam alam persekolahan, tetapi melihat kepada perubahan pasaran kerjaya dan era globalisasi pada masa kini, menjadikan aspek kemahiran berkomunikasi ini sebagai elemen penting yang harus dikuasai oleh seseorang pelajar bagi melayakkan mereka untuk bersaing dalam arus pasaran kerjaya pada masa sekarang. Sekiranya ianya tidak diserapkan oleh guru pada peringkat sekolah lagi, sudah tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar mereka kelak untuk berhadapan dengan situasi dunia luar. Ia terbukti apabila, ada sungutan yang sering disuarakan oleh majikan terhadap lulusan sekolah iaitu kegagalan berkomunikasi dengan baik dan lancar walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik yang sangat baik. Kegagalan berkomunikasi dengan baik itu bukan sahaja bagi bahasa Inggeris tetapi juga dalam bahasa Melayu iaitu bahasa penghantar sepanjang 11 tahun mereka berada di alam persekolahan (Utusan Malaysia, 27 Sept. 2004). Abdul Rahman (2000) mengatakan, 80 peratus manusia yang gagal dalam kerjayanya disebabkan kegagalan mereka untuk berhubung dengan orang lain. Para guru merupakan golongan manusia yang memberi impak yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal kepada setiap manusia (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1992). Bertepatan dengan gelaran sebagai agen perubahan kepada pembangunan diri dan sahsiah

pelajar, sudah tentu ianya menjadi masalah sekiranya guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi yang tinggi dan asas penguasaan yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi dan sekaligus tidak dapat menurunkan kemahiran ini kepada pelajar mereka yang sememangnya mempunyai latar belakang dan kesediaan diri yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Abd. Razak dan Norzaini (2001), setiap individu mempunyai sikap, latar belakang, tahap pendidikan, pengalaman dan pendedahan yang berbezabeza. Faktor- faktor ini juga memberi kesan kepada proses komunikasi berkenaan. Setiap guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya di dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar, sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Guru bukan sahaja perlu berfikiran kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, pintar, cekap dan optimis dalam apa jua keadaan, memandangkan dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan pelajar begitu terhad, dan sudah semestinya respons yang berlaku antara kedua belah pihak berlaku secara spontan, malah ia seolah-olah tidak memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Menurut Abdul Razak dan Norzaini (2001), kemahiran komunikasi adalah amat penting bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelajar, kerana pelajar menghabiskan kira- kira 80 peratus daripada masa sedar mereka untuk berkomunikasi. Ini dijelaskan lagi dengan kenyataan oleh Mok Soon Sang (2000), komunikasi berlaku dalam segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Namun, ramai pelajar kurang mahir dalam berkomunikasi secara berkesan. Apabila keadaan ini berlaku, ia juga akan memberi kesan kepada sikap dan proses pembelajaran di

kalangan pelajar. Penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar perlulah betul dan tepat. Namun pengajaran guru yang betul dan tepat juga tidak akan mendatangkan hasil jika pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menerima maklumat tersebut. Salam sejahtera, Saya ingin menambah sedikit tentang betapa penting kemahiran komunikasi di kalangan guru dan pelajar. Pada pendapat saya, dalam usaha untuk menerapkan kemahiran berkomunikasi ini ke dalam diri pelajar, pelajar perlulah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas dalam berkomunikasi, antaranya ialah kemahiran mendengar, membaca, menulis dan yang paling utama adalah kemahiran bertutur. Apabila pelajar dapat menguasai keempat-empat kemahiran asas ini, maka ia akan memudahkan tugas guru untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondutif dan berkesan di samping amalan gaya komunikasi ini akan terus disemai dari masa ke semasa dalam diri setiap pelajar. Dengan harapan agar, ianya akan membantu pelajar bukan sahaja dalam aspek akademik dan amalan sosial mereka di luar, tetapi juga untuk persediaan kerjaya mereka kelak.

Anda mungkin juga menyukai