Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian.

Tingkatan Bilangan Murid Tarikh Masa Tajuk Utama Sub Tajuk : : : : : : 4 Perdagangan 1 36 orang 25 Februari 2012 (Selasa) 8.40-9.15 pagi (35 minit) Bab 2 : Unsur Perdagangan 2.1 : Perdagangan Maksud Perdagangan Maksud Perniagaan Cabang Perdagangan Bantuan Perniagaan

HasilPengajaran

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat: i) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 6 jenis-jenis bantuan perniagaan dengan betul beserta contoh-contoh yang bersesuaian. ii) Menyatakan kepentingan bantuan perniagaan terhadap perniagaan.

Pengetahuan Sedia Ada

: 1. 2. 3.

Pelajar telah pun mempelajari: Maksud keperluan dan kehendak. Menjelaskan Model Hierarki Keperluan Maslow. Meneganl pasti bentuk pengkhususan dan menerangkan kesannya dalam pengeluaran.

4.

Menghuraikan konsep sistem barter dan kelemahannya.

Bahan Bantu Mengajar

: Kertas putih A4 dan marker pen.

Penerapan Nilai

: Kepercayaan kepada Tuhan, Kerjasama, hormat-menghormati, tekun berusaha, berani, rajin dan patuh arahan guru.

Rujukan Guru

: i) ii) iii)

Buku teks Perdagangan Tingkatan 4 Sukatan Mata Pelajaran Perdagangan Tingkatan 4 Internet.

KBKK

: Menjana idea dan membuat gambaran, mengenal pasti, menganalisis, menjawab soalan dan membuat penyelesaian dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Strategi

:Pembelajaran Konstruktivisme.

Pendekatan

: Berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar.

Kaedah

: Soal jawab, penerangan, penumpuan, lakaran peta minda dan Perbincangan

Langkah/ Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Strategi/Kaedah/ ABM/Nilai/KBKK

Guru memberi salam Permulaan sebelum memulakan pembelajaran. Guru bertanya khabar pelajar. Guru menarik perhatian pelajar dengan Set Induksi (5 minit) memaparkan gambar berkaitan unsur perniagaan dan bertanya murid perkaitan gambar gambar yang dinyatakan dengan topic hari itu. Guru mengaitkan soalan tersebut dengan topik yang akan di ajar.

Merangsang minat pelajar untuk bersemangat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan mula berfikir tentang topik yang akan di ajarkan. Nilai: Kepercayaan kepada Tuhan, Tekun, penumpuan dan patuh arahan. KBKK: Menjana idea

Pelajar memberi tumpuan dan bersedia untuk belajar.

Langkah 1 (8 minit)

Penerangan 2.1 c) Bantuan Perniagaan i. Perbankan ii. Insurans iii. Pengangkutan iv. Komunikasi v. Pergudangan vi. Promosi

Dengan gambar yang diberi, guru menjelaskan dan menerangkan kepada pelajar secara ringkas berkenaan bantuan perniagaan

Pelajar memberikan perhatian dan kerjasama ketika guru memberikan penerangan.

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar Kaedah: Penumpuan, soal

Pelajar Guru menyuruh pelajar rujuk buku teks, buku rujukan atau nota tambahan. mengemukakan pertanyaan jika kurang jelas berkenaan penerangan yang diberikan oleh guru.

jawab dan penerangan ABM: Buku teks, Kertas putih A4. Nilai:

Menghormati guru, tekun berusaha, rajin dan patuh pada arahan. KBKK: Menjana idea, Mengumpul idea, menganalisa idea, membuat gambaran

Langkah 2 (8 minit)

Perbincangan Kumpulan

Guru menerangkan kepada pelajar berkenaan perbincangan kumpulan yang akan dilakukan.

Pelajar memberikan perhatian dan kerjasama ketika guru memberikan penerangan. Pelajar duduk dalam kumpulan masingmasing. Pelajar melakarkan peta minda di atas kertas putih A4 yang disediakan. Pelajar memberikan tumpuan dan membuat sedikit nota.

Pendekatan: Berpusatkan pelajar dan guru Kaedah: Perbincangan, penumpuan, soal jawab dan penerangan

Guru mengedarkan kertas putih kepada pelajar untuk membuat peta minda berkenaan bantuan perniagaan Guru memantau aktivitiaktiviti perbincangan pelajar.

ABM: Buku teks, Kertas A4. Nilai:

Pelajar berbincang Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk membincangkan kepentingan 6 jenis bantuan perniagaan dengan contoh yang sesuai. Hasil perbincangan dilakarkan dalam bentuk peta minda di atas kertas A4 yang disediakan. KBKK: Menjana idea, Mengumpul idea, menganalisa idea, membuat gambaran dalam kumpulan secara aktif. Bekerjasama, menghormati guru, tekun, tabah dan patuh pada arahan.

Langkah 3 (10 minit)

Aktiviti Perbentangan.

Guru memilih seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka.

Pelajar membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas dengan menggunakan peta minda yang dihasilkan.

Pendekatan : Berpusatkan pelajar. Kaedah: Perbincangan dan

Guru membuat penilaian berdasarkan pembentangan yang dilakukan oleh wakil daripada setiap ahli berdasarkan peta minda yang telah disediakan oleh mereka. Guru memberi pandangan berkaitan dengan isi- isi yang dibentangkan. Guru menggalakkan pelajarpelajar lain untuk menanyakan soalan.

Pelajar memberi fokus semasa sesi pembentangan dan penilaian. Pelajar membuat sedikit nota. Pelajar digalakkan untuk menanyakan soalan. Pelajar mengukuhkan kefahaman akan topik yang dipelajari melalui perbincangan yang dibuat.

Soal Jawab . ABM: Papan putih, peta minda(yang dihasilkan oleh pelajar) . Nilai: Berkeyakinan tinggi, tekun berusaha, kerjasama, rajin, menghormati guru dan patuh pada arahan. KBKK: Menganalisis dan Menghujah idea

Penutup (4minit )

Membuat rumusan.

Guru membuat rumusan tentang topik yang telah dibincangkan bersama sama pelajar. Guru menggalakkan pelajarpelajar lain untuk

Pelajar cuba memberi respon tentang rumusan yang diberikan oleh guru. Pelajar membuat rumusan berkaitan

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah: Membuat kesimpulan.

menanyakan soalan.

dengan tajuk yang telah dipelajari. Pelajar digalakkan untuk menanyakan soalan.

ABM: Buku Teks. Nilai: Kerajinan, tekun berusaha,jujur,me nghormati guru dan patuh akan

Guru menyuruh pelajar menjawab soalan latihan daripada buku teks dan membuat nota ringkas berkenaan topik yang telah diajar. Guru mengarahkan pelajar untuk membaca buku teks sebelum belajar tentang sub topik yang seterusnya .

Pelajar membuat sedikit nota.

arahan guru. KBKK: Membuat kesimpulan, merumus idea.

Anda mungkin juga menyukai