Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum, sidang penonton yang dihormati, cerita ini ialah cerita dongeng orang-orang tua yang kononnya berlaku

di sebuah negeri Isketambola, berdekatan dengan negeri Isketambatu. Di dalam negeri Isketambola, tedapat banyak saudagar-saudagar, hartawan2, bangsawan2, dermawan2 kaya raya yang makan di pinggan dan minum dicawan. Alkisah di dalam banyak-banyak hartawan terdapat seorang jutawan yang tinggi pendiriannya. Hartanya banyak, tiada bandingan. Rumahnya indah, tinggi menawan berada di bukit cendawan/ Nama hartawan ini ialah Ismet Ulam Raja, ad ik beradik Ismet Ulam Pegaga. Ismet Ulam Raja mempunyai 3 orang anak teruna, iaitu AbdulWahab, anak yang sulung, Abdul Wahib anak yang kedua dan Abdul Wahub anak yang bongsu. ...(pelakon Abdul dan Ismet beratur untuk sesi pengenalan)... Pada suatu hari, di rumah Ismet Ulam Raja telah diadakan majlis keramaian sempena hari ulang tahun kelahirannya. Ramai tetamu yang hadir. Seorang saudagar yang ternama, Sadiq Segaraga turut hadir ke majlis tersebut bersama tiga orang anak daranya iaitu, Hamidah, Rafidah dan Ghasidah. Ketiga-tiga anak dara Sadiq Segaraga berkenal-kenalan dengan anak-anak teruna Ismet Ulam Raja. (...Someone mengumumkan ketibaan...suasana di majlis. berkenalan antara satu sama lain. Sadiq dan Ismet bersembang) Semasa di majlis itu, tiba-tiba Ismet Ulam Raja jatuh pengsan akibat terkena serangan jantung. Doktor datang merawat Tuan Ismet. Akhirnya Ismet Ulam Raja meninggal dunia. ..(Ismet jatuh pengsan tiba-tiba, semua orang kalut, doktor datang..) Ketiga-tiga anaknya mula berkelahi kerana Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula membahagikan harta sejurus selepas ayahandanya meninggal dunia. Selepas berkelahi, Abdul Wahub mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan dengan abang-abangnya yang terlalu tamakkan harta dan membahagikan harta secara tidak adil. ...scene berebut harta... Sadiq Segaraga berminat untuk mengahwinkan ketiga-tiga anak daranya dengan anak-anak teruna Jutawan Ismet Ulam Raja kerana harta. Perniagaan Sadiq semakin merosot. Penasihat Sadiq mencadangkan agar mereka bertiga dikahwinkan supaya perniagaan Sadiq dapat diselamatkan. ..Sadiq berlakon bersama penasihat... ..Deal dengan 3 Abdul. 2 Abdul setuju, A.Wahub tak setuju.. Akhirnya, Abdul Wahab dan Abdul Wahib berkahwin dan mereka bersanding dengan pasangan masing2 di atas pelamin. Mereka tersenyum ke arah pasangan masing-masing tanda gembira.

Selesailah upacara perkahwinan kedua-dua Abdul itu. Mereka tidak sedar bahawa mereka akan ditipu oleh Sadiq Segaraga. Pada malamnya, sebelum dua Abdul itu pulang dari kerja, si Sadiq telah membuat satu perancangan. "Kalau marah, dijual". ..semasa ( duduk di kerusi.. pelamin) Pada suatu malam, Abdul Wahub telah bermimpi tentang ayahnya. Dalam mimpi itu, Ayahanda Ismet Ulam Raja menyuruh Abdul Wahub berjumpa dengan seorang peguam yang bernama Sulaiman di satu pejabat dan berkahwin dengan Ghasidah, anak Sadiq. Selepas berjumpa dengan peguam itu, rupa-rupanya Ismet ulam Raja telah meninggalkan banyak harta dan aset-aset yang berjuta-juta tinggi nilainya sebagai pusaka. Abdul Wahub telah mendapat 1 idea untuk menyelamatkan abang-abangya yang telah ditipu oleh Sadiq. Abdul Wahub kemudian mengahwini Ghasidah. ... Ismet dan A.Wahub... Selepas berkahwin dengan Ghasidah, Abdul Wahub telah memulakan rancangannya untuk menuntut kembali hak dan harta keluarga yang telah digadai oleh abang-abangnya. Dengan menggunakan alasan "kalau marah, dijual", Abdul Wahub menngunakan kepintaran dan kelicikannya sehingga dia dapat membuat Sadiq Segaraga marah dan akhirnya hartanya tergadai dan dirinya dilelong. ..scene kemuncak rancangan Wahub, Sadiq bengang dan marah.. Akibat daripada sikapnya yang suka menganiyai orang lain, akhirnya Sadiq dilelong bersama dua orang anaknya dan menantu di pasar oleh penjual hamba. ...Scene lelong.. Akhirnya, mereka insaf dan bermaafan antara satu sama lain. Rafidah, Hamidah dan Ghasidah bermesara membelakangi suami masing-masing. Hubungan antara adik beradik, suami isteri dan keluarga kembali bahagia. Gambarkan suasana kegembiraan sebuah keluarga yang bahagia.

..keluarga bahagia..

Anda mungkin juga menyukai