Anda di halaman 1dari 2

Kertas Cadangan ( Proposal ) Kajian Tindakan 1.

Tajuk Kajian Mengatasi masalah murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah 2. Nama Penyelidik Nurul Shuhadak binti Yusoff 3. Nama dan Alamat Sekolah SMK Tunku Putra, 09100 Baling Kedah 4. Refleksi Situasi / Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas didapati murid tidak dapat menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru. Walaupun terdapat juga sebahagian murid yang menghantar kerja rumah tersebut, kerja yang dihantar tidak sempurna dan hanya dibuat secara sambil lewa sahaja. 5. Isu Keperihatian / Fokus Kajian Fokus kajian ini ialah untuk memastikan murid dapat menyiapkan kerja rumah dengan sempurna dan menghantar tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. 6. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Diharapkan murid dapat menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberikan kerana kerja rumah merupakan salah satu elemen yang penting dalam meningkatkan prestasi murid. Objektif Khusus Diharapkan murid dapat meningkatkan kefahaman tentang pelajaran yang diajar melalui kerja rumah. Murid dapat meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan. 7. Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan 26 orang murid Tingkatan 4 Bakawali yang terdiri daripada 24 orang murid Melayu, 2 orang murid bukan Melayu di mana murid lelaki terdiri daripada 7 orang dan murid perempuan terdiri daripada 19 orang.

ii.

8. Metodologi i. Tinjauan Masalah Apabila diberi kerja rumah, murid tidak dapat menyiapkan dengan sempurna dan tidak dapat menghantar tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan oleh guru. ii. Pemerhatian Melalui pemerhatian guru, murid perlu dibimbing untuk memudahkan mereka menyempurnakan kerja rumah yang diberikan. iii. Temuduga Murid akan ditemuduga oleh guru untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang masalah mereka tidak menyiapkan kerja rumah. iv. Soal selidik Murid perlu mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh guru. v. Ujian Post Data perubahan tingkah laku murid.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2. Menulis proposal kajian 3. Merancang tindakan 4. Melaksanakan tindakan 5. Refleksi 6. Melaksanakan ujian 7. Menulis laporan 8. Menghantar laporan 10. Kos Kajian ( jika berkenaan )

Anda mungkin juga menyukai