Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Konsep Kemahiran Berfikir Perkataan pemikiran berasal daripada perkataan fikir dan kemudiannya ditambahkan imbuhan menjadi berfikir di dalam bahasa Melayu. Berfikir

kemudiannya berubah menjadi pemikiran. Perkataan pemikiran ini digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, dasar perkataan pemikiran ini perlu diketahui. Pemikiran diambil daripada bahasa Arab iaitu fakkara, yufakkaru dan juga tafkiran. Menurut John Barell (1991), pemikiran merupakan satu proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar. Konsep pemikiran ini secara umumnya berkait rapat dengan konsep akal yang mana ia merupakan satu tindakan untuk mendapatkan satu jawapan atau makna kepada persoalan yang telah ditimbulkan oleh sesetengah individu kepada kita atau persoalan yang timbul daripada diri kita sendiri. Edward de Bono (1976) memberikan definisi kemahiran berfikir sebagai kemahiran yang membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Penyelesaian masalah memerlukan seseorang manusia itu untuk menggunakan kemahiran berfikir yang terdiri daripada pelbagai alat-alat dan cara seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, secara kritikal dan pelbagai lagi. Dewey (1910) pula menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Kesimpulannya, kemahiran berfikir ini merupakan satu kemahiran yang membolehkan seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan yang termudah, efisyen dan juga bersesuaian dengan corak permasalahan yang ingin diselesaikan.

2.0 Pelajaran Berfikir Cognitive Research Trust Pelajaran Berfikir Cognitive Research Trust telah diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono. Cognitive Research Trust ini atau lebih dikenali sebagai CoRT ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut adalah:

1. PMI

7. OPV

2. CAF

CoRT
6. APC 3. C & S

5. FIP

4. AGO

Soalan Satu Jika ibu dan bapa boleh memilih sifat-sifat seorang guru dalam mendidik anak mereka, apakah lima sifat penting yang paling sesuai untuk dipertimbangkan. Aplikasikan First Important Priority (FIP) untuk soalan ini.

First Important Priority (FIP) menekankan persepsi kita dan juga persepsi orang lain. Kesan daripada FIP ini adalah ia sangat menyeronokan untuk diaplikasikan. Kita mengutamakan banyak benda dalam satu hari, secara formal dan tidak formal. Apabila kita cuba mengutamakan sesuatu benda secara berkumpulan, kita boleh memerhati persepsi dan keutamaan yang lain lain. Sebagai contoh, jika ibu bapa boleh memilih sifat yang perlu ada pada seorang guru, mereka perlulah menggunakan pengaplikasian yang telah diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono ini bagi memperlihatkan keutamaannya. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah telah menetapkan beberapa garis panduan berkaitan tatasusila dan juga sikap sahsiah yang perlu ada pada diri seorang guru. Antara sifat yang perlu diberikan perhatian adalah: Rajin Rajin merupakan salah satu sifat semulajadi yang perlu ada dalam diri seorang guru yang boleh dijadikan contoh kepada ibu bapa untuk diaplikasikan. Sifat rajin ini diberikan keutamaan kerana untuk mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang rajin, para ibu bapa perlulah menunjukkan dan menjadi rol model kepada anak-anak mereka iaitu dengan menunjukkan sifat rajin yang ada pada diri mereka dahulu. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Oleh yang demikian, dengan menunjukkan sifat yang rajin kepada kanakkanak, mereka juga akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Rajin juga dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada individu yang mempunyai sifat ini. Antaranya adalah segala kerja rumah terutamanya kepada pelajar sekolah dapat diselesaikan dengan segera dan para pelajar juga mempunyai kerajinan untuk mengulang kaji pelajaran, secara tidak langsung, seseorang pelajar itu akan menjadi lebih

mempunyai ilmu pengetahuan apabila mempunyai kerajinan dalam diri mereka. Oleh kerana itulah, sifat rajin ini diberikan perhatian.

Penyabar Satu lagi sifat yang ada pada guru yang perlu diberikan keutamaan adalah sifat penyabar. Sabar merupakan sifat penting yang perlu ada pada seorang pendidik kerana setiap yang kita lakukan itu perlulah mempunyai kesabaran dan ketekunan yang tinggi di belakangnya. Sikap sabar ini juga mampu untuk melatih jati diri yang unggul dalam diri setiap individu. Setiap orang guru disarankan untuk mempunyai sifat sabar dengan kerenah dan perangai anak murid di sekolah, manakala ibu bapa juga perlu mempunyai sikap sabar dengan tingkah laku dan perangai anak mereka di rumah dan mereka juga perlulah melatih diri mereka untuk menerima apa sahaja kesulitan dan kesukaran yang mereka hadapi

Bertanggungjawab Bertanggungjawab berkaitan dengan tugas atau beban yang dipikul oleh ibu bapa dan juga seorang guru. Sifat bertanggungjawab ini diberikan keutamaan kerana kita perlu memiliki sifat bertanggungjawab terhadap apa jua perkara yang kita lakukan. Contohnya, seorang guru itu perlulah bertanggungjawab terhadap anak muridnya dari segi ilmiah dan juga nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam diri setiap murid manakala ibu bapa pula perlu memiliki sifat bertanggungjawab kerana anak-anak memerlukan bimbingan yang penuh daripada ibu bapa mereka dan ibu bapa perlulah cakna terhadap keperluan mereka supaya mereka tidak berasa terpinggir dalam kalangan keluarga. Sifat ini juga dapat membentuk ke arah kebaikan dalam diri masing-masing yang mempunyai sifat positif ini.

Cekal

Cekal merupakan antara sifat yang ada pada guru yang perlu diberikan keutamaan oleh ibu bapa untuk memilihnya kerana sifat ini melatih sifat dan jati diri seseorang menjadi lebih tabah untuk mengharungi segala cabaran di dalam hidup dan segala perkara yang lain. Seorang guru perlulah memiliki sifat cekal di dalam diri masing-masing kerana tugas menjadi pendidik menuntut seorang itu untuk cekal menghadapi segala cabaran terutamanya apabila terdapat anak murid yang mempunyai pelbagai masalah terutamanya masalah disiplin. Ibu bapa pula memerlukan sifat ini jika terdapat anak-anak yang mempunyai masalah kesihatan dan juga masalah lain yang memerlukan sifat cekal ini untuk mengatasinya. Sifat ini banyak melatih individu khususnya ibu bapa untuk membentuk keperibadian yang unggul.

Penyayang Sifat yang seterusnya adalah penyayang. Setiap insan memiliki sifat ini kerana ianya merupakan aturan atau perkara semulajadi yang terdapat pada diri manusia. Dalam konteks ini, para guru haruslah memiliki sifat penyayang kerana daripada perasaan sayang kepada anak murid, akan timbullah perasaan bertanggungjawab serta penyabar terhadap segala tindak tanduk anak murid mereka. Begitu juga dengan ibu bapa, sikap penyayang perlu diberi keutamaan kerana perasaan ini dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Seseorang itu juga perlu meiliki sifat penyayang dahulu sebelum ingin disayangi oleh mereka yang lain.

Soalan Dua

Selain mengenakan bayaran tol kepada pengguna jalan raya di Malaysia, apakah langkah lain yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya. Buat Alternatives, Possibilities And Choices (APC).

Mengutip cukai atau dalam kata lainnya mengutip bayaran merupakan salah satu daripada sumber pendapatan untuk sesebuah negara. Begitu juga dengan kadar bayaran tol yang dikenakan terhadap pengguna jalan raya di negara ini. Namun begitu, berdasarkan teknik APC iaitu alternatives, possibilities dan choices, terdapat beberapa lagi langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya. Antara langkahnya adalah dengan menaikkan cukai jalan raya. Langkah kerajaan untuk meninggikan cukai jalan raya ini dianggap satu langkah yang bijak kerana kerajaan dapat menjimatkan kos pembinaan tol-tol di jalan raya. Terdapat beberapa cara telah dicadangkan bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk membayar cukai jalan atau memperbaharuinya. Antaranya adalah, Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang memperkenalkan kaedah baru pembaharuan cukai jalan dengan menghantar tawaran cukai jalan baru kepada pemilik kenderaan sebelum cukai jalan kenderaan mereka tamat. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata di dalam Berita Harian bertarikh Selasa, 27 Mac 2012, menerusi pendekatan itu, JPJ akan menghantar surat tawaran cukai jalan kepada pemilik kenderaan sebelum mereka memberikan maklum balas sama ada menerimanya atau tidak. Pendekatan yang terbaru ini sememangnya akan memudahkan pengguna jalan raya untuk membayar cukai jalan dengan cepat. Secara tidak langsung, ekonomi negara juga semakin berkembang kerana wang hasil daripada cukai jalan mudah untuk didapati. Selain itu, kerajaan juga tidak perlu menekankan terhadap bayaran tol. Namun begitu, ada kesan negatif daripada langkah yang diambil ini juga. Antaranya adalah apabila kadar cukai jalan raya meningkat, rakyat dari golongan bawahan dan juga sederhana yang pada mulanya mampu untuk memiliki kenderaan, tidak mampu untuk berbuat sedemikian lagi. Oleh kerana itu, berkemungkinan pengeluaran kereta nasional akan menerima impak negatif dan seterusnya akan mendatangkan kerugian cukai kepada kerajaan

semula. Selain itu, pendapatan yang diperolehi hasil daripada mengimport kenderaan luar masuk ke dalam negara juga akan berkurangan memandangkan cukai jalan raya yang terlalu tinggi. Selain itu juga, kadar jenayah juga akan turut meningkat. Hal ini disebabkan oleh rakyat yang tidak mampu untuk membayar cukai jalan raya seterusnya akan melakukan kes-kes jenayah seperti mencuri, merompak atau sebagainya untuk membayar cukai yang tinggi berkenaan. Tindakan kerajaan menaikkan cukai ini juga turut mampu membakar api kemarahan rakyat seterusnya akan mengundang rusuhan yang teruk sehinggakan menjejaskan aktiviti dan juga keamanan negara. Langkah kedua yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menaikkan kadar saman. Langkah ini juga boleh memberikan kerajaan pendapatan daripada pengguna jalan raya selain dengan mengutip bayaran tol. Langkah ini mendatangkan kebaikan kerana dengan berlakunya kadar penaikan saman, secara tidak langsung, pengguna jalan raya akan lebih berhemah ketika di jalan raya dan dengan itu, secara tidak langsung juga, statistik kemalangan dapat dikurangkan terutamanya pada musim perayaan. Selain itu, keadaan permukaan jalan raya juga akan lebih terpelihara daripada kerosakan. Hal ini disebabkan oleh, lori-lori yang membawa muatan yang berlebihan akan mengurangkan jumlah muatan mereka dan seterusnya akan menyebabkan keadaan jalan raya akan berada dalam kondisi yang baik dan perkara ini juga dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan. Walau bagaimanapun, langkah ini juga mempunyai kemungkinan buruknya. Antaranya adalah apabila berlakunya kadar kenaikan saman yang terlalu tinggi, kadar rasuah dalam kalangan pihak berkuasa juga turut meningkat. Hal ini disebabkan apabila pengguna jalan raya dituduh melanggar peraturan jalan raya dan ingin disaman pada nilai yang tinggi, pengguna jalan raya ini tadi boleh menawarkan rasuah kepada pihak berkuasa dengan kadar rasuah yang tinggi semata-mata untuk melepaskan diri daripada disaman. Hal yang sebegini akan menjatuhkan imej dan juga integriti pihak berkuasa di negara ini. Masalah lewat membayar saman juga akan terus-menerus berterusan sekiranya bayaran saman dinaikkan oleh pihak kerajaan. Ini disebabkan oleh pengguna jalan raya yang tidak mampu untuk membayar jumlah saman yang terlalu tinggi.

Langkah drastik seterusnya yang boleh diambil untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya adalah dengan menaikkan harga bahan api di negara ini dengan memansuhkan subsidi bagi bahan api terbabit. Langkah ini akan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda kepada pihak kerajaan kerana saban tahun, kerajaan terpaksa menanggung kadar subsidi yang tinggi pada bahan api, dengan menaikkan harga bahan api di negara ini, kerajaan dapat mengurangkan nilai subsidi terbabit. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri: Datuk Shahrir Abdul Samad (2010), penghapusan subsidi minyak wajar untuk mengurangkan penyelewengan bahan bakar. Dengan penaikkan harga bahan api ini juga, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara disebabkan oleh asap-asap kenderaan akan berkurangan. Langkah ini juga membawa kepada kerugian kepada sesetengah pihak kerana dengan kenaikkan harga bahan api ini, pengguna akan mengurangkan penggunaan kenderaan di rumah dan juga semasa pergi ke tempat kerja, dengan pengurangan penggunaan kenderaan ini, pengeluaran kenderaaan akan berkurangan. Selain itu, tol-tol juga terpaksa ditutup atau dimansuhkan kerana bilangan kenderaan yang melalui tol semakin berkurangan. Rakyat juga akan berani untuk membuat protes di jalan-jalan raya sehinggakan berlakunya kacau bilau di dalam negara dan akan memberi persepsi buruk kepada mereka yang berada di luar Negara. Berdasarkan ketiga-tiga langkah yang telah diberikan ini, langkah yang paling sesuai dan efisen bagi kerajaan untuk mengutip bayaran selain mengenakan tol adalah dengan menaikan kadar saman jaan raya. Hal ini kerana langkah ini lebih banyak mendatangkan kelebihan dan keuntungan kepada kerajaan berbanding langkah-langkah yang lain.

Soalan Ketiga

Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu Consequences dan Sequel ( C&S) untuk jangka panjang dalam isu ini.

Webster's New World Dictionary (1969), mendefinisikan robotik sebagai sains dan teknologi robot, termasuk reka bentuk, pengeluaran, aplikasi dan kegunaan lain. Berdasarkan definisi terseebut, robot sememangnya sebuah ciptaaan yang dicipta untuk menggantikan penggunaan tenaga manusia pada masa hadapan.

Penggunaan robot untuk jangka panjang dalam hal ini lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan. Antara keburukan penggunaan robot ini adalah kadar penggangguran akan meningkat seterusnya akan menyebabkan berlakunya kadar jenayah yang meningkat dengan kadar yang mendadak di negara ini. Selain itu, negara juga akan mengalami kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja kerana peluang pekerjaan telah digantikan tugas dengan penggunaan robot. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan yang tidak sihat kepada rakyat di negara ini. Selain itu, robot juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri juga. Antaranya adalah penggunaan robot memerlukan belanja yang besar dan juga memerlukan penjagaan yang kompleks kerana setiap tugasan yang berlainan memerlukan tenaga kerja robot yang berlainan. Sebuah robot tidak mungkin mampu untuk melakukan pelbagai kerja yang berlainan kerana penciptanya telah menetapkan penggunaan yang spesifik terhadap sesuatu robot. Kesan yang seterusnya pula adalah penggunaan robot yang semakin meningkat akan membuatkan sesebuah negara itu terlalu bergantung kepada sesebuh negara yang lain. Maksud bergantung kepada negara yang lain ini adalah, contohnya seperti negara kita yang masih tidak memiliki kemampuan untuk menghasilkan robot yang canggih dan mampu untuk melaksanakan tugasan dengan baik, akan membeli robot-robot yang akan digunakan di dalam perindustrian daripada negara-negara yang lebih maju dan mampu untuk menghasilkan robotrobot yang canggih ini. Kesan daipada kebergantungan yang terlalu tinggi ini boleh

menyebabkan negara berada dalam hutang yang mampu untuk mengancam kestabilan ekonomi negara.

3.0 Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada semester kedua PPISMP ini, di dalam subjek kemahiran berfikir ini, saya dikehendaki untuk mengkaji mengenai alat-alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr. Edward Den Bono melalui Pelajaran Berfikir CoRT. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, saya mempunyai dua dapatan yang ingin saya nyatakan di sini. Antaranya adalah berkaitan dengan refleksi kendiri dan juga refleksi ilmu. Berkaitan dengan refleksi kendiri, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah subjek kemahiran berfikir pada semester ini iaitu Dr.Ting Len Siong yang telah banyak menerangkan konsep serta cara melaksanakan tugasan ini dengan sesempurna mungkin. Selain itu, beliau juga banyak menekankan aspek kesempurnaan daripada cara melaksanakan atau membuat rujukan yang sempurna berdasarkan format APA. Ucapan terima kasih juga ingin saya berikan kepada seluruh rakan sekelas yang banyak membantu dalam pencarian maklumat sama ada di perpustakaan mahupun pencarian bahan melalui internet. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak semasa saya melaksanakan tugasan ini. Berdasarkan apa yang telah dikaji dan difahami oleh saya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa pelajaran berfikir Cognitive Research Trust (CoRT) yang telah diperkenalkan oleh Dr. Edward Den Bono ini mempunyai tujuh alat berfikir di dalamnya. Antaranya adalah PMI, CAF, C & S, AGO, FIP, APC dan juga OPV yang mempunyai cara atau langkah-langkah yang telah ditetapkan penggunaannya dalam pelbagai perkara dan juga bidang semasa menggunakan pemikiran unuk menyelesaikan masalah sehari seharian. Selain itu juga, teknik-teknik pemikiran dan penyelesaian masalah ini juga boleh dipraktikkan atau diaplikasikan oleh pelbagai peringkat umur kerana teknikteknik ini tidak terlalu rumit berbanding teknik penyelesaian masalah yang lain. Sebagai contoh, berdasarkan soalan tugasan ini, terdapat tiga soalan yang diberikan berkaitan teknik FIP, APC dan juga C & S. Ketiga-tiga teknik menyelesaian masalah ini menggunakan teknik yang mudah untuk dituruti urutan penggunaannya. Sebagai contoh dalam teknik FIP, bagi mereka yang ingin mengaplikasikannya, perlu memikirkan atau mengambil pandangan atau kepentingan daripadaorang lain atau kepentingan yang lebih utama untuk diri kita sendiri. Bagi soalan yang kedua pula,

berkaitan dengan teknik APC, teknik ini mempunyai alternatif, kemungkinan dan juga pilihan setelah membandingkan segala aspek dari segi positif dan negatif. Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya memberikan saya satu

pengetahuan yang baharu disamping dapat menambahkan pengetahuan dan juga teknik yang boleh saya aplikasikan untuk menyelesaikan masalah. Akhir kata, saya berharap tugasan yang telah saya laksanakan ini dapat memenuhi kriteria pemarkahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai