Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Slot (30 Minit) Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Umur Modul Sub Tema Tunjang

Utama : Prasekolah Didikku Sayang : 15 April 2013 : 9.00 9.30 Pagi : 25 orang : 5+ : Bertema : Habitat Haiwan : Sains dan Teknologi

Standard Kandungan: ( ST 3.4 ) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai. Standard Pembelajaran : ( ST 3.4.1 ) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai. ( ST 3.4.6 ) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya. kesepaduan Tunjang : Tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Standard Pembelajaran Slot : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Menamakan salah satu habitat haiwan seperti kandang lembu. ii. Memadankan salah satu jenis haiwan dengan tempat tinggalnya. iii. Pengetahuan Sedia Ada Mengeja perkataan mudah seperti kandang lembu. : Murid telah mengetahui tempat tinggal beberapa jenis haiwan. Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah dan menjana idea. Penerapan NIlai : Mengikut giliran, bertolak ansur, dan bekerjasama.

Bahan Bantu Mengajar Fokus MI Kosa Kata

: Boneka, kad gambar, kotak, video. : Kemahiran sainstifik dan kreativiti. : Habitat, kandang, reban

Masa / Langkah

Isi Pelajaran Guru menunjukkan boneka haiwan ayam dan ikan.

Aktiviti & PNP Murid melihat guru membuat lakonan boneka dan bercerita tentang tempat tinggal haiwan tersebut. Murid mendengar cerita yang telah disampaikan oleh guru.

Catatan / Bahan Boneka

Set induksi (3 minit)

Langkah 1 (5 minit)

Guru meminta murid menyebut namanama haiwan yang terdapat di sekeliling dan haiwan yang pernah dilihat muridmurid.

Murid melihat tayangan video yang telah ditunjukkan oleh guru.

Video gambar

Murid menyebut nama-nama haiwan yang terdapat di dalam video dengan bantuan guru.

Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 2 (10 minit)

Guru menjelaskan mengenai tempattempat tinggal haiwan yang ada. Guru menjalankan aktiviti Tempat Tinggal Saya iaitu memadankan gambar haiwan dengan tempat

Murid mendengar guru menerangkan tentang habitat haiwan yang ada di persekitaran.

Set aktiviti.

Murid membuat aktiviti bersama guru iaitu Tempat Tinggal Saya.

Murid memadankan

tinggalnya.

gambar haiwan dengan tempat tinggalnya.

Langkah 3 (10 minit)

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. Guru menerangkan tentang lembaran kerja sebelum diberikan kepada murid.

Murid mendengar arahan guru. Murid menerima lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Kertas kerja bergambar.

Murid-murid membulatkan jawapan yang betul.

Penutup (2 minit)

Menunjukkan video lagu kepada muridmurid dan menyanyi.

Murid melihat tayangan video yang ditunjukkan oleh guru.

LCD. Komputer riba.

Murid menyanyi dan membuat pergerakan bersama guru.

Anda mungkin juga menyukai