Anda di halaman 1dari 6

SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU TAJUK: KONSEP PUITIKA SASTERA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD SHUKRI BIN ABDUL MAJID (812515)

Pengenalan Puitika sastera Melayu adalah satu percubaan yang menyeluruh untuk melihat konsep dan prinsip dasar yang menjadi landasan kepada pemikiran dan penciptaan sastera Melayu.Bermula dengan takrif kata dasar, ia terus memasuki daerah konsep teks, genre, pengarang,bahasa, estetika dan khalayak sastera Melayu seperti yang menjelma dalam karyakarya lisan dan tulisan. Konsep-konsep ini perlu digali daripada bait-bait sastera dan lurah kehidupan budaya di Nusantara.

Konsep Puitika Puitika merujuk kepada konsep dan prinsip dasar yang menjadi landasan pemikiran dan penciptaan sastera (Norhayati Ab. Rahman (2012:2). Todorov dalam bukunya Introduction to Poetics (1981) menyatakan terdapat dua tanggapan yang berbeza untuk memahami konsep puitika: i) Dengan melihat teks itu sendiri sebagai objek ilmu. Dalam konteks ini, karya dilihat

sebagai objek dasar dan unik yang dapat diberi pelbagai interpretasi. ii) Dengan menimbang setiap teks sebagai suatu gambaran struktur yang abstrak. Walau

bagaimanapun, pertimbangan ini tidak lagi terarah kepada menghuraikan karya dan member makna pada karya tetpi lebih kepada melihat teks sebagai sebuah produk.

Puitika memerlukan pemahaman yang sistematik terhadap wacana sastera sebagai suatu kefahaman ke atas ungkapan pengarang. Puitika juga disebut sebagai sains kesusasteraan, iaitu: A concern with coherence of the body of knowledge and the principles of knowing that constitute literary study (10=981:ix) Todorov juga menekankan 3 aspek utama tentang teks yang harus dipertimbangkan iaitu makna kata, cara berbahasa dan susunan ayat. Mana Sikana dalam buku Sastera Melayu Pascamodenisme (82-115) menjelaskan bahawa puitika ialah suatu bidang dalam ilmu kesusasteraan yang secara khusus mencari, menganalisis, dan menemukan cirri-ciri terpenting yang wujud dalam teks yang bersifat subteks, tidak mengira sama ada pengarangnya besar atau kecil. Hasil penelitian ini akan dapat menjelaskan prinsip-prinsip umum kovensi sastera yang terbina daripada teks tersebut yang membentuk suatu tradisi penciptaan. Puitika ialah unsur semula jadi atau fitrah teks yang muncul dalam tradisi sastera yang selari dengan kod budaya sesuatu bangsa. Proses pembinaan teori sastera seperti yang ditegaskan oleh Micheal Payne (19930 haruslah berjejak pada: 1. 2. 3. 4. 5. Rumusan tentang estetika sesebuah tradisi teks kreatif Rumusan tentang nilai dan normatif teks sastera kreatif. Falsafah, pemikiran dan ideologi. Kepercayaan termasuk agama. Masalah atau fenomena yang ditimbulkan oleh situasi budaya sastera terkini.

Teori Puitika Sastera Melayu telah diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh, seorang profesor sastera Melayu di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsan Malaysia (Kini bertugas sebagai profesor sastera di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia).Muhammad boleh dianggap sebagai pelopor penerokaan teori sastera tempatan sekitar akhir tahun 1989. Gagasan Puitika Sastera Melayu diperincikan pada awalnya dalam buku Puitika Sastera Melayu: Satu Pertimbangan, yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun berkenaan.

Puitika Sastera Melayu bertunjangkan kepada falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.Dengan penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu, Muhammad menemukan idealisme keindahan yang mengakar dalam teksteks kesusasteraan Melayu tradisional itu, khususnya pantun.Bagi membina kerangka pemikirannya terhadap konsep puitika sastera Melayu, pandangan dan tulisan-tulisan Vladimir I. Braingsky dan Eagleton sering dirujuk untuk memantap idealisme teoretikalnya. Muhammad percaya, bahawa keindahan sastera Melayu mempunyai kaitan akrab dengan etos, budaya, pandangan hidup, sejarah, alam sekitar dan lingkungannya (Sahlan Mohd Saman,1997:194). Puitika Sastera Melayu membuka jalan kepada pembaca bagi memahami fenomena keindahan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu bagi tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut, di samping mencari makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di luar teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat Melayu itu sendiri. Puitika Sastera Melayu menjadi kunci untuk kita mencari jawapan sebenar kepada sifat dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu yang meliputi karyanya, pengarang, wadah, estetika, khalayak dan bangsa pemiliknya. Mendekati teks kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk membuktikan kehadiran ciri-ciri estetika yang membina makna teks. Muhammad menjelaskan secara terperinci ciri-ciri keindahan yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu, iaitu:i) ii) iii) iv) v) keindahan dalam mengajar atau mendidik keindahan dalam pengungkapan kesedihan dan kesusahan keindahan dalam penceritaan keindahan dalam rasa keindahan yang asli

Puitika ini ialah hasil ciptaan suatu persekitaran, suatu masyarakat, pandangan dan cara hidup dan menuntut kritikawan melihat keseluruhan konteksnya. Teori puitika sastera Melayu bertunjangkan kepada falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.Dengan penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu, Muhammad Haji Salleh menemukan idealisme keindahan dalam teks-teks kesusasteraan

Melayu tradisional itu. Pendekatan ini membuka jalan kepada pembaca bagi memahami fenomena keindahan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu bagi tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut, di samping mencari makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di luar teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat Melayu itu sendiri. Teori puitika Melayu adalah satu pendekatan kritik yang berasaskan kepada prinsip-prinsip teori puitika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh.Teori puitika sastera Melayu meletakkan prinsip puitika atau keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional sebagai dasar teori. Antara ciri-ciri yang mendepani teras puitika sastera Melayu adalah seperti yang berikut i. Keindahan dalam mengajar atau mendidik.

Teras ini membincangkan setiap isikandung dalam hasil karya kesusasteraan Melayu mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar. ii. Keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan.

Teras ini pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu

klasik.Penzahiran kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasil-hasil karya tersebut. iii. Keindahan dalam penceritaan.

Teras ini pula membincangkan pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan melayu. iv. Keindahan dalam rasa.

Teras ini menjurus kepada penglahiran rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah.

v.

Keindahan yang asli.

Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair.Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir. Kesimpulan Makna dalam perkataan puitika juga telah hampir menenggelamkan makna asalnya. Puitika ialah salah satu bidang ilmu sastera yang terpenting, kerana ia secara khusus mencari, menganalisis dan menemukan ciri-ciri atau sifat-sifat yang wujud di kalangan pengarang terbesar sesuatu zaman dan menentukan nilai teks yang unggul. Puitika memberikan kaedahkaedah umum yang menjelaskan konvensi sastera yang melatari lahirnya sesebuah sejarah dan tradisi kesusasteraan. Dan kaedah-kaedah tersebut dapat dikesan melalui pembacaan dan penilaian terhadap teks-teks yang dihasil oleh golongan pengarang terkemuka. Makna asal puitika itu, kini mendapat wajah baru, harus difahami sebagai unsur semula jadi atau fitrah yang muncul dalam tradisi sastera yang selari dengan koda budaya untuk mengenal teks asli sesuatu bangsa. Secara tidak langsung, bidang puitika tidak lagi sifat kesusasteraannya berdiri sendiri, tetapi mendapat dukungan dimensi budaya yang melahir dan mencorakkan kesusasteraan sesuatu bangsa. Makna puitika itu telah diperluaskan, berlaku anjakan paradigma.

RUJUKAN 1. Norhayati Ab. Rahman (2012:2) Puitika Sastera Wanita Indonesia dan MalaysiaSuatu bacaan Ginokritik. Pulau Pinang: USM Press 2. Todorov, Tzvetan. (1977) The Poetics of Prose. Oxford: Bsil Blackwell. 3. Todorov, Tzvetan. (1981) Introduction to Poetics. Sussex: The Harvester Press. 4. Mana Sikana Sastera Melayu Pascamodenisme.

Anda mungkin juga menyukai