Anda di halaman 1dari 6

Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata

Oleh ZAINORA BINTI MOHD @ MAN Sekolah Kebangsaan Merting 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

ABSTRAK
Terdapat pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan dari kelemahan murid dalam kemahiran membaca mengakibatkan murid tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Satu kajian tindakan telah dilaksanakan bertujuan meningkatkan lagi kemahiran murid membaca dengan lancar. Kajian ini juga membolehkan pendekatan yang lebih baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 6 orang murid Tahun Lima telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka. Di samping itu, kajian ini juga digunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperoleh dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian digunakan bagi menangani masalah ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut.

ISU KAJIAN Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara kita dan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran penting yang diajar di sekolah. Bahasa Melayu juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi setiap murid untuk memperoleh sijil. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran lisan. Kemahirankemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Selain itu terdapat pelbagai aspek yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seperti nahu, sendi kata, sendi nama, menulis karangan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah murid tidak dapat mengenal abjad, menulis dan membaca. Senario ini menyebabkan para guru berusaha menyediakan pelbagai strategi bagi menangani masalah ini demi memartabatkan Bahasa Melayu.

44

REFLEKSI ISU KAJIAN. Di Sekolah Kebangsaan Merting, Jerantut keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap yang tidak memuaskan. Majoriti kelas tidak mencapai target sekolah iaitu 80 %. Selain itu terdapat lebih kurang 5 % murid yang markah peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di bawah 20 markah. Hasil tinjauan dilakukan menunjukkan bahawa muridmurid ini tidak menguasai kemahiran membaca. Masalah ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak soalan dan juga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca soalan. Berdasarkan perbincangan dengan guru-guru lain , terdapat pelbagai punca kelemahan murid-murid ini yang dikenal pasti seperti kurang membaca, tidak dapat galakan untuk membaca dan kurang motivasi dalaman. Fokus kajian saya ialah caracara mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membaca . OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tindakan ini adalah untuk; i) ii) iii) Mengenal pasti fokus terhadap permasalahan dan mengenal pasti kaedah penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah . Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid melalui latih tubi bacaan dengan menggunakan kad suku kata. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam meningkatkan kemahiran membaca. KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN Murid Tahun 5 Jasa seramai 28 orang namun responden kajian saya hanya melibatkan 6 orang murid Tahun 5. Murid ini merupakan murid yang sederhana dalam semua mata pelajaran dan sangat lemah membaca. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca (Sila rujuk Lampiran A). Ujian Pra diadakan pada 10 Mei 2005 di mana murid dikehendaki membacakan perkataan yang diberikan. Pada 11Mei hingga 13 Mei pelaksanaan tindakan telah dilakukan. Ujian Pasca dilakukan pada 14 Mei 2005. Instrumen ini disediakan juga berdasarkan perbincangan dengan rakanrakan yang lain.

45

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Pelaksanaan Tindakan Berdasarkan maklumat dan data awal kajian yang dilakukan, tindakan pertama yang dilakukan ialah; Hari pertama (10 Mei 2005) Bagi mengenal pasti masalah , ujian pra diberikan dengan mengedarkan edaran kepada murid. Di dalam edaran tersebut ditulis dengan 12 perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku kata. Murid-murid ini dikehendak membaca perkataan tersebut. Didapati murid tidak dapat menyebut dengan lancar perkataan tersebut dan hanya mengeja satusatu abjad tersebut. Hari Kedua hingga Keempat (11 Mei hingga 13 Mei 2005) Langkah 1 Guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang. Langkah 2 Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan.Murid menyebut perkataan tersebut. Latih tubi ini dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca. Hari kelima Murid diberikan ujian pasca . Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan ujian pra yang dibuat pada awal kajian. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama ada tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Didapati murid dapat menyebut perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid penggunaan IT juga diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna. Selain itu IT merupakan bahan baru bagi murid. KEPUTUSAN UJIAN Berdasarkan ujian pra yang dibuat untuk mengenal pasti masalah murid tersebut, murid dikehendaki membaca 12 perkataan seperti dalam lampiran. Jadual 1 : Ujian Pra

46

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak dapat menyebut dengan lancar perkataan tersebut. Ujian Pasca Ujian ini dilakukan setelah muridmurid ini dibimbing oleh guru selama tiga hari berturutturut. Berikut adalah hasil pencapaian tersebut. Jadual 2 : Ujian Pasca

Berdasarkan ujian pra dan pasca ini guru telah mendapati bahawa pada awalnya murid tidak dapat membaca perkataan yang diberikan. Setelah diberi latih tubi membaca suku kata perkataan, hampir keseluruhan murid telah dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi terutama yang mempunyai 2 suku kata sahaja. Ini menujukkan bahawa tindakan yang dijalankan adalah berhasil. Jadual 3. Rumusan Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Arman bin Sazali Khaidir bin Hassan Alias bin Abd.Majid Ilham bin Kamal Syamsul bin Ramli Zamri bin Zakaria Jumlah Nama Pra 0 (0 %) 0 (0 %) 0 (0 %) 0 (0 %) 0 (0 %) 0 (0 %) 0 (0 %) Pasca 12 (100 %) 11 (91.6 %) 12 (100 %) 10 (83.3 % ) 10 (83.3 %) 11 (91.6 % ) 66 ( 91.6 %)

Jadual 3 merumuskan keputusan dari Jadual 1 dan Jadual 2. Berdasarkan maklumat didapati pada awalnya ujian pra Arman bin Sazali hanya memperolehi 0 % dimana tidak dapat menyebut dengan lancar 12 perkataan yang diberi. Namun selepas diajar dan dibimbing dengan latih tubi menggunakan kad suku kata murid ini telah dapat menyebut 12 perkataan tersebut dengan lancar dengan peratusnya 100%. Berdasarkan keseluruhannya, didapati sebanyak 91.6% perkataan telah dikuasai oleh 6 orang ini. Ini membuktikan bahawa kajian tindakan ini telah membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru-guru. 47

REFLEKSI TINDAKAN Berdasarkan kajian didapati walaupun pada awal ujian pra murid tidak dapat membaca dengan lancar perkataan yang diberi namun ianya telah berubah setelah diberi peneguhan dan bimbingan. Berdasarkan tindakan ini membuktikan bahawa bagi murid yang lemah jika diberikan bimbingan yang berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan murid. Murid juga akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka. Walaupun pengajaran ini dilakukan berterusan namun murid akan berminat kerana rakan sebaya juga akan membantu mereka. Selain itu penggunaan IT juga sangat menarik minat murid.Ini merupakan bahan atau teknologi baru bagi murid selain penggunaan kad atau bahan sumber lain. Berdasarkan kajian tindakan ini juga, guru mata pelajaran lain juga boleh menggunakan kaedah ini. Contohnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian tindakan ini juga memberikan banyak pengalaman terutama kepada guru-guru baru bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran murid khususnya kepada muridmurid lemah. PENUTUP Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan ini menunjukkan hasil yang memuaskan. Sebagai seorang guru sepatutnya sentiasa membuat kajian tindakan sebagai salah satu usaha menambahbaikkan pengajaran

48

LAMPIRAN A

tilam kereta pistol seluar makanan sampan sungai lori basikal kajian fesyen lembut
49

Anda mungkin juga menyukai