Anda di halaman 1dari 5

PENGAJARAN MAKRO PENGENALAN Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan,

set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro. Justru, untuk memahami konsep pengajaran Makro, anda perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu.

PRINSIP PENGAJARAN MAKRO Antara prinsip pengajaran makro ialah: Objektif pengajaran dan pembelajaran Dalam pengajaran makro, guru mesti membina objektif yang merangkumi aras pengetahuan dan kebolehan pelajar. Bilangan pelajar Bilangan pelajar yang terlibat bergantung kepada jumlah pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari simulasi rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar. Strategi pengajaran Anda perlu mempelbagaikan teknik dan strategi supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Strategi perlu sesuai dengan tajuk dan kebolehan pelajar. Jangkamasa Pengajaran

Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa antara 30 minit hingga 60 minit mengikut waktu sebenar pengajaran. Oleh itu, anda perlu bijak merancang

pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Bahan pengajaran Semasa pengajaran makro, anda perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, anda perlu menguasai sepenuhnya bahan atau isi pelajaran yang hendak disampaikan serta perlu memberi tumpuan secara menyeluruh ketika menyampaikan pengajaran. Refleksi dan perbincangan Refleksi perlu dibuat selepas selesai melaksanakan pengajaran sebagai penilaian kendiri terhadap pengajaran anda. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Anda perlu membuat refleksi secara reflektif dan refleksif. Perkara yang perlu dinilai ialah objektif, disiplin kelas, pengurusan waktu dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki proses pengajarannya.

MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO Meningkatkan keyakinan diri Hasil daripada pengajaran makro dapat menambah keyakinan guru-guru baru untuk mengajar di dalam kelas yang sebenar. Anda akan lebih berkeyakinan untuk menyampaikan isi pelajaran, mengurus kelas serta berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Menguasai kemahiran mengajar

Pengajaran makro juga membantu anda menguasai

pelbagai aspek

kemahiran mengajar. Semua kemahiran mikro dapat dipraktikkan semasa pengajaran makro. Justru, guru akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut serta berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah. Mempertingkatkan potensi guru Setiap guru mempunyai potensi tersendiri. Potensi boleh ditingkatkan melalui latihan. Memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan bercerita serta mempunyai unsur humor merupakan potensi diri yang penting sebagai medium dalam menyampaikan sesi pengajaran & pembelajaran dengan baik. Mengatasi kelemahan guru Kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki melalui pengajaran makro. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekuliah dan pensyarah pembimbing, anda boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Mewujudkan kolaboratif dan semangat kekitaan Setiap sesi pengajaran makro, guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakannya. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai guru atau pelajar . Mereka perlu berkolaboratif secara matang untuk menambah baik kebolehan masing-masing. Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang di samping dapat meningkatkan rasa kekitaan yang tinggi.

APLIKASI PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahrankemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping dapat memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

OBJEKTIF PENGAJARAN MAKRO Memahami ciri-ciri perancangan dan pengajaran makro Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan Mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah

SITUASI PENGAJARAN MAKRO Kelas sebenar Murid sebenar terdiri daripada 30 hingga 40 orang. Guru pelatih mengajar sepenuh masa 30 hingga 60 minit Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar dan pengurusan bilik darjah Situasi sebenar pengajaran Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan tersusun merupakan aspek penting untuk mencapai pengajaran berkesan. Guru

juga dapat melibatkan murid secara optimum dalam pembelajaran di samping mengurangkan masalah disiplin.

LATIHAN MINDA

Apakah perbezaan di antara latihan kemahiran pengajaran mikro dengan pengajaran makro. Jelaskan dalam bentuk jadual banding beza yang lengkap. .

Anda mungkin juga menyukai