Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Pengamatan

Kemahiran pengamatan perlu dikuasai kerana ia dapat membantu murid pemulihan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika murid pemulihan tajam pengamatannya mereka akan bermotivasi dan kesediaan belajar murid menjadi lebih positif, sebagai contoh aktiviti menyiapkan tugasan dalam bentuk permainan puzzle murid yang cekap pengamatannya akan cepat dapat melengkapkan puzzle tersebut, kerana murid yang dapat mengamati bentuk-bentuk yang sesuai akan melengkapkan puzzle berpandukan pengamatan warna, bentuk potongan puzzle dan garisan yang sama. Murid pemulihan yang lemah daya pengamatannya bukan bermakna ketinggalan terus, guru pemulihan boleh melaksanakan strategi menangani masalah pengamatan dalam kelas. Antaranya melalui latih tubi, terapi, ulangan, modelling dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.

Antara aktiviti kemahiran pengamatan yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah pengamatan ialah bermain sambil belajar , kelihatan pelajar PISMP Pend.Pemulihan Amb.2011 sedang melaksanakan bermain sambil belajar "Ops Jangan Sampai Terbuang" semasa Bengkel Inovasi Pengamatan kendalian Pn.Hjh.Zaharilah

Pelbagai aktiviti sama ada di luar kelas atau dalam kelas boleh dilaksanakan untuk menangani masalah pengamatan murid pemulihan. Aktiviti yang

dilaksanakan dalam tempoh lima ke sepuluh minit sudah memadai untuk menjalankan aktiviti berbentuk bermain sambil belajar.

Aktiviti dalam kelas menyusun huruf, meneka huruf, melengkapkan gambar dengan perkataan yang betul dan bahan pengajaran yang berunsur audio dan visual amat menarik minat murid pemulihan

Latih tubi dan pengulangan dengan bimbingan guru amat membantu meningkatkan pemahaman murid dan boleh mengurangkan masalah

pengamatan yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu dan matematik

Bahan bantu untuk pembelajaran amat penting untuk merangsang daya pengamatan murid pemulihan guru perlu kreatif dan sediakan bahan berbentuk pembelajaran secara interatif

Anda mungkin juga menyukai