Anda di halaman 1dari 6

(06 Julai 2007M / 21 Jamadilakhir 1428H)

. . .
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan meningkatkan lagi amal soleh dan berusaha menjauhi larangannya. Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang dan diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI SEKALIAN, Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam

" yang merujuk kepada makna al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat " perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan
" " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah 1

sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (Surah an-Nisa' : 103) SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Sebagai umat Islam, samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini. Sebab itu, Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun lalu supai ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah:

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan." (Surah Ibrahim : 40) Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang berbunyi:

Maksudnya: "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." SIDANG JUMAAT SEKALIAN, Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orangorang Islam yang beriman, di antaranya: 1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah. Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku." (Surah Toha ayat : 14) Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. 2. Solat dapat menghapus dosa.

Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

" : ".
Bermaksud: "Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim) 3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: ". Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut : 45)

4.

Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana Firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya berbahagia \ berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah al-Mukminun : 1-2) Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Dari segi perubatan dan kesihatan solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta cergas. Begitu juga, Rasulullah SAW ketika berhadapan masalah, akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati. Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59, Allah berfirman :

Maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensiasiakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan menemui kesesatan." Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. Imam Said Ibni al-Musayyib berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu Isyak dan solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama " Ghaiy" di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa 4

dalam kitab " ". Jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardhu sama sekali.
Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW:

" : . . ".
Maksudnya: "Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi SAW apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)." (Surah al-Kausar ayat : 1-3)

.
5

Anda mungkin juga menyukai