Anda di halaman 1dari 9

ISL Minggu 2 WAJ 3101

Tajuk: Huraikan konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun. Pengenalan Dalam perjalanan sejarah, manusia berusaha untuk meningkatkan taraf hidupnya dalam satu keadaan yang lebih baik. Pada peringkat awalnya manusia mendiami kawasan tepian sungai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dari penempatan manusia itu, ia telah berkembang menjadi masyarakat negara kota seperti bandar-bandar Uruk, Kish, Lagash dan Ur di sepanjang Sungai Euphrates dan Tigris. Kemudian berkembang menjadi tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Mesopotamia kira-kira 5000 S.M. o Kemunculan Tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil. o Kemunculan Tamadun Cina dan India o Pertembungan tamadun paling hebat antara tamadun dunia pada abad ke-18 dan 19 apabila kuasa Eropah menjalankan dasar peluasan kuasa ke Benua Afrika, Amerika dan Asia.

Konsep Tamadun o Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh dalam semua aspek kehidupannya.( status sosial manusia mulai berubah dari kehidupan serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks). o Penulis Arab: 1) Madaniyah 2) Tamaddun 3) Hadarah 4) Umran o Maksud sebenar tamadun dalam bahasa Arab : kehalusan budi & sopan santun. o Ibn Khaldun penulis arab pertama menggunakan perkataan umran untuk menerangkan konsep tamadun. o Ibn Khaldun Umran = tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang
1

ISL Minggu 2 WAJ 3101


Hadarah = sedentary life o Muhammad Farid Wajdi & Sheikh Muhammad `Abduh Madaniyah = madinah atau bandar o Jurji Zaydan (penulis buku Tarikh al-tamaddun al-Islami) Tamadun = memiliki ciri-ciri kehidupan bandar, dan kota kota dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang memiliki ciri-ciri bandar. o Civilization : daripada perkataan civitas (perkataan latin) yang bemaksud bandar. Maka, bandar mempunyai kaitan dengan tamadun o P. Bagby : tamadun merupakan budaya yang dijumpai di bandar. o Arnold Toynbee Tamadun dibina berdasarkan beberaapa keadaan. 1) Keadaan pertama: Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah kemajuan (mungkin dipengaruhi tamadun sedia ada) Contoh : Tamadun Kristian Ortodok Timur bg Empayar Rom Timur hasil daripada tamadun Eropah. 2) Keadaan kedua: Perkembangan tamadun dengan kelahiran tamadun dari tamadun lama Contoh : Hellenistik dr tamadun Grecco-Roman 3) Keadaan ketiga: Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru Definisi Tamadun o Suatu kehidupan unggul dan berpandukan sistem perundangan , agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.
2

ISL Minggu 2 WAJ 3101

o Satu peringkat pembangunan yang tinggi, di mana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang-undang, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota. o Prof. Syed Naquib Al-Attas : Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. o Ibn Khaldun : Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. o Karl Marx : tamadun mempunyai nilai infratruktus (material) dan superstructure (spiritual). o Marcel Mauss : tamadun = semua pencapaian manusia o Eugene Cavignac : Sains, seni, arahan dan kemurniaan yang minimum o Robert J. Braidwood : tamadun mempunyai satu struktur politik, undang-undang formal dan seterusnya terdapat beberapa projek mega seperti jalan raya, pelabuhan, terusan dan kakitangan keselamatan atau polis untuk menjaga negara. o Kesimpulan Tamadun ialah kumpulan pencapaian dan peningkatan yang diperoleh oleh manusia dalam pelbagai aspek serta dikaitkan dengan soal nilai dan etika yang tinggi. Ciri-Ciri Tamadun Secara umumnya , tamadun mempunyai beberapa ciri asas. Ciri-ciri ini membentuk satu sistem manusia yang dianggap lengkap dan maju. Antaranya ialah : 1. Kemajuan teknologi 2. Sistem pemerintahan dan ekonomi yang teratur
3

ISL Minggu 2 WAJ 3101


3. Urbanisasi 4. Organisasi sosial yang tersusun 5. Mempunyai kepercayaan tertentu dan agama 6. Budaya dan kesenian 7. Tulisan dan bahasa (Namun tidak semua ciri ini boleh diterima oleh semua tamadun kerana perubahan pemikiran manusia telah menolak beberapa ciri seperti agama. Juga, tamadun berlainan mempunyai kelainan dalam peranan dan fungsinya.) 1. Kemajuan teknologi o Perkembangan dan kemakmuran tamadun banyak ditentukan oleh teknologi o Peringkat awal: manusia menggunakan batu sebagai alat penting dalam kehidupannya (Zaman Batu) o Zaman Batu terbahagi kepada Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik (dibezakan berdasrkn pencapaian dalam penciptaan peralatan batu.) o Zaman Neolitik pembuka kepada zaman penggunaan batu lebih sempurna dan manusia memasuki era pertanian dan kerja-kerja kraftangan dan tembikar. (eg: bajak dan roda) o Zaman Batu ialah zaman evolusi pra-sejarah yang membawa ketinggian tamadun manusia sebelum Zaman Logam. o Di Asia Tenggara, muncul era Dongson dengan penggunaan Gendang gangsa. (tinggikan status hidup utk kawal anak buahnya). o Era Revolusi Perindustrian di Eropah memperlihatkan sektor pertanian

dikembangkan dan pada masa yg sama sektor industri diwujudkan. (membawa kepada era imperialisme)

2. Sistem Pemerintahan o Sistem pemerintahan mempunyai pembahagian tertentu dalam pentadbiran dan fungsi-fungsi pentadbiran.

ISL Minggu 2 WAJ 3101


o Dalam kebanyakan tamadun klasik dunia,raja merupakan tiang utama kuasa pemerintahan- bertindak sebgi wakil tuhan spt dlm tamadun China, Mesir dan Mesopotamia. o Raja mendapat anugerah dari tuhan atau langit utk memerintah : konsep anak syurga di China dan Devaraja dlm Kerajaan Khmer. o Kepercayaan raja-raja Melaka adalah keturunan Iskandar Zulkarnain yang agong (Tam. Melayu) o Perubahan sistem pemerintahan berlaku kerana adanya desakan daripada penduduk tempatan (Tamadun Greek : dari sistem beraja kepada kpd demokrasi umum). o Sumber pembentukan sistem pemerintahan dibentuk oleh sarjana-sarjana klasik yang mempunyai pemikiran tertentu mengenai corak pemerintahan kerajaannya. (Tamadun Greek : Socrates, Plato dan Aristotle) o Perkembangan falsafah di China : Lao Tze, Konfusius dan Meng Tze. o Tamadun mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. (contoh 1 : Tamadun China- empayar Dinasti Tang dibahagikan kepada 10 wilayah (tao) dan menjadi 15 wilayah pada abad ke-8 yang ditadbir oleh pengawas pentadbiran ,kewangan dan kehakiman. Di peringkat pusat terdpt tiga organ penting iaitu Imperial Secretariat, The Imperial Chancellery dan Secretariat of State Affairs) (contoh 2 : Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka- Pemerintahan tertinggi diketuai oleh sultan dan dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi. Pegawai tertinggi terdiri drp kumpulan Pembesar Berempat yang terdiri drp Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.Di bawah empat pembesar terdpt orang besar berlapan dan orang besar enam belas

ISL Minggu 2 WAJ 3101


Sultan Pembesar Berempat Pembesar Berlapan Pembesar Enam Belas
o Kini, pemerintahan sesuatu tamadun berubah dengan pelbagai falsafah dan ideologi dunia. o Pelbagai bentuk pemerintahan muncul seperti demokrasi berparlimen, raja berparlimen, raja mutlak dan republik. o Pemerintahan mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran seperti kehakiman, perkhidmatan awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan tentera. o Dalam tamadun Islam, keadilan dan musyawarah dipentingkan. o Perlembagaan Madinah mencerminkan bagaimana Nabi Muhammad telah menegakkan keadilan semua bangsa di Madinah. (Antara unsur toleransi dan keadilan dlm perlembagaan tersebut ialah orang Yahudi dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri tanpa gangguan selagi tidak mengancam keselamatan Islam).

3. Ekonomi o Kemajuan ekonomi membawa kemakmuran sesuatu tamadun. o Kepesatan ekonomi membawa kepada perkembangan sistem sukat dan ukur serta penciptaan wang kertas dan duit syiling. o Dalam Tamadun Melayu, pelbagai sistem sukat dan ukur seperti hasta, jengkal, dan depa. o Sistem pembelian berubah daripada sistem barter kepada sistem wang. o Setiap tamadun mempunyai bentuk dan nilai wang yang berlainan mengikut keadaan.
6

ISL Minggu 2 WAJ 3101

4. Urbanisasi o Bandar merupakan pusat kegiatan utama seperti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau pelbagai pusat. o Bandar sbg pusat pertemuan penduduk dan org asing, maka pertembungan merancakkan proses urbanisasi sesebuah bandar o Cth : Tamadun Lembah Indus- kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu. o Cth : Mohenjo Daro- tinggalan kolam besar great bath (39 kaki pjg, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam) yang dipercayai dibina untuk upacara agama.

5. Struktur Sosial o Dlm sebuah masyarakat bertamadun, ia mempunyai satu struktur organisasi yang tersusun.Mulanya petani, kemudian wujud pemimpin atau ketua agama, pemerintah. o Maka, muncullah tiga kelas masyarakat iaitu pemerintah, rakyat serta hamba. o Bagi Tamadun Islam, ia tidak menitikberatkan perbezaan antara penganut Islam. Perbezaan fizikal dan pekerjaan tidak menghalang pergaulan masyarakat Islam. o Perkara penting dlm masyarakat Islam ialah perpaduan ummah.

6. Kepercayaan dan Agama o Sejak kewujudan masyarakat, elemen-elemen ghaib dan berkuasa menjadi kepercayaan biasa bagi manusia. o Animisme - Pada peringkat awal, alam sekitar menjadi perkara yang dikagumi dan disembah (pokok, batu, matahari, sungai dan laut mempunyai semangat dan harus dipuja kerana dipercayai memberi rezeki pd mereka. Manakala, ribut, gempa bumi dan gunung berapi pula ditakuti dan dilihat sbg satu fenomena semangat sdg marah).

ISL Minggu 2 WAJ 3101


o Ketua ketua agama pd masa tersebut digelar Syaman. Oleh kerana pentingnya golongan agama ini, mereka dihormati dan pada sesetengah tamadun dijadikan pemimpin. o Lama kelamaan, kepercayaan ini ditukar kpd kepercayaan kpd tuhan-tuhan atau dewa tertentu. o Maka muncullah pelbagai tuhan- Tamadun Greek mempunyai pelbagai tuhan eg. Poseidon, Aphrodite, Ares, Artemis, Apollo, Zeus, Athena, Demeter dsb. o Agama memainkan peranan sbg pembentuk masyarakat bersatu dan mengajar mereka mengenai cara-cara mengorganisasikan masyarakat serta

mendisiplinkan diri dari hawa nafsu. o Ringkasnya, agama meberi panduan kepada kebaikan dan panduan hidup sewaktu kesusahan. o Masyarakat Arab sebelum tamadun Islam dikatakan dalam zaman kegelapan atau jahiliyah. Mereka berpecah-pecah kepada kabilah dan sering bermusuh. o Kehadiran Islam membantu mencipta Tamadun Arab lebih gemilang. Masyarakat Arab bersatu untk membina kegemilangan Empayar Islam sehingga ke Eropah dan India.

7. Budaya o Budaya merupakan cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa yang meliputi semua aktiviti harian manusia. o Budaya berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu. o Dalam aspek pakaian, setiap tamadun mempunyai baju kebudayaan tersendiri. (cth: baju Melayu dlm Tamadun Melayu, sari dan dhoti dlm tamadun India, kimono dlm tamadun Jepun)

8. Kesenian o Meliputi semua jenis seni seperti seni bina, seni lukis, sastera dan seni ukir. o Setiap tamadun mempunyai keistimewaan dlm bidang seni seperti Taj Mahal, Piramid, Tembok Besar China dan Taman Tergantung Babylon.
8

ISL Minggu 2 WAJ 3101


o Di zaman Abbasiyah, Baghdad bukan sahaja menjadi pusat ilmu pengetahuan tetapi menghasilkan jg karya karya popular sehingga kini spt Hikayat Seribu Satu Malam.

9. Tulisan dan Bahasa o Tulisan dan bahasa memainkan peranan tersendiri dlm penciptaan tamadun. o Bangsa yang bertamadun mempunyai satu sistem tulisan dan bahasa yang membantu proses perkembangan tamadun dlm pelbagai aspek kehidupan manusia. o Tulisan membantu manusia menyimpan rekod, menulis undang-undang, sastera, bidang intelektual dsb. o Dgn itu, dikri-dikri raja dpt disampaikan kepada rakyat, urusan perdagangan dpt dijalankan, berkembangnya bidang penulisan dan ilmu pengetahuan. o Masyarakat Sumeria mencipta tulisan Cuneiform. Maka, tamadun orang Sumeria atau Mesopotamia dpt dikaji kini. o Dari tulisan jg kita mengetahui kod Hammurabi. o Bahasa memainkan peranan penting dalam perhubungan antara anggota masyarakat. o Walaupun terdpt pelbagai bahasa, ia bukan halangan kepada perkembangan tamadun tersebut. (Cth: Tamadun Barat tetap berkembang walau terdapat plbg bahasa spt Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol etc.)

Anda mungkin juga menyukai